Assalammulaikum dan salam sejahtera pembaca.
Terima kasih admin menyiarkan kisah-kisah Lana, terima kasih pembaca yang membaca kisah-kisah Lana. Apa saja yang berkaitan dengan syaitan lihat dan dengar, percaya jangan. Sebab itu apabila ada tak percaya kisah Lana, aku menerima pendapat seadanya. Sebab aku pun tak percaya apa yang aku lihat. Anggap saja ia ceritera sebelum masuk tidur, bedtime story. Izinkan Lana bercerita….
Aku Lana
Dalam rumah mak dan ayah macam-macam makhluk boleh dilihat dengan pandangan mata halus. Bukan sebab membela. Tapi mana-mana rumah , mana-mana tempat mereka wujud. Cuma mampu melihat atau tidak saja. Kalau energi mereka kuat, mereka mampu menampakkan diri pada manusia kewujudan mereka walaupun manusia tidak mampu melihat. Kalau energi manusia lagi kuat, mereka akan menghindar sendiri. Kalau manusia seperti aku, boleh melihat maka energi kami boleh jadi sama… boleh jadi energi aku tengah lemah. Sebab adakala apabila aku menyibukkan diri, aku takkan nampak kelibat walau satu hantu pun. Kalau jiwa kosong, tengah sedih memang mudah didampingi….
Rumah ayah dan mak ini dahulunya dibina di tanah teroka. Sana sini hutan. Di sebelah tapak rumah hanya ada sebuah rumah masa itu, rumah tinggal. Rumah pekerja rasanya. Rumahnya unik, rumah kosong dua tingkat tapi kecil. Masa tukang rumah buat rumah kami dulu, macam-macam dia nampak. Dalam rumah kosong ada orang memasak, mandi dan berjalan dari bawah rumah dan naik ke atas. Masa dia tengah menukang menghampiri waktu senja, dia di pelawa makan, di laung untuk singgah ke sebelah. Seriau. Tok ketua kampung dulu kata, rumah itu tinggalan pekerja berbangsa filipina. Mereka sudah kembali ke negara asal. Jadi rumah itu tinggal kosong sampailah kami datang.
Mana -mana rumah mesti ada sisi haunted. Mistis. Cuma sedar atau tidak saja. Rumah ayah, aku kira dibina di antara laluan bunian. Kadang-kadang ketika baring di ruang tamu, sekoyong-koyong mereka lalu siap menyapa. “tumpang lalu”. Kalau dilihat dengan mata kasar, hanya rumah ayah dengan ruang tamu terbentang, kalau dilihat dengan mata halus, luas memandang jalan denai, seperti ada pasar tamu tempat mereka lalu lalang.
Lala dan Lulu. Hantu perempuan kembar.
Aku start nampak apabila baru sahaja kembali dari habis belajar. Aku yang bagi mereka nama sebab mereka tak tahu nama mereka sapa, umur berapa, dari mana, dan bagaimana mereka m**i. Lala dan Lulu menghuni bawah pokok kelapa rendang di sebelah tingkap bilik aku. Selalu bising!
“Lana..Lana..Lana…” selalu memangil serentak. Selalu mengintai dari cermin tingkap. Bila berdiri dekat tingkap, tiba-tiba mengacah.Terkejut. Hantu mak kau!.. Ai.. Mereka akan ketawa, sambil mencicit lari.
Esoknya aku suruh ayah p****g separuh pokok kelapa. Marah Lulu dan Lala. Menerobos masuk ke bilik. Marah sungguh. Aku pekakkan telinga. Sejak dari hari itu, mereka menghuni rumah aku. Mana-mana mak pergi mereka ekori. Belai-belai perut boroi ayah. Kalau mak naik angin, dengan mereka sekali menangis, Hiba sangat. Bila mak pasang azan dalam rumah, mereka lintang pukang lari, termasuk aku sekali. Aik bersetan.
Selain Lala dan Lulu, ada satu nenek tua, seorang lelaki tua dan seorang perempuan dalam rumah ayah. Nenek tua ni ada energi lagi kuat dari yang lain. Tapi mereka tidak mengganggu orang dalam rumah. Cuma nenek tua saja akan masuk dalam badan orang untuk mencari makanan. Dia akan selalu duduk di hujung kaki kami apabila tidur. Sebab itu kalau aku tidur sendiri, macam-macam gaya, untuk elakkan nenek tua ada sekatil. Abang aku jarang tidur di bilik. Dia suka tidur terlentang di ruang tamu.
Satu malam aku bangun pergi tandas, seorang lelaki tua sedang duduk di bahagian atas kepala abang. Sedang mengusap-usap ubun kepala abang. Abang nyenyak tidur. Aku berkira nak keluar. Nak pulak ke tandas kena lalu situ. Perlahan aku melangkah untuk ke dapur. Jauh pulak la dapur ni. Sampai dapur, perempuan satu pulak tengah mengintai-intai periuk belanga. Bila mata kami bertembung, dia terseringai senyum.
“Lapar.” aish…Makan jaklah..Buru-buru aku masuk dalam tandas.
Aku biarkan perempuan lapar itu di dapur. Masih meninjau-ninjau periuk. Mencari sisa tulang-tulang.Esok dan hari seterusnya aku buang siap-siap sisa-sisa makanan dan tulang temulang.Jadi makanan jin hantu jembalang dan seangkatan dengannya.
Aku injak lantai ruang tamu perlahan untuk menyisip masuk ke dalam bilik. Pakcik tua itu masih duduk atas kepala abang, masih mengusap. Abang makin enak berselubung di sebalik gebar tebal. Aku tersengih tiba-tiba. Suka ya kena usap. Tiba mataku dan mata pakcik tua itu berlaga. Sengihku m**i. Walaupun mukanya tak menyeramkan, tapi dipandang terus ke anak mata, terus mencanak bulu roma. Perlahan aku masuk ke dalam bilik. Pura-pura tak melihat. Nenek tua elok standby bawah kaki katil. Matanya bulat hitam, rambut serabai memerhati aku menapak naik atas katil. Aku tidur sendiri. Kak long sekali sekala balik sebab dia masih kerja di resort. Achik tak nak tidur dengan aku sebab selalu nampak aku bercakap sendiri, padahal bercakap dengan Lulu dan Lala, dia tidur di bilik mak dan ayah. Dia tak tahu bilik mak ayah lagi banyak. Atas almari ada, bawah katil ada. Melekap di dinding ada.
“Nenek, duduk atas sofa kecil tu ya..jangan naik atas ni..” Aku tidur 360′ darjah.Selimut aku kibar-kibar berulangkali sampai Lala Lulu pun terusir sekali. Banyak cantik nak tidur sekatil.
Ada satu malam, Achik ni suka tidur pulas menelentang. Selimut selalu terlorot jatuh dari tubuh kecilnya. Energi Achik ni lemah, penakut. Malam tu pulak dia period. Aku masih lagi melayari internet sambil Lulu dan Lala di sebelah ikut sama melihat. Nenek tua masih belum masuk bilik. Tak tahu mana dia merayau. Aku terdengar atap zink bergeser.Bunyi berdesis.
Zuppp…makhluk putih rambut mengerbang terbang rendah atas tubuh Achik. Makhluk itu menoleh aku di sebelah dengan lidah terjelir, dia nganga luas mulut semacam nak menerkam. Aku menelan liur. Lulu dan Lala menutup mata. Apalah hantu pun…,kutuk ku.
Tiba-tiba dia terbang naik semula ke bumbung rumah. Persis spiderman terbang melekap. Berbunyi zink rumah macam terhantuk. Kemudian dia turun semula mengacah Achik. Turun naik berulangkali sambil ketawa terkekek. Aku bangkitkan Achik. Betulkan selimut. Kemudian letak bantal ke atas tubuhnya. Achik menggeliat. Bantal Achik jatuh. Cepat-cepat makhluk itu terbang meluru atas Achik. Tapi terbejat sebelum sempat mendarat.Nenek tua muncul tiba-tiba. Wajahnya jelas marah sambil menyeringai ke arah makhluk putih itu. Pelik masa itu, Achik masih tidur lena berlunjur panjang.
Pernah nampak hantu bergaduh tak.? mereka tak bergaduh macam manusia,s epak terajang, tumbuk menumbuk. Tak. Mereka bergaduh berlawan energi. Energi siapa paling kuat dia menang.Seperti apa mereka berlawan aku tak nampak, tapi makhluk putih tadi terbang lari sampai terlanggar dinding atas untuk menerobos keluar apabila nampak nenek tua.
Ilmu guna-guna, mencelakakan perniagaan orang dan mengirim benda halus, biasa kita dengar. Mak dan ayah ada kedai kecil. Dahulunya laris sangat. Kedai mak bertingkat dengan rumah induk. Kadang-kadang mak ayah tidur di kedai. Ada satu malam, aku separuh sedar. Antara tidur dan jaga. Mimpi atau tidak, aku didatangi makhluk berwarna hijau samar. Mula-mula berdiri di belakang cermin tingkap. Lama memerhati. Kemudian dia masuk dalam bentuk asap hitam hijau terliuk, berlegar dia dalam bilik. Memunculkan diri dengan separa makhluk hijau samar mata bulat merah, menggerutu, botak.. bertanduk kecil.
“Kau siapa.”
“Aku dihantar jahanamkan perniagaan mu.” Menampakkan gigi taring tirus. Hujung hidungnya menghidu-hidu aku.
“Kau kuat..aku dapat rasa warna aura mu kuat. Aku suka. Mau kah bergabung dengan aku, dengan tuanku.? aku mencebik.
“Siapa hantar kau..?:
Dia ketawa mengejek. Mempersenda. “Adalah, tuan aku lagi kuat dari kau…tapi aku suka kau. Aura kau digemari oleh makhluk macam kami.”
“Syaitan.. pergi dari sini, jangan ganggu keluarga aku. Tuhan aku lagi kuat dari tuan kau iblis.”Aku berang. Berbakul-bakul makianku. Serius makhluk itu marah. Boleh terasa bahangnya. Dan aku lihat lagi dalam keadaan separuh sedar, nenek tua sekali lagi berlawan dengan makhluk hijau itu. Dia menghindar apabila nenek tua mengacah.
Esoknya, air akuarium besar mak kabut.Ikan peliharaan mak kami namakan Fish tidak aktif. Begitu jugak kucing ayah si Putih, lemas tidur seharian. Setiap kali kedai mak seolah dihantar sesuatu, air ikannya akan kabut. Kucing-kucing akan tidur kelemasan.
Makcik aku meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Masa ni aku tinggal sendirian di rumah. Ayah di kedai. Mak dan Achik tak silap ke Kota Kinabalu mendaftar untuk masuk universiti. Tinggal aku dan Usu, adik bongsu lelaki ku. Usu duduk di bahagian tengah rumah. Aku di dapur tengah sibuk menguli kuih lada-lada, popular di Sabah. Kuih ni nanti aku akan hantar ke rumah arwah makcik aku yang meninggal. Wet kitchen kami ada tingkap kecil dan aku suka menghalakan pandangan ke luar apabila membuat kerja dapur. Entah kenapa rumah sunyi betul. Hidupkan lagu-lagu dari handphone,tersekat-sekat macam cd rosak. Sstttt, bunyinya. Apabila buka radio,siaran teralih. Apabila buka surah-surah, button handphone hang .Aisyh, aku mengeluh sendirian.
Suasana masih hening. Jam menunjukkan awal jam 8 malam. Malam masih muda.Tapi malam itu terasa sunyi,boleh dengar angin yang berdesir.Sudu jatuh,jantung aku yang berdebar.Lulu Lala,makcik pakcik tua,dan nenek tua semua menghilang.Usu tidak sekali pun menjenguk dapur. Jantung aku masih berdebar, bulu roma merinding. Aku tutup handphone. Aku bersenandung kecil seraya menghilangkan bosan.
“Injit-injit semut siapa sakit naik atas..
“Injit-injit semut walau sakit jangan di lepas.” aku nyanyi slow version. Kemudian aku ketawa. Seram sendiri . Aku terdengar alunan perlahan mengikuti nyanyianku. Miming senada. Satu sosok laju melintas depan tingkap dapur. Aku pusing badan..terduduk. Dia di tengah dapur melingkar jemari runcingnya di tiang sebatang. Tiang ni gunanya untuk menyangkut apron, bersebelahan dengan mesin basuh.
Aku diam tak terkutik. Meneruskan kerja membentuk kuih-kuih. Lama dia duduk di situ memerhati aku. Masih bersenandung.
“injit-injit semut sapa sakit naik atas.” Dia mencubit tangan sendiri,bermain sendiri.Tangan dilarikan atas bawah,persis dalam lagu.Matanya merenung kuih-kuih berwarna merah di dalam dulang.
“Siapa punya.?” berminat, dia merenung lama.
“Bukan kau punya ni,bukan d***h. Ini kuih untuk orang meninggal.”
“Sedap?” aku membiarkan pertanyaanya. Mataku balik-balik melilau ke dalam. Tiada sapa jenguk aku walaupun Lulu Lala. Spesis hantu penakut. Ini mesti lari awal-awal apabila cik ponti datang. Cik ponti ni pun sejenis yang cuma singgah. Tapi aku tak suka sejenis yang singgah-singgah ni. Jahat.
Lama begitu. Aku dapat lihat dari ekor mata cik ponti di halau oleh nenek tua dan satu kelibat halus yang aku cam, arwah makcik aku. Nauzubillaminzalik. Aku mengucap panjang. Moga mataku terpelihara dari tipu daya syaitan. Cik ponti dan kelibat halus itu hilang dari pandangan.
Ada tak sejenis yang suka tidur dengan bantal guling. Dahulu kami tiga adik beradik perempuan ni suka sangat dengan bantal guling.Tengah-tengah aku dan Achik mesti ada bantal ni. Penghadang. Sebab kami tidur macam wrestling WWE. Lena aku tidur. Sedap memeluk bantal guling. Empuk. Cuma..cuma terasa ada bau tak sedap menusuk hidung. Aku melonggarkan pelukan. Perlahan membuka kelopak mata. Aku menelan liur. Satu wajah hitam, mata terjojol, kain terikat atas kepala terkedang kaku melihat aku. Aku tak ingat apa yang berlaku seterusnya, yang aku ingat aku mencengkam menarik Angah dari katil mengah lari ke bilik abang dan kak ipar. Peduli lah. Aku tak peduli. Aku tak suka Cikk Poch.. Aku tak suka. Sampai hari ini aku masih ingat wajahnya. Ingat cik Poch ni melompat macam dalam tv tu ka? Memang taknya,mereka boleh lompat jauh, tinggi secepat kilat terpacak ada di hadapan. Esok pagi kami masuk bilik,bantal peluk masih ada di tengah-tengah.Achik berdiri bingung bagaimana dia boleh berada di bilik kak ipar. Lepas dari itu kami memang tak pakai bantal peluk. Nanti terpeluk Cikk Poch. Seriau matanya tu tak berkelip. Ushh..
Adakah lagi yang nak dengar cerita Lana. Kalau ada Lana nak cerita pasal Cindai, Sundel bolong, Death March Route hantu Jepun-Aust. Tersesat ke alam bunian. Puteri sekolah asrama, Hantu Office..dan lain-lain.
Maaf mana-mana yang ada menyinggung pembaca selama Lana berkongsi kisah. Terima kasih pada pembaca, dan komen-komen yang manis membina.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
nak lagi! ☺️
Nak baca lagi😬😬😬
Di Sabah ka ini?
ya bosku
ok cerita lagi
pembetulan Angah-achik..nak tulis achik jadi angah..sorry pembaca
suke story awak..share la lagi
I like..
Best gila. Sambung lah cerita lagi 😍
Kalau ada lgi cerita tu share ii la🤩
Sy suka semua cerita dari Lana.. sangat² menghiburkan.. x seram, tp lucu.. sekurang²nya dpt juga sy tau ada jenis² hantu yg penakut, kuat, berani, comel…. 😂
Sy sgt berharap, next time Lana dpt bercerita lebih panjang.. buat karangan novel pun xpe.. serius, cerita dari Lana x membosanka langsung..
Btw, Lala Lulu tu cantik x? Masih ada lg ke diorg skang?
terima kasih awak..terharu sy..lala lulu masih ada..untuk versi hantu,mereka memang comel la.orang selalu fikir hantu ni semua menakutkan..tapi sebenarnya tak.
Hahahaha lulu lala tu knp lucu dan comel sngt
Teruskan bercerita ya Lana..sis suka baca yg berdasarkan pengalaman..boleh juga buat menambah pengetahuan & panduan utk kita berhati2 di masa hadapan..
terima kasih sis,,sekurang-kurangnya ada jugak nak baca cerita sy
Berharap sgt moga ada cerita yang lain…Terima kasih Lana.
terima kasih sis,,memang sentiasa ada sis..tapi sy saja selalu fikir cerita sy tak menarik..
Saya nak lagi cerita. Tulis lah lagi ye.😊😊
Nk dengar lagi kisah mcm ni…best sangattt…
terima ksih awk..sekurangnya sy tahu ada suka cerita sy
Nak.. nak.. nak
terima awk,,alamak terharu sy
Keep sharing Lana..your stories are superb!
ni cerita paling best!
ya Allah,terima kasih sgt2
Hi Lana
Bila nak sambung cerita lagi? Dah lebih enam bulan senyap je… rindu nak baca kisah-kisah pengalaman awak dengan alam mistik.
Nak lagi! Best lah and lula lala tu cam comel pulak ehehhee 😂
Lana, cerita awak memang menarik. Awak adalah salah seorang penyumbang kisah di fiksyen shasha yang saya gemari. Cerita sampai habis dan tak guna taktik sambung menyambung. Tak sabar pulak nak membaca kisah-kisah awak seterusnya. Teruskan berkarya ye, terima kasih.