Assalamualaikum wbt kepada team FS dan pembaca setia sekalian. Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan dan kelapangan menzahirkan pengalaman yang sedikit ini ke ruang penulisan. Semoga semua dalam kerahmatan dan keberkatan Allah swt.Kejadian berlaku pada tahun 2003, sama tahun dengan kisah saya seperti di https://fiksyenshasha.com/siapa-yang-balik-tu/.
Ketika itu saya sedang menadah ilmu disalah sebuah institusi pengajian kerajaan di Jasin, Melaka. Kawasan institusi ini dikelilingi tanaman sawit dan sedikit pokok getah. Oleh itu selalu saya dan rakan-rakan “fly” sauk ikan dalam parit hujung minggu atau setiap malam rabu(xsilap) akan “fly” ke pasar malam di Taman Maju ikut jalan sawit dan getah semata-mata nak beli nasi lemak RM1.Maklumlah elaun kerajaan yang kami dapat membuatkan kami kena berjimat-cermat ikat perut demi mendapatkan segulung sijil pengiktirafan(zaman atuk).Begini kisahnya…
Hari tu saya dan rakan-rakan semua excited sebab malamnya seperti biasa kami akan ekspidisi meredah sawit dan getah untuk ke pasar malam di Taman Maju. Semua dah lapar sebab masing-masing tak makan tengah hari sebab nak bantai nasi lemak RM1 dari pasar malam. Petang tu lepas kelas ramai-ramai lepak kat kedai car park pekena air dan berbincang tentang nak gerak ke pasar malam.Semua dah setuju, pukul 5.30pm kami mula berjalan meredah belukar dan estet. Kami bergerak seramai 11 orang dan masing-masing dah set pakai baju gelap sebab tak nak kantoi nanti dengan warden bila jalan dalam gelap nak masuk ikut lubang tikus. Alhamdulillah perjalanan pergi tiada masalah, ambil masa kira-kira 1 jam nak sampai, Kami pun beli makanan untuk dimakan dan bungkus, kami makan dulu disana kenyang-kenyang sebab nak jalan nanti makin penat. Waktu ni siapa yang pakai Nokia 3310 dah kira paling hebat jadi hanya lampu dari hp ni yang di gunakan bila balik redah estet malam tu.Lepas isyak kami pun menyusur meredah estet untuk balik.Saya dan beberapa kawan mulai perasaan jalan yang kami lalu balik terasa jauh dan lama dari biasanya. Kami ada melalui satu gerbang dari runtuhan dahan besar, dimana masa pergi kami tak perasaan pun.Masing-masing berpandang sesama sendiri dan diam.Ketua kami,Along memberi isyarat diam dan tunduk ke bawah untuk terus berjalan.
Selama 10 minit lebih kurang kami jalan tunduk ke bawah, perasaan seram dan takut menyelubungi saya. Perasan juga ada yang dah jalan tak betu sebab takut.Kami teruskan berjalan ,selepas beberapa ketika baru rasa tenang sikit tapi perjalanan masih jauh lagi.Bermacam-macam bunyi yang kami semua dengar dan setiap kali je kamii semua akan berhenti. Bila balik ni,saya yang paling belakang sebab tadi masa pergi saya di depan. Jadi perasaan takut tu lagi banyak saya rasa. Dengar suara orang panggillah dan bermacam lagi. Peluh jangan cerita, segala bapak peluh keluar sebab cuak(time ni penakut).
Dah agak lama kami beralan akhirnya nampak cahaya bangunan dari tepi pagar di padang bola.Kami pun mula mencari lubang tikus yang petang tadi kami gunakan. Aneh, sebab lubangnya kami semua x jumpa. Semua 11 orang cari sepanjang pagar tapi tak ketemu. Sedang mencari tiba-tiba saya terasa bahu macam ditepuk dari belah kiri . Saya terdiam dan mula berfikir bukan-bukan.”Kan aku paling last ni,siapa pula yang tepuk-tepuk ni”? Apa benda musibat lah nak jadi ni,bisik kecik hati saya.
Saya dah tak boleh bergerak dan mata takut nak toleh ke belakang. Segala ayat yang nak baca time nilah lupa dn bismillah pun berterabur. Saya lihat semua dah makin jauh dari saya langkah demi langkah.Berpeluh dan cuak serta seram semua saya rasa. Tepukan yang kedua saya dapat rasai, tapi masih tak nak pandang, mata saya tutupkan rapat. Alhamdulillah, saya dengar nama saya di panggil oleh ketua kami, saya buka mata dan nampak Along saya sedang berlari ke arah saya. Dia suruh saya diam dan jangan bergerak..Hello!!! kaki memang dah tak boleh gerak kaku ni lepas kena tepuk..
Along datang dekat pada saya dan membisikkan sesuatu.”rilek, jangan lari dan takut.Lagi takut lagi dia suka.Saya diam dan angguk saja,Along baca sesuatu dan hembus ke muka saya, syukur barulah saya boleh gerak dan join yang lain untuk balik.Saya tetap tak puas hati nak tengok apa benda yang belakang saya. Setelah beberapa langkah saya dan Along berjalan, saya menoleh dan nampak 3 susuk berpakaian macam kami, wajah x jelas tapi berpakaian serba cerah.Kami teruskan perjalanan dan akhirnya jumpa lubang tikus untuk masuk kawasan kediaman. Sesampainya di blok, Along panggil saya dan cerita apa yang dia nampak dan berlaku. Sebelum kami sampai di padang untuk mencari pagar, Along nampak ada orang lain berpakaian cerah antara kami semasa berjalan. Kami dah janji semua pakai baju gelap dan memang waktu keluar tadi semua pakai warna gelap/hitam. Along dah agak akan berlaku sesuatu kejadian tak diingini.
Along cakap syukur dia perasan nak patah balik pastikan semua 11 orang dalam keadaan selamat. Sebab sewaktu dia berjalan panggil saya, Along nampak makhluk tu betul-betu belakang saya dan tingginya hampir setengah pokok sawit. 3 susuk keliling saya waktu tu, sebab tu saya kaku takut tak boleh bergerak.
Alhamdulillah malam itu tiada apa-apa gangguan lagi. Selepas kejadian itu kami dah jarang nak pergi pasar malam ikut estet. Sekarang ni semua pakai kirim je jadi xlah penat dan nak kena hadap lagi benda-benda ni.
Sesungguhnya ketika Panglima Perang di antara Malaikat memimpin malaikat lain seperti Jibril A.S dan lain-lain untuk menghapuskan makhluk yang membuat kerosakan di muka bumi ini. Ada yang larikan diri kedalam hutan, gua,lautan dalam dan lain-lain lagi tidak dibunu. Allah swt meng “ghaib”kan mereka dari hijab manusia. Jadi peringatan kepada kita bahawa sememangnya ada makhluk lain yang wujud selain kita..
Sekian..
Untuk pengetahuan anda semua,
cerita ni fiksyen saja ye..
laaaa ingatkan betul2 tapi klu betul2 kan lagi bestttttt…
cita fiksyen tak payah share la bangang !!!
ok la jugak cite fiksyen tapi best daripada cite ko cam tahi kahkahkahhh
citer dia pon dia main copy paste orang lain punya je. pastu ada hati si sado ni nak hina citer orang lain
Laaaa ingtkn crita betul