Assalamualaikum pembaca FS sekalian. Terima kasih admin FS kerana sudi publishkan cerita ni.
Kisah yang akan aku ceritakan ni betul-betul terjadi pada adik lelaki aku iaitu Amer. Kejadian ni berlaku ketika Amer berusia 5 tahun. Sebelum tu, ayah aku seorang kaki pancing tegar. Tak kira tempat, dimana semua dia on. Kemana-mana dia pergi mesti dia akan bawak sekali batang kail dan peralatan memancing yang memang sedia ada dalam kereta dia tu.
Pada suatu hari, ayah aku bawak si Amer ni ikut sekali dia memancing di satu tempat ni, dimana tu aku sendiri tak pasti. Kisah ni diceritakan oleh mak aku. Dekat tempat memancing tu ada satu rumah banglo lama kelihatan seperti dah lama ditinggalkan, tapi mak aku cakap sebenarnya ada seorang nenek tua tanpa kaki tinggal kat situ. Korang boleh pikir sendiri lah hantu ke manusia, hihi.. Si Amer ni pulak masa dia umur 5 tahun tu dia comel, kulit putih macam anak mat saleh, tembam orangnye. Mungkin sebab tu kot nenek tu suka tengok dia dan nak jadikan Amer ni sebagai cucu dia.
Ohh aku lupa nak bagitau korang yang ayah bukan pergi dengan Amer je memancing tu, ada dua orang pakcik aku ikut sekali iaitu pak uda dan pak su. Masa diaorang tengah berkemas nak balik tu ayah aku panggil Amer nak ajak balik tapi masa tu Amer sikit pun tak berganjak dari tempat duduk dia tu. Sebab keadaan Amer pelik masa tu pak uda pun dukung si Amer ni bawak masuk kereta dan Amer terus tido sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Sesampai je kat rumah Amer menangis tanpa henti sambil cakap “Kaki adik dah takde” untuk makluman pembaca sekalian , Amer dah tak boleh jalan masa tu sebab dia nampak kaki dia dah takde sebelah. Pada masa yang sama dia cakap “hantar adik balik rumah tadi”. Pak uda dengan pak su dah kecut perut masa tu sebab benda ni jadi secara tiba-tiba.
Mak aku ni dia seorang yang boleh kesan kewujudan “benda” tu, so dia terus straight to the point tanya Amer kenapa menangis dan kenapa nak balik rumah tu ? Tiba-tiba si pak uda ni ketawa dan cakap “aku penghuni banglo lama tu, aku nak budak ni jadi cucu aku, aku nak dia teman aku” mungkin sebab nenek tua tu tinggal kat situ sorang-sorang kot , sebab tu dia nak jadikan Amer ni cucu dia. Mak aku dah tak cakap banyak, mak aku terus mintak dia bagi balik kaki Amer masa tu (maksudnya nenek tu tutup pandangan mata Amer supaya tak nampak kaki dia). Pada mulanya nenek tu berkeras taknak mengalah tapi lepas mak aku baca ayat-ayat suci al-quran dan guna cara paksaan barulah nenek tu balik ke tempat asal dia.
Selepas kejadian tu ayah aku dah tak pergi memancing kat kawasan tu lagi dah walaupun situ banyak ikan. Kalau nak pergi memancing sekalipun jarang sangat dia bawak Amer ikut sekali sebab Amer ni seorang yang lemah semangat sikit. Mak aku pesan kalau pergi mana-mana tu mesti jaga perangai, jangan cakap besar, lepas tu nak buat apa-apa pastikan mintak izin dulu sebab bukan kita je yang ada kat situ. Setiap tampat pasti ada penghuninya.
Sekian kisah dari aku, maaf andai kisah ni tak seram. Ada masa aku kongsikan kisah lain lagi ye.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
first !
Nice
ada typo sikit……..tampat
Bagus cerita kau. Straight to the point.
Pengajarannya jangan bawa kanak2 ke tempat macam tu.
aku perati ja si admin nie. dri pgi tdi smpai jam 1 satu ja dia post story. haihh
Tulah aku baru excited nak baca lepas letih buat keje rumah *face palm*
Sian Amir…..
Tempat macamtu tak payah la bawak budak. Bahaya la.Budak ni mudah nampak ‘something’. Best story ni siap ada pengajaran lagi.
Padat dan ringkas..
Pengajaran jangan la bawa budak2 pegi tempat mcm tu..Allahu
Bgs lah cerita tk belit2 , senang faham & ada pengajaran kt situ .
ini ceta seram ke atau ceta hantu? aku rasa mcm ceta lawak pulok. sebab……………………….. tak ade maknenyerrrr ceta cenggini….
ada pompuan nyaman ke kat sini? kn di anchiti..
Terbaik.
Nice
pendek sgt ceritu u syg
Dh itu aje ceritanya😀
wuishh seramm tu…nmpak sebelah je kaki ad…tkut bak hang
Betul, kalau kitorang nak pegi tempat ii yg keras sikit, mak aku tak bagi bwk adik aku yg kecik sekali hmk
kesian amir nasib lah tak kene teruk..
bahaye ler bawak budak2 tempat gitu..
Tempat memancing ala2 rekreasi ok la bawak budak2… Tempat agak2 angker jangan la bawak
Scary…kalau jd kt kite xtaw laa caner..tbe2 kaki hilang…
so amir skg dh umur berapa dia still ingat tak peristiwa tu
Skrg amer dh form5.. kalau tanya balik dia pun dah tak ingat pasal tu kot skrg ni
peh ngeri gak tu…nenek tu tutup pandangan amer tu
Ok best
9/10
Ringkas dan padat. Nice.
Thanks😊
Seram…
sangat ringkas.. but tok suka..
9/10
Terima kasih
AMIR X KESAH…
Amer ni mesti comel gila kan
Boring bosan..pendek sgt …