Salam sejahtera kepada pembaca FS . Aku nak menyiarkan kisah seram sepanjang aku berkhidmat sebagai front office assistant di sebuah hotel di Taiping,Perak. Sebelum aku menceritakan kisah ini dengan lanjut, aku terangkan sedikit sebanyak tentang hotel ini, Nama hotel ini dirahsiakan, dan kejadian ini berlaku sekwaktu MCO. Jadi pekerja akan dihadkan dan eletrik juga akan dipadam pada certain certain time. Taiping juga dikenali sebagai Raintown. Alasan mengapa hotel ini tidak ditutup kerana kami masih ada guest yang menginap dan tidak dapat pulang sewaktu awal MCO. Kami terpaksa beroperasi pada dua minggu pertama MCO.
Pada haritu, Aku pula dapat shift malam. Sepatutnya shift malam ada dua orang. Aku dan supervisior aku bertugas pada malam itu. Tetapi, Supervisior aku datang lewat kerana hujan yang sangat lebat. Aku pula mula bertugas berseorangan. Di hadapan kaunter aku terdapat banyak kerusi atau dikenali sebagai lobby station dimana guest yang hendak check inn dan check out akan duduk disitu sementara menunggu giliran. Memandangkan aku bertugas pada hari MCO. Maka kerja aku pun tak lah banyak. Jadi aku pilih untuk melepak di banyak-banyak kerusi tersebut. Gangguan bermula pada waktu elektrik dipadam dan hanya ada lampu lobi yang malap sahaja. Aku mula mengantuk dan terlelap . Dan aku tersedar apabila telephone di kaunter berdering. Aku bangun dan aku angkat. Aku tidak lihat number bilik kerana terlalu mengantuk . Mamai kot masa tu .Hujan masih lagi lebat . Aku greeting dan pemangil di ditelephon diam. Aku tutup . Kemudian aku menerima panggilan sekali lagi.
Di kaunter, terdapat 3 telephone . Ketiga-tiga telephone itu berdering dengan serentak. Maka, Bunyi di lobi sangat sangat bising. Dan apabila aku cuba untuk tarik wayer telephone kerana aku beranggapan bahawa itu adalah masalah teknikal, pintu main entrance terbuka dengan sendiri. Pintu itu ada sensor, jadi pintu akan bergerak apabila mengesan pergerakan. Aku terkejut kerana tiada seorang pun disitu. Aku mula rasa tidak sedap hati.
Aku capai telephone pintar ku dan aku kunci diri ku di dalam office. Aku mula rasa hendak menagis dan aku dapat panggilan didalam office. Aku tengok number, fuh lega apabila number itu dari security deparment. Aku angkat. Bahagian security deparment menelefone ku dan berkata jangan keluar dari office. Duduk diam diam sehingga pakcik datang. Dia terus meletakkan telephone. Semantara menunggu security datang. Aku dengar cakaran diluar pintu office aku. Dan aku dengar tapak kaki yang berloceng berjalan perlahan. Dalam hati memang aku dah mencarut. Dah la supervisior aku tak datang lagi. Kena ganggu pulak waktu yang sendu. Double mencarut. Mana nak lari, Kedai semua tutup.
Bang !! Aku dengar seperti ada barang yang dibaling tepat pada pintu office ku. Aku get ready nak play bacaan surah Yassin. Baru nak type dalam youtube, aku dengar pakcik securiry azan di depan pintu office Aku juga dengar bacaan surah-surah suci al-Quran. . Aku berani kan diri lalu keluar apabila pintu office diketuk. Pakcik security ajak aku lepak dalam security room. Katanya tidak selamat duduk di lobi. Apabila sampai di security room, Dia tunjuk satu rakaman dalam cctv, time aku tengah tidur, kerusi bergoyang dihadapan ku. Seperti ada yang sedang menolak dan pintu main entrance terbukak dan tertutup. Lebih daripada 3 kali.
Lebih hairan, Pakcik security itu bagitau yang pintu main entrance tu berkunci. Tiada siapa yang boleh keluar dan masuk kecuali ikut pintu belakang iaitu employer entrance. Kami decide tak nak bagitau supervisior kerana dia adalah seorang perempuan. Kami tidak mahu menakutkan dia. Jadi kami simpan rahsia ini dan act cool sahaja,. Walaupun jantung aku bagai nak pecah. Mata agak berair kerana tak sangka langsung ‘dia’ datang menyapa. Dan esoknya aku demam 2 hari. Namun kejadian seram ini tidak berakhir disini. Supervisior aku juga terkena gangguan sepanjang dia bertugas pada night shift berseorangan.
Jika diberi peluang, aku akan sambung menceritakan kisah supervisor aku pulak. Sekian terima kasih.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Cerita best cpt2 sambung yer
Sambung lg. Best sngt
Terbaik.. mudah difahami.
P/s : inginkan netflix original murah, blh wasap sy 011-1099 5829. Serendah RM12.90 utk 1 bulan. 2 bulan pn ada. Roger2 utk harga promosi. Tq2.
fuyoh….yang ni Elxcelsior ke? I dah kena last time i stay kat sana
Waaaa ….ganas tu tahap ganguan dia …
Hotel di Taiping errrk …
kena gak bagitahu ..sekurangnya klue ke apa ..
bukan apa …kita-kita yang kuat berjalan ni lah yang nak kena hadap …
jika di kaunter pon dah kemain gila dia buat gaya cowboy …dalam bebilik apa lagi …
jika boleh elak ..baik elakkan dari menginap di hotel yang membuatkan kita-kita ni hilang mood nak traveling nih ….
bala …
meremang bulu roma sis
pegh…bukan main lagi gangguan dia…dah ler aku ni kaki berjalan…jangan satu hari nanti aku menginap kat hotel seperti dalam penceritaan ni dah ler….ah sheram weiiii
Menarik, sila kongsikan lagi.