Mulut Jangan Celupar

Assalamualaikum. Kisah ini berlaku semasa 2 hari sblm last paper SPM 2010. Saya merupakan pelajar yang tinggal di asrama, so masa tu memang pelajar SPM je lah kan yang ada di asrama. Kisah berlaku selepas jam 1am.

Lepas menonton tv dgn member, saya lepak dgn beberapa org kwn kat meja study. Saya ingat lagi masa tu kiteorg lepak sampai jam 12.4++ am then lepas tu masing2 masuk bilik kononnya nk tido. Masa lepak, kiteorg ada sembang2 tp saya x ingat pasal apa, tp yg saya ingat saya ada mention ‘Suster Ngesot’ alah movie seram indon tu..

Lepas masuk bilik, saya x terus tido tp saya sambung study kat meja tengah2 bilik membelakangi tingkap belakang (masa tu semua calon spm stay kat bilik bawah sekali, then bilik atas gelap dan xda orang). Masa tu semua roommate saya dah tido.

Tak sampai 5 minit study, tetiba rasa mcm ada someone tgh memerhati dari luar tingkap belakang. Masa tu dah agak meremang sikitlah tp saya x tengok pun. Saya teruskan membaca tp masa tu apa yg dibaca memang x masok pun. (Lupa nk bgtau, bilik saya paling hujung sekali dan dekat dgn tangga. Tangga tu ada gril dan rantai besi)

Tidak lama kemudian semasa tgh study, tetiba pulak seluar saya kena tarik dari bawah meja (dia tarik sikit je lah, xdelah smpai seluar saya tertanggal). So saya cepat2 tgk bawah meja tp xda apa2. Tapi, rantai besi kat pintu gril tu berbunyi macam ada someone yg buka gril tu.

Masa tu saya dah tak tahan, jam dah 1 pagi siapa yg nk naik atas?! So saya tutup buku then terus ke katil saya. Kebetulan malam tu langsir tingkap dekat dgn pintu terbuka. Then dari katil saya boleh nampak direct tangga bergril melalui tingkap tu. Tp masa saya tgk tu, elok je gril tu tertutup, rantai besi pun elok x berayun (kan selalunya dia akan berayun klu lepas kita kunci). Saya dah istighfar panjang dan tanpa buang masa saya baring dan tutup 1 badan dgn selimut. Katil asrama kan double decker dan saya bhgian bawah. Bhgian atas pula kawan saya.

Tak lama selepas saya baring, tetiba saya dgr bunyi something yg macam mengensot or diseret. Tp bunyi tu akan dihasilkan sebanyak 2x dlm 1 masa. Dia mcm klu kita jalan seret kaki (2 kaki diseret, mula2 kaki 1 then kaki 1 lagi then stop. Pastu seret lagi then stop) mcm tu la ritma dia lbh kurang hahahahaa . tetiba rasa kelakar sbb saya x tau mcm mana nk describe bunyi tu. Bunyi tu pula datangnya dari pintu. You know what, saya kira kot berapa kali bunyi tu dihasilkan.. Adalah around almost 20 bunyi, then dia stop. Saya tunggu bunyi tu tp dia x bunyi2 juga..

Tunggu punya tunggu, akhirnya bunyi tu datang balik. Bunyi tu ada dekat sebelah saya pulakkk.. Masa tu selimut dh tutup 1 badan, of course la peluh merembes kan hahahaha. Semua doa surah yg saya baca dah berterabur, saya dah x ingat saya baca apa. Lepas tu saya terdengar bunyi katil saya kena pegang dgn kasar..

Ok, cuba pegang katil besi dgn kasar, mesti dia bunyi kan sbb hentakan tangan.. Ahh mcm tu la masa malam tu, then katil saya bergoyang, tp xdelah goyang sgt. Masa tu saya x tau katil saya digoyangkan atau kwn saya yg tido kt atas tu yg tido ganas ke apa.. Sbb saya cuma berharap ‘benda’ tu x selak selimut saya. Tu je. Dan alhamdulillah lepas tu dah xde apa2. Saya x tau mcm mana sy boleh tido dlm ketakutan masa malam tu, tup2 saya sedar dah jam 6 pagi..

Benda ni mgkin ada kaitan or xde kaitan dgn cerita masa kiteorg lepak kat meja study yang saya mention suster ngesot tu. Tp saya berpendapat benda tu dtg sbb saya panggil dia. Mungkin la. So lepas ni mulut jgn celupar sgt. Kan dah kena. Hahahahaha. Saya ada begitau benda ni masa nak last paper kan? Alhamdulillah paper saya yg last tu saya dapat A+. Bye.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.