Nampak Muka Isteri Macam Nenek Tua

Assalamualaikum .

Kepada pembaca FS . Cerita ni merupakan kisah mak dan ayah aku kena sihir pemisah .

Nama aku sofea . Kisah ini berlaku semasa aku berumur 9 tahun . Tiap hari ayah aku akan mengamuk secara tiba tiba dan memukul mak aku . Mak pun mampu menjerit minta pertolongan dekat anak anak dia .

• AYAH PUKUL MAK •

Boleh di katakan tiap tiap hari mak aku kena pukul dengan ayah . Sampai satu tahap kami adik beradik dengan mak tengah menonton TV . Tiba tiba ayah mengambil helmet dan membaling ke arah mak dia kata muka mak aku buruk . Semua tekejut tiba tiba ayah baling helmet dekat mak . Nasib baik abang aku ada boleh lindung mak aku dari kena pukul . Aku kesian tengok mak pegi kerja dengan muka bengkak bengkak badan lebam sana sini . Aku masa tu mampu menangis je . Atas saranan adik beradik mak . Mak dengan abang aku pun bawa ayah pergi berubat .

• DAPAT TAHU DISIHIR •

Bila berubat ayah aku kata dekat ustaz tu yang dia nampak muka mak macam nenek tua buruk . Bila dekat dengan mak pulak tiba tiba badan rasa panas nak marah . Dan kadang kadang ayah aku dengar bisikan dekat telinga dia . Suara tu bekata yang mak aku ni curang dan buat benda yang tak senonoh dekat belakang dia . Bila dah selesai berubatkan ayah aku . Ustaz tu cakap yang ayah dah terkena sihir permisah . Orang yang menghantar tu tak suka tengok mak dengan ayah aku bahagia . Orang tu ada taburkan tanah kubur di depan rumah kami . Itu buat ayah aku rasa panas bila duduk di rumah . Dia akan hantar hantar dan terus menghantar sihir tu dekat ayah .

• KEADAAN AYAH MAKIN TERUK •

Keadaan ayah aku makin teruk . Kami sekeluarga balik kampung untuk berubatkan ayah . Malam tu secara tiba tiba ayah keluar rumah . Dia terus mengambil parang dan menetak netak dinding kayu dengan perasaan marah . Macam benda tu tahu je nak bawak ayah pegi berubat . Nenek dengan adik beradik mak pun terdiam cuak kami sekeluarga . Dah tetak dinding  guna parang sapa tak cuak . Bila dah ada peluang pakcik aku terus ambil parang dekat ayah dan terus bawak pergi berubat kerana keadaan ayah masa tu makin tak terkawal .

Ayah aku kadang menjerit dan mengamok rasa panas duduk dekat rumah . Bila keluar rumah dia macam becakap dengan seseorang . Sedangkan dia sorang je takda siapa dekat sebelah dia . Sampaikan aku pergi sekolah pun kawan kawan aku kata yang ayah aku gila . Sedih beb serious aku rasa sedih nak menangis masa tu . Siapa je yang suka bila kawan kawan sekolah cakap macam tu pasal ayah aku .

• BECERAI •

Akhirnya 2008 mak dengan ayah aku becerai . Masa tu aku baru 12 tahun betapa susahnya nak hadap semua ni dengan masa tu aku tengah amik ujian UPSR . Perghh perit di duga dengan ujian macam tu . Dan mak aku sangat kuat dia membesarkan anak anak dia dengan baik .

Selepas umur aku 23 tahun baru aku dapat bejumpa ayah aku . Alhamdulillah ayah makin sihat sejak anak anak membesar dan bekerja . Masing masing kumpul duit untuk berubatkan ayah . Cuma bila jumpa dia akan tanya nenek okay . Kalau dia tanya tu bermaksud dia tanyakan pasal mak aku . Benda ni dah 12 tahun berlalu tapi bila di ingatkan balik amat besar dugaan kami sekeluarga . Semoga kita di jauhkan dengan sifat sifat dengki . Okay sampai di sini saja cerita yang nak aku sampaikan . Maaf jika penulisan tak sebagus mana .

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]
Sofea

7 thoughts on “Nampak Muka Isteri Macam Nenek Tua”

    • alahai awak niiii… tgk tajuk n hayati betul betul crita budak ni. dia cakap ayah dia tgk mak dia muka mcm nenek..pehe dok?

      Reply
  1. Kalau sihir tak mcm tu. Gaya mcm ayah kau tu mmg mental. Skizo. Klau bukn dadah, mungkin dia ada sejarah eksiden kepala atau keturunan. Kalau sbb keturunan, kau pun kena jaga2 takut turun pd kau jugak.

    Reply
  2. Seram / Tak (2 marks) = 1
    Gaya bahasa (2 marks) = 1
    Penyampaian (2 marks) = 1
    Real / Fake (2 marks) = 1
    Whole story (2 marks) =
    Comment : Cerita ni lebih kepada cerita yang menyayat hati. Dan tk kepada seram. Sebab tak nampak apa2 entiti. Semoga keluarga awak aman sejahtera. Semoga mak awak terus kuat, ayah awak kembali pulih sepenuh nya. Cerita ni ringkas, sebab tk cerita detail mcm mana cara berubat, masa berubat mcm mana. Klau dapat cerita atau dapat tahu clue siapa yg buat sihir tu dan apa sebab yg mendalam, lagi seronok utk di baca. Mungkin prempuan yg sihir sebab suka pada ayah awak. Tapi kalau tk diceritakan. Mungkin, memang tk tahu. Dan cerita tk ditokok tambah. 5/10

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.