Salam semua dan salam sejahtera kepada para pembaca yang sudi tekan click dan singgah di ruangan cerita aku yang seram2 sejuk 😀 taklah seram sangat.. Cuma memberi pengajaran untuk kaum hawa di luar sana yang suka pulang lewat malam. Yang suka ke kelab yang suka minum hingga mabuk. Yang nyata Ini bukan halusinasi tapi ini yang terjadi pada aku suatu malam yang tidak dapat aku lupakan seumur hidup aku.
Ketika itu aku berusia 19 tahun. Aku berbangsa cina. Aku ni jenis suka keluar malam ketika malam minggu.. Sebab isnin-jumaat aku bekerja dan aku akan pulang terus ke rumah untuk makan malam,rehat dan lepak dengan family dan selalunya aku akan tidur awal. Sebab aku taknak lambat sampai ke tempat kerja keesokan harinya. Aku ni ramai kawan perempuan dan lelaki. Tapi aku memang takda masa untuk cari pasangan kekasih.
Sebab aku ni mudah rimas dan cepat geli bab romantik2 ni mungkin kerana dalam ahli keluarga aku, aku sorang je anak perempuan dan aku adalah anak yang ketiga. Kedua abg aku yg tua dari aku selalu berpesan jangan cepat terpengaruh dengan lelaki di luar sana. Tak semua yang ikhlas berkawan dengan kita dan disebabkan aku ni perempuan maka mudahlah untuk buaya2 liar mengambil kesempatan..heheh. Aku pasti ramai perempuan yang diberi nasihat sebegini oleh orang yang berpengalaman. Kebanyakan aku selalu dipuji cantik ramping dan comel.. Orang kata muka aku ni sebijik serupa macam amelina dangdut hahahaha..lantaklah.
Baik aku mulakan cerita aku sekarang.Pada suatu malam minggu, aku dan kawan2 aku plan nak ke kelab malam untuk sambut hari jadi kawan baik aku. Seperti biasa kita orang bukak la beberapa buah botol untuk meraikan hari jadinya berserta kek dan makanan ringkas. Pada aku minuman keras dah sebati dengan hidup aku dan kawan2 aku setiap malam minggu.. So memang kita pandai jaga diri dan tidaklah minum berlebihan takut memudaratkan. Tepat jam 1 pagi.. Waktu itu sesi p****g kek dah pun berlalu pada jam 12 tadi..
Tetiba aku rasa macam lemah badan ni,mungkin kerana aku dah berlebihan minum sebab aku dicabar oleh teman2 aku untuk minum secara bergilir dengan teman baik aku ni. Teman baik aku ni..awal2 dah serah diri..tak boleh nak teruskan.. Demi dia aku sahut la cabaran tu. Aku tahu aku dah tak larat nak teruskan lagi.. Aku pon bisik lah kat telinga kawan baik aku ni.. Oleh kerana bunyi muzik dalam kelab tu kuat sangat..sampai aku yang lemah ni nak bersuara kuat pon dah macam nyawa ikan.! Haha.. Pening kepala aku.. Aku tarik tangan kawan baik aku dan rapatkan bibir aku kat telinga dia ” Sarah aku balik dulu.. Aku da tak larat ni banyak sangat aku tagak untuk kau tadi.. Serius aku dah tak larat ni aku nak belah..
Kau enjoy dengan yang lain ok jaga diri..” mulanya sarah tak izinkan aku pulang sendirian dan aku pun taknak menyusahkan dia..ialah kan hari jadi dia.. Mestila dia nak kena ‘stay’ sana. Aku tak kisah memang aku balik selalunya naik teksi. Jadi Sarah hantar lah aku ke perhentian teksi. Bila dalam teksi tu.. Aku rasa bengal semacam..mata dah tak bole bukak dah. Tak lama kemudian aku dikejutkan oleh pakcik teksi tu.. ” moy dah sampai moy.. ” aku pon tak teringat berapa aku kasi duit kat teksi driver tu..yang penting driver tu ambil dan tak da pulak dia bersuara lebih ke kurang. Lau lebih tu biarlah ‘luck’ dia.
Lau kurang mesti dia bersuara hehe.. Aku pon keluar dari teksi perlahan-lahan sebab rasa macam tak stable kasut tumit tinggi aku ni. Selepas pintu teksi dihempas tutup dan berlalu aku pun bongkok ke bawah untuk tanggalkan kasut tumit aku. Lantaklah kaki ayam..dari aku jatuh macam nangka busuk. Memalukan je.! Hehe.
Rumah aku ni kena berjalan lebih dalam sedikit dari tempat yang teksi berhentikan aku tadi. Maklumlah rumah flat. Ok bermula di sini la part yang paling aku menyumpah.Haha.. Pergelangan kaki aku ni.. Penuh dengan lonceng kaki.. Biasalah musim trend anak muda dulu2.. Kikikih. Jadi bila aku berjalan setapak demi setapak akan terbunyilah lonceng kaki aku kling kling kling***
memang bisinglah kalau berjalan lagi2 waktu tu sunyi da hampir 2 lebih pagi. Ketika aku berjalan ( nasib la aku tak terhuyung-hayang ketika berjalan,cuma badan je lemah ) ok aku sambung.. Aku dapat rasakan ada seseorang yang mengekori aku dari belakang. Aku rasa seperti diejek dengan tapakan kaki yang juga mempunyai loceng kaki seperti aku. Setapak bunyi lonceng kaki aku berjalan setapak jugak aku kedengaran bunyi lonceng dia berjalan. Lalu aku berhenti seketika. Tiada bunyi. Sunyi dan terasa dingin semacam seluruh tubuh aku dibelakang. Seperti ade sesuatu yang sedang ingin merapati tubuhku. Pada ketika itu memang dah sah lah ada yang tak kena.
Sebab memang hilang terus pening aku,lemah aku dari kelab minum tadi. Memang aku da waras da ni.. Berpeluh2 muka aku. Rasa lain sangat dah. Nak toleh belakang pun aku dah cuak. Rumah aku ni pulak tingkat 4. Aku pon berdesut lari ke arah lift..sekali lift berhenti di tingkat 10. Ni kalau nak tunggukan lift ni turun..mahunya terkencing aku kot2 dia sapa dari belakang. Aku pon alihkan kaki aku ke arah tangga..ketika sedang berlari menaiki tangga..bunyi lonceng kaki tu pon ikut aku berlari naik..sama pantas. Waktu tu aku tak dapat bayangkan.. Perasaan aku macam nak gila pikir siapa belakang aku.
Tapi aku still tak berani nak toleh belakang. Bila dah hampir tiba di tingkat 4 bunyi itu kedengaran berada di hadapan aku. Lagi tak tentu arah lah aku bila aku lihat tak ada siapa2 di hadapan aku. Aku kuatkan semangat berlari lebih pantas ke arah unit rumah aku.. Mujurlah rumah aku ni selang dua pintu jiran aku. Memang waktu gini mak aku da tidur dah.. Sebab awal pagi dia nak kena bangun berniaga.. Abang2 aku kalau tak tidur mungkin tengah tengok tv atau main guitar hingga subuh dengan kawan2 dia.. Tapi hari tu memang nasib aku tak baik.. Abg mak aku semua dah di alam fantasi hahaha..
Aku ketuk pintu bagai nak rak. Nak keluarkan kunci pun aku tak mampu dah sebab menggeletar seluruh badan tangan aku. Yang aku mampu hanya terpekik terlolong sambil ketuk pintu macam perempuan gila hahahaa.. Aku ketuk sambil merayu ” mak mak.. Abg.. Bukakkan pintu.. Elle takut ni cepat lah bukak..” sambil kaki aku terhenjut2 macam nak terkencing. Bunyi kaki tu masih ada sambil mengikut aku hentak2 berselari dengan bunyi lonceng di kaki aku. Yang menghairankan aku menjerit kuat macam petir.. Tapi malangnya mak,abg aku,jiran aku, satu pun tak bangun…
Ikut kan hati macam nak terjun je dari flat.. Tiba2 muncul bayang lembaga hitam seperti susuk nenek tua yang bongkok.. Waktu itu memang aku hampir pengsan dah.. Nak teriak pun aku dah tak mampu dah..lemah kedua-dua kaki aku.. Mujurlah bila hampir aku dah putus semangat putus urat.. Kebetulan abang aku yang sedang nak keluar ke tandas untuk kencing malam.. Ternampak bayangan aku di luar tingkap.. Abang aku pun bukak lah pintu.. Aku sempat melihat ke arah abang aku yang terpinga-pinga dengan raut wajahnya seperti terkejut bila melihat sesuatu dibelakang aku.. Lalu aku hanya berkata dalam keadaan tak bermaya dengan perlahan ” tolong…….” terus hilang pandangan aku.
Tup..tup..tup.. Bila aku tersadar. Mak abang aku berada di sisi kiri kanan aku ” kenapa Elle kenapa? Kau dari mana sebenarnya.. ” mak aku bertanya. Aku masih terdiam masih terbayang jelas apa yang aku nampak tadi dan apa yang aku dengar masih terngiang-ngiang. Abang aku pulak tetiba bersuara..”lain kali kalau balik waktu gini keadaan macam ni suruh kawan Elle hantar pulang sampai pintu rumah..kan nenek tu dah teman kau..” sindir abang aku sinis. Aku mengerutkan kening aku. ” abang nampak ke? ”
Mak aku hanya berdiam diri. Abang aku lalu bangun berjalan ke arah dapur untuk ambilkan aku segelas air sambil berkata .. ” kawan abang banyak lepak sini.. Sebab tu kalau diorang datang lepak bilik abang mana ade pulang time2 macam ni.. Semua tunggu 6 pagi baru gerak pulang.. Dulu bila diorang lepak sampai 3 pagi.. Nenek tu selalu teman diorang berjalan..Teman balik smpai depan rumah.. Pernah jugak nenek tu tumpang kereta motor kawan abang.. Suka2 je dia nak tumpang ikut balik..
Lepas tu hilanglah dia.. Orang sini kata nenek tu benda yang dah lama dibela di sini oleh sala satu orang yang duduk kat daerah sini.. Tapi sampai sekarang tak tahulah siapa pembelanya.. ” terkedu aku. ” kenapa tak bilang Elle awal2.. Kalau tak.. Dah tentu Elle takkan keluar rumah malam balik pagi.. Hampir2 tau Elle terjun flat ketakutan..” marah aku. Aku dah la lemah semangat bab hantu2 ni.. Selalu dengar cerita atau tonton di tv. Mak aku yang dari tadi masih berdiam diri bersuara ” dah sudah pergi mandi cuci muka.. ”
lalu aku bangun dari sofa dan jalan menuju ke bilik untuk ambil tuala mandi. Kebetulan tingkap bilik aku memang tak ditutup kecuali bila waktu nak tidur aku akan tutup tingkap kerana alat penghawa dingin aku cuma ON bila nak tidur je. Aku pun berjalan untuk ambil tuala mandi aku yang tersidai di hanger bersebelahan tingkap bilik aku. Kemudian aku alihkan tangan aku ke arah tingkap untuk ditutup..
Sewaktu aku menutup tingkap, tiba2 lembaga nenek tua muncul berjalan dengan pantas dalam keadaan berbongkok. Sepantas kilat dia hilang begitu sahaja. Aku tergamam lalu pengsan tak sempat nak teriak pun. Awal pagi esok mak aku yang selalunya sebelum pergi berniaga akan masuk ke bilik aku dahulu. Hanya untuk melihat yang aku ni sedang nyenyak tidur. Mak aku terkejut kerana aku terbaring di atas lantai, dengan pakaian yang belum ditukar dan muka aku masih dengan mekap comot haha..
Mak aku kejutkan aku hampir 15 min barulah aku sadar… Badan aku panas. Cecah 40 degree weiii… Senang cakap aku MC dua minggu. Malam tidur mengigau. Sampaikan mak aku panggil orang untuk berubat. Nasib semua beransur pulih. Semenjak tu tingkap aku tak pernah dibuka.. Kelab pun aku tak jejak lagi dah. Aku sibuk kan diri aku bekerja dan luangkan masa dengan orang yang tersayang hhihihik.. Kawan2 aku kalau ajak lepak pun 10 malam aku dah pulang.. Dan abang aku akan tunggu aku di perhentian teksi atau bus. Pengajaran yang aku tak boleh lupa.
Sekarang aku dah berpindah ke area lain.. Walaupun tak ada cerita seram tapi aku tetap tak berani nak keluar malam.. Gara2 itu nenek tua. Haha..Sekian terima kasih Nek.. Atas pengajarannya hehehe…
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Bagusler nenek tu…
Sangat mengambil berat…
Agaknye mesti dia risau dgn anak2 yg keluar atau merayau2 selepas tgh mlm….
Tu die tolong temankan tu…
Ensure org tu sampai umah dengan selamatnya…
Hehehehehehehe…
Satu lagi…
LOCENG tau bkn lonceng…
Tapi akk pon selalu dengar kengkwn ade certain loghat mmg suke sebut lonceng…
caring betol nenek tu ye kak…..bagus betol
Tgk cover picture utk cerita ni terperanjat gua, mengucap panjang. Hahahaha! Nasib tak tercampak phone. Tapi cerita ni best!
Bangsa cina, Tapi penulisan sebijik2 ayat melayu. Siap panggil org “berubat” ??
mungkin die nak menutup tabiat die meneguk ayo kencing setan tu..haha
Kannn ingat aku sorg je perasan
Kahkahkah..bangsa cina india matsaleh pakistan pn berubat kak oi..bukan melayu jerh. BM dea wa salute moy
Asal crita 2017 bru kluar kt sini..hihi…pnulisan sbijik2 melayu,kata cina,tpi confius jap sbab awal penulisan tulis ” salam dan selamat sejahtera…emmm…kaaa dia ni mlayu,tpi di sebabkan nk cerita kisah dia,dia tulis beritahu yg dia ni berbangsa cina. Hihi..jgn mrah..pndapat saya saja…
nice story elle
Penulisan bahasa melayu terbaik….
betul ke berbangsa cina?
nasib baik teksi tu org baik.. kalu teksi yg mngambil kesempatan, bulih bunting kau..