Assalamualaikum dan hai. Nama saya Yana. Umur rahsia. Aku masih muda tapi tua. Hehe.. aku peminat setia page fs???? hari2 baca cerita best kat sini.
Okay aku nak cerita aku nampak uncle poc (bukan nama sebenar) sebab mulut aku yang celopar ni. Menyesal woo ??
Masa tu malam selasa kalau silap. Hah ! Masa tu supermoon. Masa tu ibu, kakak, adik aku dgn aku stay kat luar sebab nak tengok supermoon tu. Buat pengetahuan korang rumah aku ni kat perumahan lah kiranya. Perumahan kecil tuk pekerja kerajaan. Kawasan ni kecil je semua rumah boleh dilihat dari rumah aku. So ada rumah yang terbiar sebab tak de orang nak duduk . Okay mula…
Masa tengah best tengok tu supermoon, tiba2 mama aku tergesa2 bawa kitorang masuk. Aku pun ikut je. Masa kitorang semua dah masuk baru ibu bagitau yang dia ada nampak uncle poc kat rumah terbiar tu. Tengah dok usyah kitorang masa tengah tengok supermoon.
Aku tak percaya. Jadi aku cakap lah kat ibu. ” Ibu, knapa tak bagitau Yana. Yana pun nak tengok tu pocong” dan ketawa. Ibu dah pukul tangan aku suruh jaga mulut tu. Masa tu aku siap selak langsir nak tengok benda tu tapi takde pun.
Tak habis gitu. Lepas dah masuk bilik ( aku satu bilik dengan adik aku) aku cakap kat adik aku lagi. “Ish. Sayang betul aku tak nampak pocong tu”. Adik aku dah marah2 masa tu.
Hari yang sama jam 11.00 malam. Mak aku dalam bilik jahitan dia. Aku baru lepas bergayut dengan bf aku hehe. Aku nak pegi tandas. Masa aku nak gi tandas kena lalu ruang tamu. Masa aku lalu tiba2 aku dengar bunyi ayam ‘kok kok kok kok’. Aku tak fikir apa2. Aku teruskan gi tandas. Lepas dah gi tandas dan lalu ruang tamu. Aku dengar bunyi ketukan kat cermin tingkap. Aku ni yang tak tau kenapa bodoh sangat malam tu gi selak langsir tu. Mungkin sebab tuhan nak tunaikan ‘permintaan’ aku.
Lepas aku selak. Hah! Masa tu aku nampak uncle poc . Muka dia. Ya ampun, jangan tanya. Aku takut nak describe. Masa tu aku nak lari . Tapi tak dapat. Statik jer kat sana. Nak jerit pun tak keluar suara. Uncle poc tu tengok aku masa tu. Aku rasa masa tu air mata dah turun dengan lajunya sebab tu jer mampu aku buat. Dalam 5 minit tu aku statikkan diri dan bertentang mata dengan uncle poc, kerana terkejut sangat, aku pengsan.
Besoknya, ibu kata dia dengar benda jatuh kat ruang tamu jadi dia pun periksa lar. Tiba2 tu dia nampak aku dah tak sedarkan diri. Lepas tu aku bagitau ibu apa yang aku nampak. Boleh pula ibu ketawakan aku sebab mulut celopar. Huhuhu.. Memang salah aku.
Nasihat aku. Tolong lar jaga percakapan korang. Percakapan tu suatu doa. Nanti engko cakap ni, betul2 jadi kang . Trauma lar engko macam aku huhu
Sincere,
Yana
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
terbaikkkkk hihihi…
Mmg betul pon. Jangan sesekali sebut . mmg betul2 dia akan datang
Gilaa argh.5 minit!! ?
Ad x “ dr mata trun ke hty ”???
5 min tu. Haha
Hahaha
Siot jek. Jatuh air mata terus kot. bahaha
Ngeee,… mintak dijauhkan la dari nampak mende2 tu semua. huhu
nak tengok sangat sekali mendapat..
tu la…celupar sgt kan…pdn la
Mulut cabul bukan bacul… terbalik…
Selasa supermoon jugak 19/2/2019 11.53p.m