PREVIOUSLY ON JANGAN TEGUR 1
Setelah menghantar Zaiton, kami bertiga pulang. Kali ini aku duduk di tempat duduk bahagian belakang. Rasa lega kepala otak aku sekarang!.
“Errrr Nas…” Panggil Kasyaf
“Yee..” Aku menoleh. Mereka berdua berhentikan kereta di tepi. Keduanya memandang kebelakang, tempat duduk di sebelah aku.
“Kenapa?.” Aku sedikit cuak.
“Ni siapa?.” Tanya Mehmet dan Kasyaf serentak.
Aku menoleh kerusi sebelah tapi aku tak nampak sesiapa. Aku pandang mereka kembali.
“Nama dia Aduka…” Beritahu Kasyaf. Katanya ada seorang budak lelaki berumur lebih kurang sembilan tahun duduk di sebelah aku. Aku tak nampak, tapi mereka berdua nampak.
Kesemua kami berpandangan.
Aku hanya tersenyum. Sudah aku beritahu tadi…
“Jangan tegur……”
*****************************
Kasya, Mehmet dan aku duduk di kedai makan, sebelum pulang. Kitaorang berbincang apa nak buat tentang Aduka. Mana tidaknya, sekarang ni Aduka tak macam Zaitun. Nak tahu lain macam mana? ok aku story sikit….
Ok aku story sikit….
Ok aku story sikit….
Hurmm… Aku menoleh ke arah Aduka di sebelah. Budak tu tengah duduk memandang seluruh kedai tempat kami makan. Aku ulang semula ayat yang sama dalam kepala otak aku. Sekarang ni Aduka tak macam Zaitun. Nak tahu lain macam mana? ok aku story sikit….
“Yesss!!!” Aku jerit. Tak tahu kenapa aku gembira sangat.
Terperanjat Mehmet dan Kasyaf. “Apahal ni Nas??.”
Apa yang best tentang Aduka ni? Dia tak boleh baca fikiran aku. Yes! Dia tak macam Zaiton. Ok lega sikit aku. Maknanya aku boleh je nak cakap apa aku suka. Baru aku tahu yang anak bunian ni ada bermacam-macam kebolehan.
Kebolehan Aduka?
Dia boleh memunculkan diri di hadapan sesiapa pun yang dia suka. Dan dalam hal ni, dia tunjukkan diri dia pada aku. Aku tak kisah sebab aku ada pengalaman tentang Zaiton.! Kelebihan lain aku tak tahu. Tapi yang pasti. Hanya kami bertiga je yang terpilih untuk melihat Aduka.
“Kau nak makan apa-apa tak?.”
Aduka menggeleng.
“Kau nak minum?.”
Masih lagi Aduka menggeleng.
“Habis apa kau nak?.” Marah Kasyaf hilang sabar. Kasyaf, dia sangat mudah marah.
“Aku nak hidup di sini. Di alam ni.” Aduka tersenyum menoleh
Tersembur air milo aku minum tadi!
“Ko nak hidup di sini??!!!.” Pekik Kasyaf dan Mehmet serentak. Mata mereka membulat terperanjat.
****************************
“Aku tak setuju!!.” Marah Kasyaf sambil berjalan ke hulu kehilir. “Look! bunian dan kita berlainan, kita tak boleh nak samakan alam kita.”
“Shhhhh!!!!.” Jari telunjuk diletakkan di hadapan bibir. Mehmet tidak mahu Aduka terluka.
“Dah.. sekarang ni siapa yang nak bawa balik Aduka?.” Masih lagi aku berdiri di tepi tingkap. Kami bertiga di rumah Kasyaf kali ini.
“Rumah aku tak boleh!.”
“Kenapa tak boleh pula Kash?.” Tanya Mehmet.
“Sebab aku ramai adik beradik. Beb!! Kalau diaorang nampak aku bercakap sorang, kejap je psiko aku tu dikesan. Korang bukan tak tahu adik aku si Syera tu….”
“Kau pula Mehmet?.” Aku menoleh sebelum Kasyaf menghabiskan ayat. Alasan!
“Errrr…. aku kan tinggal dengan mak cik dan pakcik aku… tak nak lah. Lagipun diorang dah banyak berkorban untuk aku, beri aku makan minum dan tempat tinggal, diaorang jaga aku selama ni, baik dengan aku. Aku pun tak balas lagi jasa errrr… jasa diaorang semua. Kereta mak cik aku yang rosak tu pun aku belum betulkan.”
Kasyaf dan aku berpandangan. Ok! aku tak tahu apa kene mengena penerangan Mehmet tu dengan perbincangan kami.
“Jadi macam mana sekarang?.” Tanya aku minta kepastian. Aku tak nak tanggung masalah ni sorang-sorang. Aku tak kan biarkan mereka berdua senang dan aku? aku pula yang terpaksa uruskan?? No!
****************************
Jam dinding menunjukkan pukul 11 malam. Lepas isyak secara berjemaah tadi aku terus baring di katil. Pelik! Kenapa Aduka tak nak balik? Kenapa dia tak macam Zaitun? Sekarang ni, pemulangan Aduka ke tempat asalnya akan berlaku sekiranya Aduka bersetuju. Itu dia yang cakap tadi, kalau dia tipu aku tak tahulah.
Aku mula rimas. Sebenarnya aku masih lagi rindu Zaitun tu. Tapi itu tak bermaksud aku rela menerima kehadiran seorang lagi anak bunian. Aduka? Dia berumur lapan tahun rupanya, mukanya nampak budak-budak tapi sebenarnya bersikap matang. Rambutnya panjang cecah bahu, alis mata tebal, begitu juga kening. Kadang-kadang sahaja sikapnya kebudakan. Ya! Dia tak macam zaitun.
Bagi aku Aduka tu kalau dah besar tentu sahaja hensem! Penampilannya segak. Tapi! Aku tak boleh biarkan dia berlama di alam manusia. Banyak perkara aku kena ambil kira. Buat masa sekarang ni…
“Nas tepi sikit…” Mehmet menoleh kearah aku.
“Tempat ko luas Mehmet… aku dah dekat sipi katil ni!,”
Mehmet duduk melunjur. Dia menoleh kiri dan kanan. Dia tidur di bahagian tengah.
“Kasyaf tempat ko luas.”
“Mehmet… lebih baik ko tidur je… sebelum kaki aku ni masuk dalam mulut ko.” Kasyaf sudah berselubung selimut. Ya! Malam itu kami tidur di atas katil bertiga. Katil saiz queen itu agak sempit untuk kami. Sudahlah badan Mehmet besar.
Masalahnya semua nak tidur atas katil. Sudahlah bilik tu bilik aku!
“Nas ko tidur atas lantailah.” Mehmet masih lagi duduk sedangkan aku sudah mengiring ke kiri, juga tidak mahu mengalah. Ini katil aku! bilik aku! rumah aku!
Melihat kami tidak melayan, akhirnya Mehmet baring juga.
Aku melihat ke arah Aduka dari jauh. Budak tu tak tidur. Aku tak tahu kenapa dia tidak mahu balik ke alam bunian. Yalah! Bagi aku alam tu nampak sempurna.
Aku berbaring terlentang melihat siling bilik. Meletakkan kedua tangan di bawah kepala. Kalau Aduka tidak mahu balik juga. Aku cuma ada satu cara sahaja. Aku terpaksa juga masuk ke kampung bunian untuk memujuk Aduka dan….
“Panggg!!!!!.”
Aku segera menoleh ke sebelah apabila melihat Kasyaf sudah duduk melunjur memandang Mehmet.
“Sakitlah Kash!!! Kenapa lempang aku!?.” Mehmet menggosok pipinya.
“Apa kau buat?.” Marah Kasyaf.
“Apa aku buat?.”
“Kenapa kau pegang p******g aku??!.” Wajah Kasyaf merah padam.
“Mana aku tahu tu p******g kau… aku ingat tu bantal!!.”
“Bantal??!.”
“Wehhh!!!” Aku turut duduk melempar selimut dan memandang mereka berdua. “Seriuslah.. dah malam ni masih nak gaduh…”
Aku tak faham betul Mehmet dan Kasyaf. Pantang berjumpa. Tentang hal p******g tu aku tak nak ambik kisahlah sebab rupa paras Mehmet ni punn… Ah! Malas lah nak cakap. Dengan bibir pink, dengan bulu mata lentik dan yang aku perasan, dia pakai skincare let’s cantik daripada jutawan terkenal Nur Sajat.
Ya! Aku memang tak kisah itu semua, persahabatan aku pun atas dasar saling percaya. Mereka aku kenal sejak zaman sekolah, meskipun begitu tidak pernah lagi antara kami bertiga songsang dalam perbuatan. Cuma… Mehmet sering dingurat oleh pelajar lelaki.
“Dia akan balik sini…”
Kami bertiga menoleh ke arah Aduka yang masih lagi berdiri di luar tingkap.
“Dia akan balik sini…”
“Errrrr siapa balik sini?.” Tanya aku takut-takut.
“Dalam kampung bunian kami, ada seorang lelaki, hanya dia seorang sahaja yang bersikap pelik dari kami semua.” Aduka duduk. Aku mula tertarik dengan cerita darinya.
“Lelaki itu nak jadi pemerintah dalam kampung kami tu.”
“Eh? Ingatkan dalam hal bunian, kamu semua baik-baik.” Tanya Mehmet menongkat dagu dalam keadaan duduk bersila.
Aduka kembali menoleh ke luar tingkap. Dia tersenyum. “Memang benar kami tidak bersengketa antara satu sama lain..”
“Jadi yang ko cerita tadi tu apa?.” Mehmet teruja. Nampak manis pula wajah Mehmet apabila tersenyum begitu. Astagfirullah! Aku lempang diri aku sendiri.
“Sabar Mehmet….” Aduka duduk bersila. Caranya sangat matang. Duduknya pula seperti zaman sultan lama. Kedua tangan diletak di atas peha. Aku memang kagum dengan caranya.
“Kardashian tu sebenarnya adik aku…” Jawab Aduka tenang.
“Perghhh Kim K adik dia!!.” Kasyaf dan Mehmet sedikit meninggi suara. Lebih kepada memerli sebenarnya
“Kim K?.” Aduka berwajah hairan. Dia tidak pernah mendengar nama itu sebelum ini. “Siapa Kim K?.”
“Aduka sambung cerita kau!.” Aku menjeling ke dua kawan aku tadi. Suka menyampuk!
“Ya… Yan ni lain dari yang lain. Dia sukar dikawal. Perwatakannya hampir kepada manusia, degil tapi kami boleh uruskan…. Yan dah banyak kali cuba untuk ke alam ini, tak tahulah apa yang istimewa, malah setiap hal dan dunia manusia dia ambil tahu. Selalunya dia pandai balik sendiri. Tapi hari tu sahaja Yan tersilap, biasalah budak-budak.”
Barulah aku tahu orang bunian panggil Zaiton dengan panggilan Yan.
“Tapi kau tak macam budak-budak pun!?.”
“Panggg!!.” Sekali lagi Kasyaf menepuk kepala Mehmet kerana menyampuk. Dan itu memberi reaksi aneh bagi Aduka.
“Apa yang kau buat tu?.”
Ketiga kami menoleh serentak.
“Apa kau buat Kasyaf? Bukan kah perbuatan itu menyakitkan Mehmet?.”
Terlopong mulut kami bertiga. Serius!!! Orang bunian tak pernah bergurau kasar ke? Tapi dari caranya yang acah-acah dewasa tu aku pasti mereka tentu tidak pernah bergurau. Ah! Bosannya hidup di alam bunian!
“Siapa kata bosan?.” Aduka tersenyum. Dan kali ini aku benar-benar terperanjat. Aduka bolehhh….
“Ya aku boleh membaca fikiran manusia, tapi kebolehan ini akan ada apabila kami di alam manusia sahaja. Apabila aku di alam aku sendiri, kebolehan itu tidak wujud.”
Pergh!!! Aku rasa tertipu, jadi dia memang tahulah apa yang aku fikir selama ini?
“Ya aku dengar setiap kata-kata fikiran ko Nas…dan… tak perlu lah puji aku melebih-lebih.” Aduka bangkit mengibas kedua tapak tangan dan menoleh ke arah luar jendela semula.
“Aku tak berniat lama di sini, aku datang bertujuan. Dan memang korang sahaja yang aku nampak sesuai.”
Kami bertiga sekali lagi terlopong.
“Aku akan balik… tapi kau semua kena tolong aku dulu, boleh?.” Aduka berdiri memandang kami, wajahnya samar disimbahi cahaya bulan. Kedua tangannya diletakkan di belakang badan. Betul-betul sebiji orang melayu lama.
************************************
“Eeeee tak nak aku Nas! Buat-buatnya kita tak balik???.”
“Betul cakap Kasyaf tu Nas…” Mehmet menggigit kuku, memandang ke arah Aduka yang sengaja kami suruh untuk duduk jauh. Dia sekadar memerhatikan kawasan laman aku yang tersusun penuh bunga. Ummi dan dedi aku kerja.
“Tak kan kita nak biar Aduka macam tu… dia tak akan balik selagi kita tak tolong.” Pujuk aku. Dan setelah perbincangan, barulah kami mencapai kata sepakat.
Setuju!!
“Ni kira misi avanger ni.” Jawab aku tersenyum walau hakikatnya Mehmet dan Kasyaf tidak suka. Pendek cerita aku tahu Aduka benar-benar nak minta tolong dan aku tahu dia memerlukan kami, lagipun aku juga tahu… memang manusia je yang boleh tolong dia…
sebabnya? Ok sebabnya macam ni. Malam sebelum ni kan ada Aduka beritahu tentang seseorang yang nak merampas kampung bunian mereka. Dia minta tolong kami uruskan. Dan sebenarnya….
“Nass!!!!!.”
Kami semua menoleh.
“Izzah!!!!.” Aku terperanjat. Damnn! apasal lah awek aku ni suka datang waktu-waktu genting.
Wanita itu berjalan laju ke arah kami. Kali ini dia mengikat rambut, tidak dibiarkan mengerbang macam malam dulu. Apron? Huh! selamat dia tak pakai apron, tapi dia pakai baju kelawar berbulu dengan seluar jeans, aku target tentu dia kelam kabut. Ah! Bukan aku tak kenal sikap Izzah. Nasib baik dia tak bersolek, yelah! Kalau dia pakai gincu pun selalu warna tu terkeluar dari bibir. Cuma yang aku perasan…
“You kenapa nampak smart hari ni??.” Tanya Izzah menghulur bekal yang siap dibungkus untuk aku dengan senduk yang masih di tangan. Ya aku perasan dia bawa senduk. Rumah kami memang tidak jauh pun. Baik betul hati Izzah ni.
Di hujung senduk tu aku tengok ada kuah kari. Errr maksud aku kuah kari kering, yang warna oren-oren tu. Aku tak pastilah sebab ditiup angin semasa datang ke rumah aku, atau pun dia memang tak basuh senduk tu waktu kali terakhir dia masak dulu.
“Special untuk you Nas…” Jawab Izzah tersenyum dengan selipar yang dipakai sebelah lain, sebelah lain. Aku tak tahulah dia ni gila ke apa, tapi aku senang dengan dia. Dia baik, cuma tak berapa centre je. Lagipun rumah dia seberang jalan je. Kalau berkahwin sudah tentu tak perlu bergaduh dalam urusan balik rumah siapa dahulu.
“Bila nak pergi ni?.” Tanya Mehmet. Dan soalan itu menyebabkan Izzah berubah wajah.
“Pergi mana???.”
“Kitaorang ada hal sikit. Hal lelaki.” Kasyaf menyarung hoodie nya dan segera berlalu mengikut Aduka.
“Thanks untuk makanan ni, nanti kita jumpa ok.”
Izzah hanya melambai kami bertiga, dan senyuman di wajahnya m**i serta merta.
*************************
7.30 malam
Sebaik aku dan yang lain melangkah, aku sedikit teruja melihat perkampungan bunian yang nampak lebih usang dari kitaorang. Tak sangka pula diaorang ni tak maju mana pun. Aku menoleh ke arah Aduka. Oh lupa! Aku sudah berada di alam mereka, segala kebolehan Aduka di alam manusia tidak lagi ujud.
“Aduka ko memang duduk kampung ke?.”
“Apa tu kampung?.” Aduka menoleh
“Ni tempat ni… rumah kayu, tandas dekat luar… lepastu masak menggunakan kayu api.”
“Oh maksud ko village?.” Tanya Aduka kembali
Aku tercengang. Owh dia tak tahu kampung tapi tahu village. Hebat!
Tidak lama kemudian aku melihat lelaki yang dimaksudkan oleh Aduka, masa ni lelaki tu sedang berdiri dengan sebelah kaki di atas kerusi, sambil bersembang macam gajah pun boleh terbang. Tiba-tiba Aduka berlari ke arahnya
“Aku bawa tiga manusia.” Jawab Aduka dalam keadaan sedikit berlagak.
Aku tercengang. Apahal ni? Kenapa nak perkenalkan aku dengan lelaki yang dikatakan musuh di kampung bunian tu? Dan lelaki tadi mendongak, menurunkan kaki lantas berjalan ke arah kami. Aku dan Mehmet menyorok di belakang Kasyaf. Kasyaf? Dia pun tak tahu nak menyorok belakang siapa.
“Siapa manusia???.” Tanya lelaki itu garau. Sepantas kilat Kasyaf tarik aku ke depan. Tak guna!
“Habis yang lagi dua ni siapa?.” Jari lelaki tadi menunjuk ke arah kawan aku yang lagi dua.
“Errr… kami haiwan.”
Aku segera berpaling. Mehmet! Sanggup dia mengaku haiwan sebab takut punya pasal???
“Errr kawan saya bergurau tu… encik, tuan, dato. Kami tiga-tiga manusia.” Jawab aku gagap. Mana tidaknya. Badannya tinggi, sasa lagi. Aku melirik mata ke arah Aduka. Dari jauh Aduka suruh aku menepuk kepala lelaki itu seperti mana dia lihat perbuatan Kasyaf sebelum ini.
Aku pandang lelaki tadi semula.
“Errr macam ni, aku dan kawan-kawan aku nak ajak ko balik ke dunia kita semula. Yelahh kau manusia, kau masuk tempat orang lepastu kau nak bermaharaja lela, padahal baru je tiga hari ko sesat kat tempat mereka ni, siap nak jadi ketua lagi… wahwahwah!! Lemak katak ko!.” Aku dah sikit berani. Kedua tangan bercekak pinggang.
“Boleh! Tapi kau kalahkan aku dulu.”
“Halaaaa senang je… kitaorang bertiga… kau seorang, tentu senang-senang je kau boleh kalah! kalau nak bercakap tu lain kali pakai otak! Jangan pakai…..”
*****************************
Aku duduk melunjur kaki. Aku tak tahu aku di mana. Yang aku pasti aku dikurung bersama dengan Kasyaf dan Mehmet.
“Apa jadi???.”
“Kau kene tumbuk sebelum kau sempat habis cakap.” Kasyaf duduk di sebelah. Dan selepas aku pengsan. Kesemua kami dikurung.
“Macam mana nak keluar ni!!!.” Mehmet sudah menangis di sudut dinding. Haih! Aku tak tahulah dia tu… pantang ada masalah sikit, dah elok jadi manusia pun, boleh mengaku haiwan.
“Nasss!!!.”
Kami bertiga menoleh. “Izzahh!!!!!.”
Wanita itu mengangguk.
“Macam mana you boleh… err… you kenapa ada disini??.”
“You tertinggal bekal ni. I ikut you.” Izzah mengangkat tangan menunjuk makanan yang dihantar tadi. “I takut nanti sejuk dah tak sedap. Makanlah.”
Dia lebih risaukan makanan itu sejuk berbanding aku yang tengah dikurung ni!!
“Izzah buka pintu ni. Keluarkan kitaorang!!!.”
Izzah segera membuka pagar yang menghalangi kami tadi. Terperanjat aku! Tak kan lah masuk alam bunian, manusia boleh jadi kuat!
“Pintu memang tak kunci, nah makanlah…” Dia menghulur bekal.
“Izzah!!!! Kita kene keluar dari sini!!!.” Aku, Kasyaf dan Mehmet berlari macam orang hilang akal. Aduka suruh aku selamatkan kampung dia? Aku ni? Siapa nak selamatkan? Tapi kitaorang juga yang tawarkan diri, kata Aduka… suruh memujuk lelaki itu kembali ke alam manusia semula, tapi nampak gayanya…
Tiba-tiba lelaki itu menghalang perjalanan kami, dia mendepa tangan, sudah ada di depan. Dan lelaki itu ketawa sekuat-kuatnya tanpa henti, perbuatannya itu dilihat oleh kami semua dan penduduk bunian.
“Kahkahkahkahkah!!!!”
“Panggggg!!!.” Tiba-tiba Izzah menampar. Terhenti tawanya.
“Apa ni?!!!!” Marah lelaki itu
“Kau Idham! anak Mak cik Joyah kan????!.”
Lelaki itu terdiam memandang kiri kanan sambil menggosok pipi.
“Ko tahu tak! Mak ko cari ko!!! Dia suruh ko pergi kedai beli sayur nak masak lemak!!! Sampai ke sudah ko tak balik!.”
Kami bertiga memandang sesama sendiri.
“Ko balik sekarang!! ko balik sekarang!!!.” Izzah mengangkat tinggi senduknya. Ya! Dia memang tak tinggal senduk tu dan dia bawa sekali sampai ke alam bunian. Senduk yang sama yang masih ada kesan kari.
“Balik!!!!.”
Dan kami semua pun meminta diri untuk balik. Tak susah pun rupanya cuma aku yang tak tahu teknik memujuk… Rupanya si Idham ni memang degil orangnya. Dia sebenarnya lepas balik dari kedai beli sayur, dia pergi mengintai anak mak cik Senah kat belakang rumah. Lepas tu dia termasuk ke alam bunian ni. Mereka yang tinggal di alam bunia tidak pernah berkasar, oleh sebab itu mereka membiarkan sahaja kelakuan Idham dan meminta bantuan dari manusia lain. Sudahlah tu… dibuatnya macam rumah sendiri.
“Nassss!!!!!.” Zaitun berlari dari jauh dengan kedua rambut yang diikat tocang. Sebaik sampai dia terus lompat memeluk aku. Rindunya aku pada dia. Aku cium dahi dia dan aku pesan agar dia tidak degil lagi selepas ini.
Malam itu kami dihantar pulang oleh keluarga Aduka dan penduduk lain ke alam kami semula. Dan mereka berjanji bahawa tidak akan ada lagi manusia yang nampak mereka dan mereka juga tidak akan membuka ruangan itu sampai bila-bila. Biarlah tetap terpisah, antara dua kehidupan yang berbeza. Manusia itu telah termaktub sikapnya… dan sikapnya lebih banyak memusnahkan dari membela.
Aku melambai tangan sehinggalah alam yang tersembunyi itu hilang dari pandangan. Idham paling semangat dan dia bersalam dengan semua orang kampung bunian. Aku biarkan je. Perangai orang tak matang memang macam tu. Dan sebaik hijab itu tertutup, suasana kembali sepi dan gelap. Tidak ada lagi lampu dan suara bingit.
“Jom kita balik.” Ajak Idham. Aku ingatkan dia tak ingat rumah lagi. Dan kitaorang pun melangkah pergi. Sungguh pengalaman bertemu mereka semua tu suatu yang menggembirakan walaupun singkat. Aduka dan Zaitun aku akan ingat mereka sampai bila-bila.
Malam itu semua pulang ke rumah masing-masing. Rasanya tidak akan ada lagi perkara seperti ini berlaku. Aku pun tak mahu lah menghadapi lagi. Bukan apa, biarlah aku berkawan dengan manusia je.
“Selamat malam Izzah…”
“Night Nass…” Izzah tersipu malu. rambutnya yang mengerbang style mak lampir itu di pintal-pintal. Sebenarnya dia tidak perlu berbuat begitu pun untuk memikat, sebab aku rasa ngeri. Selipar yang dipakai bukan sahaja berlainan warna dan pasangan, malah dipakai terbalik antara kiri dan kanan.
Aku berpaling dan berjalan masuk. Alhamdulillah semuanya selesai. Tahun baru aku dah boleh memikirkan azam baru. Aku nak pergi meminang Izzah, aku harap semua dipermudahkan, semua dalam keadaan baik dann…
“Ayyakkk!!!!.”
Aku berhenti, menghela nafas tanpa berpaling… Ya! aku tahu… aku tahu Izzah termasuk dalam longkang yang sama…
-Tamat –
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Kahkahkah..kelakar lah citer ni..aku sukaa..berbuatlah baik x kira di mana kita berada
kisah benar ke fiksyen?? izzah tu ada mslah ke?? hehe ..
Fiksyen rina hahaahha. Saja buat seram komedi jadi x ? Hahaha
Best cerita sampai sakit perut ketawa
Seram komedi hahhaaa
Biar pun izzah berkali2 jatuh kat longkang yg sama, hang pi lah kutip dia. #truelove
Hahahahaha baikkk makcik hahahah
Best ending dia. Kalau buat movie pun syok jgak ni. Haahaha.
cerita dari nasa sume best n terbaik..bc cite ni pn dok t’byg alam bunian tue mcm mn..di tambah plk lawak2 tue jadi lg best..setia betul si nas tue kat izzah..hahaha thumbs up nasa..nak lagi ye cite mcm ni..heheheheh
suka baca kisah nasa
kalini terbahak2 ketawa tak pasal2 kena lempang dgn izzah
teruskan menulis 🙂
Terbaik!. Kelakar..
Tang nk msak lemak tu xtahan…haha
⭐⭐⭐⭐⭐
Alaaa…cian izzah asyik jatuh je…tp dia la heroin sbnr citer ni kan hehe…
Hahahahhahahaa… siyes buat perut aku kre:D
berdekah-dekah aku gelak. adoii lawak la.
FIRST!!! Terkekek-kekek aku gelak dlm opis ni baca..Hahaha
Sweet la nas ni. Aku harap dapat suami macam ni. InsyaAllah 😊 Allah tahu yabg terbaik
kahkahkahakakaha! medi..medi..eh?haha
haha. makcik ketawa
#cumel
Nice
Good
hahahaha..#kelakarKo!