Momok kain dan hantu budak

Salam warga FS. First time aku hantar cerita ni. Aku minta maaf awal-awal sebab aku tahu aku tak berapa pandai mengarang. Mungkin cerita berterabur dan panjang sebab aku nak cerita one shot. Tak nak berepisod.

Aku intro sikit pasal diri aku, seorang perempuan bernama Fieya. Umur 32 dan single lagi. Tak tahu lah sebab jodoh tak sampai-sampai lagi atau sebab hal lain. Sebab macam pelik sikit, asal serius dengan orang je..tak lama, 2 3 bulan putus. Positif je la..mungkin belum jodoh. Ok..aku start buka cerita..

Momok Kain
——————-
Oktober 2015

Lepas brunch dalam pukul 11.15 pagi, tengah kemas-kemas meja..anak buah aku Izzara (3 tahun masa tu) tetiba menyorok kat bawah meja makan, dok sebut-sebut “Momok..momok” sambil buat muka takut. Aku pelik, dah kenapa budak kecik ni tetiba buang tebiat. Aku tanya, “Kenapa menyorok bawah meja?” Dia jawap “Ada momok kain. Tuu..dekat tv tu. Ayong tak nampak ke?”. Budak kecik ni panggil aku ayong (pelat tak reti sebut mak long). Kalau ikut pandangan mata aku memang tak nampak apa-apa pun.

Emak aku pun datang ambil yasin yang dah sememangnya terletak kat atas kabinet dekat sebelah tv tu dan buat macam orang halau nyamuk, konon-konon halau momok la tapi meraban sebab tak nampak momok tu kat mana. Aku tanya Zara..momok tu ada kat mana sekarang?

Zara: Kat belakang nenek!

Aku dan emak terkejut. Emak masih lagi pegang yasin sambil halau-halau.

Aku: Sekarang dia kat mana?

Zara: Dia dah lompat..gi kat pintu (laluan nak ke ruang tamu depan rumah)

Masa ni bulu roma aku dah meremang dah. Emak pun ada kata..masa Zara cakap momok tu ada kat belakang dia..bulu roma dia meremang. Jadi, kami semua pun menuju ke arah pintu, nak halau dia ke luar rumah. Emak cakap “Keluar la..jangan kacau kami..”. Semasa di ruang tamu:

Zara: Dia kat kete mainan zara
Emak: Keluar la..jangan kacau mainan zara
Zara: Nenek, dia dah keluar dah, duduk kat buaian. Tu tuu..kat situ…

Sambil tangan tunjuk-tunjuk. Alahai Zara..kami semua tak nampak! Awak sorang je nampak.

Emak: Jangan la duduk kat situ..gi la jauh2..gi ikut orang lalu lalang kat jalan tu
Zara: Nek, dia dah pegi..pegi kat pokok bunga

Depan rumah aku ada pokok bunga besar. Bunga apa tah..aku tak tahu. Tapi besar, daun lebat dan merimbun. Kitorang dah rasa lega sikit sebab ‘si dia’ dah agak jauh tapi masih lagi dia main-main kat dalam kawasan rumah.

Zara: Nenek! Dia datang balik!! Ada kat buaian.

Aku dah malas nak layan. Biar je la mak dan Zara halau. Aku nak bersiap gi kerja. Sebelum pergi kerja, aku ada tanya Zara, “Zara, rupa dia macam mana?”.

Zara jawap “Momok kain. Kain warna coklat. Muka merah..rambut panjang..”

Aku pun tak nak tanya lebih-lebih. Rasa seram pula. Ikutkan hati nak je aku suruh si Zara ni lukis. Tapi dia kecil lagi. Mana dia pandai describe detail-detail. Nak pegang pensil pun tak reti, ni kan pula nak disuruh melukis. Setakat tanya warna tu, pandai la dia jawab.

Masa aku tengah bersiap, aku ternampak Zara main pistol mainan dalam bilik dia. Bilik dia, sebelah bilik aku je. Dok tembak-tembak ke arah tingkap. Aku tanya “Kenapa tembak kat tingkap tu?” Zara cakap “Momok tu ada kat luar tingkap kat pokok bunga besar tu!”

Ahh..asyik nak layan si momok tu je. Aku dah lambat bersiap nak pergi kerja. Aku abaikan je Zara dengan momoknya. Siap cepat-cepat dan keluar rumah. Dia nak main cak cak kat pokok bunga ke..main buaian ke..aku tak kisah. Lantak kau la momok. Aku habis kerja pukul 10.30 malam. Sebelum emak keluar rumah nak jemput aku dalam pukul 9.30-10 malam, emak tanya lagi kat Zara, “Momok tu ada lagi tak?” Zara cakap, “Ada lagi kat buaian”. Emak tanya rupa dia macam mana? Zara masih bagi jawapan yang sama. Momok pakai kain coklat. Muka merah. Rambut panjang.

Sampai je aku kat rumah, Zara takde. Siang tadi lepas aku pergi kerja dia ikut mama papa dia pergi kenduri dan terus ke rumah tokmak dia.

Seminggu selepas tu..

Emak bagi tahu aku, Zara nampak momok lagi waktu pagi masa aku tengah tidur. Masih suka lepak kat depan tv. Dekat tv tu, aku install wifi. Dia tengah curi pakai wireless aku ke apa? Main wechat la tu..

Zara dengan mak halau..dia pergi ke sofa kat ruang tamu..dekat dengan pelampung Zara (budak-budak kan, mainan bersepah kat mana-mana). Bila halau lagi, Zara kata dia terbang pula, pergi ke dapur belakang. Kata emak, momok yang sama juga kot sebab Zara cakap muka dia warna merah

Hantu Budak
——————-
November 2015

Lama dah tak dengar Zara cerita fasal momok kain. Suatu pagi aku buka pintu bilik Zara memekik-mekik marah sorang-sorang “Zara, kenapa marah-marah ni?”. Dia mendengus dan mengambil anak patung dia dengan kasar “Ni haa..ada budak ni nak rebut anak patung dari Zara”. Berderau d***h aku “Zara, mana ada budak lain kat sini. Zara sorang je”. “Ada..tuu..hantu budak” kata Zara.

Ehh budak ni..pandai pula dia sebut perkataan “hantu” dari mana tah dia belajar. Aku syak, ni anak si Momok kain kot. Emaknya dah tak ada. Anak pula buat hal

Sebenarnya dari dulu lagi aku tak berapa berkenan si Zara ni bawa balik anak patung. Satu rupa macam annabelle yang asal, bukan yang macam dalam filem tu. Yang asal rupa tak seram pun. Cuba korang google. Dia lembut macam bantal, muka comel rambut ikat tocang. Walaupun dia comel, aku tetap tak suka sebab dia berupa orang. Satu lagi, yang tengah berebut dengan hantu budak tu, anak patung bentuk baby. Alaah..yang bila duduk tu mata dia terbuka dan bila baring mata dia tutup tu.

“Zara, hantu budak tu ada lagi ke? Kat mana?”

Sambil tunjuk kat penjuru dinding dekat dengan meja makan. “Ada tu..dia berdiri kat situ.” Aku suruh Zara halau hantu budak tu.

“Dia tak nak pergi, dia duduk je kat situ”

Aku rasa ni mesti semuanya berpunca daripada anak patung tu. Aku cakap kat emak.

“Zara, bak sini anak patung tu bagi kat nenek. Satu lagi mana (rupa macam annabelle tu)? Tu pun bagi kat nenek gak”

Zara pun akur tanpa banyak soal dia bagi dua-dua anak patung dia kat emak aku. Aku cakap “Zara, anak patung ni kita buang ye. Tak elok simpan dalam rumah. Tengok tu..momok suka.” Selalunya si Zara ni mesti melawan, baran budaknya. Tapi kali ni elok je dengar cakap aku. Emak aku pun ambil dua-dua anak patung tu, simpan dalam stor belakang rumah. Aku pun tak tahu la, emak aku masih simpan sampai sekarang ni ke atau betul-betul dah buang.

Sejak dari hari tu, dah tak dengar lagi cerita fasal momok kain atau hantu budak. Zara pun dah 5 tahun sekarang. Dah prasekolah pun.

Habis cerita fasal Zara yang boleh tengok makhluk halus ni. Sekarang aku nak cerita sikit pengalaman aku pula di ganggu

Di tindih Masa Tidur
———————–
Gangguan pertama bermula lebih kurang 9 tahun lepas

Cerita fasal ditindih masa tidur selalu dengar kan? Sama lebih kurang macam orang lain. Masa tidur, tetiba terjaga badan tak boleh gerak. Lepas boleh gerakkan sekurang-kurangnya satu jari, baru badan boleh gerak. Tapi ada sekali tu yang aku tak boleh lupa, lepas kene tindih dalam keadaan mamai-mamai mengantuk tu, aku tidur balik. Baru nak lelap, badan rasa macam menggigil dan kena tindih lagi. Kali ni benda tu siap gelak “HA HA HA HA.” Suara garau, parau.

Aku tengok keadaan sekeliling. Gelap. Tak nampak apa, tak ada sesiapa. Aku ni suka tidur dalam bilik gelap. Tak boleh tidur kalau ada cahaya. Aku mimpi ke? Tak. Aku ada dalam bilik aku, tapi mujur benda tu tak tunjukkan rupa dia. Aku sambung tidur balik.

Baru nak lelap, sekali lagi..kali ni dia pegang pergelangan tangan aku. Macam orang pakai sarung tangan kebun yang kasar tu. Macam tu la rasa dia, kasar. Sakit pergelangan tangan aku dia pegang kuat. Aku mengantuk bhai..nak tidur. Jangan la kacau. Aku cuba nak menjerit, tapi suara tu sangkut kat kerongkong. Aku cuba sedaya upaya kumpul tenaga dan jerit “LEPASKAN LA!!”. Kau tau apa yang aku dengar? Aku cuma sebut perkataan tu perlahan, lemah macam orang baru bangun tidur. Padahal aku rasa dah menjerit sekuat hati. Tu je yang keluar?

Tak tahu la pukul berapa dah masa tu, yang pasti tengah malam. Aku baca ayat kursi, surah 3 qul sambung tidur balik. Alhamdulillah, dapat tidur dengan lena.

Di hari yang lain, kadang-kadang masa aku terjaga waktu pagi, aku terasa macam tengah peluk lengan orang. Masa kecil-kecil korang ada tak peluk lengan mak korang masa nak tidur? Macam tu la rasa dia. Tapi sebenarnya, tak ada sesiapa pun sebelah aku! Aku dapat rasa, tapi tak nampak. Ada sekali tu masa bangun tidur, rasa macam ada tangan letak atas dada aku. Rasa macam kena peluk pun ada juga. Benda tu tidur sekali dengan aku ke??

Setelah sekian lama tak kena ganggu sejak dari aku buang anak patung Zara, baru-baru ni..ye tahun 2017, masuk minggu ke 2 bulan Mei sebelum puasa aku berniat nak baca/buka video surah ruqyah. Konon nak “bersihkan” diri dan bilik. Masa tu tengah malam. Terbaca pula komen, tak elok buat sorang-sorang. Takut kalau benda tu ada, mengamuk ke apa tak ada siapa sedar kalau kita kena rasuk. Aku batalkan niat, buat esok hari je la. Aku pun tutup PC, tidur.

Lepas subuh dalam pukul 7 pagi aku sambung tidur balik. Sebab aku kerja tengah hari. Niat nak bangun pukul 10 pagi. Tak tahu kenapa aku rasa mengantuk sangat-sangat macam semalam bersukan sampai terlalu letih. Padahal semalamnya aku off dan tak buat apa pun kat rumah. Duduk rilek main game je. Tiba-tiba aku terjaga, rasa macam katil aku bergegar. Macam ada orang main lompat-lompat sebelah aku.

Ahh sudah..aku rasa kena tindih pula. Tak boleh gerak. Aku cuba gerakkan jari aku, ok dah terlepas. Aku sempat tengok jam, pukul 8.13 pagi. Aku kalih tempat tidur dari mengiring belah kanan nak mengiring ke belah kiri. Sambil tangan kiri aku depakan ke bantal sebelah. Baru je letak tangan atas bantal, terasa tangan kene rentap. Dalam keadaan mamai dan mengantuk, aku buka mata.

Tak ada apa pun. Tapi dapat rasa macam direntap degan tangan yang kasar. Sama macam sebelum ni yang rasa macam pakai sarung tangan kebun tu. Masa tu, badan sebelah kiri dari tangan smpai ke kaki rasa sejuk dan kebas-kebas. Masa tu aku masih mengiring ke sebelah kiri.

Aku tidur terlentang pula. Selimut tebal aku tarik sampai ke leher. Eh ehh..Rasa macam dia main cuit-cuit lak kat mata..hidung. Dalam hati “Aduhh..jangan la tunjuk rupa kau..” Dalam mengantuk-mengantuk tu aku halau “Pegi la..jangan kacau aku. Mengantuk ni..nak tidur.”

Aku baca fatihah, kursi dan 3 qul. Tu pun berterabur, bukan sebab takut tapi mengantuk yang amat sangat. Baru lepas tu aku dapat tidur dengan lena. Esoknya..aku tak demam. Lusa aku demam!! Benda tu tahu ke niat aku? Marah ke dia??

Penat baca? Ada lagi..

Hoodie creepypasta
——————————-
Google tajuk ni, baru korang boleh imagine apa yang aku nampak. Haha..kali ni aku nampak!!

Awal tahun 2015. Sebelum Zara nampak momok kain

Aku ni setiap hari balik kerja malam pukul 10.30. Balik kerja bukan reti nak tidur. Layan internet dan game bagai, dalam pukul 2-3pagi baru mata ni boleh lelap.

Satu hari, aku letih sangat. Makanya aku pun tidur la awal sikit. pukul 1 pagi kot. Tetiba dalam 3 pagi, aku terjaga. Nampak macam ada benda putih elok je macam orang pakai tudung/hoodie tapi muka tak nampak apa. Gelap je. FYI, aku ni rabun teruk. Kebetulan pula selimut yang aku tengah pakai warna putih cream. Sama je macam warna “hoodie” dia. Aku pasti yang aku tak mimpi sebab aku boleh ingat dengan jelas. Boleh pula masa tu, dia pandang aku..aku tenung dia untuk beberapa saat. Ye la aku rabun, nak fokus tengok dalam gelap lagi. Nak pasti kan yang aku tengok tu selimut ke benda lain

Aku tidur atas katil queen size. Aku kat sebelah kanan tepi dinding. Jadi belah kiri kosong, ada bantal je. Umpama dia menjenguk aku dari tepi katil. Masa aku pandang dia, aku kata dalam hati “Ehh..ni selimut aku ke..ke ‘benda’ tu.” Nak kata selimut aku, macam tak logik. Selimut aku kecil je. Muat-muat tutup badan aku. Masa aku terjaga pun elok je satu badan aku masih berselimut. Mana cukup kain nak membentuk macam tudung/hoodie.

Lama-lama aku pandang dia, jadi gerun pula. Mungkin dia ada mata merah, tapi aku tak nampak sebab rabun, yang aku nampak cuma hoodie tanpa muka, gelap je. Dengan berhati-hati aku cuba gerakkan kepala berpaling ke kanan, tak nak pandang dia yang ada kat kiri aku. Aku gerak kepala perlahan-lahan sebab tak nak rupa “hoodie” tu jatuh kalau betul la tu cuma selimut. Selimutkan lembut je. Dalam masa 1 saat je. Aku berpaling semula ke belah kiri balik nak tengok dia. Ehh..si dia dah takde dah. Kalo betul la cuma selimut, mesti ada saki baki bentuk “hoodie” tu kan. Mesti hoodie tu dah kemek, jatuh.

Esok pagi masa kemas katil, aku buat experiment sikit. Cuba buat bentuk tudung/hoodie daripada selimut aku tu. Tak jadi. Tak boleh nak diri, tak boleh nak bentuk langsung walaupun aku bentuk guna bantal. Apa benda tu? Macam mana dalam keadaan aku yang terlampau penat dan mengantuk, tiba-tiba aku boleh terjaga bila si dia ada kat sebelah? Macam dia kejutkan aku nak bagi tau aku yang dia ada kat situ

Nah..aku bagi kisah bonus sikit

Lelaki Misteri A.K.A Stalker
—————————————-
Ogos 2016

Masa ni aku masih aktif bersosial. Banyak akaun sosial yang aku buat. Salah satunya tagged. Jangan salah faham, account ni dah lama sejak tahun 2008 lagi. Facebook baru nak up masa tu. Sebelum tu zaman-zaman myspace, friendster, hi5 nak berakhir. Kawan-kawan sekolah, matriks, U ramai ada akaun kat situ.

Aku terima mesej dari seorang user bernama Monkey. Memang monyet betul la. Dia terkejut dan bersyukur, akhirnya dapat jumpa akaun aku kat situ. Aku pun mula la berkenalan. Bunyi dia macam dah lama kenal aku. Tapi aku tak kenal dia langsung

Aku: Saya kenal awak tak?

Monkey: Awak tak kenal saya, tapi saya kenal awak.

Aku: Kita pernah jumpa ke?

Monkey: Pernah. Tapi saya cuma tengok awak dari jauh.

Aku: Jumpa kat mana? Bila? Nama awak siapa?

Monkey: Nama saya Shah. Saya kenal awak dari tahun 2003 lagi, masa dekat matriks. Saya selalu tengok awak masa nak pergi kelas. Tapi tengok dari jauh je la. Saya minat tengok awak. Mata awak, kening awak..cantik. Nama awak Saidatul Safiyyah kan? Nombor rumah 128 kat Setapak

Mampos, macam mana dia tahu detail aku ni, sedangkan aku tak pernah letak kat mana-mana media sosial pun

Aku: Mana dapat detail saya ni?

Monkey: Saya pergi pejabat matriks, kerani situ bagi detail awak

Celaka punya kerani, suka-suka hati kau bagi detail pelajar dekat orang yang tak kenal. Dah lebih 10 tahun orang tu masih ingat segala detail aku

Aku: Umur awak berapa ye. Sebaya saya ke? Belajar situ juga ke?

Monkey: Tak la, saya tua dari awak. Masa tu umur saya 19. Bukan belajar situ. Tapi kerja. Saya kontraktor masa tu. Sebulan 2 je saya ada sana, lepas tu pindah ke Shah Alam. Awak bagi la wechat, kita bercerita kat sana

Aku pun bagi ID wechat. Sambung lagi berchit chat kat sana. Dia kata, dia tahu semua pasal aku. Dia pernah datang rumah, lalu-lalu situ. Ehh kejap, datang rumah? Kadang emak ada cakap macam ada orang nak masuk rumah. Adakah dia? Sampai satu tahap terbuka cerita kisah mistik. Dia kata, dia boleh la sikit-sikit tengok benda. Dia kata, rumah aku ni pun nampak semacam, terutama kat pokok bunga besar dan buaian.

Ehh..mana dia tahu? Aku tak cerita pun lagi hal yang Zara nampak. Dia dah bagitahu dulu. Macam mana dia tahu??

Aku: Kau sihirkan aku ye

Monyet: Tak la. Takkan la saya nak sihir orang yang saya sayang. Cuma setiap hari lepas solat, lepas solat Jumaat saya doa semoga kita dijodohkan. Tapi tahu..tak mungkin..

Selepas tu, makin galak dia mesej-mesej aku. Sayang la, rindu la. Nak jumpa la. Bila ajak jumpa, tak nak pula. Tapi setiap hari sampai kadang tu tengah-tengah malam buta dok mesej sayang, rindu semua. Muak la aku. Menyampah. Aku block dia. Bukan takat block, delete wechat. Delete semua akaun sosial yang ada. Facebook je yang tinggal. Itu pun aku buka akaun baru

Adakah semua yang berlaku ni disebabkan dia? Macam mana dia tahu pasal rumah aku tu, yang Zara nampak?? Dia ke punca aku tak pernah kekal dengan mana-mana lelaki?? Adakah ini suratan atau kebetulan? Rasa macam nak jumpa ustaz, tapi aku tak jumpa-jumpa lagi. Takut terjumpa “ustaz” yang salah pula. Cuma sekarang aku amalkan mandian gel bidara syifa. Dah moden kan? Rawatan pakai sabun je. Alhamdulillah, lekat sorang. Dah 8 bulan kami berkawan. Dulu asal serius dengan seseorang je mesti 2 3 bulan putus. Kali ni tak putus, tapi si dia pula lepas satu musibah, datang pula musibah yang lain. Mungkin semuanya kebetulan. Doakan kami dipermudahkan segala urusan..

-TAMAT-

Maaf, andai tak seseram mana..panjang berjela dan meleret-leret

Fieya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

23 thoughts on “Momok kain dan hantu budak”

  1. Dulu penah guna jugak gel mandian ni..pakai 3 kali je tp 2 mlm bturut2 dgr org mandi, org menyembang..tepat pukul 4pg pulak tu..xtaw salah gel mandian or mmg ada benda nak kacau..hurmmm

    Reply
  2. “Sebab macam pelik sikit, asal serius dengan orang je..tak lama, 2 3 bulan putus.” Sama lah kita. Sy ni pulak sejenis senang kena sampuk. ada kaitan ke? huu

    Reply
    • kene sampuk tu kiranya keteguran la ye? dulu masa sy kecik2..kalo pegi tempat tak biasa mcm hutan ke..sungai ke..balik tu mesti demam. arwah nenek dulu pandai ubatkan orang. mesti kata sy ni kene sampuk/keteguran. xtau la tu ada kaitan ke tak. makhluk halus minat kot

      Reply
  3. Gelak2 akk bace bile ko ngan mak dok kejor2 halau hantu hakikatnye Zara sorg je yg nampak…
    Hahahahahaa…

    Best citer ko dik…
    Part plg saspen Si Monkey tu, eerrkkkk…
    Papepon semoga urusan jodoh kamu dipermudahkan dan dipelihara…
    Aamiin…

    Reply
    • Ye..harap zara je jadi mata kitorg.

      sape tak terkejut..kalau tetiba terima msj dr org tak kenal n org tu kenal kita dah lama. siap tau semua detail kita dan ada lagi benda dia buat kat sy..tapi tu sy tak boleh cerita kat sini

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.