Bismillah, Ini first time aku tulis artikel so kalau ada typing yang salah tu halalkan jela ye. Aku bahaskan diri aku sebagai aku sebab nak bagi naik mood nak bercerita. Ni aku terangkan sikit pendirian aku. Aku ni jenis berlagak sikit and tak percaya sangat dengan benda halus ni. Sampai satu tahap aku pernah cabar benda tu datang kat aku tapi dia takmau mai so aku consider benda tu tak wujud pun lah.
Nak dijadikan cerita, Aku baru habis Spm masatu. Jadi ayah aku hantar aku ke kem dekat Ulu Yam selama satu bulan. Kawasan kem tu memang best sebab ada sungai, eletrik semua ada tambah pulak aku ni suka alam semulajadi itu yang best tu. Dalam kem ni aku dikatogerikan sebagai budak nakal sebab aku antara orang yang selalu tidur lambat, main card pagi-pagi buta, isap rokok semua. Life kat kem memang best sebab takde benda yang halang apa aku nak buat. Tapi ada satu malam ni benda yang aku tak mintak jadi dekat aku.
Masa tu baru lepas program. Standard la lepas program kitorang semua main card dekat dewan makan. Kitorang berhuhu sampai lah pukul 3 pagi. Awalnya main card ada lah 4 orang dengan member aku lagi 3 orang duk borak pasal awek kat table sebelah. Tapi bila dah pukul 3 semua dah masuk tidur and kitorang selalu tidur bersepah.
Ada yang tidur dalam dorm ada yang tidur dalm surau. Nak dijadikan cerita tinggallah aku berdua dengan member aku tak tidur lagi. Mula mula kitorang masuk surau dulu sebab nak letak card semua, Pastu kitorang naik la dorm sebab nak tidur. Aku dengan member aku ni selalu tidur berdua dekat tengah2 dorm. Ala ala sweet gituu. Dorm kitorang gelap gila sebab semua dah tidur masatu. Jadi keadaan sangat sunyi and sejuk sampai ke tulang sebab dorm tu bersebelahan dengan sungai. Masa aku jejak je langkah aku masuk dorm aku dengar macam ada orang tengah bersembang so aku tanya lah ‘Siapa tak tidur lagi tu?’ Tapi takde orang yang jawab.
So aku pergi la check dekat bahagian kanan dorm aku. Dorm aku ni memanjang and pintu dia dekat tengah. Masa aku check tengok takde orang and kat situ ada 4 katil double decker tapi semua takde orang. Dengan berbekalkan torchlight aku wusha lah bawah katil tapi takde orang jugak. Aku malas nak fikir panjang so aku jalan jelah ke tengah nak pergi ke tilam aku. Masa aku tengah jalan tu bulu roma naik macam apa dah sebab aku dengar orang berlari belakang aku. Yelah lantai dia kayu jadi bunyi tapak kaki dia kuat. Tapi aku malas nak layan aku terus berjalan ke tilam aku. Masa aku tengah jalan tu mata aku meliar ke depan sebab tkut terlanggar makanan atau apa apa.
Aku berjalan sampai la ke katil aku and sebelah katil aku ada sorang sahabat aku ni kitorang bagi dia gelaran Mr Bean sebab mata dia bulat and muka nak dekat sama. Masa aku tengah kibas tilam aku aku tersuluh ke katil Mr Bean ni and rupanya masatu mata dia terbeliak pastu dia terus toleh ke aku dengan pandangan tajam and dia terus terkam aku! Aku dengan member aku ingat dia main main. Mula mula kitorang duk jerit kat dia “Woi bean! Agak2 la nak gurau” Tapi si Bean ni dia diam je sambil cengkam tangan aku kuat gila.
Aku tak fikir apa dah aku terus baca ayat kursi kuat2. Tapi masa aku tengah baca tu aku seakan akan gagap padahal hari hari aku baca ayat kursi sebelum tidur. Badan aku lemah tak boleh nak lawan cengkaman Bean itu. Member aku pun cuba tolak Bean tapi Bean berdiri macam takde apa je. So kitorang berdua baca ayat kursi sampai 5 orang kawan aku semua terjaga sebab kuat sangat kitorang baca. Diorang semua turun katil and terus baca ayat kursi and ada salah sorang ni hafiz jadi dia baca ayat apa entah tapi dia kata jangan pandang mata Bean sebab itu dikira panahan mata. Jadi kitorang berlima pegang tangan si Bean ni sampai la bean ni lepas cengkaman.
Masatu aku dah lega dah sebab ingatkan dah settle. Aku panggil ah “Bean, Kau orait tak?”
Pastu Bean senyum sambil dia cakap “Kenapa? Aku buat apa? Apahal ramai orang ni? ”
Fuhhh, Time tu aku lega gila even though badan aku shaking sebab first time kena gittu.
Pastu semua naik balik atas katil buat macam takde apa apa berlaku. Esoknya, Lepas subuh tu aku cerita balik kat Bean apa yang terjadi. Rupa rupanya Bean ni terlupa nak baca ayat kursi sebelum tidur.
Haa jadi lepasni aku memang takkan lupa nak baca ayat kursi sebelum tidur and hasil daripada ini aku dah dapat satu pengajaran iaitu jangan berlagak pandai kalau tak tahu apa apa. Sekian.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
walaupun macam pendek je, tp suspend jgk…