Mistik,Misteri Atau deria ke-6 ?

salam, selama ni silent reader je.. tp harini rasa mcm nk share pulak citer2 mistik yg misteri ni, rasa mcm dikurniakan deria ke-6 tp hanya utk terdengar bkn melihat. Klau la Nampak, fuhh tak tau la nk rasa cmne. Maaf kalau penceritaan tak teratur.

kisah 1
1987-2011 – Sejak dari lahir smpai la umur 26, aku sekeluarga duduk di kuarters. Kuarters ni hanya ada sebuah umah je, dengan halaman rumah yg luas. Korang google je cmne rupa keadaan kuarters veterinar kalau nk tau lebih lanjut. hehehe. Kawasan rumah tu sgt la misteri, byk perkara pelik yg jd. Sbb rumah ni wujud pn tersangat la lama. Dr hujung 60-an pun dah ada. Mcm rumah aku duduk tu sejak awal 70-an.

Kami de 3 beradik je perempuan smua, bila smua ke sekolah. Ibu tinggal umah sorang2 dan ayah keje luar. Kadang2 akan dengar mcm org bg salam, berjalan di luar rumah, bunyi mcm motor arwah ayah aku seolah2 dh blk dan mcm2 lg la. Waktu siang pn jd jgk wei, hahaha seram ke tak seram.

Masa sekolah dulu rajin sgt main yg pelik2, lagi2 spirit of the coin. Serius mmg de hantu/roh nya, siap kacau kt umah lg. rumah tu umah papan, dgr sgt clear org melompat2 keluar umah atas simen mcm hantu cina tu. Tp tak sure la plak hantu cina ke pocong. Sbb masa main tu, dpt roh org cina mati kna bunuh, so aku assume hantu cina jela yer.

Sebelah pagar kawasan rumah tu sebelumnya de kuarters lg 1 yg sama, tp dh dirobohkan utk jadi rumah kedai. Betul2 tepi pagar rumah ada jalan belakang kedai, korang paham sendiri la yer susah nk explain.huhuhu. kadang2 boleh dengar org menyapu jalan tar tu guna penyapu lidi, mcm org keje bandaran bersih2 tu. Tp masalahnya pukul 3PAGI, awal betul datang bekerja. Takde plak aku mengintai, kalau Nampak pengsan plakk nanti.

Malam sebelum ayah aku jatuh sakit dan meninggal, malam tu bermurah hati nk belanja makan smua ahli keluarga makan2 sebab tu gaji pertama aku. Masa anak buah aku sampai kat perkarangan rumah, dia cakap de benda putih lalu tapi bukan berjalan. Arwah ayah pun cakap, lain kali kalau ada nampak tunjuk/panggil je atuk. Malam tu jgk dalam pkul 1-2 pagi, tiba2 ayah sakit. Panik terus pergi klink kerajaan then kena naik ambulans, 1st time merasa naik ambulans tgh pagi buta. Doctor check rupanya ayah kena serangan jantung tahap 4, kena warded tempat berkaca dan seterusnya ccu.

History kesihatan, ayah memang tak pernah ada sakit jantung, smpai sekarang masih lagi terfkir2. Lepas masuk ccu, satu per satu penyakit yg sebelum ni takde tiba2 ada. Paru2 berair, buah pinggang rosak, sakit janting. Dan akhirnya ayah pergi juga selepas 2 mggu. Adakah perkara ni disebabkan benda putih yg anak buah aku nmpak, wallahualam.
Banyak sgt cerita memori kt rumah kuarters tu, sekarang takde dah. Dah roboh sejak aku pindah lepas ayah meninggal, tp kawasan tu bersemak samun tanpa bangunan.

Kisah 2
2005-2006 – masa ni aku amik sijil di institut kemahiran di negeri 9, lepas spm. Time study byk je kejadian histeria kt asrama perempuan, tak sure apa yang tak kena. Selalu jadi masa student ramai yg takde balik bercuti. Aku dulu rambut panjang smpai ke pinggang, blok hostel ni bilik menghadap bilik lain tapi tengah2 tu mcm ada tempat perhimpunan. Situasi sma mcm keadaan sekolah. Selalu je budak2 ni Nampak aku berjalan2 malam2, tp sebenarnya aku dah tido. Tak paham kenapa benda tu nk merupa aku, sbb comei sgtt ke.. hahaha.

Kisah 3
2006-2009 – masa ni plak aku study diploma kt institut kemahiran dia kedah. Misteri ni ikut je aku ke mana2, pelik betul la. Masa sem 1, aku masih dgn ex-bf, so biasa la tgh malam bergayut. Masa ni belum de lg wasap,wechat,telegram mcm skang.sms jela, tu pn mkn duit jgk. Tengah sembang2 tiba2 dia cakap, rajin nya menaip tengah2 malam ni. Aku pn macam hahhhh bila plak aku guna laptop ni, dia kata dengar mcm tgh menaip kt keyboard dan sgt clear ok. Aku cpt2 letak tepon, dan tido. Hahaha. Room mate aku elok je keras kejung tido.. demmm drama tgh malam.

Kisah 4
Zaman2 study dulu suka sgt berholiday, zaman student kn mana fikir de duit ke takde ke janji enjoy.hehehe. ok 1 haritu kitaorg naik genting dari kedah, masa cuti tahun baru cina. Yg pandai sgt tu takde booking hotel apa2 pn, main redah je naik. Smpai atas baru la tercari2 hotel tp pandai kn, hotel smua dh full house. Tgh cari2 tu, de la ulat datang dkt tanye nk cari bilik ke, de lg bilik kosong tp kt apartment Amber court. Masa tu dh gelap masa smpai kt apartment, so tak Nampak keadaan sebenar sekeliling.

Dh check in, turun kedai bawah dlm apartment beli megi utk dimasak. Kejadian start masa tido, dengar bunyi tarik tolak perabot dari atas bilik aku. Bengang jugakla tengah2 malam bising, tak reti tdo ke hape, masa tu tak terfikir pn de hantu ke jin ke. Esok paginya bangun, saje lepak kt beranda ruang tamu. Korang teka la aku Nampak apa dari beranda, hahaha rupanya tingkat atas beranda dan tingkap berlumut dan berumput. Korang rasa2 de ke org nk tinggal, maksudnya malam tu aku dengar bunyi pe. Dalam perjalanan balik baru la kawan aku buka cerita, rupanya dia kna kacau lg teruk. Pintu bilik dia terbuka dan tertutup. Masalahnya dari bilik aku tak dengar pn, demmm kena lg.. hahaha

Kisah 5
Ok kita holiday lg, tp kat apartment marina pd. Check in sini pn sama jgk kisah seram mistiknya, dengar bunyi tarik tolak perabot. Keadaan dlm apartment pn menyeramkan. Dlm tingkat aku tinggal tu, rasanya 2-3 buah je berpenghuni. Patut la sewa murah sgttt, demmm lg sekali aku terkena..ciss sgttt.
Kisah 6
2011-2016 – Ni citer kat rumah baru, still tinggal dengan ibu. Rumah baru ni didirikan atas tanah yg diwasiatkan, tp tanah ni memang keras. Banyak kisah misteri sampai skarang takde jawapan. Masa ank aku umo setahun, dia demam dekat 2 minggu tak kebah. Cari alternatif berurut/berubat, so masa berubat dengan akak ni yg pandai bab2 ni. Dia cakap de benda berkenan dengan anak dara aku ni, dan kawasan umah tu ada jugak penanggal. Hmm tak sure la nk percaya ke tak, kita usaha je berubat tanpa syirik kan allah. Misteri lain plak, kalau aku tinggal dgn ank je kt umah.

Masa tu diaorg tdo, aku buat la kerja kt luar nk masak. Tgh masak2 tu, terdengar anak aku nangis. Berlari anak la pergi tgk, the best part bila buka pintu, tgk anak2 aku tgh tdo nyenyak.. korang rasa?? Hahaha. Kadang2 dengar benda berjalan atas bumbung, baru ni baru je jadi dlm pukul 4pagi aku terdengar bunyi kt bumbung seolah2 kalau angin kuat bumbung tu mesti bunyi sbb mcm terangkat.. haaa camtu la. Sebab penanggal ke bunyi tu, aku pn tak pasti. Kadang2 anak aku suka buat2 suara macam nangis, tp tipu2. Bunyi wu wu wu, de 1 malam tu ibu aku dengar sebijik macam suara anak aku buat tu pkul 2-3pagi.. demmmm

Penutup
Byk lagi citer sebenarnya, next time la kalau rajin aku hantar lg yer. Smpai skarang , bila tido je mesti aku mimpi jatuh dari tempat tinggi. Mimpi ni jadi antar sedar dgn tak, de 1 hari tu husband aku sampai terkejut aku terkekau masa tgh tdo. Hahaha ok la, byeee.

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

3 comments

  1. hahaha cisss byk typo rupanya, awat la x perasan.. mmg la xblh main spirit tu dik, zaman2 sekolah dlu. de ko kira ke blh ke xblh.. zaman jahiliyah tu.. :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *