#nana- Mesej Dari Haikal

Assalamualaikum pembaca fiksyen shasha. Tak jemu Nana hantar cerita dekat sini ya. Sebab Nana memang suka menulis. Paling suka apabila ada yang sudi membacanya. Walaupun hanya sekadar cerpen. Tak apalah, biasalah ada yang suka dan ada yang tak suka. Tapi tidak mematahkan semangat Nana untuk menulis. Harap korang enjoy baca cerpen yang ini pula. Selamat membaca…..

………………………………………………..

5.30 petang.

Sofea membuka handphonenya.

“Wah….! Ramainya…..”

Ada 10 permintaan rakan di laman facebooknya pada hari itu. Satu persatu senarai profile facebook dilihatnya. Sofea masih meneliti, sama ada mahu menerima ataupun tidak permintaan mereka.

Apabila sudah melihat keseluruhan 10 profile tersebut, barulah Sofea menekan butang ‘confirm’ untuk menerima 9 dari 10 permintaan dari rakan-rakan baru. Hanya satu sahaja Sofea masih ragu-ragu untuk menerima permintaannya itu.

“Haikal Harun……”

Sofea meneliti gambar profile facebook lelaki yang bernama Haikal Harun. Di kotak gambar profilenya hanya terpamer warna merah hati. Malah tiada gambar lain di dalam facebook lelaki itu selain hanya gambar berwarna merah hati itu sahaja. Malah, senarai rakan juga tiada, kosong. Seolah-olah seperti akaun palsu yang digunakan untuk tujuan tertentu seperti yang selalu dilakukan kebanyakkan orang.

“Terima sajalah. Mungkin dia masih baru lagi buat facebook….” Sofea bermonolog. Lalu menekan butang ‘confirm’ tanda menerima persahabatan yang dihulurkan.

Sofea kembali menyambung kerja sekolah yang belum selesai. Tahun ini adalah tahun penting untuknya, kerana dia akan menghadapi peperiksaan SPM yang bakal tiba nanti.

Sesekali handphone di tepinya diambil, sambil melihat notification ataupun mesej dari messenger. Sofea mencebik. Tiada balasan mesej yang masuk. Dia sendiri tidak pasti siapakah yang dinantinya. Kenapa hari ini dan saat ini perasaannya terasa kosong dan bosan. Apatah lagi mengulangkaji pelajaran secara sendirian tanpa teman disisi. Kesemua rakan-rakannya mempunyai alasan tersendiri untuk tidak dapat datang ke rumahnya atau bertemu di tempat biasa. Jadi, terpaksalah Sofea bersendirian duduk di dalam biliknya. Sempat di kerling ke arah tingkap. Melihat cahaya matahari menerjah masuk ke dalam biliknya yang suram. Dia kembali menyandar di kerusi. Buku latihan dan buku teks terbiar sepi di atas meja.

“Hmm……. Bosan…..!!” Sofea mengeluh panjang.

Tiba-tiba….

Handphonenya berbunyi. Senyuman dibibir mulai terukir. Sofea gembira. Lalu messenger segera di buka dan dibaca. Namun, Sofea mengerut dahi.

“TERIMA KASIH SOFEA……”

Lelaki bernama Haikal Harun sedang menghantar mesej melalui aplikasi messenger kepadanya. Untuk tidak menghampakan lelaki itu, akhirnya Sofea membalas mesej tersebut.

“SAMA-SAMA…..”

Handphone diletakkan kembali ke meja. Jam di dinding di kerling, sudah mengenjak ke pukul 6 petang. Malam ini ibu dan ayahnya terpaksa pulang lewat ke rumah dari tempat kerja, kerana mereka akan terus melawat sahabat ayahnya yang baru sahaja kematian anak kerana kemalangan jalan raya tengah hari tadi.

Apabila teringatkan hal itu, serta merta perasaan Sofea menjadi sayu dan sebak.

“Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, aamiin……”

Sempat Sofea titipkan doa. Air mata yang mulai bergenang di kelopak mata diseka perlahan.

Kemudian dia terus bangun mengambil tuala untuk mandi. Namun langkahannya m**i untuk ke bilik mandi, kerana dia terdengar bunyi mesej messenger di handphonenya.

Handphone segera dicapai….

“NAK KE MANA…..?”

Terbeliak mata Sofea membaca mesej dari Haikal Harun. Namun Sofea tidak segera membalas, malah dia mengabaikan mesej tersebut. Lalu handphone diletakkan semula di meja dan terus menuju ke bilik mandi.

……………………………….

Selesai sahaja solat maghrib, Sofea terus sahaja menuju ke dapur memandangkan perutnya sejak dari petang tadi belum lagi di isi dengan makanan. Belum sempat mencapai pinggan, mesej di messenger kembali berbunyi. Sepantas itu juga Sofea melihat isi kandungan mesej tersebut.

“SOFEA LAPAR YA……?”

Bagai ingin luruh jantung Sofea apabila membaca mesej tersebut. Mesej itu datangnya dari Haikal Harun juga. Sofea memandang sekeliling dapur dan mula mencari di setiap ruangan dapur. Seluruh dalam almari kabinet dan ceruk dapur di geledahnya. Tujuannya hanya untuk mencari kamera tersembunyi. Namun pencariannya hampa. Akhirnya Sofea mengabaikan sahaja mesej tersebut dengan harapan lelaki yang bernama Haikal Harun itu tidak mengganggunya lagi.
Perut pula semakin berkeroncong minta untuk diisikan makanan. Kuah kari ayam di periuk di panaskan. Sedang leka Sofea mengacau kuah kari itu, sekali lagi messenger di handphone berbunyi.

Messenger segera di buka dan dibaca.

“SOFEA, JANGAN ABAIKAN MESEJ SAYA. SAYA RINDU……..”

Apabila membaca mesej tersebut, akhirnya Sofea membuat keputusan untuk membalasnya.

“WAHAI SAUDARA, MEMANG MACAM TU PERANGAI AWAK YA SUKA KACAU ORANG. AWAK NAK SAYA BLOCK AWAK KE….?”

Panas hati Sofea apabila diganggu sebegitu. Difikiran Sofea mula memikirkan yang bukan-bukan mengenai Haikal. Baru sahaja menerimanya sebagai rakan di facebook, kini sudah mula menunjukkan perangai yang tidak elok. Perutnya yang sejak dari tadi kelaparan terpaksa di tahan apabila menghadapi gangguan sedemikian rupa.

Akhirnya Sofea terus menuju ke biliknya dengan hanya berbekalkan milo panas dan satu tin biskut lemak.

…………………………………………….

Dalam sedang mengunyah biskut sempat Sofea membuka facebook untuk melihat dan membaca pelbagai cerita yang telah dikongsi mahupun dikirim oleh rakan-rakan di facebook.
Namun…, sekali lagi Sofea mendapat mesej melalui messenger. Sofea seperti sudah dapat mengagak siapa yang menghantar mesej tersebut. Sofea hanya mampu mengabaikan sahaja mesej itu walaupun sudah tiga kali ia berbunyi. Tiba-tiba…., sedang Sofea masih lagi ralit melihat wall di facebooknya, handphonenya berbunyi. Nombor yang tidak dikenali terpamer di screen.

Sofea menjawab panggilan tersebut.

“HELLO…..” Dengan nada perlahan Sofea menjawab panggilan.

“SOFEA…., KENAPA TAK LIHAT MESEJ YANG SAYA HANTAR. AWAK PATUT LIHAT…..”

Sofea terkejut. Kedengaran suara lelaki di hujung talian.

“AWAK NI HAIKAL KE…? BAGAIMANA AWAK DAPAT NOMBOR SAYA….?” Sofea merasa pelik, kerana setahunya dia tidak beri nombor handphonenya pada sesiapa terutama pada orang yang tidak dikenali.

“YA SAYA HAIKAL. PANDAI-PANDAI SAYALAH NAK CARI NOMBOR HANDPHONE AWAK. KALAU AWAK NAK KENAL SAYA…. AWAK HARUS BUKA MESSENGER. SAYA ADA HANTAR GAMBAR DI SITU. BUKALAH……”

Sofea masih ragu-ragu untuk melihat wajah Haikal di messenger.

“SEKARANG KE…..?” Sofea bertanya lagi.

“YA… SOFEA SAYANG… SEKARANG…!! LAGIPUN SAYA DAH LAMA SUKA DEKAT AWAK. AWAK SAJA YANG TAK TAHU…. OH YA LUPA PULAK, TERIMA KASIH SEBAB DOAKAN SAYA………..”

Bulat mata Sofea mendengar kata-kata dari Haikal di hujung talian.

“DOA….? BILA PULA SAYA DOAKAN AWAK….? PELIKLAH AWAK NI….” Sofea tersenyum. Dia seakan seperti sudah serasi berbual dengan
Haikal.

“OK, JANGAN LUPA TENGOK TAU……”

Talian dimatikan. Dengan perasaan berbunga-bunga Sofea membuka messenger, untuk melihat wajah jejaka misteri yang bernama Haikal itu.

Apabila Sofea buka sahaja. Alangkah terperanjatnya Sofea ada gambar pocong yang terpamer di messenger sedang merenung tepat kematanya. Hampir tercampak handphonenya ke lantai. Bagai hendak luruh jantungnya apabila melihat gambar pocong itu.

Tiba-tiba handphonenya kembali berbunyi. Dengan perasaan marah Sofea terus menjawab panggilan itu.

“HELLO…!! AWAK DAH MELAMPAU HAIKAL. KENAPA AWAK LETAK GAMBAR POCONG….?”

Terdengar ada ketawa di hujung talian.

“SOFEA SAYANG…., SAYA TAK BERGURAU. ITU MEMANG GAMBAR SAYA……”

Mendengar akan kata-kata Haikal itu, membuatkan Sofea bertambah marah.

“AWAK JANGAN NAK MAIN-MAINKAN SAYA….” Semakin benci Sofea terhadap lelaki itu.

“SAYA TAK MAIN-MAIN….! KALAU TAK PERCAYA PUSING BELAKANG…..!!”

Dengan tanpa syak wasangka, Sofea terus memandang ke belakang seperti yang disuruh oleh Haikal.

“ALLAH……!!!!!!”

Sofea pengsan di situ juga apabila melihat kelibat pocong benar-benar berada di belakangnya dengan wajah hitam seperti terbakar sedang merenung tepat kearahnya sambil tersenyum.

………………………………………….

Bangun sahaja dari pengsan, ibu dan ayahnya sudah berada di sisi. Melihatkan ibunya sudah berada dihadapan mata, terus sahaja tubuh ibunya dirangkul dan dipeluk. Sofea menangis semahu-mahunya kerana ketakutan. Sempat dia melihat sekeliling, kalau kelibat pocong itu masih ada lagi di dalam biliknya.

“Kenapa Sofea…?” Ibunya pelik melihat Sofea berkeadaan begitu.

“Kamu pengsan tadi. Kenapa…? Sofea sakit ke…? Sofea sudah makan ke belum….?” Bertalu-talu soalan ibunya lontarkan. Hati ibu mana yang tidak risau melihatkan anak tunggal kesayangan berkeadaan begitu.

“Sofea nampak pocong. Ada pocong tadi….!” Sofea masih lagi trauma dengan apa yang dilihatnya tadi.

“Mana pula datangnya pocong. Kamu tengok cerita hantu ke tadi. Atau Sofea masih lagi baca kisah seram kat Fiksyen Shasha, betul tak….?” Ayahnya yang sedari tadi memerhati ditepi pintu mula bersuara.

“Sofea tak tengok tv pun tadi. Lagipun kisah kat fiksyen shasha pun sudah lama Sofea tak baca. Tadi ada orang pelik hantar mesej kat messenger, lepas tu dia call Sofea. Sofea takut……” Sofea cuba menerangkan hal yang sebenar kepada ibu bapanya.

“Pocong tu betul-betul berdiri dekat situ….!”
Sambil menunjuk ke arah tempat pocong itu berdiri.

“Lepas ni jangan tidur dulu. Kita masuk dalam bilik solat, kita solat Isyak dulu. Lepas tu kita mengaji sama-sama. Lagipun ibu belum solat Isyak lagi selepas balik dari rumah kawan ayah yang anaknya meninggal tu….” Lembut ibunya menenangkan Sofea yang masih dalam trauma sambil tersenyum lalu mengusap lembut rambut Sofea yang keparas bahu.

“Oh ya…., lupa pula ibu. Ni hadiah hari lahir untuk Sofea….” sambil menghulurkan satu kotak dengan balutan kertas hadiah berwarna merah hati.

Sofea bingung. Lalu hadiah itu diambil dari tangan ibunya.

“Hari jadi Sofea kan minggu depan. Siapa yang bagi bu…..?” Sofea mengerutkan dahi.

“Itu pemberian dari anak pakcik Harun… Haikal yang meninggal tengah hari tadi. Sebenarnya dia kemalangan selepas beli hadiah ini untuk kamu. Tapi…., tak sempat. Ibunya yang beritahu pada ibu…..” Ada linangan air mata yang keluar dari kelopak mata ibunya tatkala menceritakan kisah yang sebenar.

“HAIKAL HARUN……?” Baru Sofea mengetahui akan identiti lelaki misteri itu. Rupa-rupanya Haikal adalah anak sahabat ayahnya.

“Patutlah dia ucapkan terima kasih….” Getus Sofea sendirian.

“Ada nama kamu dekat kotak hadiah tu. Kata ibunya, arwah Haikal sudah lama nak tegur dan berkawan dengan Sofea. Tapi dia segan. Takut Sofea tak terima….” Sambung ibunya lagi.

Sofea membelek kotak hadiah itu. Terlihat ada kemekkan dibahagian sisi kotak. Kemungkinan terjatuh atau terhempas di atas jalan raya sewaktu Haikal kemalangan ketika menunggang motosikal.

Kemudian baru Sofea terfikirkan sesuatu. Messenger di handphone dibuka. Dia ingin melihat sama ada, masih ada lagi atau tidak gambar pocong yang dihantar oleh Haikal.

Hilang. Tidak ada langsung gambar pocong di situ. Sofea bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku padanya sebentar tadi.

“Aku bermimpi ke…..?”

Lalu Sofea terus keluar dari biliknya dengan seribu satu persoalan di hati.

Namun……..

Dari luar tingkap bilik Sofea. Sedang berada dari luar hadapan tingkap biliknya…., berdiri sosok tubuh seseorang sedang memerhatikan Sofea dari luar di malam yang hening itu sambil tersenyum….

“SELAMAT TINGGAL SOFEAKU SAYANG……”

-tamat-

#hasilkarya
#cerpenuntukfisyenshasha
#nana
#suhanamatlazim

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nana

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

65 thoughts on “#nana- Mesej Dari Haikal”

  1. seram jugak ni! hihihi. ingatkan pocong main fb. hahahahahaha. hm. i paling takut dengan menatang nama pocong ni dari benda2 lain. ?

    Kesian haikal. Tak sempat nak berkenalan dengan sofea.

    Reply
  2. #nana pandai bermain dengan perasaan.. cerita ni buat ai sedih laa.. erm..
    kalau la ni kisah betul (wlaupun tak) haikal memang cinta m**i tu dengan sofea..
    #nanakipidap
    #nanadontgiveup

    Reply
  3. Walaupun ianya hanyalah sebuah cerpen,tetapi ia merupakan sebuah cerpen yang menarik dan tidak pernah menghampakan pembaca.Teruskan berkarya,Nana!?

    Reply
  4. Ohoohoi seram beb citer. Part ‘benda’ tu suruh pusing belakang aku pon pusing belakang. Alhamdulillah xde pape HAHAHA. Btw sumpah best.

    Reply
  5. Siot la.. Aku da drop komen and rate setori nana ni.. Ntah mana komen aku ilang..

    Nana ini mmg thorbaek.. Setori pocong pun bole sedih..

    Reply
  6. cinta tak kesampaian 😢 dari mula baca mmg daa tau yg haikal tuh anak kpd kawan papa sofea yg m**i akibat kmlngn..even daa tau still baca jgk tatau knp 😂 haikal harun ekk untung nya sofea dpt knl laki cam tu jeles ney 😭

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.