Misteri Tak Terungkai

Hai assalamualaikum , selama ni aku silent reader je untuk page fs sebab aku takde pengalaman seram macam ni tapi sejak kebelakangan ni aku dihujani dengan misteri penuh tanda tanya yang tak terungkai . Nama aku panjang , jadi aku singkatkan sebagai Qayyum.

Sebelum aku cerita aku nak kongsi dulu pasal keturunan aku . Nenek aku cina siam ayah kandung dia merupakan seorang bomoh di tokong dekat siam sana . Nenek aku masa usia 14hari mak ayah dia bagi dia dekat orang melayu suruh jaga sampai lah besar . Ayah angkat dia setahu aku ada membela atau nama lain ada saka .

Nak dipendekkan cerita aku merupakan pelajar tahun dua di sebuah politeknik. Jadi aku malas nak duduk asrama jadi aku pun pilih untuk duduk di rumah nenek aku yang takberapa jauh dengan politeknik aku . Aku duduk dekat situ masa aku sem dua lagi sampailah sekarang aku sem 3 . Masa sem 2 aku duduk takda apa yang berlaku dekat rumah tu cuma aku perasan nenek aku nih suka sangat bercakap sorang sorang dan kekadang dia ni suka mengamuk taktahu pasal .

Oh ye , selain dengan nenek aku. Aku duduk dengan maktam paktam aku dan dua lagi anak dia dalam satu rumah . Ada satu hari tu, aku nak bela kucing jadi aku adopt kucing yang sakit aku bela letak dalam sangkar . Cucu jiran aku ni datang rumah aku bukan nak main dengan kucing tu tapi dia pergi cucuk kucing aku pakai kayu jadi aku nampak aku marahlah. Lepas aku marah tu selang seminggu nenek aku pulak marah cucu jiran aku sebab dia menjerit dan marah marah anak maktam aku . Nenek aku takboleh orang marah cucu dia jadi dia halau budak tu balik.

Keesokkan hari dia , nenek budak yang aku dengan nenek aku marah tu datang rumah tanya kenapa cucu dia marah sangat dekat kiteorang kebetulan nenek aku dengan maktam aku ade dekat luar rumah jadi maktam aku pun cerita lah hal sebenar kenapa kami marah dekat cucu dia .

Lepas je dia balik. Malam tu nenek aku nak makan nasi tetiba jatuh macam ade orang tolak dia . Satu badan sakit sakit. Cerita seram tu bermula bila maktam aku gatal mulut pergi panggil bidan kampung untuk urut nenek aku dekat rumah . Hari jumaat tu bidan tu datang urut nenek aku dan aku pulak gatal mulut suruh dia tengok perut aku sebab aku dah 2 bulan takdatang bulan .

Lepas siap dia mengurut nenek aku dia saja letakkan lada hitam dekat badan nenek aku tapi nenek aku tak jerit atau rasa sakit pn . Lepas tu giliran aku pula, masa giliran aku tu. Aku berdebar je rasa macam nak lari tapi hati nak pergi dekat bidan tu . Lepas aku pergi dia suruh baca ayat kursi 3kali dia letak lada hitam. Aku menjerit macam orang gila sakit dia memang tak boleh bawak bincang . Satu badan aku dia letak lada hitam aku rasa sakit . Sakit macam kene cucuk dengan jarum banyak banyak.

Lepastu dia cakap aku ada santau dan ada 2 benda tengah menumpang belakang aku . Dia duduk atas bahu aku sebab tu aku asyik sakit bahu je. Paling best setiap hari bila aku balik je rumah aku akan sakit. Sakit kepala lah lebih pada migrain lagi , sakit perut lah, demam tetiba lah, sampai kan setiap minggu aku ni kene pergi klinik sebab taktahan sakit tapi bila cek doktor sampai pening tak tahu punca penyakit aku .

Lepas masuk hari ketiga mengurut nenek aku , maksudnya hari terakhir nenek aku di urut dan hari terakhir jugak dia letak lada hitam dekat badan aku . Aku cek takde apa apa aku dah takcmenjerit tapi bila buat dekat nenek aku terus nenek aku menjerit tapi bunyi macam belalang pelesit tu dan terus betukar suara . Sumpah suara dia sebijik macam jiran sebelah nenek aku yang kami marah cucu dia tu . Dia cakap dia tolak nenek aku jatuh sebab sakit hati nenek aku marah cucu dia sebab budak tu cucu kesayangan dia.

Bila bidan tu tanya sapa lagi kau kacau dia cakap dia kacau budak ni . Dia tunjuk aku . Dia cakap dia duduk belakang aku , dia yang selalu bagi aku sakit sebb aku marah cucu dia pasal kucing. Terkedu aku dengar. Patutlah masa hri pertama letak lada hitam tu bidan tu cakap ade dua benda tumpang badan aku rupanya satu benda pelesit tu tapi satu lagi misteri tak tahu ape benda .

Tapi benda tu masuk badan nenek aku kejap je lepastu dia keluar taksempt nak tanya apa apa . Lepas pada tu aku tanya bidan tu apa 1 lagi yg menumpang badan aku . Bidan tu cakap saka . Aku terkejut saka benda pulak dan bidan tu cakap saka nenek aku nak turunkan dekat aku .

Kalau korang nak sambungan cerita ni tunggu yang kedua sebab risau korang bosan baca pepanjang gini . Hehe . Sambungan aku akan sambung bila cerita ni dipublishkan tapi takpublishkan takpela takjadi cerita hahhaa ..
Sekian…

Hantar kisah anda : fikyenshasha.com/submit

Q

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 thoughts on “Misteri Tak Terungkai”

  1. nk tnya skit , aku konpius la bca , ko ni lelaki ker pompuan ? nma kt atas tu qayyum , tpi ko ckp kt bidan tu ko dh 2 bulan tak dtg h**d ? musykil ni …

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.