Assalamualaikum kepada peminat Fiksyen Shasha. Nama aku Lin. Cerita yang ingin aku kongsikan adalah mengenai nenek aku yang kini berada dalam jagaan kami sekeluarga. Mungkin cerita aku ini tidaklah seseram cerita lain tapi ini merupakan pengalaman aku yang sebenar. Maaf jika penulisan aku agak berterabur almaklumlah dah lama tak menulis.
Nenek aku berumur 70-an. Tidak boleh berjalan kerana mengalami stroke separuh badan. Sebelum ini nenek duduk bersama pakcik, tetapi selepas pakcik bercerai dengan isterinya, dan atas alasan tiada siapa yang boleh menjaganya di rumah, ibu dan ayah mengambil keputusan membawa pulang nenek untuk menjaganya. Semenjak nenek kini menetap bersama kami. Banyak kejadian aneh yang berlaku di rumah.
Pada minggu awal nenek di rumah kami, tiada apa sangat yang berlaku. Nenek kami tempatkan di bilik tingkat atas untuk memudahkan urusan dia ke tandas kerana hanya tandas tingkat atas yang mempunyai tandas duduk. Apa yang peliknya dengan nenek adalah, dia sering berbual seorang diri dalam bahasa yang aku tak faham.
Apabila kami tegur dia akan terkejut lalu membentakkan dirinya seolah marah ditegur. Seperti yang aku beritahu sebelum ini, nenek mengalami stoke separuh badan tapi ada satu ketika dia akan bangun dan mampu berjalan sendiri turun ke tingkat bawah. Awalnya kami menyangka dia hanya berpura-pura sakit, tapi kemudian nya dia akan terbaring lesu diatas katil dan hanya mampu mengerakkankan separuh tubuhnya sahaja.
Satu lagi yang aneh tentang nenek ialah, dia sangat kuat makan. Tapi yang anehnya, badan nenek sangat-sangat kurus sehingga menampakkan tulang benulangnya. Maaf jika aku katakan badannya seolah-olah kurus seperti jerangkung. Setiap kali ada budak kecil yang melihat nenek, mereka akan menangis dan tak akan mahu masuk kerumah kami jika ketika itu nenek ada di tingkat bawah. Makanan yang nenek selalu request adalah telur rebus. Dia mampu menghabiskan 6 biji telur rebus sekali gus tanpa henti. Kemudian semangkuk besar bubur nasi. Ikutkan itu masih tidak cukup tapi kami tak mahu layankan sangat kehendaknya.
Semakin hari nenek dirumah kami, semakin aneh keadaan nenek yang kami perasan. Dia akan bangun tengah malam sekitar 3-4 pagi untuk meminta makanan. Jika kehendaknya tidak dituruti, dia akan mengamuk dengan membaling semua yang ada disekelilingnya. Pada keesokan paginya, dia tidak akan ingat jika kami mengungkit kembali kejadian malam tersebut.
Ada satu kejadian yang aku tak akan lupa sehingga hari ini. Hal itu bukan sahaja menakutkan aku bahkan telah menjadikan aku trauma sehingga hari ini. Bilik tidur aku bersebelahan dengan bilik nenek. Malam tu aku terbangun sekitar jam 2 pagi untuk kedapur mengambil air. Untuk turun, aku perlu melewati bilik nenek sebelum sampai ketangga. Pintu bilik nenek memang kami biarkan terbuka supaya nanti kalau dia panggil boleh dengar.
Ketika aku lalu depan bilik nenek, aku terpaku apabila ternampak dua budak kecik yang sedang berada ditepi katil nenek. Mereka sepasang, seorang lelaki dan seorang perempuan berpakaian serba putih tetapi lusuh. Nenek aku perasan sedang lena tidur ketika itu. Sedang aku amati betul-betul apa yang aku lihat, tiba-tiba kedua-dua budak kecil itu serentak menoleh kearah aku.
Hal yang paling membuat aku terkedu adalah, kedua-dua budak kecil itu tidak mempunyai wajah. Menyedari kehadiran aku, mereka berlari menghala ketingkap lalu menghilang. Aku yang sedang menggigil ketika itu terus mengetuk laju pintu bilik ibu dan ayah yang berhadapan dengan bilik nenek. Ibu dan ayah terkejut melihat aku yang pucat waktu tu. Mereka kata aku mengigau. Tak mungkin lah. Keesokan harinya aku demam selama 2 hari. Bila aku tanyakan hal itu pada nenek, dia hanya tersenyum. Dan senyuman nenek memang menakutkan tambah lagi bibirnya yang menyenget.
Bukan kami tak pernah bawa nenek berubat. Malah sudah banyak kali ikhtiar yang kamu cuba. Pernah sekali tu seorang ustaz datang mengubati nenek, lepas ustaz tu balik nenek sakit teruk sehingga kami menyangka yang hari nenek telah tiba tapi selang berapa hari, keadaan nenek kembali seperti biasa. Masa ustaz tu mengeluarkan sesuatu dalam badan nenek, nenek marah dan bertanyakan tentang kemana perginya benda dikakinya.
Katanya benda tu jangan dibuang, nanti nak diberikan pada anak lelakinya yang iaitu pakcik aku yang sebelum ini menjaga nenek. Apa yang dia maksudkan tu aku sendiri tidak pasti, tapi aku rasa dia sedang mencari waris untuk mewarisi benda yang dia simpan tu. Dan sebab utama kenapa pakcik aku bercerai juga aku rasa ada kena mengenanya dengan nenek. Sebab menurut ibu, nenek memang dari muda tak sukakan menantu perempuan. Ibu lah yang paling penyabar melayan karenah nenek.Sehingga hari ini nenek masih lagi ada, dan semakin hari semakin pelik perangai dia yang aku belum ceritakan lagi. Jika cerita aku ni disiarkan dan ada yang sudi membacanya dan nak tahu lagi kisah nenek terutama ketika dia muda, aku akan tulis lagi.
Sekian, salam.
nnti cerita lagi ok…mmg ade yang tak kene dekat nenek tue.
Sambung please. Nk tau sgt apa jd dgn nenek awk.
Teruskan menulis…. didoakan supaya dipermudahkan urusan keluarga lin
best! cita lg..tp cuba berubat lg..Pm fb TOK QIQI mungkin dia boleh membantu..dia perawat IsLam
rasanya nenek awk tu daxde… kena cri perawat yg power n serasi… # Semoga dipermudhkn….
Tulah. saya pun rasakan benda yang sama. Tu bukan nenek dia dah tu..
thanks for sharing. nanti sambung lg.
Tak sabar nk tggu cerita nenek awak mase muda….skrg nenek cane??? Awk sekeluarga masih menjaga dia ke? Org2 dlu mmg ramai memakai…kene buang jugak tkut seksa sipemakai tuu nk m**i esok2….herm…mintam jauh laa benda2 camni dri kehidupan kite….
Nak tahu jugak…sambung ye nanti…jangan biar nenek lama2…iktiar sehabis baik….
Bertabahlah keluarga adik..kena bwk berubat jgk nenek adik tu..
panggil ustaz adam.
Please sambung lagi..Best cerita nenek ni..
nenek awk ade bela tu.. hrp2 takde waris yg kena nt esp pakcik tu sebab ur nenek dh mention nk bg ke pakcik.
Sambung tau… Nak tahu kisah selanjutnya
Baik bawak berubat cepat
Biasanya yg gmar tlur rebus ni hantu raya,allahualam bissawab
nenek awak tu maukn suami kot?
Bagi la Abah kau jadi suami nenek dia.
Dah sah2 laa tuu nenek awk tu ada saka,dgn makan telur rebus sahaja makan kuat tp badan mcm jerangkung,awk tak tau ke pasal mcm mana org yg ada saka nii,cube tanya pak cik awak/atau pun tanya langsung nenek awk terus,ape die ckp pasal tubuh badan die,tak nak ckp tanya pak cik awak,dia tunggu ke dia menolak ke/atau pun cari ustaz yg boleh buang saka,.nnt awak akan tau siapa nenek awak sekarang nii😂😂😂scarry nyee dgr cite saka2 nii,tp suka,kipidap lanjut kan cite awak,sy tunggu.ok
sila sambung