Mr K – Nama Dia Ahmad

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca

Cerita yang saya hendak sampaikan ini bukan nya cerita seram atau fiksyen.Sebelum itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada admin kerana mempublishkan cerita saya ini. Saya akan menggunakan panggilan aku supaya selesa sikit nak cerita. Saya minta maaf jika cerita ini agak bosan.

Mari kita mulakan cerita ini.

Ahmad, seorng budak yang agak pelik pada pandangan saya tetapi sangat baik. Aku mula-mula bertemu dengan ahmad ini pada sem 1 di sebuah ipta. Perkara pelik ini berlaku pada pertengahan semester 1. Waktu ini jabatan kami mengadakan satu program dan pertandingan. Pelajar sem 1 wajib untuk menyertai acara ini dan disebabkan itu kami terpaksa berlatih hingga malam.

Pada suatu malam ketika kami hendak pergi ke dewan utama. Aku dan kawan aku terlihat seperti seorang lelaki tengah berdiri di atas bumbung bangunan lecture.Untuk maklumat anda,jalan menuju ke dewan utama mestilah melimpasi bangunan pejabat lecture dan bangunan ini setinggi 3 tingkat.

Pada mula nya, aku hanya berkata dalam hati, “apa hal dia buat kerja malam-malam ni,hmmm mungkin dia nak baiki bumbung kalau baiki waktu pagi kan panas”.

Lalu aku bercakap dengan kawan aku yang disebelah, “Agak-agak nya, kau ta…”

Kemudian Ahmad mencelah, “ Shhhhh, jangan cakap”. Lepastu dia senyum dan mengekori belakang kami sambil melihat bangunan itu.

Tak lama lepas itu, seorang budak perempuan yang sama kelas dengan saya bersuara, “Apasal lah orang tu buat kerja malam-malam ni, tak pasal-pasal jatuh nanti. Kalau hodoh lepastu jatuh lagi kang makin pecah muka. Hahahahahaha”

Aku pun bercakap dengan nada perlahan, “Ishhh minah ni, mulut tu memang takda insurance betul lah”.

Selepas habis latihan kami, semasa dalam perjalanan balik ke bilit masing-masing. Tiba-tiba budak perempuan tadi tersandung lalu jatuh terduduk. Kemudian dia menangis.

Aku pun bercakap dalam hati, “Jatuh sikit pun dah nangis, apa lahh”

Ahmad kemudian bercakap dengan nada yang agak kuat, “Woii korang, tahan dia cepat”.

Kemudian perempuan itu dengan pantas berdiri dan cuba untuk lari dari situ. Nasib baik lah kawan dia sempat tahan dia.Bila aku tengok pegangan mereka semakin terlepas, aku dengan kawan-kawan segera pergi kearah perempuan itu. Bila aku pegang pergelangan tangan dia, “sejuk betul tangan dia ni”kata aku di dalam hati.

Bila aku lihat ahmad, dia tengah berdiri tegak tanpa bergerak pun sambil mata dia tajam melihat perempuan itu.
“Apasal budak Ahmad ni, bukan nya dia nak tolong pun” kata ku.

Kemudian seorang perempuan ni bersuara, “Wei, jom lah pergi ke masjid. Mana tahu kita dapat minta tolong dengan sesiapa sebab aku tengok dia ni lain macam lah.”

Kami pun setuju dengan cadangan itu,semasa kami hendak angkat perempuan ni.Fuhhh punya laa berat budak ni,terpaksa laa kami meminta pertolongan dari budak lelaki kelas lain yang kebetulan baru jer habis latihan mereka. Lebih kurang 8 orang lelaki yang cuba untuk bawa dia.Itu pun payah kami nak angkat.

Bila aku toleh ke belakang,aku tengok ahmad dah takda. Aku pun pelik,bila masa dia ni blah dri situ.Aku pun endahkan jer,mungkin dia takut kott. Bila kami sampai ke kawasan masjid,perempuan ni mula meronta. Aku pun dah rasa marah sangat, macam nak lepaskan jer biar dia ni jatuh.Nasib baik lah di masjid tu ada usrah yang tengah mengemas masjid. Kemudian, usrah wanita datang dan mengambil alih kerja kami tadi. Lepas tu seorang senior lelaki mengarahkan kami untuk balik ke bilik masing-masing.

Masa aku cuba nak intai tengok apa yang berlaku dalam masjid itu. Aku terlihat ahmad berada di dalam itu sambil berkata kepada seorang usrah perempuan. Semasa kami hendak beredar dari kawasan masjid menuju ke bilik. Tiba-tiba kami terdengar suara orang tengah ketawa, “hiiii heeeeee hiiiii” bunyi dia.

Kami pun apa lagi, langkah seribu lari ke bilik. Bila sampai ke bilik, satu persatu kawan aku masuk ke dalam bilik aku. Mereka cakap takut dan bilik aku lebih selamat,mungkin sebab bilik aku dekat dengan bilik warden asrama.

Kemudian, tiba-tiba ahmad ni muncul dan masuk ke dalam bilik aku. Sambil tersenyum dan menyapa kami. “Ramai nya, kenapa ni takut ker?” kata ahmad sambil tersenyum. Aku waktu tu rasa seram sangat dengan kelakuan ahmad ni.

“Jangan takut, benda tu dah takda lagi. Dia pun takut juga.” kata Ahmad.

“Macam mana dia ni tahu benda tu takda lagi” kata ku kepada salah seorang kawan ku.

“Entah, ahhh malas lah aku nak fikir. Aku tengah takut ni” kata nya.

Malam tu kami rasa takut sangat tapi entah macam mana kami boleh tido nyenyak dalam keadaan sesak camtu.Bila aku bangun pada keesokan pagi, aku perasan yang ahmad takda dalam bilik itu.

“Bukan dia tido dalam bilik ni ke tadi?,hmmm pergi masjid kott” kata ku di dalam hati.

Bila kelas hendak bermula, kami pun pergi serbu ke arah perempuan semalam. Tanya dia apa yang berlaku semalam. Boleh dia cakap yang takda apa-apa jadi semalam. Dia cakap lepas habis latihan dia balik ke bilik, lepastu dia tido.

Kami pun ternganga, macam mana dia ni boleh cakap camtu. Kalau betul lah dia cakap yang dia terus balik ke bilik, habis tu yang kita orang angkat semalam tu siapa.

“Ahhh sudah” kata ku.

Kami semua duduk ke tempat masing-masing sambil terfikir dengan kejadian semalam. Ahmad ni pulak aku tengok dia relax jer, tapi mata dia sentiasa curi-curi tengok perempuan tadi tu.

Aku pun terfikir,kenapa ahmad ni orang lain bukan main lagi takut.Dia ni boleh jer sengih-sengih macam tu.Tiba-tiba terlintas di pemikiran aku, mungkin ahmad ni ada pendamping kot and benda semalam itu dia punya sebab aku tengok dia pelik semacam jer.Macam tengah fikir sesuatu sambil curi-curi pandang perempuan tu.

Selepas habis kelas,aku dan kawan aku pun lepak dekat library.Kemudian aku ceritakan apa yang tengah aku fikir tadi kepada mereka dan mereka pun terfikir benda yang sama macam aku

Lepas itu, aku pergi ke vending machine nak beli air and machine ni membelakangkan hutan yang terletak di sebelah kiri library.Dipisahkan dengan padang bola. Masa aku nak beli air tu, tiba-tiba mata aku terpandang dua kelibat berwarna putih di salah satu pokok.Mula- mula aku tak kisah sangat sebab tak kan lah tengahari terik ni benda tu nak keluar.

Selepas aku beli air tu, aku berniat nak bagi tahu kawan aku yang ada kat situ dia orang nampak tak apa yang aku nampak.Kemudian bahu aku ditepuk dari belakang, rupa-rupa nya ahmad.

“Kalau tak nak kena kacau, lebih baik kau diam. Benda itu tak kacau pun memang tempat dia situ.” kata ahmad sambil meletakkan bag nya ke atas meja di sebelah kami duduk.

Aku pun tiba-tiba meremang.Bila masa pulak dia ni sampai kat sini, kenapa aku tak perasan dan macam mana dia boleh tahu apa yang aku nak cakap.Aku pun dengan perasaan ingin tahu bertanya kepada Ahmad ni.

“Ahmad, aku nak tanya ni. Macam mana kau tahu apa yang aku nak cakap?” kata ku

“Senyum…, sebab dari tadi aku tengok kau pandang benda tu” kata ahmad.

“Kau nampak ke benda tu. Apa sal aku dengan kau jer yang perasan kelibat benda tu, kan ramai orang kat sini?” kata ku.

“Entah, mungkin dia orang suka kat kau kot.Aku pulak dah biasa tengok benda macam ni.” kata Ahmad sambil tersenyum.

“Kau ni… ada membela ker sebab aku tengok kau ni lain macam jer. Kalau ada apa-apa yang terjadi kau mesti tiba-tiba hilang. Lepas tu entah dari mana kau muncul dengan aku tak perasan pulak tu.”kata aku.

Ahmad kemudian berubah ekperesi nya dari tersenyum ke agak serius.Kemudian dia bersuara, “kalau kau nak tahu, aku sebenar nya bukan berasal dari…”

Tiba-tiba kawan aku memanggil aku untuk pergi ke kantin sebab dia orang lapar. Lepas itu aku pandang balik ke Ahmad dan dia sudah beredar menuju ke arah masjid. Lepas tu, apa yang ahmad cuba nak sampai kan kepada aku berlegar di pemikiran aku.

“Bukan berasal dari….?, asal apa. Bukan dari negeri ni ker atau bukan berasal dari duni ni?” kata ku di dalam hati.

Apabila aku ingin menjumpai atau bertemu dengan Ahmad untuk bertanya apa yang aku fikir kan. Sentiasa ada benda yang menghalang aku dari bercakap dengan dia. Lecture panggil lah, kawan minta tolong lah,bag aku tiba-tiba terbuka lah, bila di masjid aku selalu tunggu dia keluar sebab dia ni selepas sembahyang dia akan baca Al quran dulu. Tapi bila aku jenguk balik dalam masjid dia dah hilang , macam-macam lah yang terjadi.

Hingga lah aku memasuki sem 2, waktu ini aku dapat tahu yang Ahmad berpindah ke ipt lain mungkin sebab dia dapat tawaran yang lebih baik sebab tak salah aku result spm dia straight A. Tapi lepas dia pergi, aku tak lagi ternampak benda-benda ni. Ipt tempat aku ni aku rasa lain macam jer.Waktu sem 1 tu aku tengok tempat ni suram , tak ceria langsung.Sekarang aku rasa tempat ni ceria, macam Malaikat Rahmat jer lalu tempat ni hingga la aku di semester akhir.

Sampai disini sahaja cerita yang ingin saya kongsikan. Maaf jika cerita ini tidak menepati permintaan pembaca. Terima kasih kerana membaca cerita saya ini.

Penulis:
Mr K

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

12 thoughts on “Mr K – Nama Dia Ahmad”

  1. Yer…kawan-kawan saya pun boleh tengok Ahmad ni. Dia ni tinggi sikit,kulit dia putih, badan dia sederhana tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk and rambut dia smart sikat tepi (mana tahu korang pernah jumpa dia…hehehehe)

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.