MUSIM FINAL EXAM

Assalamualaikum semua. Pertama sekali terima kasih kepada admin fiksyen shasha (Fs) sekiranya cerita yang tak seberapa ni disiarkan oleh Fs buat penggemar cerita – cerita dari Fs macam aku ni. Sebenarnya ni kali pertama aku tulis cerita macam ni, mohon maaf andai ayat berterabur ke apa ke tapi ni bukan sekadar cerita tau, ni kisah betul punyer masa zaman belajar dulu. Sekarang aku dah graduate tapi still tak dapat keje lagi so sebab tu lah bosan semacam sampai nak menulis bagai ni hehehee.. Hmm, lupa pulak nak bagitau nama, nama aku pon singkatan dia Fs jugak tapi cukup sekadar Fara jelah kan. Maybe kawan2 yang baca tu akan terus tertanya-tanya sape aku hehee. Tapi bila dah baca habis kisah ni maybe akan ada yang cam aku.

Kisah dia macam ni…
Dulu lepas abis je spm, semua kawan2 duk kalut apply kat ipta dan ipts ni tapi aku ni jenis yang malas belajar dan lagi satu, takde orang pon nak support aku untuk sambung belajar. Bukan aku tak apply langsung tapi tak dapat nak wat macam mana kan, ibarat dah ngantuk orang sorong bantal laa sebab dah malas nak sakit otak belajar hahaa.. Hmm lepas tu makcik2 aku pulak bising, cakap nak buat apa kat rumah, muda lagi belajar laa. Parents aku tak berapa sangat kalau bab2 sambung belajar ni, aku faham perasaan diorang tapi biarlah. Dah serabut sangat, last2 ada sorang kawan baik aku masa sekolah call dan mesej aku tanya nak suruh dia tolong isi sekali dengan dia tak sebab masa tu dia dapat satu kolej kat kuantan ni. Aku tak fikir panjang langsung, semua aku serah kat dia bulat2, pasal pinjaman mara, kos pon sama ngan dia. Macam orang takde matlamat hidup pulak hahaa. Sekarang menyesal pon tak guna. Susah nak cari kerja sebab aku kat kampung.

Selepas dapat je surat tawaran dari kolej tu, aku terpaksa siapkan semua dalam masa 5 hari je, sebab aku apply last minute kan. Rumah aku dengan Kuantan dalam 4 jam lebih je. Sampai je kat kolej tu masa hari pendaftaran, aku terus pergi ke dewan kolej tu untuk urus segala proses pendaftaran dan lepas tu barulah dapat kunci bilik hostel. Aku tak nak sebut nama kolej tu tapi ex student kolej tu yang baca ni mesti cam. Okayy, lepas dapat kunci bilik ape lagi kan, aku dengan family aku pergilah kat blok2 asrama sana. Masa tu aku dapat Blok U aras 3, hmmm jenuh jugaklah nak angkut semua barang naik tingkat 3 (paling tinggi kat situ). Satu bilik 2 orang, aku dapat roommate orang perak, Fatin namanya tapi orang panggil kami ‘double F’ huhuu.. Sebilik dengan Fatin ni buat aku jadi rajin sikit nak belajarnya tapi kalau dah malas, cakaplah apa pon memang aku malas laa tapi bab assignment, kitorang tiptop okay, hehee

Bermulalah kisah…
Setelah 5 bulan semester pertama tu, masuklah bulan last iaitu bulan yang ada final exam. Sebenarnya akak2 n abang2 senior ada cerita kalau kat sini asal musim exam jer mesti ada kes2 histeria, dan kat sini ada orang m**i b***h diri laa, ada orang tanam baby kat pokok besar kat kediaman asrama laa. Tapi aku tak ambil kisah sangat pon, sesekali tu ada laa jugak terdengar suara baby nangis, nak kata anak warden, husband pon takdak hehee. Hmm bila dah jadi, ketaq lutut laa weyyy. Aku pon ingat tak ingat je benda ni semua tapi yang pasti benda ni start bila ada budak2 yg satu aras dengan aku main yang bukan2. Main pocong2 uolsss kalau poco2 takpe jugak, hmm dah takde benda sangat ke diorang ni nak main. Menyirap jugaklah d***h ni naik, mana tak nya, sebab diorang abis berjangkit dari satu bilik ke bilik yang lain.

Aku memang kaki korea, dengan si Fatin sekali terikut sekali terpengaruh dengan aku huhuu.. Kawan2 sekelas yang duduk satu aras tu pon asyik perli jer, “weyh aku tengok si Fara ni selalu tengok running man tapi result gempak jugak, jom kita layan running man jugaklah”. Asyik2 ayat tu jer aku dengar, dah tiap kali diorang lalu depan bilik aku mesti aku tengah layan running man, yelaa aku dah cakap kan aku ni malas sikit. Lagi 1 aku memang tak boleh study awal2, aku suka study last minute baru masuk otak. So baik aku berhuhu hahaa tengok running man sebagai terapi minda aku ni hihii.. Ehh terrlari dari landasan pulak hehee. Pkay masa aku dengan roommate aku tengah syok menghadap laptop layan running man, tiba2 surppppp macam ada orang hembus angin kat belakang. Aku dengan Fatin masing2 buat tak tau padahal bulu roma dah meremang habis. Baru nak okay tiba2 arghhhhhhh bunyi orang jerit kat bilik hujung sana. Apa lagi semua keluar bilik pergi sana, budak yang main pocong2 tadi dah kena daa. Beberapa students lain pergi panggil warden asrama, bila keadaan dah reda sikit, kami semua pulang ke bilik masing2.

Kami semua ingatkan keadaan dah okay tapi students kat blok lain pulak yang kena so memang tidur2 ayam lerr semua sebab takut. Pada malam berikutnya, masa aku sedang solat, tiba2 bunyi orang jerit lagi, bilik yang sama kena. Semua berlari ke sana untuk tengok apa yang tengah berlaku. Roommate aku pon pergi sekali tak tunggu aku, ya Allah perasaan masa tu macam nak lari dengan telekung juga sebab dah takde orang dekat aku tapi aku beranikan diri juga habiskan solat tu. Selesai jer, apa lagi marathon laa aku pergi sana jugak hahaa. Masa aku sampai kat bilik tu, makk aiihh ramainya sampai yang aras bawah dan yang dari blok lain pon ada. Diorang cakap ada dengar bunyi kuat sangat jatuh ats bumbung blok ni, masalahnya kitorang takde dengar apa2 pon. Meremang bulu roma.. Kawan2 aku yang lain tolong pegang sorang student ni yang kena rasuk, aku pergi pegang kat bahagian kaki, dah dia kuat sangat so aku duduklah atas kaki dia, tapi sampai terangkat badan aku yang semangat ni huhuu. Dia marah aku pegang ibu jari kaki dia sambil baca ayat qursi, meraung jugaklah dia.

Bila student tu dah okay sikit, masing2 balik ke bilik tapi sorang lagi kena histeria, selang 2 3 bilik jer ngan bilik aku. Lepas tu budak aras 1 pulak kena, hmm memang tak habis kisah malam tu lepas sorang, sorang kena sampai last2 warden call ustaz datang dan kumpulkan semua yang dah kena tu dalam 1 bilik. Hmm ni kalau nak cerita satu2 entah bila nak habis kisah ni kan hehee. Ni pon aku tak cerita spesifik sangat. So kat sini jelah aku stop dulu. Sorry kalau tak menarik, saja jer nak share cuma nasihat aku buat students yang duduk jauh belajar tu behave la sikit yer, bukan apa untuk kebaikan korang jugak..kan jadi benda2 tak elok menyesal tak sudah. Salam rindu buat semua kawan yang mengenali diri ini.

Fara

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

2 thoughts on “MUSIM FINAL EXAM”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.