Assalammualaikum dan Salam sejahtera buat semua peminat FS. Aku kembali lagi setelah lama tak muncul. Kali ni, aku ada cerita yang agak serrramm (bagi aku). Tidak aku sangka, pengalaman ini terjadi pada diri sendiri. Selalunya muncul di tv sahaja. Huhu
Cerita nya bermula apabila satu malam selepas maghrib, aku bergegas ke rumah anak murid aku kerana ada sesi private tutor bersama mereka. Aku dan adik lelaki aku menaiki motor untuk menuju ke sana. Masa yang diambil untuk sampai adalah lebih kurang 15-20 minit.
Aku namakan adik aku sebagai Farid (bukan nama sebenar). Farid first time bawak aku pergi rumah client kerana sebelum ni, mak atau ayah aku yang hantar (aku tak ada lesen lagi). Seawal jam 7.45 malam, kami dah keluar dari rumah kerana takut lewat sampai ke destinasi. Dan malam itu adalah malam terakhir aku menjadi seorang tutor.
Rumah yang didiami oleh anak murid ku ini adalah teres dua tingkat dan untuk sampai ke sana kami terpaksa meredah hutan. Ya, tak dinafikan, setiap kali melalui kawasan tersebut walaupun lampu tiang segak menyala, kami tetap tak boleh kawal perasaan takut. Semasa perjalanan, adik aku terlajak ke satu jalan, di mana jalan tersebut menuju ke kawasan hutan yang jauh ke dalam. Aku pun bising di bahagian pembonceng dan mengatakan jalan yang dilalui kami ini, salah.
“Farid, salah la jalan ni.”
“Alahai, yelah, aku patah balik. Eh, along! Tengok tu, ada momok, momok, momok!” kata Farid sambil menunjuk-nunjuk ke arah jalan tersebut.
Aku tau Farid sedang bergurau, dan aku biarkan dia syok sendiri dengan lawak jenaka dia yang annoying tu. Sebab apa aku biarkan? Sebab aku teringat pesan orang tua, jangan dipanggil nama benda tu, nanti betul-betul dia muncul.
Tiba sahaja di perkarangan rumah anak muridku, aku turun dari motor dan memberi salam. Malangnya salamku tidak dijawab.
“Lama lagilah ni aku kena tunggu”, kata hati kecilku merungut.
Bagi mengisi masa lapang kami, kami berbual, dan tiba-tiba sahaja, datangnya keberanian untuk aku berseloroh dengan Farid.
“Eh, Farid… aku nampak momok yang kau sebut tadi,” senyumku sinis.
“Eleh, yelah tu. Kang aku tinggalkan kau sorang-sorang kat sini kang. Ada hati nak kelentong. Puihh,” ejek Farid.
Aku hanya berdiam. Malas nak melebarkan perbualan tentang momok tersebut, takut dia betul-betul muncul. Keadaan aku sewaktu itu, memang agak meremang. Serious talk!
Selang beberapa minit, aku pun masuk ke rumah client, sesi tutor sudah bermula dan Farid pulang ke rumah.
Tepat jam 8.58 pm, aku terdengar bunyi motor di luar, tetapi aku biarkan sahaja kerana aku diberitahu, abah yang akan menjemput aku pulang pada malam itu. Dan kalau betul abah dah sampai, mesti abah dah whatsapp atau call aku. Terdetik juga di hati aku, Farid ke yang ambil aku ? Persoalan itu aku abaikan saja sehingga selang beberapa minit, aku mendapat panggilan daripada Farid yang mengatakan dia sudah sampai di perkarangan rumah.
Aku keluar bersahaja dan sambil naik motor, Farid tanya aku, “kau ada dengar bunyi motor tak tadi ?”
“Ada, kenapa ?”
Farid hanya mendiamkan diri.
Sepanjang perjalanan balik, Farid bawak motor dengan gelojoh sekali. Melantun badan aku bila dia tak brek sewaktu melalui bonggol. Celaka punya adik. Aku memang bising sangat sepanjang perjalanan tu. Dia pun sengaja lalu kat daun-daun pokok yang berjuntai. Tak sempat aku nak elak, daun-daun tu terkena muka aku. Aku dah geram, aku picit lemak tepu kat perut dia, haa menjerit kau sakit. Padan muka!
Okay, sambung. Sampai saja di rumah, dia datang kat aku, dia tanya lagi, “kau dengar kan bunyi motor tadi?”
“Ha’ah, kenapa?” Tanya aku curiga.
“Kalau kau nak tahu, pukul 8.58 malam, aku dah sampai nak ambil kau. Aku nampak kau dah stand by pakai helmet dekat luar rumah. Aku pun pusing siap-siap, kau pun naik atas motor, lepad tu cakap, “Jom”. Aku pun bawak motor sampai dekat selekoh yang pokok besar tu, aku rasa tak sedap hati. Aku lalu dekat daun pokok yang terjuntai, tapi masa tu aku sempat elak. Selalunya kau akan bising-bising dekat belakang kalau daun tu terkena muka kau. Tapi kali ni, kau lain macam sangat. Senyap duduk belakang aku tu. Aku tak sedap hati, aku berhenti, dan aku dah agak, yang aku bawak tadi, bukan kau, along! Kosong! Tak dek sesiapa di belakang aku! Masa tu, aku dah berpeluh takut, dan hati ni rasa nak balik rumah terus, tak nak patah balik ambil kau. Tapi, aku beranikan diri jugak. “
Bila dengar saja cerita Farid, mengucap panjang aku. Mungkin perkara ini terjadi kerana keceluparan mulut kami semasa di kawasan separuh hutan itu. Kejadian ini benar-benar memberi pengajaran kepada kami dan mungkin juga untuk seluruh masyarakat. Selama ini, aku hanya menganggap, kejadian seperti ini hanya ada di TV dan hari ini, aku dan adik aku sendiri yang melaluinya.
Itu sahaja pengalaman seram yang aku dapat kongsikan. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca cerita aku. Sehingga kita berjumpa lagi dengan kisah seram aku yang akan datang. Bye!
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Penantian satu penyeksaan.. Hari2 tunggu cerita baru dr fs
cerita best ! 10/10 teruskan berkarya!
TERUSKAN BERKARYA. CERITA TENTANG KISAH KITA PULAK YE
Okay 😘
Adaa cete lagi x cete laa syokkkk 100/100💥💥💥
jalan nak ke rumah tue pn seram lg kene mcm tue lagi seram..
cerita yang best..
sekadar jua……. bauri tu bh yatah makanyaa…….
Cuba kana batang hidung sendiri. Baru kau tau. 🙂
Momok ni spisis apa eh? Cume tau tomok je… spesis hantu botak tpi suara kalau nyanyi sedap… tpi momok ni x tau plak spisis yg mcmana.tlg huraikan..
Momok tu sekadar panggilan “hantu” jer sbenarnya😉
BEST
tu la…celupar lg..ape2 pon best
Aku ade dgr..kalau kite brcerita tentang “dia”..”dia” akn dtg n join.maybe nk mnyakat korang yg da seru “dia” kot..
cite simple tapi best! kipidap
huh cerita best tpi cerita momok yang kat tv tu lawak haha cerita ni seram
mcm kelakar lalu bwh daun2 terjuntai, kena muka semua haha
cter boleh la… x terlalu seram tp best
Apesal tajuk macam nama aku?..