#nana-MESEJ MISTERI

-MESEJ MISTERI-

#nana- Cerita ini berdasarkan kisah benar dalam tahun 90an tetapi diolah serta ditambah pelbagai perisa agar pihak yang terlibat tidak sedar bahawa ini cerita dia dan ini kisahnya……

Maria berjalan pulang menuju ke lift, sesekali dikerling disetiap ceruk ruang yang suram diblok kondominium block A Cendrawasih yang setinggi 20 tingkat itu. Ketika dia sedang menekan butang lift itu, tiba-tiba handphone di tangannya berbunyi mesej. Ia datang dari nombor yang tidak diketahui, bahkan bukan dari senarai kenalannya. “JAGA-JAGA, ANDA SEDANG DIPERHATI.” Maria kaget…! “Bodoh..! Sapalah yang mendajalkan aku..!” Marah Maria sendirian. Saat pintu lift terkuak, dengan segera Maria melangkah masuk, tetapi disaat itu juga ada satu deruan angin menerjah masuk ke dalam lift sebaik sahaja kaki Maria masuk kedalam perut lift.

Namun, Maria cuba menekan-nekan butang tutup pintu lift tetapi pintu lift tetap terbuka walaupun dia mencuba banyak kali. “Kenapa pulak ni, tutuplah….!!!”. Maria cemas dan akhirnya, pintu lift berjaya tertutup sendiri dengan beberapa kali cubaan. Di dalam lift sekali lagi Maria mendapat mesej yang sama,” JAGA-JAGA, ANDA SEDANG DIPERHATI.” Kali ini Maria membiarkan sahaja, lalu dipadamnya mesej tersebut. Dalam fikirannya kemungkinan ada rakan-rakan yang cuba untuk mendajalkannya. “Kat ofis esok, siap korang..!!”. Pintu lift terbuka ditingkat 13 dimana tingkat rumahnya berada. Laju hayunan langkah kakinya mempercepatkan langkahan, langsung tidak dipandang kiri dan kanan.

Sampai sahaja didepan rumah, dengan segera daun pintu dibuka. Maria menarik nafas lega, sampai juga dia ke dalam rumah dengan selamat. Maria merasakan itulah pertama kali dia berperasaan begitu. Sedangkan sudah setahun dia mendiami rumah itu dan kondominium tersebut. Rumah itu dibeli dengan harga yang murah pada seorang lelaki cina dan pada pendapatnya ia amat berbaloi dan cukup berpatutan sementalah tinggal dikawasan bandar yang bebanan kos yang meningkat. Sebelum ini dia lebih selesa tinggal bersendirian kerana mahukan privasi, tetapi apabila sudah terasa bosan berseorangan dirumah akhirnya dia menyewakan satu bilik dibahagian tengah.

Mujur tidak sampai seminggu ada yang hendak menyewa bilik tersebut. Angelina seorang jururawat yang baru berpindah dan bertugas di salah sebuah hospital swasta yang terkemuka di ibu kota. Angelina, gadis berbangsa tionghwa, cantik dan manis serta berambut panjang lurus, persis seorang model. Tambahan pula bekerja sebagai wartawan liputan berita, memerlukan Maria bekerja lebih masa dan suasana yang selesa tatkala dia perlu membawa kerja dipejabat ke rumah. Pada fikirannya saat dia tidak punya masa hendak mengemas dan menjaga rumah sekurang-kurangnya ada juga seseorang yang boleh diharapkan untuk menjaga rumahnya saat dia outstation.

Maria- “Anne… U ok tak tinggal dirumah sendirian. I memang selalu balik lambat. Kerap jugak la outstation…”
Angelina- “I OK je,takde masalah. Lagipun I dah biasa sendirian. I pun sentiasa shift malam. I kan nurse….”
Maria- “Oh….Ye ke…? U baiklah Anne, selalu tolong I kemaskan rumah, kita pun jarang jumpa. Kalau I balik U takde. Kalau I nak pergi office, U pulak dah tidur dalam bilik…..”

Angelina hanya tersenyum kerana kedatangannya menyewa di rumah Maria disambut dengan baik oleh Maria.

Maria termenung seakan memikirkan sesuatu sambil mengacau air nescafe ditangannya. Malam ini dia berseorangan di rumah memandangkan Angelina tiada. Tiba-tiba lamunannya terhenti,apabila terdengar pintu rumahnya diketuk bertalu-talu. TOK…TOK..TOK..TOK..TOK..!!!! “Sapa pulak ni datang malam-malam. Eh..! Masih malam ke?”. Maria melihat jam di dinding. ‘Pukul 2.00 pagi..’, getus hatinya. Dia mengerutkan dahi, memikirkan siapa gerangan yang ketuk pintu rumahnya selewat ini. Kemudian terdengar bunyi mesej dari handphonenya. Sekali kali lagi Maria terpempan…”JAGA-JAGA, ANDA SEDANG DIPERHATI. SAYA TAHU ANDA BERSENDIRIAN DIRUMAH SEDANG MEMEGANG SEGELAS CAWAN. PENAT SAYA KETUK PINTU. KENAPA TAK NAK BUKAK…?? AWAK NAK SAYA MASUK MACAM TU SAHAJA KE..?”.

Maria terkedu tidak mampu hendak berkata apa. Dadanya berdebar-debar, dan bulu roma lengannya mula meriding. Lalu cawan ditangannya terus diletakkan di atas meja. Dia segera bangun untuk melihat siapakah yang sedang mengetuk pintu rumahnya tadi. TOK…TOK…TOK…TOK… Sekali lagi pintu diketuk. Mendengar sahaja pintu rumahnya diketuk, terus sahaja Maria membuka secepat mungkin. Supaya dalam jangkaannya agar orang yang mengetuk pintu itu tidak sempat lari. HAA!!! Maria menyergah. Namun perbuatannya hanya sia-sia, KOSONG…! Tiada sesiapa yang terlihat dimuka pintu rumahnya. Maria pelik, secepat itu dia pergi..? Berlari..? Tidak mungkin, pasti Maria dapat mendengar bunyi tapak orang berlari. Lagipun kalau dia berlari sepantas Usain Bolt sekalipun, pasti Maria masih boleh tahu sebab laluan koridor rumahnya panjang.

Segera pintu rumahnya di tutup, lantas terus sahaja dia ke bilik. Tidak berani hendak duduk diruang tamu. Maria hanya baring dikatil sambil memikirkan perkara yang berlaku tadi. Pusing kekiri salah ,pusing kekanan pun salah, mata tetap tidak mahu terlena. Jam sudah menginjak ke pukul 3 pagi. Dia mengeluh kesah. Ada debar dihatinya, dia sendiri tidak pasti mengapa. Tiba-tiba, mesej di handphonenya berbunyi lagi…

“JAGA-JAGA ANDA SEDANG DIPERHATI, MASIH TIDAK TIDUR LAGI. MASIH TERINGATKAN SAYA YANG MASIH BERADA DILUAR RUMAH AWAK??? He..He..He…”. Terperanjat Maria membaca mesej itu sehingga terpelanting handphone ditangannya. “Setan…..! Apa yang kau nak hah..? Kenapa kacau aku….!!!” Maria menjerit didalam biliknya sambil matanya meliar memandang sekeliling. Malam itu langsung dia tidak dapat melelapkan mata memikirkan siapakah atau apakah yang sedang mengganggunya.

………………………………………………..

Keesokan hari dipejabat Maria tidak dapat menumpukan konsentrasi kerjanya. Mengantuk bukan kepalang tidak dapat dibendung lagi. Anwar selaku pegawai penerbitan aka sahabat baik sedari tadi melihat kesenduan diwajah Maria. “Maria. Lain macam muka,tak cukup tidur?”. Maria tersenyum kelat. “Entah sapa perdajal aku..! Malam tadi tak tidur tau..!”. Keras terjahan suara Maria. Anwar tertawa kecil. Masak benar dia dengan perangai Maria yang sedari dulu memang bersifat mudah panas hati dan banyak mulut. Terfikir dihatinya siapalah yang berani memperdajalkan Maria yang garang mengalahkan mak tiri Cinderella. Tiba-tiba Maria disapa dari arah belakang.

“Kak Maria”. Terkejut Maria apabila disapa Hamizah budak practical jurusan komunikasi media. “Kenapa yang….?” Lembut pertanyaan Maria tetapi sedikit pelik pada Hamizah kerana tidak pernah Maria bertuturan lembut seperti tadi. Bukan garang tidak bertempat tetapi lebih kepada suaranya yang terlebih “lantang” tat kala berbicara pada adik-adik practical. “Pagi tadi masa akak tengah parking kereta saya nampak dari jauh, kat belakang kereta akak ada orang. Sapa kak?”, Hamizah menyuarakan pertanyaan pelik pada Maria. Di saat mendengarkan soalan yang baru diajukan Hamizah kepadanya, menambahkan perasaan cuak kepada Maria. “Kau biar betul Mizah..! Lelaki ke perempuan..!?”
“PEREMPUAN….!!”

……………………………………………………

Maria termenung didalam kereta. Perasaan takut semakin menerjah ke dalam diri. Perkara yang dibualkan petang tadi bersama Anuar dan Hamizah mulai berlegar-legar difikirannya. Saat ini juga dia semakin buntu memikirkan apa yang harus dilakukan kini. Adakah dia harus duduk didalam kereta sehingga ke pagi memandangkan jam sudah menunjukkan ke angka 10 malam atau, dia perlu melangkah keluar dari perut kereta dan berlari menuju ke lift memandangkan keadaan dikawasan tempat parkir kereta dikondominium kelihatan suram dan sunyi. “Ah…!! Persetankanlah semua tu..!! Semuanya mengarut, pandai-pandai Hamizah nak kenakan aku. Entah-entah dia yang hantar mesej semalam kut, lepas tu pura-pura macam takde apa-apa”, Maria merungut sendirian.

Dengan sedikit keberanian yang ada, Maria melangkah keluar dengan perasaan berat hati. Dengan lafas Bismillah. Maria berlari-lari anak menuju ke lift. Segera pintu lift ditekan sambil matanya meliar memandang sekeliling. Keluar dari perut lift, Maria terus berlari ke rumahnya sehingga hendak membuka pintu rumahnya pun mengeletar tangannya. Kemudian terus Maria menuju ke bilik sehingga membungkam diatas katil. “Alhamdullillah… Selamat jugak aku sampai ke rumah…” Maria bersuara lega. Ada sedikit kelegaan dihatinya apabila selamat tiba ke rumah tanpa ada gangguan dari mesej misteri tersebut.

…………………………………………………….

Tiba-tiba, mesej di handphonenya berbunyi. Maria tersentak..! Ketakutan mula menerpa dia semakin gelisah. Apa yang harus dilakukannya. Akhirnya Maria cuba untuk membiarkan sahaja mesej tersebut tanpa membacanya. Dengan cara mengabaikan mesej tersebut, difikirannya mungkin akan berakhir disitu sahaja. Namun, telahan Maria salah sama sekali, handphonenya masih berbunyi mesej lagi. Maria mulai cuak dan ragu-ragu untuk melihat mesej tersebut. Tetapi kemudian hatinya itu mula berubah untuk melihat mesej yang tertera, kemungkinan mesej itu penting dari keluarga ataupun rakan sepejabat. Lalu handphone ditepinya dicapai, segera mesej pertama dibuka…. “JAGA-JAGA ANDA SEDANG DIPERHATI, KENAPA LARI…TAKUT..? NAK LARI KE MANA..? SAYA TETAP BOLEH KEJAR….”

Maria semakin cuak. Kemudian mesej kedua dibuka….

“KENAPA…? TAKUT KE..? NAK BUAT APA TAKUT, SAYA KAN ADA. CUBA TENGOK BAWAH KATIL………”
Bagai halilintar Maria membaca mesej yang menakutkan itu. “Bawah katil..!!?” Maria tergamam tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya mampu mendiamkan diri dan membatukan diri diatas katil. Hendak terjun dari katil dan terus meluru keluar dari bilik, kakinya tak mampu hendak bergerak mahupun melangkah keluar. Terasa longgar kepala lutut dan seluruh tenaga. Namun, Maria juga inginkan kepastian dan jawapan. Dia ingin sekali melihat benarkah ada “sesuatu” dibawah katilnya seperti yang tertulis didalam mesej tersebut.

Lalu dengan perasaan gementar bercampur cuak Maria turun perlahan-lahan ke bawah dan cuba untuk menyelak kain cadar keatas katil. Apabila dibuka sahaja kain cadar itu, alangkah terperanjatnya Maria apabila ternampak ada satu mahkluk berambut panjang menutupi hampir keseluruhan badannya,jelas terlihat mukanya yang panjang dan cengkung yang hanya diselaputi kulit reput menampakkan sebahagian tengkorak dan apa yang lebih menakutkan, mahkluk itu tidak mempunyai kedua-dua biji mata hanya rompong kedalam dan kosong. Malah giginya yang tajam halus bersilang dan berceracak itu mula mengeluarkan cecair lendir dan darah yang berbau hanyir sehingga menusuk ke hidung Maria dan mahkluk itu mulai tersenyum menyeringai kepadanya.

Senyuman mahkluk itu semakin menggerunkan, makin lama…., semakin lebar senyumannya sehingga membelah kedua-dua pipinya dan menampakkan sebahagian gusinya yang merah dipenuhi darah. Kemudian mahkluk itu pula cuba untuk menghampirinya secara dekat dengan menggelongsor ke depan, lalu tangan mahkluk itu semakin memanjang ke depan dengan kukunya panjang, lalu cuba untuk merentap kepala Maria yang sedang tunduk melihatnya….!!! Tanpa disedari Maria pengsan disitu juga…!!

………………………………………………….

Perlahan Maria membuka kelopak matanya. Kepala terasa berat seperti dihempap dengan batu. Berpinar-pinar matanya sewaktu dia cuba untuk mengangkat kepala. Terkejut Maria melihat Hamizah dan Anwar berada didepannya. “Kenapa korang ada kat rumah aku…?” Perlahan Maria bertanya. Dalam keadaan lemah Maria hanya mampu bersandar di dinding. Kemudian datang Hamizah menghulurkan segelas air. “Kak Maria minum air ni, baca selawat 3 kali dulu….” Maria mengerutkan dahi. “Air…? Air apa ni…?” Namun Hamizah tetap menghulurkan gelas air itu kepada Maria. “Air ni ustaz Saiful suruh akak minum….” Bertambah lagi bingung Maria apabila mendengarkan nama ustaz Saiful di sebut Hamizah. “Itu ustaz Saiful….” Sambil Hamizah menunjukkan kearah ustaz Saiful. Ustaz Saiful hanya berdiri disatu sudut dan hanya memandang dari jauh. Lalu Anwar menghampiri Maria. “Kau tak ingat ke apa yang berlaku?”. Maria termenung…., dia cuba mengimbas kembali kejadian yang berlaku sewaktu dirumahnya. Kemudian baru dia dapat berfikir kembali dengan apa yang berlaku padanya sebentar tadi. “Ya…,aku ingat ada benda kat bawah katil… Ba…..,ba…., ba…..,wah… katil aku ada hantu…!!!”

“Bawah katil kau….? Sekarang kau tengok Maria, kau sekarang berada di mana..?” Anwar menyoal balas Maria kembali. Kali ini Maria benar-benar bingung, rumah siapa pula yang Maria berada sekarang? Bukankah dia sepatutnya berada dirumahnya tadi? “Sekarang kau berada di rumah Hamizah. Tadi kau kena rasuk kat rumah kau. Alhamdullillah., mujur aku dan Hamizah tiba-tiba ada perasaan nak datang rumah kau, kalau tidak jadi mayat la kau tadi..!!!”, Anwar menggelengkan kepala, tidak sangka malam itu dia dapat melihat secara langsung tentang kerasukan. Selama ini dia hanya menyaksikan di televisyen sahaja. Hamizah duduk berdekatan dengan Maria sambil menceritakan apa yang telah terjadi kepadanya.

“Kak Maria…, kan pukul 10 malam tadi kita keluar sama ke parking kereta. Saya nampak ada perempuan duduk kat belakang dalam kereta akak, perempuan yang sama juga masa saya jumpa kat dalam kereta akak pagi semalam. Yang peliknya akak baru bukak pintu kereta, bila masa dia masuk? Masa ni lah hati saya mengatakan, perempuan itu bukan manusia. Saya tengok dari jauh tak bergerak-gerak benda tu dari dalam kereta akak, itu yang saya ajak abang Anwar temankan saya pergi rumah akak…..”

Tekun Maria mendengar penjelasan Hamizah.

“Sampai je kitorang ke rumah akak, nasib baik pintu rumah akak tak berkunci. So kitorang dapat masuklah, then kitorang nampak akak nak gantung diri kat kipas siling dalam bilik akak. Nasib baik abang Anwar sempat pegang akak. Tapi akak meronta-ronta macam orang kena rasuk…” Sambung Hamizah lagi.

“Bukan macam lagi Hamizah, dah memang dirasuk pun. Kau jangan terkejut Maria, Hamizah ni ada sixth sense tau. Ustaz Saiful ni sebenarnya pakcik Hamizah, itu yang dapat contact pakcik dia terus tu. Sempat kitorang bawak lari kau keluar dari rumah. Sebab benda tu tak nak lepaskan kau and sekarang ni pun dekat rumah kau ada tiga orang termasuk seorang ustaz tolong ” bersih” kan rumah kau. Jangan risau semua tu kawan-kawan ustaz Saiful….”

Panjang penjelasan dari Anwar. Walaupun Maria sudah terasa selamat kini, namun dihatinya masih lagi teringatkan wajah mahkluk yang mengerikan itu dibawah katilnya. Dihatinya mulai terdetik kemungkinan mahkluk itu sudah lama tidur dibawah katilnya. Didalam Maria yang masih kebingungan dan dalam keadaan lemah, ustaz Saiful mendekati Maria, seperti ada sesuatu perkara yang ingin ditanya pada Maria.

“Cik Maria boleh saya bertanya sikit?”, Lembut tutur bicara Ustaz Saiful tatkala meminta izin Maria untuk bertanya. Kemungkinan pertanyaannya itu boleh menyinggungkan perasan Maria.

“Sudah berapa lama cik Maria tinggal dirumah tu..?”

Maria mengerutkan dahi, tidak mengerti tujuan soalan yang diajukan oleh ustaz Saiful kepadanya.

Maria- “Setahun…,kenapa pulak ustaz…?”
Ustaz- “Mengikut kata Hamizah, cik Maria tinggal dua orang…?”
Maria- “Ya…dengan Angelina, dia nurse.”
Ustaz- “Sebenarnya, apa yang saya nak beritahu cik Maria jangan terkejut ya. Cik Maria hanya tinggal bersendirian dirumah. Angelina tidak WUJUD…!!!”
Maria- “Ustaz berguraulah, saya tahulah siapa Angelina tu, dia nurse. Saya selalu jumpa dia. Dia selalu kemas rumah, kami ada juga minum bersama. Walaupun tak selalu.”
Ustaz- “Waktu bila selalu jumpa dia…?”
Maria- ” Siang tak pernah la lagi…., selalunya ma…lam………”

Sekarang barulah Maria faham akan maksud ustaz Saiful bertanyakan soalan tersebut. Baru saat ini sel-sel otaknya berhubung dan dapat berfikir secara waras. Selalunya, dia akan terjumpa Angelina selepas maghrib itupun tidak selalu disebabkan kekangan kerja. Kebiasaannya pulang sahaja dia ke rumah sudah pukul 10 malam, jadi sudah tentu dia tidak dapat bertemu Angelina dan bangun dari tidur Angelina langsung tidak keluar dari bilik malah biliknya sentiasa berkunci. Setahu Maria, sebagai jururawat Angelina sentiasa sahaja shift malam walaupun sepatutnya sentiasa akan ada pertukaran shift dengan staff nurse yang lain. Tidak logik pula bila difikirkan semula kalau Angelina sentiasa sahaja shift malam.

Kenapalah sedari dulu langsung tidak terfikir olehnya akan hal tersebut. Mungkin juga kerana terlalu khusyuk dengan berkerja sehingga perkara mistik didepan mata langsung tidak disedarinya. “Jadi, Angelina tu hantu ke ustaz..?” Maria inginkan kepastian. Ustaz Saiful tersenyum. “Masa cik Maria pengsan selepas histeria dirumah cik, ada beberapa jiran dirumah cik Maria datang nak melihat apa yang sedang berlaku. Diorang ada beritahu ternampak kelibat hitam didepan rumah cik Maria. Sebenarnya mereka langsung tak sangka cik Maria sanggup beli rumah yang ada orang mati bunuh diri. Tuan rumah tak beritahu pada cik Maria ke pasal ni?”.

Terpempan Maria mendengar penjelasan ustaz Saiful itu. Menurut ustaz Saiful lagi, baru sebentar tadi ada panggilan dari ustaz Ammar sahabatnya yang kini berada dirumah Maria untuk operasi “pembersihan” bersama dua orang lagi sahabat. Terang ustaz Ammar rumahnya kini boleh diduduki walaupun mengalami sedikit kesukaran dan kepayahan sewaktu menjalani proses “pembersihan” itu tadi. Kemungkinan ada beberapa siri pembersihan yang akan dilakukan nanti. Cuma sekarang ustaz Ammar melakukan yang mustahak terlebih dahulu. Berbalik pada Maria, dia masih lagi kecelaruan memikirkan hal tersebut. Pelbagai persoalan berlegar-legar difikirannya.

Maria- “Jadi, Angelina tidak wujud..? Habis tu, dengan siapa selama ni saya bersembang, bagi duit sewa rumah lagi pada saya….?”
Ustaz- “Cik Maria, itu cuma muslihat syaitan. Hantu yang cik Maria jumpa bawah katil dan mesej-mesej misteri itu hanya lakunan semula dari sang syaitan. Tambahan pula rumah yang pernah ada sejarah kematian bunuh diri. Sudah tentulah itu tempat terbaik sang syaitan dan iblis untuk bersarang… Harap cik Maria faham maksud saya. Lagipun rumah cik Maria sudah dibersihkan, walau tidak sepenuhnya lagi dan ustaz Ammar akan memagar rumah cik Maria dan semuanya atas izin Allah jua. Saya hanya dapat menghulurkan jari kelingking sahaja, yang menghulurkan keseluruhan tangan tersebut adalah… ALLAH…. Jadi selepas ini diharapkan cik Maria, kembali semula pada Allah…., hulurkan tangan untuk berdoa, turunkan dahi ke tikar sejadah untuk bersujud kepadanya. Basahkan bibir dengan zikrullah. Seiringkan juga kerjaya didunia dengan amal ibadah untuk akhirat. Lagipun…, itu bukan nasihat untuk cik Maria sahaja tetapi untuk diri saya yang naif ini serta untuk Anwar dan Hamizah juga”, melopong Hamizah dan Anwar mendengar segala nasihat dari ustaz Saiful. Maria hanya tertunduk malu, betapa berdosanya dia selama ini mengabaikan apa yang diperintahkan. Ibarat rasa terpukul mendengar jawapan dari ustaz Saiful itu.

…………………………………………………….

Pagi sabtu itu, Maria telah berjumpa dengan Encik Robert lelaki cina tuan asal rumah tersebut.

Robert- “Saya beli rumah tu untuk perempuan simpanan saya tinggal. Sudah lima bulan dia tinggal disitu. Kemudian dia hamil, saya buntu..!! Saya minta dia gugurkan kandungan tapi dia tak mau. Jadi saya ugut tinggalkan dia kalau dia masih berdegil juga nak teruskan kandungannya. Tapi dia masih lagi berdegil juga, jadi saya tinggalkanlah dia. Dalam dua bulan saya tak datang jenguk dia. Akhirnya saya tak sampai hati, saya pergi juga tengok dia. Tapi, dia sudah bunuh diri, gantung diri kat kipas dalam bilik utama…”

Maria menelan liur mendengarkan bilik tidur utama itu adalah bilik tidurnya sendiri.

Robert- ” Mayat dia sudah berbau, sudah kembung!! Polis kata kemungkinan dia sudah mati dalam tempoh lebih dari 24 jam. Jiran-jiran semua marah sama saya. Saya kena tahan juga dengan polis, tapi dilepaskan atas jaminan polis sebab tak cukup bukti. Sis Maria saya benar-benar minta maaf sebab tak ceritakan hal sebenar pasal rumah tu. Saya minta maaf sekali lagi. Sekarang pun saya sudah bercerai dengan wife saya pasal kes inilah jugak. Saya banyak-banyak menyesal sekarang……”

Terkedu Maria mendengar segala penjelasan dari Robert. Timbul pula perasaan kasihan pada wanita yang bunuh diri itu.

Maria- “Robert, awak ada gambar dia, itu pun kalau awak masih simpanlah.”

Robert- “Ada, saya masih simpan lagi, kejap saya ambik….” Sambil membuka walletnya… Lalu dihulurkan sekeping foto bersaiz kecil kepada Maria. Alangkah terkejutnya Maria tatkala melihat wajah didalam foto itu, persis…..

“ANGELINA……..”

Penulis bukan pilihan,

#nana

7 comments

  1. Ooo…
    Patotler wpon Angelina tu nurse tp die lawo bak model…
    Pompuan simpanan rupenyer…
    Kesiannye…
    Mesti die pressure sesgt bile laki tu tinggal camtu jer smpi 2bulan…
    Tu yg last resort, bunuh diri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *