#Niq- Kesan Sihir

Assalamualaikum warga fs. Terima kasih admin kalau cerita aku ni disiarkan sekali lagi. Nama aku niq, ingin aku kongsikan mengenai mak aku. Mak aku pernah menjadi mangsa hasad dengki, disihir. Lama juga mak sakit, sampaikan aku terpaksa berhenti kerja demi ibu tercinta. Chewahh.

Masalah ni dah settle pun. Cuma kesan daripada tu masih ada, yang aku nak cerita ni apa yang berlaku lepas mak aku dah sihat. Sebelum tu, maaf jika tidak memenuhi piawai tahap keseraman korang.

Walaupun mak aku dah sepenuhnya sihat lepas berubat, mak aku sepertinya senang diganggu mahkluk halus. Mak aku senang dirasuk!

Kebiasaan mak aku pagi – pagi turun kebawah cuci mata tengok tanaman dia. Entah macam Salah sekor kucing aku tetiba lompat atas dia. Punyalah dia terkejut (yang ni tak comfirm betul ke tak kucing).

Lepas tu mak aku naik atas rumah, dia mengadu penat. Masa tu aku dah nampak macam pelik. Bila kau dah biasa dengan benda macam ni, kau dah boleh bezakan benda yang normal or tak. Untuk kes mak aku mata dia, kalau mata hitam dia macam bertukar ke warna kelabu tu, memang something wrong somewhere lah tu.

Aku mesej adik aku siap-siap sebab dia boleh la handle sikit-sikit benda macam ni. Aku namakan adik aku Zul (bukan Zul Ariffin). Tapi Sebelum Zul sampai, aku try buka mp3 surah as- Saffat, ayat 1 hingga 10. Aku ulang je, Sekali mak aku bangun, mendengus marah. Panas!

Nasib baik Zul sampai tepat pada masanya. Mak aku time tu dah meracau, dahlah Masa tu abah aku keluar tak bawa telefon. Haru!

Aku pegang mak aku dari arah depan, Zul pula mulakan bacaan dari arah belakang mak aku. Apa yang aku tahu adik aku baca Al – Fatihah, 3 Qul, ayat kursi dan Bismillah 5. Berulang – ulang Kali sampai mak aku berhenti meracau. Aku pula yang duk pegang mak aku dari arah depan aku nampak dengan mata kepala aku sendiri mata mak aku perlahan- lahan berubah dari kelabu ke hitam. First time tengok benda camtu in real life selalu dalam tv je.

Tahun lepas, aku ada singgah rumah arwah atuk suami aku sebelum balik rumah mak aku. Tak sampai sejam duk rumah mak, mak aku tiba-tiba meracau. Lama juga nak dipulihkan. Dua Kali Hari tu mak aku dirasuk.

Adik aku, zul juga lah yang cuba pulihkan mak aku. Zul suruh mak aku minum air yang dia dah bacakan ayat-ayat Al – Quran. Sekali mak aku siap gelak sinis lagi. Geram pula aku, terus aku paksa mak aku minum.

Cuma Allah bagi kelebihan kepada mak aku, walaupun dirasuk, kadang- adang dia masih lagi boleh kawal diri sendiri. Sebab masa tengah dirawat tu dia boleh je tetiba menjerit.

“Kau siapa, kau tak kenal aku siapa lagi. Hanya Allah sahaja yang berkuasa ke atas aku”.

Lepas tu elok je dia baca ayat kursi.

Alhamdulillah dengan izin Allah mak aku ok lepas dua kali dirasuk hari tu. Kesian mak aku, ambil masa dua atau tiga hari juga untuk pulih sepenuhnya. Mak aku cakap, semasa dirasuk, dia nampak apa yang berlaku. Tapi macam dia duduk jauh je dari situ.

Apa yang aku tahu, lepas daripada kejadian tu, kenalan keluarga kami, Kamal (bukan nama sebenar) bagi tahu benda yang merasuk mak aku tu sebenarnya menumpang seseorang yang ada dua nyawa (Kamal dikurniakan sixth sense). Ciss aku lah tu,time tu aku tengah pregant. Haha!

Haa aku nak bagitahu antara tanda – tanda korang sedang diganggu.

Rasa sakit ulu hati tapi perlahan- lahan ke atas sampai ke leher dan tulang pipi. Ciss yang ni aku selalu rasa. Biasa terjadi selepas waktu asar. Sakit kot.

Lagi satu kalau aku lah korang aku tak tahu, aku rasa macam terkena sawang or sarang labah- labah. Padahal Sebelum tu aku lalu tempat yang sama. Contoh pernah Sekali aku pergi keluar makan dengan kakak aku, keluar kereta ok je. Lepas makan dah nak balik, aku lalu jalan yang sama. Tetiba je rasa cam terkena sesawang. Try sapu dua tiga Kali still ada. On the way balik terus aku jadi can pedih ulu hati dan semput tetiba. Haha

Eh lagi satu nak cerita tapi macam lebih pada nak tanya pendapat. Si Kamal tu time aku pregnant dia ada cakap ada kemungkinan anak aku akan ada deria keenam gitu. Aku tak ambil pusing sangat. Tapi lepas dua bulan dilahirkan anak aku menunjukkan tabiat yang agak pelik. Dia suka pandang keatas. Tapi tak menangis. Kadang time menyusu dia akan pandang ke arah bertentangan dengan aku and buat muka takut- takut. Aku dah jumpa ustaz. Alhamdulillah Makin ok dan Kamal ni pun dah tolong tutupkan hijab anak aku. Dia pesan kena selalu bacakan al- Quran pada anak aku.

Tapi kadang – kadang tu ada juga anak aku tiba pandang ke satu arah pastu menangis. Ada juga time rilex rilex duk gelak senyum tetiba dia menangis yang kaw kaw punya. Korang ada tak pengalaman macam tu? Apa pendapat korang pasal ni? Sekarang baby girl aku dah 5 bulan.

Okaylah, setakat ini sahaja. Thank you admin sudi siarkan.

P/s : time tulis ni dah pukul 12.45 pagi. Takut pulak nak pergi toilet seorang diri. Haha.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

#niq
rate (3.54 / 13)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

51 Comments on "#Niq- Kesan Sihir"

avatar
Bebulu halus
rate :
     

Ok baik

Aurora
rate :
     

Ok

Airish Alnisa
rate :
     

BEST!

TERUSKAN BERKARYA!

Teej

“Rasa sakit ulu hati tapi perlahan- lahan ke atas sampai ke leher dan tulang pipi. Ciss yang ni aku selalu rasa. Biasa terjadi selepas waktu asar. Sakit kot.

Lagi satu kalau aku lah korang aku tak tahu, aku rasa macam terkena sawang or sarang labah- labah. Padahal Sebelum tu aku lalu tempat yang sama. Contoh pernah Sekali aku pergi keluar makan dengan kakak aku, keluar kereta ok je. Lepas makan dah nak balik, aku lalu jalan yang sama. Tetiba je rasa cam terkena sesawang. Try sapu dua tiga Kali still ada. On the way balik terus aku jadi can pedih ulu hati dan semput tetiba. Haha”

Erk! Aku selalu rasa macam nih!

wpDiscuz