Niat

Pertama sekali saya nak ucap terima kasih pada admin jika cerita saya ni diterima. Ini merupakan cerita pertama saya di FS ni. Sebelum ni saya hanya menjadi pembaca saja dan entah macam mana terdetik nak kongsikan apa yang pernah saya alami di sini. Cerita yang saya nak kongsikan ini berlaku sewaktu saya masih study. Cerita yang saya nak sampaikan ni tak seram cuma saya beritahu korang semua tentang niat dalam melakukan sesuatu.

Saya study di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Waktu kejadian ni berlaku time study week. Biasa la nama je study week tapi bukan study pon. Sehari dua nak exam baru nak kalut. Itulah lumrah student. Ok saya akan gunakan gelarkan ‘aku’.

Malam tu aku dengan tiga orang housemate aku nini, zai dan far (bukan nama sebenar) rancang tentang program hangout kitorang besok. Kitorang dah tempah sebuah kereta sewa. Time kitorang dok bincang-bincang ni, si far ni dok ws dgn salah sorang classsmate kitorang, Mat(nama samaran) . Entah macam mana dia pergi beritahu rancangan kitorang dekat si mat ni. Mat ni boleh dikatakan rapat juga dengan kitorang.

Tiba-tiba mat ni kata nak join sekali. Kawan dia bob dengan Am pon nak join juga. Mula-mula aku, nini dengan zai macam tak setuju tapi akhirnya setuju juga sebab bob dan am ni pakar selok belok kl ni. Diorang sememangnya orang situ. Kitorang ws balik abg kereta sewa tu minta nk tukar kereta mpv. Nasib baik boleh.

Keesokan harinya seperti yang dirancang, kitorang bertujuh mulakan plan yang dirancang. Si am dengan bob yang bawa kitorang ke tempat-tempat best. Waktu petang pula Am bawa kitorang ke sungai tua di gombak. Sebab memang kitorang rancang nak mandi manda pon

Dalam pukul 6 lebih macam tu kitorang stop mandi sebab dah nak maghrib (Time tu maghrib masuk awal) dan orang lain pon start kemas-kemas nak balik. Kitorang tak terus tukar baju sebab kitorang ingat nak tukar kat masjid dan boleh terus solat sekali. Lepas baju dah agak x basah sangat, kitorang naik kereta. Nasib baik kerusi jenis kulit. Jadi boleh lap.

Lepas solat maghrib Am bawa kitorang makan. Waktu makan-makan ni, Bob tanya nak pergi mana lepas ni sebab kitorang sewa sehari kereta tu jadi rugi la kalau nak balik terus. Entah macam mana idea gila boleh muncul dalam fikiran kitorang yang perempuan ni.

“Kita gi highland tower nak?”tanya zai. Aku, nini dan far setuju sebab memang kitorang dah lama teringin nak pergi highland tower. Bob dan Am ok je.
“Wei kurang ni gila ke? ” Mat dah marah. Dia ni penakut sikit.
“Kitorang nak pergi tengok bangunan je. Bukan nak cari benda tu. “kata aku.
“Ha a. Lagipun dah alang-alang ada orang setuju nak bawak” sokong nini.

Akhirnya Am dan bob bawa kitorang ke highland towers. Waktu otw ke sana, kitorang start buka cerita tentang highland towers ni. Am, bob dan Mat dah start cakap teringin nak tengok ‘benda tu’ nanti. Mat tu tak padan dengan penakut ada hati nak tengok benda tu. Tadi bukan main takut. Aku, nini, zai dan far, niat kitorang ke sana just nak tengok bangunan je.

Sedar tak sedar si Am bawa kitorang masuk satu taman perumahan ni. Boleh tahan besar juga rumah-rumah kat situ. Am berhentikan kereta betul-betul di depan bangunan highland towers. Pintu zinc (pintu yang selalu diorang pasang di tempat-tempat pembinaan) saja yg memisahkan kitorang dengan bangunan highland towers tu. Sebelah kiri kitorang hutan kanan pula rumah orang.

Aku, nini, zai dan far menunggu budak lelaki keluar dulu. Elok Am buka je pintu anjing di rumah sebelah kanan kitorang tu bunyi. Apalagi, si Am ni terus masuk semula dalam kereta. Dia ni pon 50 50 je.
“Keluar je. Anjing tu bunyi sebab dia nampak kita. Stranger. “Kata bob kemudian dia keluar dari kereta diikuti am dan mat. zai dan far tak berani nak keluar jadi hanya aku dan nini saja keluar tengok bangunan highland towers tu. Di orang berdua tengok dari dalam kereta.

Sedang aku tegok bangunan yang hanya tinggal dua block tu saja, entah macam mana aku terdetik untuk pandang hutan di sebelah kiri aku. Baru aku perasan ada sebuah rumah berwarna putih. Yg peliknya rumah tu tak nampak kotor. Macam baru cat pon ada dan rumah tu nampak seperti bercahaya.

Kemudian aku terdengar bunyi daun kering seperti dipijak/orang sedang berjalan di atasnya. Waktu ni aku tak fikir bukan-bukan. Aku just fikir binatang je. Ye la sebab hutan kan. So, aku ajak la nini masuk kereta sebab dah puas tengok.

Baru saja aku dan nini masuk kereta, mat, bob dan am tergopoh-gopoh masuk dalam kereta. Diorang cakap diorang dengar something. aku, nini, zai dan far tak pasti benda apa yang di orang dengar tapi kitorang rasa benda tu bukan benda baik. Jadi kitorang suruh pergi dari situ.

Tapi si bob ni pula boleh lagi tak tutup pintu kereta dan boleh lagi dia merokok. Tak pasal-pasal dia kena maki dengan mat, zai dan far. Baru la dia tutup pintu dan kitorang pergi dari situ. Keluar je dari perumahan tu. Am berhentikan kereta di tepi sebab dia dengan bob nk merokok.

So time ni far tanya dekat budak laki apa yang di orang dengar. Mat cakap di orang dengar suara nangis tapi slow je. Lepas tu bob pula tanya ‘perasan tak pokok yang dekat dengan kita je yang bergerak macam angin tiup tapi tak rasa pon angin. pokok lain tak bergerak pon.’

Zai dan far kata diorang perasan tapi diorang tak dengar pon nangis tu. aku dengan nini tak perasan pula hal pokok dengan nangis tu.
“Itulah korang nak jumpa sangat kan tadi. Dia bagi bunyi sikit korang dah lari”kata zai.

Then aku beritahu tentang rumah yang aku nampak tu. Far cakap dia pon nampak. Dia pon pelik sebab kalau rumah terbengkalai takkan dinding masih bersih. Dalam hutan pulak tu. Nampak macam ada orang duduk. Lepas tu kitorang pergi dari situ. Am bawak kitorang ronda KL dan lihat suasanan malam di KL.

Aku dan nini fikir mungkin sebab kitorang perempuan niat just nak tengok bangunan dan lelaki pula niat nak tengok benda tu sebab tu boleh dengar nangis tu.

Tentang pokok bergoyang tu mungkin ‘dia’ just nak suruh kitorang balik sebab dah malam. Dan tentang rumah aku nampak tu, mungkin memang ada orang duduk. Tapi dia tak sempat nak bersih halaman rumah dia kot. Itu yang macam hutan tu. Dan bunyi daun kering tu, mungkin binatang.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

.

Erica
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

20 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.