#Nasa – Mastermind

#Psycothriller #CN #Killanddie

MATA lelaki itu terbeliak apabila dibunuh  kejam. Darah membuak, Azhar terbaring menggelupur seperti ayam yang disembelih. Lelaki bengis itu kemudian beralih kepada wanita di hadapannya pula. Tersenyum sinis. Rayuan wanita itu tidak mendatangkan sedikit pun perasaan simpati. Malah seperti kebanggaan buat diri.

“Bukan aku…. ini semua rancangan dia. Ini semua rancangan…..”

Rayuan wanita itu tidak lama apabila peluru menembusi leher dan memutuskan segala urat yang menyambung nafas dan nyawa. Tidak sempat dia menghabiskan kata-kata tentang siapa dalang di sebalik jenayah yang dilakukan.

Seorang lelaki berjambang nipis, berpakaian jaket hitam labuh sampai ke lutut, seluar kulit, lengkap bersenjata. Sentiasa serius. Fokusnya satu. Sasaran mesti MATI. Tidak ada simpati, tidak akan berhenti sehingga dia berpuas hati.

Dia Ben, Benjamin…

lelaki yang simple, yang tidak punyai sesiapa. Hidup menyendiri tidak minat bercinta. Siapa dia? Hanya lelaki biasa yang hidup dalam sebuah keluarga yang menyintai sesuatu dengan seadanya. Yang menyayangi ibu dan adiknya, yang hanya ada mereka di dunia. Tapi itu dulu…. satu masa dulu….

*****************************************

“BENJAMIN bangun!! Kata nak bantu mak buat kuih….” Leha mengejut anaknya yang nyenyak, tanpa Ben, tak tahulah nasibnya. Memang dia yang tidak mahu Ben menyambung sekolah, berhenti ketika darjah satu. Itupun kerana dia lembap. Percakapannya lambat, tidak pandai membuat keputusan malah selalu sahaja salah. Untuk mendapatkan khidmat bantuan lain, tidak mampu. Nasib baik anak perempuannya yang lagi berdua itu normal. Pandai pula tu!

“Mana sarap!!.” Sakinah meninggi suara. Memang sedikit biadap. Terkocoh-kocoh si Benjamin  membentangkan tikar dan makanan. Kadang-kadang tidak disuruh pun, tapi Ben memang sedikit bodoh. Dimain-mainkan oleh dua adik perempuannya. Apa yang dilakukan kerana sifat kasih sayang. Hatinya bersih. Dia menyediakan makanan dan persediaan bekalan untuk mereka, memastikan bekas itu bersih, memastikn baju dan keperluan mereka lengkap. Memastikan duit mencukupi. Malah tidak pernah merungut pun walau sekali. Ayahnya meninggal ketika mereka kecil, maka Benjamin dengan segala kekurangan masih tahu erti tanggungjawab yang perlu dipikul untuk ibu dan kedua adik perempuannya.

Bekas itu dirampas. Sakinah dan Azila terus menuruni anak tangga, Ben melambai dari rumah walaupun tidak dibalas, dia tesenyum, suka melihat adiknya pandai. Berkali-kali juga dia nasihat agar mereka berdua belajar bersungguh supaya berjaya dan menjadi orang berguna. Jangan jadi sepertinya.

“Kita kena cepat nanti orang nak beli sarap!.” Ujar Leha terkocoh-kocoh. Benjamin mengangguk dan berlalu membawa bekalan kuih yang berbekas-bekas menaiki basikal menuju ke ruang depan jalan agar dapat dijual. Suka hatinya melihat ramai yang membeli. Antara mereka masih lagi ada yang mencebik dan mengejek tentang kekurangan Ben.

“Kalau macam ni, sampai bila lah aku nak tunggu Leha… aku bagi sepuluh ringgit pun terkial-kial nak memulangkan baki.” Marah wanita berkaca mata. Benjamin hanya senyum dan menggaru kepala yang tidak gatal.

“Baki tiga ringgit lah bang!!.” Marah Leha, tidak sabar melihat anaknya. Leha merampas duit dari pegangan, anaknya.

“Nah…” Kassim menghulurkan duit lima ringgit kepada Benjamin pula. Namun Leha merampas. Sekali lagi anaknya terperanjat.

“Mak cik Leha… biarkan Ben… saya beri padanya.”

“Dia ni bodoh lah Kassim!.” Marah Leha, tidak sabar.

“Biarkan… saya mahu Ben yang mengira.” Balas Kassim tenang. Dia mengambil semula duit dari Mak cik Leha dan menyuruh Benjamin yang mengira berapa pulangan baki. Hanya selepas lima minit dengan pengiraan manual barulah dia berjaya memulangkan baki yang tepat. Kassim menepuk belakang tubuh lelaki itu sambil memuji. Dia suka dengan Benjamin. Memang tidak ada siapa pun yang akan berkawan dengan Ben, tapi dia? Ya… dia akan berkawan dengan lelaki itu.

HABIS semua dulang dan bekas dihempas di dalam sinki, Leha sengaja menunjukkan rasa marahnya terhadap Ben. Entah sampai bila Ben boleh menjadi seperti orang biasa. Sering diejek dan dicaci.

“Alah Leha… biarlah dah memang itu kekurangannya.” Rosmah duduk di dapur sambil menyerahkan tepung dan bekalan biasa setiap minggu.

“Bodoh sangat si Ben tu Ros… Malu aku!! Malu…”

“Tak baik kau cakap macam tu. Kalau dengar, terasa dia nanti.”

“Aku letih nak menghadap dia macam tu!!.”

Benjamin berdiri di belakang pintu dapur mendengar setiap kata-kata Leha, dia mahu bersalam sebelum keluar, namun mematikan niat kerana tidak mahu mengganggu perbualan.

“Apa yang Allah beri itu setiapnya ada kelebihan, janganlah merungut.” Rosmah meletakkan barang dan terus berlalu. Sudah selesai tugasnya menghantar barang. Tidak minat untuk bertanya lebih, nanti berhangin pula si Leha. Leha menyudahkan membasuh pinggan dan menemui anaknya di bilik, namun lelaki itu tiada.

Benjamin berjalan kaki menuju ke kawasan kerjanya. Membersihkan kebun orang. Dia menunduk sedih mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut ibunya tadi. Dia tahu siapa dirinya. Sebab itu dia sangt mudah terasa…

**************************************

BENJAMIN BERHENTI mengelamun. Dia melihat ke arah kedua wanita dan lelaki yang dibunuh kejam tadi. Lelaki itu diseret dari kawasan depan perumahan kosong itu. Kesan seretan darah itu menjalur mengikut arah mana Azhar ditarik. Setelah itu Benjamin meletakkan Azhar di sekitar rimbunan kotak dan daun. Dia berpatah balik, mengambil dan menyeret mayat wanita itu pula. Dan dengan cara yang sama dia meletakkan sebelah Azhar tadi.

Setelah puas. Lelaki bengis itu duduk, menghisap rokok sekadar mencari nafas. Mayat yang bergelimpangan tidak mendatangkan perasaan ngeri padanya. Malah dia menghabiskan sekotak rokok itu dalam masa yang sangat sekejap. Tiba-tiba Benjamin ketawa. Terasa kelakar melihat mayat dua manusia itu.

“Kenapa….”

Benjamin meraup wajah dan menunduk, suara kekesalan dalam perilakunya. Dia kemudian mendongak melihat cahaya bulan yang indah di awan. Menyanyi kecil sambil mengenangkan ibunya. Dia terlalu sayang wanita itu, namun sampai sekarang dia tidak tahu samaada ibunya juga mempunyai rasa yang sama. Maklumlah dia istimewa. Merasakan dirinya selalu diketepikan. Malah dia juga tahu siapa dirinya.

Benjamin bangun, menyimbah minyak tanah pada dua mayat tadi, lighter dihidupkan lantas dicucuh ke baju Azhar. Api marak! Ben melangkah setapak kebelakang. Bahang itu sangat terasa. Lalu dia bergerak pulang, berjalan ke arah keretanya.

Telefon berbunyi. Nama Kassim tertera.

“Habis kerja kau Ben?.” Tanya Kassim

“Hurm….”

“Aku tunggu kau dirumah. Ada dua lagi yang kau perlu hapuskan. Pastikan mereka semua mati!.” Kassim mendengus lantas talian dimatikan. Benjamin mendongak dan meneruskan perjalanan. Dia berpaling melihat mayat yang ditinggalkan di belakang. Dia perlu segera berjumpa dengan Kassim! Lalu kereta itu meninggalkan kawasan pembunuhannya.

BENJAMIN MENCUCI tangan membersihkan darah dan kotoran. Sesampai sahaja di rumah Kassim tadi, dia tidak mandi,namun duduk di bilik air selama yang boleh.  Mengingat kedua mayat yang dibakar, dia menutup mata. Di sinki bilik air dia membasuh wajah. Terbayang saat wanita tadi menjerit apabila lehernya ditembak.

Benjamin tergelak kecil.

Yaaa… wanita itu adalah Sakinah! Adiknya sendiri yang baru dibunuh. Dan Azhar adalah kekasihnya. Ben berpusing tubuh, melihat belakang badannya dari cermin. Kesan terbakar dari kisah suatu masa dulu.

Pintu bilik air diketuk. Dia cepat-cepat menyarungkan baju dan jaket kembali.

“Ben…. ini bayaran kau.” Kassim menyerahkan sejumlah wang penuh. Tidak banyak bercakap, Benjamin mengambil beg tersebut dan meminta diri untuk keluar.

“Kau tak nak tinggal dengan aku?.” Tanya Kassim lagi.

Benjamin menggeleng sebelum terus pergi.

Sepanjang perjalanan balik, Benjamin memikirkan tentang tugas kedua yang disuruh oleh Kassim. Dia tahu alamat dan lokasi mangsa, namun belum masanya untuk bertindak.

Keretanya berhenti di sebuah rumah batu. Besar, lapang. Dari luar kelihatan seorang lelaki sedang ketawa gembira namun isterinya hanya berdiri memeluk tubuh. Memerhati dengan wajah mencuka. Langsung tidak ceria. Anak mereka berlegar berlari sekeliling taman. Anak kecil itu minta didukung. Kemudian lelaki itu ketawa girang melayan kerenah anak satu-satunya.

Benjamin mengeluarkan sekeping gambar. Gambar lelaki dan wanita yang perlu dibunuh dan lelaki itu di depan matanya sekarang. Gambar itu dipusingkan, tulisan di belakang dibaca.

“Fazli… ”

Namun nama kedua yang perlu dibunuh tidak disebut. Isteri lelaki itu! Benjamin mendongak kembali memandang keluarga mereka. Sejenak barulah dia memandu dan bergerak dari situ.

Kereta dibelok masuk ke sebuah rumah tinggal. Selepas berhenti, Benjamin keluar. Duit tadi diambil di masukkan ke dalam sebuah tong besi. Nilai yang diperolehi untuk hari ini adalah sepuluh ribu semuanya. Tidak pula dia mengira. Tidak penting!

Minyak tanah diambil, dituang ke dalam tong berisi wang, lalu lighter dinyalakan dan sehelai kertas yang telah siap dibakar dimasukkan ke dalam tong besi itu, maka terbakarlah kesemua duit itu, tanpa tinggal walau satu ringgit.

Benjamin duduk besandar di hadapan tong tadi, bersilang kaki denganjari jemarinya rapat ke dada. Dia melihat jam di tangan. Masa telah disetkan! Lagi sepuluh minit sahaja perlu menunggu.  Benjamin sekadar merehatkan diri sambil mengunyah gula-gula getah. Melihat asap yang membakar wang tadi tidak sedikit pun membuat hatinya terkilan. Malah dia tidak kisah.

Dari bayangan api di hadapan, kisah silam lalu mula bermain dalam liuk lentuk gemalai warna oren. Sepasang matanya mengecil, seolah menghayati sebuah wayang di depan mata. Kedua mata itu kemudian berair, menjelaskan betapa hatinya sakit! betapa perasaannya perit!

Benjamin hilang dalam kisahnya sendiri…..

********************************************

KASSIM HANYA memerhatikan Benjamin melakukan kerja, memang dia yang mengupah lelaki itu. Rajin! Tidak ada masalah dengan Ben, tertanya juga kenapa orang kampung sering mengutuk. Walaupun sedikit bodoh tapi Ben tidak pernah pula menyusahkan, malah setiap yang disuruh dilakukan kemas. Dan ini bukan kali pertama dia menyuruh Ben melakukan kerja untuknya. Semuanya bersih. Kassim menyerahkan sedikit nasi sebagai makan tengah hari. Tidak membantah, Benjamin terus mengadap makanan tersebut. Beselera, tetap tesenyum. Tong racun tadi diletakkan di tepi. Selesai itu dia meminta kebenaran untuk pulang ke rumah. Kassim menyerahkan duit RM50 sebagai upah.

Dalam perjalanan balik, Benjamin berhenti di hadapan sebuah kedai, berjalan masuk perlahan-lahan, biasanya jika ingin membeli, dia akan ditemani oleh ibunya, namun kerana sudah kebetulan, dia pergi sendiri.

Membelek sebuah buku, matematik darjah 1, menatap setiap muka surat. Tergagap cuba mengeja. Namun dia faham sedikit apa yang dinyatakan. Buku itu dia minat, lantas diambil dan terus ke kaunter.

“Lima puluh ringgit.” Balas lelaki itu keras. Ben mengambil duit dari poketnya, memang ada jumlah itu sahaja,  serba salah pula dia. Buku tersebut nipis sahaja namun jumlahnya mahal.

“Nak beli ke tak!.” Tanya lelaki itu marah. “Kalau tak nak beli jangan menyemak. Lagipun nak buat apa ko beli buku ni?!.”

Selepas membayar dia terus pulang.

“TOLONG MAK buat kuih malam ni macam biasa, mak tak larat. Adik-adik kau tu sekolah, tak nak ganggu dia. Lagipun diaorang tu nanti nak periksa.” Leha masuk ke dalam bilik duduk di birai katil.

Sakinah dan Azilah sentiasa mendapat keputusan cemerlang. Leha tidak mahu mereka terganggu. Benjamin benar-benar bangga. Akhirnya tidak sia-sia juga usahanya dalam bekerja dan mencari duit untuk mereka semua kesekolah. Kalau nak harapkan duit buat kuih je memang lah tak cukup.

“Mana duit hari ni?.” Tanya Leha. Selalunya Benjamin akan memberi dia setiap kali habis kerja. “Mak nak bayar bil letrik rumah kita dengan air. Macam tak cukup yang mak ada.” Wajah Leha muram. Benjamin sedikit cuak. Mahu tidaknya. Dia sudah beli benda lain.

“Mana duitnya?.”

Ben menunduk. Menunjukkan buku yang dibeli sambil tersenyum berharap ibunya faham. Terbeliak mata Leha. Dia merampas buku tersebut, melihat tanda harga.

“Dua belas ringgit!! Mana baki!!!.” Kepalanya mendongak memandang anak sulungnya. Tertelan liur Ben memandang. Dia tahu sekali lagi telah melakukan kesalahan.

“Kau dah masuk tiga puluh tahun, kenapa masih bodoh!!! Lain kali tengok harga sebelum bayar!! Berapa kali nak cakap!!!.” Punyalah mengamuk Leha apabila Benjamin masih juga tidak serik-serik ditipu. Buku tersebut dihempuk di kepalanya dan dibaling sebelum keluar dari bilik.

Benjamin cuba untuk memujuk diri. Jujurnya sewaktu berhenti sekolah dulu, memang dia tidak tahu apa-apa langsung. Dia sepatutnya dimasukkan ke darjah khas kerana masalah lambat dalam pembelajaran tapi Leha tidak mahu kerana rasa membazir. Tetap bodoh juga nanti.

Dan malam itu juga Benjamin menyelinap masuk kebilik adiknya, Soalan di dalam buku itu diajukan kepada Sakinah sambil meletakkan jari di tengah bibir berharap adiknya tidak membuka rahsia. Terkekek Sakinah dan Azilah mengajar abangnya mengira. Satu persatu Benjamin menulis, bacaannya juga merangkak, tapi dia bersungguh untuk belajar. Terkekek tawa kedua wanita itu melihat abangnya merangkak membaca dan mengira.

“Nanti Kinah nak jadi doktor tau bang!.” Sakinah bersandar berpeluk tubuh. Bercerita tentang cita-citanya. “Saya nak buka klinik swasta, duit masyukkkkk. Tapi kalau abang nak dapatkan rawatan Kinah, abang tetap kena bayar. Sebabnya…. kos untuk rawatan mahal…. bukan free…”

Rudi mengangguk faham.

“Ingat senang-senang ke nak jadi doktor? Jadi, dari sekarang abang kene kumpul duit.” Sakinah dan Azilah tergelak melihat abangnya yang berwajah muram.

“Sekarang semua perkara kena guna duit. Tanpa duit…. tak boleh buat apa bang… sebab tu kami belajar pandai-pandai nak berjaya! Berjaya ada duit! Kalau bodoh tak ada duit…” Perli Sakinah lantang. Sengaja ditekan dengan pandangan menyinga.

*****************************************

“TITTT… TITTT…. TITTTT…” Bunyi jam tersebut menunjukkan masa untuknya bertindak. Ben masih di kerusi tadi. Bersepai lamunannya. Api yang membakar di hadapan juga sudah hampir padam, hanya asap sahaja yang kelihatan.

Benjamin bangun, menyiapkan senjata, memeriksa peluru, menyarung semula jaket labuh hitamnya dan meninggalkan kawasan tersebut. Keretanya dipandu ke kawasan di mana Fazli tinggal. Sebaik berhenti, dia meluru ke arah rumah tersebut. Gelap! Penghuni telah tidur.

Benjamin memecahkan cermin dapur, kerjanya tidak senyap dan dia tidak perlu senyap. Sebaik tangannya lolos, dia membuka pintu dari dalam. Senjata dikeluarkan, dan berjalan perlahan menaiki tangga. Mengawal langkah kaki yang menginjak.

Apabila tiba diatas, Benjamin menunggu, silencer dipasang, diputar cepat! Laras dihalakan ke bawah. Kepalanya menoleh antara dua bilik, mengagak yang mana satu duduknya lelaki bernama Fazli. Seseorang keluar dari sebalik pintu yang dibuka, Ben mengangkat senjatanya ke arah wanita itu, namun jarinya tidak menekan picu.

Pertemuan untuk kali pertama! Dia tersenyum menerkam bebola mata. Benjamin berdiri tidak bergerak masih menunggu.

Wanita tadi tercengang, dadanya berombak kencang kerana ketakutan. Sebaik sahaja suaminya Fazli keluar, Benjamin menghalakan senjata ke arah lelaki itu, melepaskan tiga das tembakan ke arah kepala, dan lelaki itu mati serta merta.

Benjamin berpaling semula pada wanita tadi. Senjata masih tersisip di sisi. Wanita itu terlalu terkejut, terkaku tidak percaya apa berlaku, dia terduduk di lantai, ternganga.

“Ben… apa yang kau nampak, tak seperti apa yang kau nampak.” Ujar wanita itu. Ben tersenyum sinis, terselindung di balik cahaya samar yang hanya diterangi lampu jalan yang menerjah.

“Kejadian pada hari tu sebenarnya…..” Menggigil wanita itu menerangkan.

Benjamin hanya mendengar namun senjatanya tidak dilepaskan. Masih lagi hatinya berbekas dengan kisah lama.

“Mamaaa….” Seorang budak kecil keluar dari bilik apabila terdengar bunyi bising. Cepat-cepat Benjamin berpusing, mengibar baju jaketnya, menyimpan senjata, menutup dan menghalang pandangan anak itu daripada melihat mayat ayahnya.

Ben mencangkung sebelah lutut mencecah lantai, dan mengeluarkan gula-gula dari dalam poket seluar, menyerahkan kepada anak kecil itu. Tersenyum budak  itu mengambil. Dia menggosok kepala anak kecil itu dan membawanya ke katil sebelum menutup pintu dan melarikan diri.

BENJAMIN DUDUK di sebuah batu di atas bukit. Wajahnya mendongak memandang langit, malam yang tenang. Kemudian dia menunduk perlahan melihat lampu kenderaan dari atas. Membunuh? Bukan perkara yang sukar. Dia sendiri yang mahukan. Atas alasan apa? Benjamin tersenyum puas, namun tidak lama, dia mematikan senyuman tadi.

“Makkkkk….” Perlahan nama itu terluah. Benjamin menarik rambutnya pantas berdiri dan menjerit sekuatnya.

Hidupnya sendirian. Dia tidak punya sesiapa. Benjamin menakup kedua tangan di atas kepala, dia mencangkung, merapatkan kedua lutut ke dada.

Dia tidak sedar… emosinya cukup terganggu,

Dia tidak sedar… tekanan itu meragut kewarasannya berfikir…

Sekali lagi kisah silam itu menerjah mindanya. Kisah yang terlalu perit dan terlalu payah untuk dilupakan.

********************************

DARI TADI Kassim memerhatikan Benjamin menghafal sifir. Sambil membersihkan kebun, sambil menghafal, namun tergagap-gagap.

“KALAU nak belajar aku boleh tolong.” Kassim menawarkan. Dia juga tahu Sakinah dan Azilah sengaja menyusahkan Benjamin. Disuruh hafal sifir walaupun tahu lelaki itu lembap dalam pembelajaran.

“Tapi dengan satu syarat….” Kassim menghampiri, memaut bahu.

Benjamin menoleh.

“Aku tolong kau… kau mesti tolong aku…” Satu tawaran dibuka Kassim, bibirnya segaris senyuman yang penuh makna.

Benjamin berjalan kaki balik seperti biasa, terfikir-fikir tentang tawaran Kassim tadi. Kakinya laju melangkah, duit nya lebih banyak dari biasa, sogokan dalam senyap agar Benjamin setuju dengan kemahuannya.

Kassim mahu memperisterikan Sakinah? Hairan sungguh. Kassim tidak pernah mengenali Sakinah dengan lebih dekat, namun itu syarat yang dinyatakan. Kenapa Kassim beriya benar?? Apa motif dia mahukan Sakinah walhal Kassim tahu yang Sakinah itu sudah berpunya.

Dan Benjamin malas memberatkan fikiran. Sambil berjalan balik sambil menghafal sifir.

“Sakinah??.” Benjamin terperanjat melihat adiknya tidak bersekolah malah sedang bercumbu di dalam semak di tepi jalan. Tudungnya entah ke mana, malah tangan lelaki itu merayap di setiap sudut tubuhnya. Tidak suka dengan perlakuan tersebut, Benjamin segera mendapatkan adiknya lalu menarik wanita itu keluar.

“Apa ni bang!!!.” Marah Sakinah mengamuk

“Sa…sa…sakinah… b..balik….” Tergagap dia berbicara. Namun Sakinah tidak mahu.

Lelaki tadi menyinga apabila nafsunya terbantut. Kerana tidak puas hati dia menumbuk Benjamin dan menyepak lelaki itu. Sakinah diam tidak membantu. Dia sesekali tidak akan menyalahkan Azhar, kekasihnya. Biarlah! Benjamin yang mencari pasal!

“To..tolong…” Sahut Benjamin memandang adiknya, namun Sakinah tidak berbuat apa-apa. Tidak lama itu orang kampung datang dan meleraikan pergaduhan. Benjamin menceritakan hal yang berlaku namun Sakinah menafikan. Dia menipu dan menyatakan abangnya cuba untuk merogolnya.

Benjamin terdiam, dia benar-benar terkejut.

“T..T..Tak… bu..bu… bukan…” Saat ini hancur luluh hati Benjamin dituduh sedemikian rupa. Apatah lagi apabila orang kampung mencaci dan memaki, beberapa orang mengheret dia balik kerumah mengadu kepada Leha. Puas juga Ben cuba pertahankan diri namun kerana dia tidak lancar dalam percakapan, susah untuk dia menjelaskan segalanya apabila Sakinah sentiasa memotong. Diam itu lebih baik.

HABIS BARANG di dalam rumah berhambur. Leha terlalu malu, malah dia tidak menyangka yang Benjamin sebegitu. Selama ini dia mengharapkan lelaki itu, sekarang semua kepercayaannya berbelah bagi. Sakinah pula tetap menyatakan yang abangnya membawa dia ke dalam semak atas tujuan yang tidak baik. Ben lebih banyak diam. Walhalnya Azhar yang berbuat perkara tidak baik. Dia Sekadar mengelak apabila semua barang di dalam rumah dilemparkan ke arahnya.

“Aku jaga kau dari kecil, sanggup kau buat perkara yang tidak elok!! Tak kenang budi!!.” Leha tidak berpuas hati.

MALAM ITU suasana dalam rumah sunyi sepi. Tidak ada lagi suara kecoh Sakinah dan Azila ketawa, malah ibunya tidak sudah-sudah menangis di dalam bilik, berendam air mata.

Benjamin membuka kertas sifir yang diberikan adiknya dulu. Duduk sambil menghafal. Tidak sabar rasanya untuk menghabiskan. Perlahan-lahan dia membaca sifir tersebut. Masih lagi sifir dua tidak berganjak. Susah betul untuk dia mengingat. Bermacam cara sudah dicuba. Dia mahu jadi pandai seperti Sakinah dan Azilah, mahu jadi normal seperti orang lain. Risau jika satu masa dia sakit nanti, tidak mampu membayar rawatan kos sendiri.

Benjamin mengulang dan membaca satu persatu. Namun sebaik sampai setengah, dia terdiam. Lama memerhati kertas sifir itu. Menunduk memandang nombor yang semakin kabur. Tiba-tiba air matanya bergenang, sedaya upaya cuba ditahan namun tumpah jua menitik di kertas tadi. Hatinya terasa hancur, tapi dia tidak pandai meluahkan. Malah untuk bercakap pun susah. Benjamin teresak-esak perlahan.

************************************

ANGGOTA polis sudah berkumpul di hadapan rumah Fazli. Jiran tetangga ramai mengerumuni, sinaran lampu kereta berwarna biru menyakitkan mata, terang dan berkelip. Mayat Fazli dibawa dan diusung keluar. Anaknya menangis tidak berhenti. Namun berbeza bagi wanita itu, kematian suaminya Fazli tidak pula ditangisi.

“Puan… saya Inspektor Shah dan ini Inspektor Yusuf.” Lelaki itu memperkenalkan diri. “Puan tahu siapa suspek?.”

Wanita tadi hanya menggeleng kepala. Soal siasat dijalankan seperti biasa dan kedua pegawai itu menyuruh anggotanya memeriksa kawasan. Sebelum memasuki kereta, Inspektor Yusuf keluar kembali, lupa pula dia.

“Puan… puan… maaf ganggu.” Wanita itu berpaling semula.

“Maaf ganggu. Lupa saya… nama puan siapa tadi?.”

“Zila… nama saya Azilah….” Jawab wanita itu.

Setelah mengucapkan terima kasih, Yusuf berlalu. Azilah memandang kedua pegawai polis itu  dengan  tersenyum sinis, kelopak mata dikecilkan  mengelak cahaya lampu kereta yang menerjah mata.

BENJAMIN DUDUK bersandar menonton siaran televisyen, kejap sahaja siaran langsung tentang pembunuhan Azhar, Fazli dan Sakinah dipaparkan. Matanya tidak lepas mendengar setiap butir dari percakapan wartawan. Namanya tidak terlibat. Televisyen ditutup!

“Habis sudah tugas kau kan?.” Soal Kassim dari belakang, dia baru muncul.

“Belum…” Jawab Benjamin kasar. Berdehem beberapa kali.

“Aku dah tolong kau cari mereka semua Ben, jangan kaitkan nama aku, aku tak nak terlibat.”

Benjamin mengangguk. “Aku cuma nak cari orang yang bunuh mak aku.” Lancar percakapannya. Rokok diselitkan di bibir, dia menghidupkan api, membakar hujung batang sebelum menyedut dan melepaskan asap di udara.

“Tpi kau dah jumpa kesemua pembunuh….” Jawab Kassim

“Tapi aku belum jumpa dia…” Rokok tadi dikepit dengan dua jari, bersandar meluruskan kaki.

Kassim terpinga-pinga, rasanya mereka yang terlibat dalam pembunuhan Mak Cik Saleha adalah Azhar, Fazli, Azilah dan Sakinah. Malah Benjamin memang mahukan kesemua mereka mati setelah undang-undang gagal melaksanakan.

Kassim berkerut wajah. “Errr… siapa dia?.”

“Siapa dia?… Dia MASTERMIND….” Jawab Benjamin tergelak kecil menampakkan sebaris giginya yang tersusun rapi. Hanya beberapa minit kemudian Kassim keluar dari situ.

Benjamin bangun membuka langsir tingkapnya, udara malam itu sejuk. Rokok yang sudah habis dilempar keluar. Benjamin bersandar di dinding rumah. Selagi dia tidak menyelesaikan tugasnya, dia tidak akan berhenti. Namun sekarang orang yang dicari semakin jelas! Jelas di depan mata. Dan dia tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya….

Benjamin memakai jaketnya semula. Dia mencapai senjata, mengambil kunci kereta! Dia perlu berjumpa wanita itu, Azilah! perlu!! Siapa pun yang terlibat dengan kes enam tahun lepas yang membabitkan kematian arwah ibunya Saleha, mereka perlu mati!!

Remort kereta ditekan dari jauh. Dua lampu berwarna oren berkelip menandakan kereta tidak berkunci. Hanya beberapa langkah sahaja, kepalanya sakit! Benjamin mengerang dan melutut di atas jalan memegang kedua kepala dengan tangannya. Dia perlu tangguhkan dulu niatnya malam ini, tapi dia tidak akan berhenti!!

Azilah!! Wanita itu tidak boleh lepas.

Benjamin cuba bertenang, dia tidak boleh terlalu tertekan. Dia perlu rileks. Perkara itu akan menyebabkan tubuhnya sakit. Ya! Sakit yang dimulai dari hati…

**************************************

SEBATANG kayu dihentak mengenai kepala, lelaki itu terpaling dan jatuh tersungkur. Mengerekot menahan sakit. Kepalanya dipegang, terasa mahu pecah! Leha yang baru tiba di tempat kejadian cepat-cepat meleraikan. Sakinah pula diam tidak bercakap.

“Kau ni kenapa Sakinah!! Nak jadi apa!!.” Marah Leha. Menolak anaknya. Dia berlari mendapatkan Benjamin yang dibelasah teruk. Manakala Azhar cabut lari. Sebaik mendapat tahu yang orang kampung terlihat Sakinah, Leha terus mencari anaknya Benjamin, tidak mahu perkara lama berulang. Namun sudah lewat dia datang. Benjamin terlebih dahulu bertemu mereka.

“Bennn… Ben…. bangun nak…” Leha mengejutkan lelaki itu yang sudah tidak sedar.  Dia menoleh kebelakang tapi Sakinah sudah hilang. Leha menjerit meminta tolong namun tidak ada siapa mendengar. Tidak ada plihan, Leha mendokong anaknya di belakang badan. Terbongkok-bongkok dia mengendung. Beberapa kali terjatuh tetap teruskan, Kakinya terseliuh tersepak batu menyebabkan Benjamin jatuh tergolek. Leha duduk di sebelah anaknya menangis dan menjerit sekuatnya.

KEADAAN DI hospital sibuk. Orang ramai melawat pesakit. Leha masih lagi berbaring menyandarkan kepala di birai katil menunggu. Makan dan minumnya tidak dijaga. Sudah dua hari dia di situ meneman Benjamin.

Kalau bukan kerananya malam itu,  sudah tentu perkara ini tidak terjadi, dia terlalu memaksa Benjamin sebagai abang. Tekanan itu menjadikan anaknya serba salah dalam bertingkah laku. Bukan kali pertama Benjamin dipukul oleh Azhar, namun Leha tetap berdegil menyuruh Benjamin masuk campur urusan kedua anak perempuannya.  Kerana terlalu sayangkan kedua gadis itu, maka lelaki itu dijadikan sandaran dalam menyelesaikan masalah yang menimpa.

Anaknya, Sakinah tidak menetap dengannya lagi, tidak tahu di mana tinggal dengan teman lelakinya, Azhar.  Puas dinasihat dan pernah juga Leha dipukul oleh Sakinah. Kalau mahu dikira, lunyai juga Benjamin menghadap pukulan dari lelaki itu. Dari sejak Sakinah bercinta dengan Azhar sampailah lari rumah mengikut lelaki itu dan terjebak dengan masalah sosial! Lama-lama Leha jadi takut untuk bersuara, maka tekanan itu diletakkan di atas bahu Benjamin semuanya.

Sakinah lari rumah sebulan sebelum SPM. Dia sendiri terpengaruh dengan budaya luar. Pernah ditahan polis atas masalah sosial dan dadah. Dan sehingga sekarang pun Sakinah tidak pulang. Sudah hampir tiga bulan dia menghilang. Bagi Leha dia bukan tidak mahu ambil tahu, namun Sakinah sendiri tidak mengaku yang mereka adalah keluarganya. Caci dan maki jadi makanan, malah kalau marah sampai naik tangan.

FAZLI MENYELONGKAR bilik dan semua barang di rumah, mencari barang berharga untuk dijual. Sebaik melihat Azilah, isterinya pulang, Fazli menolak dan berlari keluar dari situ, hanya sempat mencapai seutas rantai untuk dijual. Leha dilanggar tidak dibantu.

“Mak ok?.” Sambut Azilah.

“Ok nak… ke mana laki kau nak pergi tu?.” Tanya Leha.  Lali sudah dengan sikap menantunya.

Fazli berkahwin dengan Azilah pun kerana berkhalwat. Malas untuk mengungkit hal lama, maka Leha terpaksa bersabar. Sungguhpun Azilah kesal dengan tindakannya, tidak ada apa pun yang boleh berpatah balik. Azilah menoleh perutnya. Bayi dalam kandungan itulah penyebab dia bertahan kepada Fazli. Tiba-tiba dia memeluk ibunya dan meminta maaf, malu dengan kelakuan sendiri. Saleha memujuk lembut. Tidak kisah pun siapa menantunya, yang penting  Azilah selamat melahirkan bayinya nanti.

************************************

BENJAMIN BERHENTI di depan rumah batu, semalam dia terpaksa berehat kerana dia tidak mampu bangun langsung. Kepalanya berdenyut. ditambah lagi dengan mimpi kisah silamnya yang tidak pernah sudah.

Kawasan rumah itu diperhatikan. Di situlah dia membunuh Fazli. Kelihatan anak kecil bermain. Sudah hampir ke pukul 10 malam, namun anak kecil itu masih lagi di laman. Azilah keluar melihat anaknya sambil  berpeluk tubuh. Rambutnya mengerbang ditiup angin yang sedikit kuat malam ini.

Benjamin mendongak melihat awan yang kelihatan banyak dan cuaca juga seperti mahu hujan.

Melihat wanita itu bersendirian, Benjamin keluar menutup pintu kereta, dia berjalan ke arah rumah itu, sepucuk revolver masih di tangan, laras dihalakan ke bawah, dia berjalan laju, berbaju jaket kulit hitam labuh hingga ke lutut, sedikit mengembang ditiup angin, melambai, namun masih nampak gagah pada pemakai. Kakinya melangkah luas.

Azilah terbeliak mata melihat abangnya menghampiri, dia terkaku.

“Kami akan datang lagi Puan Azilah jika ada apa maklumat tentang kematian Fazli…” Yusuf dan Shah keluar dari rumah tersebut. Namun terhenti melihat lelaki berjaket hitam di hadapan rumah yang berdiri memegang senjata.

Benjamin turut terhenti. Mereka semua terdiam. Berpandangan. Beberapa saat kemudian Benjamin berlari meninggalkan kawasan itu. Apalagi, kedua pegawai polis itu turut mengejar.

Benjamin menyumpah. Lariannya cepat membelah malam. Pistol masih tersisip di tangan. Dia meredah beberapa kawasan belakang rumah. Tidak peduli lagi tentang niatnya datang tadi. Dia tidak suka apabila rancangannya gagal! Hampir sepuluh minit berlari, Tiba-tiba beberapa das tembakan dilepaskan ke arah kedua pegawai polis itu.

Benjamin terhenti berlari, menoleh ke belakang. Dia memandang sekeliling, tidak tahu dari mana datangnya tembakan itu. sekali lagi bunyi tembakan kedengaran. Kedua pegawai polis itu menyorok.

Shah mengeluarkan senjata. Dari sebalik dinding, dia menembak kearah lelaki berjaket hitam dihadapan. Yusuf menepis kasar. Pistol itu tercampak.

“Kau gila ke Suf!!!.” Marah Shah tidak puas hati, dia menolak rakan sekerjanya.

“Bukan dia yang tembak!.” Yusuf masih menoleh ke atas melihat keliling.

Shah tidak cakap banyak, pistolnya dicapai, dia keluar kembali, tidak sempat Yusuf menarik. Sekali lagi tembakan kedengaran. Berdenting bunyi, apabila peluru mengenai tin kosong di hadapan mereka. Kedua pegawai polis itu menunduk dan berlindung.

“Shah!! kau boleh sabar tak??.” Marah Yusuf, dia tidak pasti siapa yang menembak, tapi yang pasti, bukan lelaki berjaket hitam tadi.

“Kepala otak kau Suf!!.”

Benjamin melihat atas, seseorang berdiri di sebalik tembok batu. Terlindung dalam kegelapan, hanya bayang hitam kelihatan. Tidak dikenali!!

Benjamin mendengus kencang.  dia lantas berlari, namun sebiji peluru mengenai  lengannya. Dia menjerit kasar namun lariannya tetap diteruskan. Cuba menahan kesakitan.

Sebaik Yusuf dan Shah bangun, susana senyap. Lelaki berjaket hitam itu tiada dan bunyi tembakan tidak kedengaran.

“Kau punya pasal lah ni!!.” Marah Shah. Dia terus berlalu.

Yusuf menoleh ke atas, kawasan yang sama dia melihat seseorang tadi, kemudian memandang ke depan kembali di mana hilangnya lelaki berjaket hitam, hanya gelap malam saja menyelubungi. Yusuf kemudian berlalu meninggalkan kawasan itu dengan penuh tanda tanya.

BENJAMIN MENGGIGIT kain saat mengeluarkan peluru yang terbenam di lengannya. Berpeluh. Sebilah pisau yang siap dipanaskan dicucuh masuk menembusi kulit. Giginya mengetap keras kain di dalam mulut. Sedaya upaya bertahan namun dia tewas juga.

Dia menjerit sekuatnya dan suara itu memantul dari dinding memekakkan terlinga. Peluru itu dibaling dan Benjamin mengikat lengan dengan sehelai kain lain yang siap dipotong. Darah yang menitis dan mengotori kawasan dibiarkan. Bau hanyir itu sudah biasa.

Kain di dalam mulutnya tadi dibuang, kemudian dia bersandar lemah. Nafasnya turun naik tidak sekata. Menoleh siling atas. Dadanya berombak pelahan. Wajah ibunya Saleha terbayang. Dia sangat rindukan ibunya. Wajah adik perempuannya Sakinah dan Azilah turut sama.

Benjamin membuka baju yang dipakai. Dia melempar ke tepi. Badannya penuh parut, dan disetiap parut itu ada ceritanya yang dilalui, namun paling terkesan adalah bekas kulit yang terbakar di belakang badan.

“Sial kau Sakinah!!!!.” Tiba-tiba Benjamin menjerit, tidak dapat mengawal kemarahan. Namun dia berhenti dan merenung wajah di dalam cermin. Air matanya bergenang.

Benjamin kemudian bersandar kembali merehatkan diri. Segelas air di sebelah dicapai. Terasa hilang seluruh tenaganya malam ini.

Kali ini wajah Azilah mengambil tempat, sepatutnya dia berjumpa dengan wanita itu bagi melangsaikan apa yang tersimpan namun kehadiran polis tadi menyusahkan! Tidak lama kemudian Benjamin terlelap. Dalam tidurnya dia mengigau, bercakap perlahan tidak kedengaran namun seperti biasa, kenangan silam menerjah alam mimpi.

************************************

BENJAMIN MENANDATANGANI dokumen yang telah diberikan dihadapan. Tn Borhan adalah pemilik tanah. Menyerahkan tanah seluas 6ekar kepada keluarga Leha tanpa ada apa bayaran. Sebagai satu sedekah kerana mengenali keluarga itu yang serba kekurangan. Ucapan terima kasih sahaja yang mampu diucapkan oleh Saleha. Pertemuan sulit itu antara mereka bertiga. Pemilik tunggal jatuh pada Benjamin. Dan itu adalah keputusan Leha dalam soal serah tanah. Dia percaya anaknya itu adalah yang selayaknya dalam mengendalikan hal itu.

Walaupun Benjamin,  menolak namun ibunya memaksa. Selesai semua, Kassim adalah rujukan dalam segala hal, bijak dan selalunya tahu apa yang perlu dilakukan. Benjamin hairan apa tujuan sebenar Tn Borhan menyerahkan tanah itu secara percuma. Namun tidak terluah.

“Tahniah Ben. Semua harta milik kau… jadi aku harap kau gunakan ke jalan yang sebaiknya.” Kassim berjabat salam.

“Ke…ke…napa t..t..tak ikut tadi?.” Tanya Benjamin. Dia memang mengharapkan Kassim, dari dulu lagi, jika tidak, tak tahulah apa nasibnya. Kenapa Tuan Borhan menyerahkan tanah itu masih lagi tidak terjawab. Namun dia menganggap itu rezeki, walhalnya tidak ada perkara yang free!!

“Tak perlu lah aku datang Ben. Lagipun itu urusan kau sekeluarga.” Kassim tersenyum menepuk bahu rakannya.

SAKINAH MENGAMUK bagai orang gila di rumah. Habis semua barang dilempar. Azhar hanya duduk menunggu di luar. “Mak tak boleh macam ni!!! Aku ni siapa?!!.” Marah Sakina tidak malu. Bengang apabila mendapat tahu kesemua harta dan tanah diletakkan atas nama abangnya.

“Kau yang keluar dari rumah dan menyingkirkan kami Kinah! Bukan salah mak!.” Kata-kata itu menyebabkan Sakinah mengamuk sakan, entah apa yang merasuk tiba-tiba dipukulnya Saleha sesuka hati. Saleha menjerit meminta tolong namun Fazli dan Azhar hanya berdiam. Memang Fazli tidak suka pun pada mertuanya. Namun kerana hidupnya ditanggung, dia mula selesa. Itu sahaja yang menyebabkannya tega duduk di rumah bersama.

“Bagi jelah apa dia nak tu! Ko jangan keras kepala!!.” Marah Fazli. Sesekali dia menjeling Sakinah yang merupakan bekas kekasihnya dulu. Dasar lelaki buaya. Semua perempuan dia mahu,  sungguhpun sudah berkahwin dengan Azilah, masih ramai lagi wanita di luar menjadi tempat dia melempiaskan nafsu. Dan sudah tentu Azilah tidak mahu mengambil tahu!! Azhar masuk ke dalam rumah, dia menutup pintu menyelesaikan apa yang patut. Suara Saleha menjerit di dalam rumah itu sayu kedengaran. Langsung antara mereka tidak ada yang pedulikan

************************************

YUSUF MENYELAK fail dihadapan. Beberapa maklumat tentang latar belakang kejadian disemak. Kesemua yang mati berkaitan, malah saudara terdekat. Mustahil Azilah tidak mengetahui siapa pelakunya. Dia menyelak tentang kejadian kebakaran yang berlaku di kawasan kampung Melati. Tempat tinggal Sakinah, Fazli dan Azhar. Malah Azilah juga tinggal di tempat yang sama.

Fail ditutup, Yusuf bersandar berfikir-fikir. Hanya seorang lelaki hilang waktu kejadian, dan lelaki itu adalah orang yang dituduh! Tapi kenapa setelah enam tahun baru dia muncul? Kenapa kesemua mereka yang terlibat dengan kebakaran itu dibunuh? Kenapa Azilah terlepas? Siapa lelaki berjaket hitam? Jika dia adalah  suspek pada kejadian kebakaran dan pembunuhan yang baru berlaku, maka siapa yang menembak mereka pada malam tu?

Soalan itu penuh di minda. Siapa mastermind dalam kes ini pun tidak diketahui, sebab motifnya langsung tidak terlihat. Mereka yang mati semua berkaitan dengan kes kebakaran, namun tidak tahu apa kaitan kebakaran dulu dengan pembunuhan sekarang! Pening otaknya.

“Benjamin Ibrahim.” Fail diletak di hadapan meja, dihempas sahaja, memeranjatkan Yusuf yang sedang mengelamun.

“Apahal ni?.” Tanya Yusuf hairan.

“Tu nama suspek yang dah enam tahun menghilang.” Ujar Shah tegas.

“Aku tahu… aku tanya apahal kau hempas fail ni??.”

Shah berdiri berdepan. Membongkok meletakkan kedua tangan di atas meja. “Aku sepatutnya dah dapat dia malam tu, tapi kau ‘bijak’ sangat lepaskan dia.” Jari telunjuknya dihalakan ke hadapan wajah rakannya. Yusuf menepis kasar.

“Sebab aku nampak ada orang lain yang tembak kita dan dia.” Jawab Yusuf

“Yeah right…. lepastu yang kena bising kita. Kau ingat orang atasan gembira? Berturut pembunuhan berlaku dalam tiga hari ni!! Dan kau?? Kau lepaskan. Great!!.” Shah keluar dari bilik pejabat mereka.

Fail itu diambil dan Yusuf meneliti satu persatu maklumat tentang Benjamin Ibrahim. Kes kebakaran enam tahun lepas dibaca dan dia meneliti isi kandungannya semula.

BENJAMIN TERSEDAR dari tidur, dia bangun tersentak. Bekas tembakan masih terasa, namun boleh lagi untuk bergerak. Hari ini dia akan ke rumah adiknya lagi si Azilah. Dia tidak akan berhenti. Pertemuannya sebelum ini tidak berjaya.

“Arghhh!.” Jeritannya nyaring kedengaran apabila bisa itu mula terasa. Tangannya dibalut rapi, diikat ketat, dan jaket labuh hitamnya dipakai semula. Namun hanya beberapa langkah sahaja dia jatuh melutut kembali.

Benjamin memapah dinding, pandangannya tidak jelas, kabur semua. Luka di tangan berdarah kembali. Matanya melirik bekas luka tersebut dan dia berhenti menapak.

Benjamin mengeluh, dia perlu pergi ke klinik. Sakit itu semakin menyucuk. Akhirnya dia hilang pertimbangan dan jatuh tersungkur tidak sedarkan diri.

**************************************

Azhar hanya ketawa mendengar pekikan Benjamin memanggil Sakinah. Marah betul dia apabila wanita itu memukul ibu sendiri. Malah keadaan Leha sangat teruk apabila dipukul dan dipijak oleh Sakinah semalam.

“Kalau tergagap tak payah cakaplah…” Perli Azhar. “Kau tak serik ke kena pukul?.” Marahnya lagi. Tidak lama itu Sakinah keluar dengan sebotol minyak tanah. Dia terkocoh-kocoh menyiapkan barang.

“Ki..Ki..Kinah nak p..p..pergi ma..mana?.” Benjamin menarik tangan adiknya. Sakinah berpaling dengan wajah bengis. Menolak abangnya. Hilang sudah pertimbangan dirinya.

“Aku nak kau semua mati baru puas hati aku!!!!.” Marah Sakinah. Dia segera menaiki kereta meletakkan minyak di sebelah. Apabila BEnjamin menghampiri, Azhar menumbuk lelaki itu, menendang dan mencampakkan lelaki ke dalam rumah semula. Kali ini dia tidak diam, Benjamin dan Azhar bergaduh di dalam. Sakinah tidak boleh tunggu. Dadah yang diambil mengawal kemandirian akalnya berfikir. Azhar ditinggalkan dan dia memandu pergi.

Benjamin tercampak di belakang dinding, sebuah almari kayu jatuh menghempap tubuhnya. Azhar hanya ketawa kuat. Benjamin tidak boleh bergerak, sedaya upaya dia cuba mengalihkan almari itu. berat!! Azhar ketawa bagai orang gila. Dia berlari dan menyepak kepala lelaki itu berkali-kali.

Benjamin semakin lemah, tubuhnya longlai. Azhar mengambil pasu kaca di sebelah, diangkat tinggi dan dihentak sekuatnya ke arah lelaki itu. Benjamin pengsan.

SAKINAH TIBA di rumah. Fazli hairan dengan Sakinah yang tiba-tiba mengamuk.. Leha yang sedang memasak turut hairan.

“Aku minta maaflah mak, tapi aku memang tak boleh terima hidup kita macam ni! Miskin! Susah! Lepas tu kau menangkan si Ben! Semua kau bagi pada Ben!!.”

“Kinah… kenapa ni nak?.” Pujuk Leha. Sakinah mengambil kayu di sebelah, tiba-tiba dia menghentak kepala Saleha sehingga pengsan. Dia kemudian menari bagai orang tidak siuman, ketawa menyambut kejayaan. Fazli bertepuk tangan melihat keadaan itu. Dia mengambil minyak tanah, disimbah diatas badan Saleha. Menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya. Sakinah yang melihat itu turut bersorai. Hilang sudah akal fikiran. Kemudian Fazli mencampakkan botol itu di belakang rumah.

Sakinah mengambil langsir, dicucuh pada api dapur lalu langsir itu terbakar. Kedua mereka menarik Leha ke ruang dapur dan membiarkan wanita itu di situ.

seseorang muncul dari belakang pintu rumah. Seseorang itu tersenyum lebar. Rancangannya selama ini berjaya dan seseorang itulah yang mengaturkan kesemua ini agar dapat membunuh orang yang dia mahu satu persatu. Dia menyuruh mereka berjumpa di satu kawasan selepas ini. Kemudian kesemua mereka berlari keluar.

BENJAMIN BANGUN dari celahan kayu almari itu. Berpinar kepalanya. Tangannya menekap luka yang terkoyak. Bajunya disimbahi darah. Dia melihat sekeliling. Tidak ada sesiapa. Dia masih di rumah tersebut.

“Makkk….” Benjamin menguatkan diri untuk bangun. Kepalanya sakit. Dia berlari ke arah rumah. Keadaannya tidak dipedulikan. Hatinya berdebar-debar, tahu sesuatu yang tidak elok mungkin berlaku. Fikirannya terarah kepada Sakinah dan Azhar. Lariannya makin laju, terhenjut-henjut menahan sakit. Mengikut jalan pintasan paling dekat.

Sebaik tiba di belakang rumah, Benjamin berlari apabila melihat api sudah marak di bahagian dapur. Melihat Benjamin sampai, Fazli dan Azhar menghalang daripada lelaki itu masuk. Dia mahu semua bukti selesai tanpa saksi.

Saat ini hanya wajah ibunya terbayang. Benjamin menjerit memanggil. Mulutnya tidak sudah memanggil nama wanita itu. Tidak mempedulikan, dia bergegas masuk. Kedua mereka kemudian membiarkan, namun bibir masing-masing segarit senyuman.

“Mak kenapa mak!!!.” Tidak sedar percakapannya lancar. “Mak!!! Bangun!!!!.”

Dia cuba mendekati namun bahagian dapur telah terbakar separuh. Leha langsung tidak sedar. berkali-kali dia memanggil, Benjamin menangis cuba mencapai wanita itu. Panas!! Api sudah marak. Asap pula semakin memenuhi kawasan, beberapa kayu jatuh bertebaran. Sebatang mengenai belakangnya. Benjamin bergolek di lantai kesakitan, ibunya tidak dapat diselamatkan. Namun dia tetap berusaha.

Benjamin keluar berlari memanggil Fazli dan Azhar serta Sakinah yang hanya berdiri tersenyum. Kemudian dia masuk semula, hanya nama ibunya berkali-kali diulang, ruang dapur sudah terlalu marak, membawa ke bilik dan akhirnya ke ruang depan.

Tidak ada pilihan terpaksa Benjamin keluar juga. Dia menangis teresak-esak. Sebaik turun dibelakang rumah,  dia ternampak bottol yang berisi minyak tanah yang dibawa oleh Sakinah pagi tadi. Matanya merah menahan marah. Dia membawa botol itu keluar, air matanya dikesat. Wajahnya bengis tidak tertahan. Sebaik dia tiba di halaman, orang ramai mula berkumpul. Mereka bertumpu padanya.

“Tu dia!!!.” Sakinah menuding jari. “Dia yang menyebabkan kebakaran ni!!.”

Kesemua  orang kampung memandang. Benjamin terhenti langkah. Semua mata melirik  kearah botol di tangannya. Orang ramai mula berbisik, tidak lama kemudian pegawai polis dan ambulans sampai. Semua menuding jari kepada Benjamin lagi. Tidak membuang masa, dia melepaskan botol tersebut dan melarikan diri. Tidak menoleh lagi. Beberapa orang kampung mengejar dan polis turut sama. Benjamin adalah lelaki yang disyaki terlibat dengan jenayah terbabit, namun fikiran sentengnya itu menyebabkan dia ketakutan dan membawa diri.

DAN MALAM itu Benjamin hanya tidur di dalam kawasan tidak ramai orang. Dia masuk ke dalam hutan bersembunyi. Benjamin menjerit sekuat hati melepaskan sakit yang dirasa.

*******************************************

BENJAMIN BERHENTI  tidak jauh dari rumah yang didiami Azilah, sebaik sedar dari pengsan dia terus menuju ke situ, keretanya masih ada, ditinggalkan sewaktu dikejar semalam. Dia menoleh keliling rumah, pegawai polis turut sama ada. Kesemua mereka berjaga. Dari jauh Benjamin merenung wanita itu yang berdiri memandangnya. Mata mereka bertentang. Azilah hanya tersenyum sinis. berbicara dalam bahasa yang mereka fahami sendiri. Tidak lama kemudian Benjamin pergi.

“Tentu puan kenal kan lelaki tu?.” Tanya Yusuf berbisik, gambar lelaki itu dihulur. Entah kenapa dia rasa ada yang tidak kena pada kes yang disiasat, bukan menepikan Shah, namun kadang kala lelaki itu hanya tahusembur tanpa usul periksa, ada masa yang mereka boleh sekepala, namun ada masa juga yang tidak. Tapi dalam soal ini, Yusuf rasa ada orang lain yang bersembunyi disebalik pertuduhan jenayah Benjamin. Untuk mengutarakan pada Shah, dia bimbang nanti disalah tafsir.

“Dia abang saya, tapi saya tak tahu kemana dia….”

“Benjamin Ibrahim ni siapa sebenarnya?.” Tanya Yusuf, meneliti semula kes enam tahun kebelakang, bukanlah perkara yang mudah, banyak fakta mungkin telah berubah.

“Benjamin abang saya dan saya tak tahu dia di mana.” Masih lagi diulang jawapan yang sama.

“Apa berlaku enam tahun lepas sebenarnya? Kenapa kesemua mereka dibunuh sedangkan awak tidak??.”

“Mak saya meninggal dalam kes kebakaran. Itu sahaja.” Jawab Azilah

Yusuf telah meneliti fail itu semula dan ternyata arwah Saleha hanya mempunyai dua anak kandung sahaja. Azilah dan Sakinah! Benjamin Ibrahim tidak tersenarai sebagai anaknya. Hanya anak angkat. Tanah di kampung juga terbengkalai, sehingga sekarang tidak diuruskan, tidak ada siapa yang menuntut malah Azilah sebagai wakil juga tidak datang mencari. Mustahil untuk Azilah tidak tahu sedangkan Benjamin menetap bersama mereka menurut keterangan beberapa saksi.

“Suami puan mati, tapi puan cuba sembunyikan apa berlaku. Isteri jenis apa puan ni?.” Kasar Yusuf berbicara, sudah beberapa kali dia bertanya soalan yang sama namun Azilah tetap juga berlagak seperti tiada apa berlaku.

“Aku adalah isteri yang taat pada suami. Siapa Fazli? Hanya aku je yang tahu sebagai isteri.” Dia membalas sinis. Lalu terus masuk ke dalam.

“Kalau macam tu kami boleh nyatakan puan terlibat dalam pembunuhan ini.” Yusuf sekadar mengugut.

“Buktikan…” Azilah berpaling dan berlalu sambil tersenyum.

“Kalau ada apa maklumat puan tak boleh sembunyikan! tugas saya untuk menyisat kes ni!!” Tegas Yusuf meninggi suara, namun  wanita itu telah meninggalkannya. Azilah tidak berterus terang dan dia tidak suka perkara itu. Dia tidak faham kenapa Azilah masih menyembunyikan sedangkan Benjamin jelas mahu membunuhnya tempoh hari. Tanpa penerangan dan bukti yang cukup, pihak polis tidak boleh menangkap Benjamin. Tidak ada siapa yang nampak Benjamin pembunuhnya!

KASSIM berjalan keliling rumah. Sebaik melihat Benjamin menjelma, dia berdiri tegak, wajahnya bengis. “Kau kemana????!!!.”

“Rilekssss…” Tawa Benjamin panjang

“Azilah masih hidup!!.” Kassim paling menyinga. “Kenapa kau biarkan dia lepas?!.”

Benjamin hanya menyilang kaki melihat telatah Kassim.

“Kau kenapa Ben!!!.”

“Tidak ada yang tahu urusan pertukaran tanah tu Kassim, melainkan kau sahaja.” Benjamin bersuara. Dan kata-kata itu mengejutkan Kassim. Dia tergamam, tidak tahu apa yang dimaksudkan

“Tn Borhan merahsiakan  hal pertukaran tanah itu dari pengetahuan sesiapa melainkan aku, kau dan Saleha.” Tenang Benjamin berbicara. Duduk mengibas bajunya.

Kassim terdiam.

“Kau aturkan semua pembunuhan Saleha. Kau gunakan kemarahan Sakinah untuk menghancurkan kami… Kau berjumpa kesemua mereka selepas kebakaran itu, kebakaran itu yang kau rancang sendiri. Sebab kau nak pastikan kami semua mati. Kami!! Waris tanah tersebut! Tapi kau silap…. kau terlupa soal Azilah…. dia ada di situ memerhati.”

Kassim terdiam. “Aku dah bantu kau cari pembunuh keluarga kau Ben!!.”

“Patutlah beriya kau mahu kahwini Sakinah. Kau mahukan tanah tu. Bila tak berjaya, kau mahukan kami mati… Kau gunakan aku sebagai alat untuk melunaskan kemahuan kau sebab kau tahu aku mendendami mereka… Dendam yang kau cipta sendiri antara kami sekeluarga.” Benjamin melirik mata ke arah lengannya yang ditembak, tahu itu juga perbuatan Kassim.

“Selepas aku bunuh mereka semua, kau akan bunuh aku…..”

“Tanah itu sepatutnya milik aku Ben. Bukan kau!!! Ayah aku bodoh!! Dia beri tanah tu pada keluarga kau!! Aku akan puas kalau kau semua mati!!!!” Sepucuk pistol diangkat, menghala ke arah Benjamin, penukul belakang ditarik dan dia menekan picu, namun tidak berpeluru.

“Aku mungkin bodoh, aku juga mungkin bijak.” Memang Benjamin yang kosongkan perluru tersebut. Pistolnya pula diangkat separas bahu, menghala ke arah Kassim. Kedua tangan lelaki itu terangkat. Kassim tertelan liur.

“Kau mastermind…” Benjamin melepaskan tembakan.

 

LIMA TAHUN BERLALU

 

Seorang lelaki berambut separas bahu yang disikat kemas, berkumis nipis membetulkan sedikit kotnya, berjalan sambil meraup rambut kebelakang apabila ditiup angin. Berkaca mata, segak tersenyum. Dia menaiki tangga menuju kepejabat peguam seperti yang ditetapkan. Sebaik pintu diketuk dia diarahkan masuk. Berjalan dan duduk di kerusi yang disediakan.

Peguam itu tersenyum memerhatikan kedua anak guamnya. Beberapa kertas diserahkan dan dia menerangkan tentang status tanah yang akan dibahagi dua setelah persetujuan dicapai oleh kedua belah pihak. Kedua mereka hanya mengangguk mendengar. Tidak ada percanggahan mahupun bantahan. Kedua mereka berpandangan antara satu sama lain. Tersenyum.

“Baiklah Encik Benjamin Ibrahim dan Puan Azilah… kita akan mulakan proses tandatangan.” Peguam itu tersengih menampakkan giginya yang sedikit rongak.

#fiksyen.

TAMAT

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

N.A.S.A

rate (4.83 / 18)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

85 Comments on "#Nasa – Mastermind"

avatar
Mahsuri
rate :
     

.

kranberizstore
rate :
     

wow…karya terbaik
love banyak2 kasi kak CN!

Akakkiut
rate :
     

Best.plot2 berat tapi sgt dramatik.
Kipidap!

5🌟🌟🌟🌟🌟

jija
rate :
     

best. plot twist dia berjaya. buat lg cerita mcm ni pls

pinseshour
rate :
     

terbaikkkk

Cik Maira

park dulu.. haihhh lamanya tak komen2 dekat sini. Rindu pula.

cikbambam

haihh..lama jgk x komen ni..park jgk la sini..tp cite x baca lg..hihi..

Nasa

Bacalah oiii ingt senang ke aku kuarkan idea aku ni??? Hahaha

Cik Maira

nanti aku baca kak.. amek mood dulu. nak menebas rumput rumpai dekat kg ni ha…

Cik Maira

same la cikbam… citer x baca lagi. huhuhu

MEDICAKK

laaaaa, jadi nya? aku jelah yang baca?

Cik Maira

serius la kau dah baca?

MEDICAKK

yeee, dah. aku baca kat fb je.

jangan suruh aku bagi sinopsis

Cik Maira

haha aku nak baca malam karang.

wpDiscuz