NENEK DAHLIA

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamua’laikum.Karya Jalanan: Nenek Dahlia (Genre fiksyen pendek).

Rumah kayu Pak Hamid kian di mamah usia sebagaimana usia penghuninya. Derapan kaki tua melangkah menuruni anak tangga kayu. Ada reputan pada hujung anak tangga tapi masih utuh untuk dipijak. Lumut hijau tumbuh menyeliputi anak tangga jika tidak hati hati boleh terjatuh kerana licin bila dipijak.

Hamid berjalan perlahan menuju ke perigi yang berada tidak jauh daripada rumahnya. Hanya 200 meter sahaja dari rumah usangnya. Manakan tidak buruk ia dibina sendiri dengan kudrat tuanya. Perigi batu yang memang telah wujud berpuluh tahun di situ airnya jernih dan kelihatan biru saat mentari telah menyinar.Perlahan-lahan timba kayu yang berat dilemparkan ke dalam perigi. Diceduk airnya kemudian ditarik semula ke atas. Berkeriuk bunyi tali dan kayu mengangkat timba berisi air. Perigi itu tidak kelihatan dasarnya, airnya jernih tapi berwarna biru kehijauan.

Hamid membersihkan diri dan mengambil wuduk untuk solat subuh. Cahaya mentari semakin lama semakin mula menampakkan diri. Hamid kesejukan akibat dinginnya air perigi batu umpama air batu bekuhingga ke tulang. Namun ia menyegarkan tidak mematikan rasa.Setelah Hamid menunaikan solat subuh ia turun ke sudut kotak sempit rumah usangnya. Di situ letak nya dapur yang dibina dengan batu batu sungai belakang rumahnya. Dia merebus air dan meletakkan dua biji pisang nangka ke dalam periuk berisi air. Pagi ini dia akan bersarapan pisang rebus dengan cicah gula ditemankan secangkir kopi o pekat wangi panas.Hamid bersila di atas dangau di depan rumahnya betul-betul bertentangan dengan sawah padi yang luas menghijau. Bunyi air gemercik memecah kesunyian pagi. Mentari semakin mula memberi rasa kehangatannya. Burung- burung mula berterbangan berbunyi penuh keriangan. Angin berlalu menyapa dedauan pokok dan daun padi. Bunyi muzik alam yang cukup indah.

Hamid menghabiskan sarapannya sebelum ia turun ke bendang ia akan menunaikan solat dhuha dan solat sunat dua rakaat. Jika ia mampu berzikir Allah ia akan buat sehingga bilangan 500 ke 1000. Hati harus sentiasa dihidupkan biarpun segalau manapun geloranya.Kedai kopi Mak Minah kecoh ada orang m**i di depan tanah kubur. ” Aku dah cakap arwah isteri Hamid tu akan mengamuk lepas dia m**i” Pak Akob bersunguh-sungguh membuka cerita. ” Kau ni Akob mulut tak bertapis nanti malam ni kau pulak kena makan dengan hantu tu baru tahu”, Pak Leman suami Mak Minah keluar dari dapur menghidangkan kopi O pekat. Mereka semua bercerita kisah kematian seorang lelaki tua bernama Harun. Dia m**i akibat kehilangan d***h yang banyak. Terdapat kesan seperti digigit dileher mangsa. Pihak polis memutuskan bahawa kes kematian akibat serangan haiwan liar. Namun orang kampung sahaja tahu kisah sebenar disebalik semua ini.

Isteri Pak Hamid bernama Mek Dahlia sangat cantik dan sehingga hari kematian wajahnya tidak dimamah usia. Dia meninggal tiba-tiba akibat sesak nafas ketika waktu subuh. Mek Dahlia dikatakan seorang yang mempunyai ilmu hitam yang dipelajarinya daripada ayah angkatnya di Indonesia. Ilmu dimana dia akan kelihatan cantik dan mempunyai kekuasaan dalam mengubatkan orang.

Pak Hamid tidak tahu menahu kisah isterinya yang terkenal sebagai pengamal ilmu hitam kerana bagi Pak Hamid keadaan isterinya dirumah baik-baik sahaja. Tidak membantah kata-kata dan tidak pula dia melihatperbuatan yang syirik. Urusan di rumah tidak pernah pula diabaikan.Panas mentari semakin perit menyengat kulit bila tengahari. Peluh menitis menyejukkan rasa tubuh. Hamid melihat matahari dia tahu sekarang sudah hampir zohor. Dia pun bergerak keluar dari bendang. Dia memeriksa tempat dia menahan ikan. Alhamdulillah ada tiga ekor ikan keli di dalam bubu, cukuplah untuk makan tengahari ini.

Dia pun membersihkan ikan di aliran air kemudian dia menyalai ikan tersebut. Dia menanak nasi di dangau. Sementara menunggu masak lauk dan nasi Hamid membersihkan tubuh dan solat zohor.Malamnya selepas isyak Hamid akan terus tidur tapi malam ini terasa lain macam panasnya. Kemudian dia terdengar suara orang kampung memanggil namanya, “Hamid! Kau turun ke tanah ni!” Suara seakan ketua kampung.

Hamid bangun dan membuka pintu. Di halaman rumahnya ramai orang lelaki berkumpul.”Ada apa ni, malam-malam pula?” Hamid bertanya pada mereka semua.”Hamid kami perlukan bantuan kau nak halau hantu bini kau!” Ketua kampung memulakan bicara.”Hah! Hantu Mek Dahlia? Biar betul apa pula korang ni merapu”. Hamid terperanjat.”Beginilah marilah aku bawa kau pergi ke kubur arwah” Pak Akob bersuara.”Baiklah aku ikut”, Hamid menurut sahaja kerenah orang kampung.

Mereka semua bergerak menuju ke arah kawasan tanah perkuburan. Hamid sendiri melihat daripada kejauhan tubuh seakan Mek Dahlia sedang berada betul-betul berada diatas kuburnya. Berkali-kali Hamidcuba mengesat mata tuanya namun memang itu adalah tubuh isterinya.”Assalamua’laikum Mek!” Hamid memberi salam pada tubuh seperti isterinya.”Huhhh” bunyi tubuh itu menjawab.”Mek kalau itu kau pergilah selesai sudah urusan kau di dunia ini, dunia ini tempat mereka masih hidup” Hamid bersuara.” Aku bukan Mek Dahlia, aku penjaganya! Tubuh itu menjawab kemudian ia hilang dalam kepekatan malam. Selepas itu tidak ada lagi kelibat Mek Dahlia kelihatan.

Suasana kampung kembali tenang namun setelah beberapa tahun kecoh kembali apabila banyak kematian bayi yang baru dilahirkan. Baru sahaja balik daripada hospital bayi akan m**i secara tiba-tiba. Keadaan ini berlarutan sehingga bertahun-tahun.Sehinggakan kanak-kanak tidak ada lagi di kampung tersebut. Sekali lagi Pak Hamid dipanggil namun bukan untuk menghukum cuma meminta nasihat dan jika ada jalan keluar. “Aku ni bukanlah pandai mana tapi menurut pandangan aku ada antara kita yang sedang membuat amalan tidak baik”. Ringkas sahaja jawapan Hamid. Terdiam ketua kampung mendengar jawapan Pak Hamid. “Habis apa yang perlu kita lakukan?” Ketua kampung bertanya lagi. “Beginilah aku cadangkan kita buat solat hajat selama 40 hari setiap hari dan bacaan yassin. Kita mohon hajat agar Allah hancurkan musibah di kampung kita ini. Kalau boleh biar cukup 40 orang dewasa.” Jelas Pak Hamid.

Maka bermulalah solat hajat dan bacaan yassin beramai-ramai di masjid kampung tersebut. Alhamdulillah, jika tidak ada musibah ini memang tidak ada aktiviti selepas isyak di masjid kampung ini. Masjid kampung semakin hidup setiap malam. Tiada lagi kesunyian dan sentiasa kedengaran alunan bacaanyassin setiap malam.Pada malam ke tiga orang kampung mendengar bunyi pelik mendayu dayu di luar perkarangan masjid. Namun Pak Hamid yang mengetuai bacaan membuat isyarat supaya meneruskan sahaja bacaan. Bunyi nya semakin lama makin kuat.Tidak pula berhenti dan terus menerus menangis-nangis.

Selesai semuanya semua bangun dan melihat perkarangan luar masjid. Tiada apa-apa cuma kelihatan kesan terbakar dan bau hangit busuk yang membuat masing-masing menutup hidung.Keesokkan hari kecoh apabila orang kampung menemui Pak Akob terbakar rentung dan tidak bernyawa di depan kedainya. Manakala Mak Minah juga tubuhnya kaku terduduk di sudut dapur.Tahulah mereka semua punca kematian bayi dan kejadian aneh di kampung akibat perbuatan mereka suami isteri. Di satu bilik di dalam rumah kedai merekadijumpai peralatan pemujaan dan ada gambar arwah isteri Pak Hamid.

Sebenarnya Mek Dahlia tiada pun mengamalkan ilmu hitam. Pak Akob memang sakit hati dengan Pak Hamid kerana cemburu dengan kecantikanisterinya dan kekayaan Pak Hamid. Cuma Pak Hamid suka hidup cara yang sangat sederhana kerana dia ingin mengurangkan dunia dihatinya. Hamid mempunyai tanah sawah yang bergelung-gelung dan beberapa rumah sewa termasuk tanah yang Pak Akob tinggal.Kini terjawablah segala misteri peristiwa kematian bayidan kematian Pak Harun.

Masjid kampung pun telah semakin hidup setelah peristiwa tersebut. Banyak akitiviti telah dilakukan untuk memeriahkan rumah Allah. Aktiviti mengaji kanak-kanak dan dewasa, kuliah subuh dan magrib oleh ustaz yang dijemput di pejabat agama kawasan. Suasana kampung semakin aman dan tenang. Pak Hamid masih dengan kehidupannya di pondok usangnya. Mencari bekalan hidup untuk alam seterusnya.

Tamat

#bawang

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

24 thoughts on “NENEK DAHLIA”

  1. Pandai Makcik Bawang Putih karang citer.. hilang sekejap tension dlm otak kepala aku ni.. persis sebuah novel pendek citer karangan makcik.. tahniah makcik bawang putih d atas ketereran anda…

    Reply
  2. ia pun membersihkan ikan di aliran air kemudian dia menyalai ikan tersebut. Dia menanak nasi di dangau. Sementara menunggu masak lauk dan nasi Hamid membersihkan tubuh dan solat zohor.Malamnya selepas isyak Hamid akan terus tidur tapi malam ini terasa lain macam panasnya. Kemudian dia terdengar suara orang kampung memanggil namanya, “Hamid! Kau turun ke tanah ni!” Suara seakan ketua kampung.

    Hamid bangun dan membuka pintu. Di halaman rumahnya ramai orang lelaki berkumpul.”Ada apa ni, malam-malam pula?” Hamid bertanya pada mereka semua.

    _mana satu ni kejap lepas zohor kjp malam2_

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.