Nenek Tandas.

Hi semua pembaca FS. Aku Nini. Selalu tgk org post cerita dorang. Mcm2 pngalaman seram. Most aku baca banyak kena dengan rambut panjang baju putih. Bukan semua la tapi most. Aku Alhamdulillah tak pernah kena lagi dengan jenis camtu. Mohon dijauhkan. InsyaAllah. Aku nak share juga pengalaman aku. Tapi aku kena dulu bukan dengan jenis rambut panjang tu. Kena dengan jenis lain. Tapi still asal usulnya sama. Jin. Mungkin taklah seseram yang diharapkan. Tapi bagi aku yang merasa dulu tu seram jugak lah. Selamat membaca.

Keluarga aku ni memang selalu kena ganggu. Aku pulak dulu duduk kuarters. Betul ke ejaan tu? Huhuhu. Jadi kitorang pernah lah dengar hantu jepun berkawad tengah malam. Ketuk pintu selama 3 hari berturut pun pernah. Tapi kejadian yang aku paling tak boleh lupa waktu umur aku belasan tahun. Kawasan perumahan kami duduk tu memang penuh gangguan. Memang siapa yang tak kuat akan kena kacau lah.

Sampai lah turn family aku pulak kena. Aku pergi sekolah mcm biasa. Then petang tu aku borak2 dengan kawan aku macam biasa lepas waktu sekolah. Sekolah time tu bagi student stay dekat kelas lepas waktu sekolah. Haritu Selasa. Cuaca mendung je. Entah kenapa tengah borak dengan kawan aku, tiba2 aku mengamuk dengan satu ayat dia. Sampai baling kerusi meja kat dorang. Aku taktau la mana datang kekuatan angkat kerusi meja.

Kelas kitorang ni agak jauh dari bilik guru. Jadi time kejadian, lambat guru perasan apa yang jadi. Lepas je aku baling kerusi meja semua kawan aku lari. Kecuali Wawa. Aku dengan rasa menyesalnya pulak lari pegi naik tingkat 3. Time ni Wawa ikut je aku. Lepastu aku macam terdengar sayup2 ada suara panggil aku dari pokok yang berada di hujung koridor. Pokok tu tinggi. Setinggi 4 tingkat. Sekolah aku 3 tingkat je.

Then aku pun pergi kat hujung koridor. Terikut suara yg memanggil tu. Aku tak nampak apa yg ada kat pokok tu. Tapi aku dengar dia macam panggil aku suruh terjun. “Terjun je. Nanti aku teman kau. Aku janji” Lebih kurang macam tu. Tapi aku taktau kenapa aku tak terjun. Macam ada satu suara dari dalam kepala aku cakap abaikan suara tu. Lepastu aku tak terjun tapi aku pergi hantuk kepala kat dinding tepi tu.

Time hantuk tu sakit gila kepala aku. Tapi aku tak boleh stop. Aku sedar tapi tak boleh control badan aku. Aku dapat rasa ada tangan besar pegang kepala aku dan hantukkan kepala aku kat dinding tu. Waktu Wawa tengok aku macam tu dia ingat aku gila. Tp dia pelik, sebab dia cakap mata aku terbeliak time tu dengan merahnya lagi.

Lepas berapa minit aku hentak kepala, aku jalan pergi hujung koridor satu lagi pulak. Sambil aku jalan tu ada suara panggil aku suruh terjun lagi. Lepastu aku dapat rasa badan aku bergerak pegi dekat tembok nak panjat. Tapi aku tahan. (ni yang aku rasa la.) Nasib baik ada kawan laki pergi bagitau cikgu pasal kes tu. Time aku duk layan suara panggil aku terjun tu tiba2 cikgu datang dan tegur.

“Awak buat apa ni” Terus aku tersedar. Lepas tu cikgu bawak aku pergi bilik guru. Dia tanya apa jadi. Aku tak ingat sangat time tu. Aku just ingat yang aku gaduh ngan kawan then ada orang panggil suruh terjun. Lepastu aku merayu supaya cikgu jangan bgitau mak ayah aku. Sebab aku takut kena marah. Haritu aku balik takde la aku cerita dekat mak. Aku ingat cikgu tak bagitau mak ayah aku. Cuma waktu balik mak aku peliklah tengok dahi aku benjol.

Aku cakap aku jatuh tangga. Tapi tak sangka pulak. Keesokan aku balik dari sekolah mak aku dah tunggu. Dia dengan sungguh2 paksa aku cerita. Sebab dia cakap cikgu dah telefon and bagitau kisah sebenar. Kebetulan ayah takde time tu. Ayah kerja luar. Lepas je aku cerita semua yang jadi mak aku terus call abang dia. Mintak tolong panggil ustaz. Rupanya versi yang aku rasa dengan versi yang orang tengok lain. Aku rasa aku berdiri tegak tepi tembok.

Tapi yang cikgu nampak aku dah panjat tembok tu pun. Jadi mak aku dengan abang dia dah deal dengan ustaz untuk berubatkan aku. Ustaz tu akan datang rumah dalam 2 hari lagi.

Aku pun takde fikir apa2 selama dua haritu. Aku still pergi sekolah dengan benjol tu. Hahaha.

Tetapi.. Malam sehari sebelum ustaz tu nak datang kami kena kacau. Dah lah ayah takde dekat rumah. Hanya aku, kakak dengan mak. Aku ni memang jenis hati kering dulu. Jadi aku tidur sorang2. Walaupun selalu kena kacau. Aku abaikan. Asalkan aku dapat tidur. Malam tu entah kenapa aku tak boleh tidur.

Bila aku dah nak terlelap tiba2 aku rasa selimut aku kena tarik. Selimut aku jenis berat. Jadi aku anggap sebab dia dah tergantung kebawah sangat lah kot. Aku pun tarik balik. Tak sampai 5 saat, selimut aku macam kena tarik lagi sekali. Aku bersangka baik lagi. Lepastu dia buat lagi kali ketiga. Kali ni memang ketara rasa macam ada yang tarik dari bawah katil. (sejak dari kes ni aku tidur atas lantai sampailah sekarang.)

Trauma kot. Aku pun acah2 konon nak keluar padahal time tu macam nak pecut lari keluar dari bilik. Aku ketuk bilik mak aku mintak nak tidur sama2. Mak aku kejut kakak aku ajak tidur sama2. Rupanya mak aku pun diganggu. Aku taknak tidur atas katil jugak bila dah masuk bilik mak. Aku tidur atas lantai tapi aku ambik bantal susun kat bawah tutup lubang bawah katil tu. Jadi macam buat kubu lah.

Memang malam tu kitorang diganggu agak teruk. Siap ada orang ketuk pintu bilik, pulas2 tombol pintu bilik dari luar. Padahal semua orang ada dalam bilik. Lepastu kitorang rasa panas dalam bilik. Akak aku suruh baca al-fatihah dengan ayat kursi banyak2. Sampai lah ke pagi baru dapat tidur.

Esok lepas asar ustaz tu datang. Dengan pakcik aku. Dia scan badan aku. Dia cakap takde dalam badan. Lepastu dia pergi satu2 bilik dan ruang dalam rumah tu. Kecuali satu. Tandas depan bilik aku. Rumah aku ada bilik air dengan tandas. Bilik air depan sikit dekat dengan ruang tamu. Tandas kecik sikit. Betul2 berdepan bilik aku. Pintu pun face to face.

Ustaz tu tak check tandas sebab mak aku kunci tandas. Mak aku pun tak tau kenapa dia rasa nak kunci tandas tu. Then ustaz tu mintak izin mak aku selaku tuan rumah untuk bukak pintu tandas tu. Sebab dia check bilik2 lain takde apa. Mak aku pun bagilah. Rupanya benda tu duduk dalam tandas tu. Ustaz tu baca2 ayat then ambik air percik2 dari pintu tandas sampai pintu depan. Macam halau orang keluar.

Ustaz tu cakap yang duduk dekat tandas tu nenek kebayan. Dia memang dah ikut aku. Patutlah aku sorang je yang suka guna tandas tu. Ayah, mak dengan kakak aku, cukup tak suka guna tandas tu. Then ustaz tu pesan sebelum maghrib tutup pintu. Jangan tinggal solat. Dan selalu2 mengaji. Start dari situ jugak aku baca yasin almost setiap hari.

Lepas diselidik oleh orang tua aku. Nenek kebayan tu memang selalu kacau budak2 dekat kawasan rumah kitorang. Siap pernah ganggu sorang makcik yang tengah naik lif. Lif tiba2 stop then makcik tu rasa ada orang tarik tangan anak dia. Padahal dia naik lif berdua je dengan anak dia.

Bila ada orang tarik tangan anak dia, cepat2lah dia peluk anak dia. Lepastu nenek tu cakap nak pinjam anak makcik ni untuk bawak main dengan cucu. Taktau lah kalau nenek ni geng2 jin ahmad albab ke apa. Tapi makcik ni taknak bagi anak dia ikut, lepastu lif tu terus elok then nenek tu hilang.

Taktau la macam mana dia boleh ikut aku. Mungkin aku ni lalai kot dengan solat aku. Tak jaga ibadah aku. Start dari kes tu aku boleh rasa kehadiran makhluk2 ni. Aku tak boleh nampak secara langsung. Tapi aku tau benda apa yang duduk kat suatu tempat tu. Dia macam terus terlintas dalam kepala. Contoh macam aku duduk hostel tengah borak2 then nanti aku cakap “eh belakang kau ada perempuan rambut panjang.”

Tapi aku tak nampak. Pernah jugak aku rasa ada sorang datuk tua bawah katil dekat asrama. Tapi aku buat bodoh. Sampai lah dua tiga hari lepastu roommate aku menangis kena kacau. Aku tanya dia. “Yang kacau kau tu lelaki tua ke?” Then dia iyakan. Dia pelik macam mana aku tau. Aku pun pelik macam mana aku tau.

Berbalik pada kisah aku tadi. Nak kata kes aku tu kes histeria taktau lah. Sebab aku sorang je yang nak terjun bunuh diri. Takde pulak si Wawa ni pun kena macam aku. Dia cuma ikut aku untuk make sure aku tak hilang. Rupa2nya lepas je kejadian aku baling kerusi meja tu kawan aku yang lain bukan lari.

Tapi pergi panggil cikgu. Sebab time tu aku dah berubah jadi lain. Taktau lah lain macam mana. Itu yang kawan aku cerita. Yang aku rasa macam takde lah aku bertukar. Cuma aku rasa badan aku bergerak sendiri. Genggaman tangan kat kepala yang hantukkan aku tu pun aku still ingat sampai sekarang. Tangan besar. Kuat.

Lepastu banyak lagi kes yang jadi sampailah sekarang. Tapi takde kaitan dengan kes nenek kebayan ni. Kalau cerita aku ni dipublish oleh admin FS nanti aku cerita kes yang satu family aku kena sihir ala2 thai pulak. Cerita aku ni semua bukan rekaan. Tapi kisah benar. Sekian hingga ketemu lagi.

Nini Rin

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

3 Comments on "Nenek Tandas."

avatar
nainiee

best?

Panorama

Torbaik!!

Kak Yulie

Nayoooo…
X aci weeiii…
Ajak org terjun bangunan, tp die dok bertenggek atas pokok…
Caiittt…!!!

wpDiscuz