Nenek Shamsiah

Assalamualaikum, terima kasih saya ucapkan kepada FS kerana sudi menyiarkan kisah saya. Saya pelajar PR IPTA di Lendu yg terkenal dengan kisah Melati. Maaf, saya membahasakan diri sebagai “aku” di dalam penceritaan ini. Aku merupakan cucu sulung di dalam keluarga. Pada mulanya aku tak ambil kisah bila aku boleh sense yang pelik dan aneh, contoh ternampak bayangan hitam, suara meriah pukul 2-3 pagi, mimpi yang kerap menjadi nyata sehinggakan aku takut untuk bermimpi dan sebagainya.

Aku ada baran. Setiap kali aku mengamuk, pandangan aku jadi hitam. Aku tak nampak. Aku marah. Aku tak nampak siapa yang aku marah. Aku serang siapa yang aku capai. Aku baran dari kecik. Aku tak tahu kenapa aku macam ni. Tapi baran aku mula surut sejak arwah atuk belah ayah aku meninggal lepas saka dia dibuang. Dan baran aku makin hilang sejak tokwan belah mak aku buang saka dia. Aku nakkan kepastian apa kaitan arwah atuk, tokwan dengan aku yang menyebabkan baran aku hilang. Sampai sekarang aku tak dapat jawapan. Mohon sesiapa yang membaca post aku ni, reply.

Kisah 1 
Aku suka menulis sesuatu yang berbunyi puisi. Masa aku kat kolej, aku tulis tentang puisi susuk. Aku tak boleh post puisi tu kat sini. Maaf. Aku dapat ilham puisi tu dari lagu cerita Nenek Kebaya yang ada Nenek Shamsiah tu.

Kes ni bermula aku send puisi aku tu dalam group whatsapp family. Lepas tu adik lelaki aku tanya sesuatu.

Adik: Siapa Shamsiah?

Aku: Watak dalam Nenek Kebaya la

Adik: Sebab ada orang selalu call rumah tanya “Ni rumah Makcik Shamsiah ke?”. Kami cakap la bukan, ni rumah Puan ***. Pastu orang tu cakap, “Sebelum ni Makcik Shamsiah pernah duduk rumah ni, ada hutang dia tak selesai kan”, dan banyak kali dah orang tu call.

Aku lagi la separuh mati aku kat kolej ni bila dapat tau pasal tu. Tahu tak? Kitorang ni beli tanah tu, buat rumah kat situ. Kiranya kitorang ni penghuni pertama. Dan tanah tu sebelumnya adalah hutan.

Dan aku baru ingat Shamsiah ialah nama moyang aku. Aku tak expect apa pun bila aku tulis puisi tu. Aku tulis dalam keadaan spontan. Aku sendiri pun tak tahu macam mana aku boleh tulis puisi tu lepas aku dengar lagu Nenek Kebaya.

Kisah 2
Aku ni tidur sorang dalam bilik. Rumah mak aku tu boleh kira besar la jugak. Ada 6 bilik tidur, 2 ruang tamu, alaa macam banglo la tapi setingkat je.

Malam aku tidur tu, aku terjaga pukul 3 pagi sebab aku rasa bising sangat. Bilik aku ada tingkap yang menghadap hutan. Aku dengar jelas ada orang lelaki bersembang tepi tingkap. Tapi aku tak dapat tangkap apa yang diorang sembang. Aku cuak gila. Yelah siapa tak cuak beb dengar bising bising pukul 2-3 pagi.

Bukan tu je, aku dengar ruang tamu aku bising. Meriah. Macam ada kenduri. Aku boleh dengar muzik ala ala muzik tradisional tapi aku tak dapat tangkap muzik apa. Aku dengar orang bersembang tapi aku tak boleh kenalpasti berapa ramai sebab terlalu meriah. Aku sms mak, aku cakap, “Ada orang kat belakang rumah”. Tapi sebab semua orang dah tidur, tak ada reply. Aku tak berani keluar. Aku rasa takut. Aku berpeluh. Akhirnya aku tertidur sendiri.

Esoknya aku cerita kat mak aku. Aku check cctv rumah aku. Jelas kat belakang rumah iatu kat tingkap bilik aku memang takde apa apa. Tepi tingkap aku tu memang ada pokok pisang. Besar-besar daun dia. Tapi takde apa apa pun. Aku jadi lagi takut. Apa yang aku dengar semalam?

Hari tu jugak aku demam mengejut. Sebab terlalu takut. Aku tidur bilik mak aku dengan adik-adik aku. Pukul 2-3 pagi jugak aku rasa macam ada bisikan kat tepi tingkap bilik mak aku. Aku lagi takut. Aku tak boleh tidur. Akhirnya aku tertidur sendiri sebab penat. Penat takut. Hari seterusnya aku tidur bilik aku macam biasa. Aku anggap mungkin tanah ini dulu ada yang tinggal. Mungkin dahulunya “Shamsiah” yang tinggal di sini.

Kes ini berlarutan sampai aku dah lali. Aku anggap “mereka” juga ada di dunia ini. Dunia ini bukan milik kita sahaja. Ini milik bersama.

Anugerah

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

12 Comments on "Nenek Shamsiah"

avatar
Kak Yulie

Seb bek shamsiah x beli brg online mcm yg dok viral tu…
Huhuhuhuuu…

Karipap Kentang

Sebenornya, aku tak paham mende alah citer Nenek Shamsiah ni Kak Yulie. Bolak balik nak mahamkan. Tumpo ler keme…

Kak Yulie

Ate mane tak tumponyer….
Citer ni benornye nk kabor setakot2 manusia ngan antu tu,bile kepenatan akan tertdo juge…
Tak caya???
Cer skrol semule ateh nun…
Kepenatan tertdo…kepenatan tertdo…
Ate senang benor tdonye…

kobis bunga

Jap…awak study kt lendu tu tahun bila? Awak permanent resident ke? Ddk taman dimensi? Ape kaitan ipta lendu dgn cite awak? Sori…sy cuba phmkan cite awak ni…

Kak Yulie

Citer ni xde kaitan ngan UiTM tu…
Die cume Nk mention yg die dlu student situ…
Sesi perkenalan gituuuu…
Hehehehehe…

kobis bunga

Oooo gituuuu…sepanjang 3 tahun ddk uitm tu, banyak gak la cite seram yg jd…bkn yg DAH berlaku, tapi SEDANG berlaku….haaaaa… 2003-2006

N

err… lagu cerita Nenek Kebaya?
xtahu pon..emm..

Kak Yulie

Ade dlu citer bersiri Nenek Kebaya tu…
Linda rafar rasenye yg berlakon…
Jd mak tiri kawen ngan raisuddin hamzah bapak si sarah tu…
Die lawo sbb pki susuk…

Shafiq

why you people keep bashing the writer? he/she wanted to tell us the place we are living in, we share with those things we can’t see but they are real. he/she slept due to his/her “ketakutan yg melampau”.

cuba korang ada kat tempat dia. dalam rumah, and terdengar some sort like irama mendayu tengah2 mlm? the hell?! kalau berani sgt, berirama lah sekali.

jangan tahu nak kondem orang lain, tapi tak membantu langsung.
kau tak tahu apa yg penulis tu ada. like a creepy things that may watching you condemned his/her.

and for the writer, if you ask for a help, jumpa orang yg pakar dlm hal ini, I think you mewarisi ilmu turun temurun tanpa sedar.

just my opinion. thank you.

Penulis

Kepada pemilik laman fiksyen shasha, saya minta maaf. diharapkan tuan/puan/cik dapat memadamkan cerita yang disiarkan ini atas sebab sebab peribadi/gangguan yang baru berlaku ke atas diri saya, iatu penulis cerita ini.

terima kasih.
dari saya,
penulis Nenek Shamsiah.

Saya

Awak patut tgk youtube misteri malam tentang diana rafar ke linda rafar (im not sure) tapi dia ada share pengalaman seram dia masa shooting cerita nenek kebaya ni.

MILA

Mesti sakit kan kena cam ni? Nak taknak kena terima. Saya paham keadaan awak 🙂

wpDiscuz