Nenek

satu malam, kami balik dari rumah keluarga di kampung sebelah utara. dekat je dengan rumah aku. dalam setengah jam perjalanan. waktu, dah menghampiri tengah malam. kereta pun tak banyak. sunyi je sepanjang perjalanan balik tu. malam pulak hitam pekat. takde cahaya bulan langsung. masa tu, makhluk kecik, comel, bulat, tembam dan mulut yang potpet di ribaan aku ni tak mengantuk pulak gayanya. geram pulak aku dengan dia, kan bagus kalau terlena, boleh jugak aku berehat sat bila sampai rumah nanti.

encik sebelah aku ni hanya diam ja dengar celoteh si kecil berumur tak sampai 2 tahun tu. fokus je dia bawak kereta. ke mengantuk? entah, aku pun taktau… aku pulak hanya melayan dengan “hmmm” aja celoteh si kecil ni… bila masuk saja perkarangan taman perumahan, si kecil ni diam. dia menyandar ke belakang. rapat je dia dengan dada aku. aku tunduk sikit tengok muka dia. mata dia tengah tengok cermin depan kereta yang condong. kalau dari kedudukan dia, boleh nampak jelas langit malam yang hitam pekat macam kopi o panas.

“mmmm…” dia berbunyi kecil.

aku perhati je gaya dia.

“ummi…ada nenek la…” tiba-tiba ja dia bersuara. perlahan. tapi cukup jelas di pendengaran aku.

aku kaget. eh,aku silap dengar ke apa ni?

“hmm? nenek apa tu?” aku tanya dia macam orang bodoh je.

“tuuu…nenek tu…kat atas ni haa… kenapa ada nenek kat atas ni ummi? apa dia buat kat atas tu?” selamba ja makhluk kecik ni bertanya. tak ada rasa gerun sikit pun pada dia. mata dia masih memandang ke atas, sambil jari telunjuk comel tu menunding ke arah yang sama.

tiba-tiba ja darah aku berderau. badan aku rasa kebas. rasa takut dan seram mencurah ke seluruh tubuh. rasa nak menggigil pun ada. Ya Allah… apa yang dia nampak ni…

dia tarik2 tudung aku, macam tarik janggut pulak. habih senget tudung aku.

“tengok la ummi… cepat la tengok!” dia memaksa aku. gila. takkan aku nak turut serta tengok pertunjukan kat atas tu. silap-silap aku yang pengsan satgi.

terus aku tutup mata dia dengan jari jemari aku. aku bisik surah al-ikhlas, al-falaq dan annas ke telinga dia. dalam hati aku berdoa semoga apa jua makhluk yang terbang kat atas tu tak ikut kami ke rumah. terbang? yelah mestilah terbang kalo dah dah kat atas tu, kan? takkan ada nenek nak buat stunt malam2 buta ni pulak.

aku kerling kat encik di sebelah. masih macho. gaya tak kaget pun. tapi aku dapat lihat rahang dia berlaga. mungkin kecut perut jugak agaknya dengar omelan si kecil yang tak terduga langsung tu.

sampai di perkarangan rumah kami. si kecil dah diam. dia macam hairan dengan kelaku aku yang tutup mata dia. tapi dia tak tanya apa pun. dia cuma perhati kat depan ja. matured jugak budak kecik ni. macam tau-tau aku tengah takut.haih…

encik kat sebelah bagi isyarat mata suruh masuk dulu. aku dukung si kecil ke dalam rumah. bila aku nak tutup pintu, dia bersuara:

“tutup la pintu cepat ummi. nenek tu ada kat depan. satg dia masuk nak pulak…” terkebil-kebil mata bulat dia pandang aku.

aku? masa tu lembik lutut, lembik kaki, lembik tangan semua. minah lembik lemau betoi la masa tu. istighfar panjang aku.

malam tu, bermula la pengembaraan hijab si kecil ini. aku hanya mencoret apa yang sekadar ada di ingatan. ini adalah pengalaman dia. bertuah dia, satu hari nanti dapat baca pengalaman dia masa kecil. semoga bermaanfaat buat dia.

that’s it for now. kalau teringat lagi. aku tulis.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

sajoechan

17 comments

  1. Umo tak sampi 2 tahun, dah boleh bercakap mcm2 benda ke? Aku tak tahu, sebab takde anak lagi. So nak tahu jgk pandangan org lain yg dah ada anak? Sebab anak sedara aku umo tak sampai 2 tahun pun takde la petah sgt nak bercakap mcm2 macam dlm story ni. Ke aku yg tak tahu tumbesaran kanak2 mcm mana? Sesape bole terangkan? Sebab anak penulis mcm petah betul bercakap.

    1. kids borned with different level of uniqness. adi putra genius matematik pandai mengira pada umur 3 tahun. sebab tu as a parents kita tak boleh compare anak kita dgn anak org lain. anak penulis mungkin jenis yg laju bercakap.

      1. Sebab tu aku tnya. Mana aku tahu. Keadaan sekeliling budak2 umo bawah 2 tahun memang dah pandai ckp tapi sikit baru bertatih la kiranya. Tapi anak penulis dah macam umo 3,4 tahun cara bercakapnya. Setahun lebih je kot anak dia la kira2 tu.

    2. adk sedara aq mcm ni la .. x sampai umo 2 tahun dh pandai ckp … petah berckp … seram pun ade sbb biasa lah budk boleh nmpk kan … ade sekali tu prg mkn same2 .. die dok sebelah aq sbb die rapat dgn aq …pastu cuaca pada malam tu memang best la .. angin sepoi2 bahasa … kat kawasan makan tu ade mcm bukit tpi rendah je and ade lalang2 yg tinggi .. tiba2 die tanya “sara…(walaupun usia die dgn aq jauh..tpi die x panggil aq akk) knp kwn sara tu pandang kat sini?” sumpah waktu ni cuak gila … pastu aq tanya la “kwn kat mane?” and then die tunjuk kat tempat lalang2 tu .. perghhh angin bertambah kuat lak … aq balas la ckp mane ade … pastu die balas yg ‘kwn’ aq tu pandang aq .. sumpah cuak .. aq suruh die sambung makan and aq tarik kerusi jauh sikit dri die …

  2. Hahaha ada juga Yang dok pertahan cerita ni. Umur kurang dua tahun tak cukup umur lagi nak bentuk ayat kompleks macam tu. Adi Putra pun membesar macam baby normal lain ok

  3. Mgkin la ank dia ckp pelat pas tu dia translate blik pe ank dia kte..klu dia tulis sbjik2 pelat ank dia tu kita xkn phm jgk kn?btul x…

  4. Anak saya setahun lebih dh pandai bercakap.berceloteh tak berhenti.masuk 2 thn dh tak perlu pakai pampers.anak2 ni tahap dia membesar tak sama.asalkan sihat syukur je la.

  5. Anak saya umur lebih kurang dgn ank penulis memang petah cakap..tak pelat..tapi memang jarang budak umur mcm tu boleh ckp terus sbb ank saya dgn spupu2 nya yg sebaya dia je boleh cakap terus..yg lain bnyak tunjuk isyarat je kalo nk sesuatu

  6. Ank membe aku ade gak mcm ni.aku jmpe ank die mse umo 6thn.die ajk aku g kemensah sbb nk buat bbq untk birthday wife die.so aku follow.aku xtau ank die ni hijab terbukak dr kck lg.die ade 2 org ank skrg xtau la bpe dah sbb dh 7thn lost contc.waktu tu ank die yg hijb terbkk tu umo dlm lingkungn 5thn kot adk die dlm 2 thn.adk die jns pnkt ya rabbi..time tu tgh syok lpk2 smbl mkn aku psn pokok psg blkg aku ade satu daun ni kuat btl berbuai pdhl xde angin.tiba2 budk tu tegoo eh ibu burok nya muka die..tu haaa..ee klakakn ibu muka die burok.membe aku tgk aku mcm dh kecot asyik dok toleh2 die ckp xde ape la kakak mne ade ape2 dh xyh tgk.lps tu bru membe aku cite ank die mmg hijab terbukak..aku seriau gilaaaa mlm tu

  7. anak saya yang ketiga macam anak si penulis..umur 2 tahun petah bercakap tanpa pelat. perkataan jelas sebutir2. tapi anak saya yang keempat umur dua tahun, boleh bercakap tapi pelat. perkembangan anak tak sama. so jangan compare level anak2 ni.

  8. Anak aku pun sama,si abg 4 thun skrg,thun depan dah skolah..dia suka tengok cerita hntu..yg lawak2 lah..kadang2 kalau kami sekeluarga keluar nka kerumah nenek dia,kami akan lalu satu highway baru,sebab dekat kerumah nenek dia..dia selalu tegur, da hantu..tapi reaksi muka takda mcm takut or terkejut ke apa…biasa jer..oh..mak da hantu..mcm tu lah..then lagi..sana mak..huhuhu..dia ckap mcm tu..da satu mlm tu, lepas mkn mlm,kira nak jalan2 kat bandar, masa tu da regatta..ingatkan dah abis siangnya,,rupany mlm da lagi,so stuck dlam jem lah..dlm pasar tu da satu masjid,kami panggil msjid pasar..dan dalam kwsn masjid da kubur lama..siap dgn pokok kemboja lagi…kereta kami stuck dlam jem,n kebetulan sebelah masjid tulah..tiba2 anak aku tegur da hantu mak…dia siap tunjuk lagi kat kubur,lagipun dia mana tau tempat tu kubur…dgn mimik muka nak bagitau rupa hantu tu mcm mana,mcm aku bagitau tadik..dia takda reaksi muka yang takut..lepas tu abah dia pula,suruh dia berhenti cakap…aku plak.tak berani nak toleh,sebab kubur tu sebelah kiri aku..then tba2 lagi dia cakap, mak ada cong (pocong) siap dgn lompat2 lagi dia bagitau..aduh…abah dia dah diam dah..aku plak dlm hati..bila lah nak bergerak ni..tak lama pas tu,baru kereta kami dapat lepas dari jem tu…aku plak..kalau dah anak aku tegur mcm tu,aku yg akan kena mlm2..kacau dlm tido…adoh.,aku da tanya dgn kwn suami aku,dia ni dpt tengok..dia bagitau yg hijab anak aku terbuka..dia bagitau akan tiba masa nya hijabnya akn tertututp sendiri ataupun akan berkekalan..wallahulam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *