Niyang Ropek (Penulisan Berkualiti – Editor)

Salam semua. Terima kasih kepada mereka yang berminat untuk membaca karya picisan saya ini. Bermula dari Estodania dan juga Pawang Benayat. Baiklah. Sekadar pencerahan daripada beberapa komen yang saya sempat baca di Estodania… Banyak watak dan lokasi? Estodania sengaja saya jadikan begitu ceritanya sebagai pengenalan kepada inti kisah fiksyen yang saya cadang untuk wujudkan. Jadi, akan banyak cerita lain menyusul selepas Estodania Bahagian 1… Saya cuba kembangkan pengembaraan Ayyan. Saya masih belajar menulis guys… so komen yang murni-murni sahaja. Saya hati tisu ni. Mohon kerjasama untuk baca dan sedia dengan setiap cerita yang saya hantar di sini kerana setiap cerita berkait antara satu dengan yang lain. Contoh, cerita Pawang Benayat. Benayat adalah salah satu antogonis utama dalam fiksyen Estodania ini. Let the game begin. Niyang Ropek? Bacalah. Kisah ini sambungan daripada kisah Pawang Benayat. Semoga semua terhibur. Maaf kalau saya nampak jahat kerana sengaja meninggalkan pembaca dengan cliffhanger. Memang itulah tujuannya. Hehehe. Sorry awal-awal. Universe Estodania ini memang akan panjang dan bersambung-sambung. Kadang-kadang saya akan siarkan sedikit pengenalan di page saya. Buku? Jangan risau, saya tidak bercadang lagi jual buku. Saya masih tak pandai menulis lagilahhh.. so belajar dulu daripada komen-komen pembaca. Kita jadi satu family nak? Jangan bazirkan duit kamu untuk penulisan buku yang merosakkan Bahasa Melayu.


Disember, 1993. Kampung Pagung. Matahari seperti enggan bersinar. Lima hari selepas jenazah anaknya selamat dikebumikan. Kilasan cahayanya hanya dipancarkan di balik awan yang kian menggelap di segenap langit. Pelahan-lahan angin dari arah tenggara berpuput membelai-belai kulit tuanya. Tasbih dimain-mainkan di jari-jarinya. Pandangan matanya dihalakan ke arah hujung laut yang kelihatan dilanda lebatnya hujan. Pada hari kebiasaannya, dari pangkin rumahnya ini, dia akan melihat wujud pulau sebelah yang tampak lebih kecil berbanding pulau yang mereka diami ini.

Kampung Pagung pada pagi itu kelihatan suram seperti biasa. Berita kematian anaknya sangat menggemparkan penduduk kampung. Walaupun mereka sudah terbiasa melihat kejadian-kejadian pelik di kampung ini, tetapi kematian anaknya merupakan kes pertama yang melibatkan kematian. Mindanya masih dapat membayangkan kesan gigitan di leher anaknya. Tampak seperti digigit manusia. Di bahagian belakang anaknya, kesan-kesan cakaran jelas kelihatan. Seperti dicakar menggunakan kuku yang tajam. Dia teringat akan lembaga putih yang mengganggunya pada malam kematian Ehsan. Sebenarnya, dia sudah seringkali mendapat kunjungan daripada lembaga tersebut. Almarhum suaminya memaklumkan bahawa lembaga itu adalah jin suruhan bidan Kampung Pagung yang telah diusir keluar beberapa tahun yang lalu. Niyang Ropek. Orang kampung telah berjaya membongkar kejahatan yang dilakukan oleh Niyang ketika Niyang sedang bersedia untuk menyeru rakan-rakan jin untuk menyerang Tok Kandek. Kebetulan pada masa itu, Mak Kandik sedang sarat hendak melahirkan anak sulung mereka. Walaupun akhirnya anak mereka itu meninggal dunia.

β€œNek Seha..” dia menoleh. Farihah, cicitnya memandangnya dengan sayu. Farihah duduk di sebelahnya. Tangannya diletakkan di bahu cicitnya itu.

β€œKenapa Reha?” Mak Seha bertanya kerana melihat muka sugul cicitnya itu. Farihah memeluknya. Gadis mungil yang baru berusia enam tahun itu masih belum mengerti tragedi yang menimpa kampung mereka saat itu.

β€œSabar nek. Nenek mesti sedih sebab Pak Ehsan dah tiada,” Farihah membelai-belai wajah tuanya. Mak Seha hanya mampu tersenyum melihat tingkah cicit kesayangannya itu. Farihah memeluknya.

β€œOh… beratnya cicit nenek ni…” Mak Seha membalas pelukan cicitnya sambil tergelak. Hati tuanya rasa diciut melihat kecomelan tingkah cicit mungilnya itu.

β€œReha makan apa sehingga berat macam ini? Makan ikan banyak sangat?” canda Mak Seha. Farihah meleraikan pelukannya. Tudung yang disarungkannya sedikit comot kerana berpelukan tadi. Tiada senyuman langsung di wajah mungilnya.

β€œNek Seha mesti paksa diri untuk ketawa sekarang ni kan?” ujar Farihah. Wajah sugulnya dikekalkan. Tergelak Mak Seha mendengar ujaran cucunya itu. Masih kecil sudah petah berkata-kata. Dipicit-picitnya pipi Farihah.

β€œNenek memang sedih.. tapi kita tak boleh meratap pemergian manusia lama-lama. Allah lebih sayangkan Tok Ehsan…” Mak Seha menerangkan isi hati tuanya kepada Farihah.

β€œKita yang masih bernyawa ni kena teruskan hidup ni. Perbanyakkan ibadah dan amal. Dekatkan diri dengan Allah.”

β€œNyawa tu apa nek?” pintas Farihah. Mak Seha mengulum senyuman. Dia terlupa bahawa dia sedang berbual dengan kanak-kanak yang masih belum mengenal dusta dunia.

β€œNyawa adalah anugerah yang Allah berikan kepada kita supaya kita boleh hidup di muka bumi ini. Nyawa adalah lambang kekuasaan Allah yang mampu menghidupkan dan mematikan. Jadi, maksudnya kita yang hidup ini akan m**i. Macam Tok Ehsan. ..” terang Mak Seha. Walaupun dia tidak pasti sama ada Farihah dapat memahami butir penerangannya itu, tetapi dia tetap cuba untuk memberikannya faham.

β€œKalau Allah dah beri dekat Tok Ehsan, kenapa Tok Ehsan m**i?” tanya Farihah lagi.

β€œMaksudnya, nyawa yang Allah beri itu hanya pinjaman. Sampai satu masa.. Allah akan ambil semula. Sebab tu kita wajib pelihara nyawa yang kita ada. Jangan sia-siakan. Islam juga anjurkan kita pelihara nyawa dengan baik,” sambung Mak Seha. Farihah termangu. Otak kecilnya cuba memproses nasihat yang diberikan oleh nenek tuanya itu.

β€œReha tahu macam mana nak pelihara nyawa?” tanya Mak Seha. Pantas Farihah mengelengkan kepalanya.

β€œMacam ni…. Cuba tengok apa yang ibu dan ayah Farihah selalu buat? Apa yang Tok Ehsan selalu buat? Solat mereka tinggalkan tak? Setiap malam apa yang ayah Reha buat? Tudung ni… kenapa ayah suruh pakai?” tanya Mak Seha bertalu-talu sambil memegang tudung merah jambu yang dipakai cicitnya itu. Dia memaksa cicitnya itu berfikir.

β€œAyah kata… supaya Reha masuk syurga…” jawab Farihah lambat-lambat.

β€œBetul… kita buat semua tadi.. supaya kita masuk syurga. Sebab.. dengan masuk syurga.. barulah nyawa kita betul-betul terpelihara. Solat yang kita wajib lakukan salah satu cara kita pelihara nyawa. Tudung yang Reha pakai ni… untuk jaga nyawa Reha. Supaya nanti tidak ada mata-mata nakal yang tenung Reha sambil fikir yang bukan-bukan. Nanti Reha kena culik!” sambung Mak Seha lagi panjang lebar. Farihah masih termangu. Entahkan faham atau tidak penjelasan neneknya itu.

Sedang Mak Seha kusyuk memberi tazkirah ringan kepada Farihah, tiba-tiba Pak Syahriyan datang dengan kalut. Derapan lari kakinya menyebabkan Mak Seha dan Farihah menoleh ke arahnya. Dia berlari. Syahriyan. Anak kepada adik iparnya. Walaupun sudah berusia 50 tahun, tetapi kudratnya masih seperti pemuda berusia 20-an. Berkat kerajinannya mengamalkan ilmu-ilmu persilatan barang kali.

β€œKau dah kenapa lari macam tak cukup tanah ni? Cuba bawa bertenang sikit,” bebel Mak Seha.

β€œAnak saya Mak… Anak saya…” Pak Syahriyan tercungap-cungap.

β€œTarik nafas dulu. Bertenang. Aku peliklah orang kampung ni… macam semua tak pandai nak bertenang. Kalau ada masalah sekalipun, tak payah nak lari macam tak cukup tanah. Risau jatuh tersadung bertambah lagi masalah..”bebel Mak Seha lagi. Pak Syahriyan menarik nafas panjang lalu menghembuskannya. Dia tersengih macam kerang busuk.

β€œHah.. kenapa dengan anak kamu?” tanya Mak Seha.

β€œDia nak melahirkan dah Mak. Alhamdulillah.”

β€œAlhamdulillah. Dia ada kat mana?”

β€œRumah Tok Ketua. Cepat Mak Seha..” Pak Syahriyan kembali kelam-kabut.

β€œSabarlah Riyan. Aku ni dah tua. Tak larat bukan macam kau…” terkedek-kedek Mak Seha menurunkan Farihah dari pahanya.

β€œPak Benayat kata dia nak bidankan!” perlahan suara Pak Syahriyan menuturkannya. Mak Seha mendongak. Ada raut kerisauan pada garit wajah tuanya. Benayat? Keparat tak guna itu. Apa pula rancangannya kali ini?.

β€œTak guna. Mari Farihah. Kita pergi selamatkan adik kamu. Dukung cucu kamu ini Riyan. Aku tak larat dah,” Mak Seha terbongkok sambil bertongkak lutut menggagahkan dirinya untuk berdiri. Pak Syahriyan membantunya. Farihah yang dari tadi hanya terpinga-pinga mendengar perbualan mereka segera didukung. Mereka beriringan ke rumah Tok Kandek yang terletak di hujung sebelah kampung mereka. Jauh bagi Mak Seha.

β€œLajulah Mak Seha. Aku risau ni.”

β€œSabar. Bertenang. Kau kena faham orang tua macam aku ni bagaimana keadaannya..”

β€œTak tua manalah. Kita cuma beza 20 tahun.” rungut Pak Syahriyan. Farihah di tangannya diturunkan.

β€œReha jalan sendiri. Dah besar. Pergi lari..” arah Pak Syahriyan. Mak Seha hanya tercengang. Belum sempat dia menambah bebelan, Pak Syahriyan dengan pantas mengangkat tubuh tuanya lalu diletakkan di pundaknya.

β€œMak Seha lambat sangat…”ujar Pak Syahiran sambil tergelak.

β€œRiyan… turunkan aku Riyan… adoiii.. patahlah tulang-tulang tua aku….” Kata Mak Seha sambil mengetuk-ngetuk kepala Pak Syahriyan. Tanpa mempedulikannya, Pak Syahriyan segera berlari dengan pantas sehingga dapat meninggalkan Farihah yang sedang terkedek-kedek lari. Kaki pendek. Getus hati Pak Syahriyan.

Setibanya di rumah Tok Kandek, orang kampung sudah ramai berkumpul di luar rumah. Tok Kandek sedang mundar-mandir di hadapan pintu. Bertalu-talu pintu di ketuk oleh beberapa orang. Ada yang sedang menendang-nendang pintu. Pak Syahriyan menurunkan Mak Seha di hadapan Tok Kandek. Ketibaan mereka menimbulkan kehairanan di benak penduduk kampung. Mungkin disebabkan Pak Syahriyan yang mendukung orang tua seperti Mak Seha. Dari dalam rumah Tok Kandek, kedengaran suara dua orang wanita sedang menjerit kesakitan. Tok Kandek memandang mereka lalu segera memeluk Pak Syahriyan.

β€œMengapa lama sangat Syahriyan?” ujar Tok Kandek. Pelukan dileraikannya. Belum sempat Pak Syahriyan menjawab, Mak Seha segera mencela.

β€œIsteri kamu juga hendak melahirkan?” tanya Mak Seha kepada Tok Kandek. Pak Syahriyan terkejut. Dia sangkakan hanya anaknya sahaja yang akan melahirkan.

β€œSebenarnya bulan dia tak sampai lagi. Tetapi Nayat arahkan isteri saya masuk. Dia halau semua ibu-ibu keluar lalu pintu rumah semua dikunci. Saya risaulah Mak Seha. Entah apa dia nak buat dengan bayi-bayi kami kelak,” Tok Kandek memegang pundak Pak Syahriyan.

β€œMana Hafizul?” tanya Mak Seha.

β€œDia masih belum pulang dari kebun. Saya dah arahkan Ethihar panggil dia,” jawab Tok Kandek. Raut wajahnya jelas menampakkan kebimbangan. Kredibiliti seorang ketua kampung jelas tidak dipamerkan pada gayanya. Mak Seha memahami keadaan Tok Kandek. Lagipun, jawatan Ketua Kampung itu dia ambil alih tanpa kerelaan hatinya selepas kematian suami Mak Seha.

β€œAbanggggggg…!!! tolong banggggg…!!!” tiba-tiba kedengaran suara Mak Kandik menjerit dari dalam rumah. Semua orang kampung mula kaget mendengar jeritan itu. Kekagetan ditambah lagi dengan suara hilai tawa yang kedengaran dari arah dalam rumah. Langit yang cerah tiba-tiba berpetir. Angin yang tadinya tenang tiba-tiba menderu dengan ganas.

β€œAstaghfirullah. Apa yang Nayat cuba lakukan ini? Tolonglah Mak Seha,” rayu Tok Kandek. Matanya kuyu meminta simpati.

β€œYang kau pergi benarkan dia jadi bidan mereka kenapa? Tak boleh tunggu aku ke?” bebel Mak Seha bermula. Dalam keadaan gawat seperti itu, dia masih sempat memarahi anak-anak didik almarhum suaminya itu.

β€œTak payah nak marah-marah sekarang Mak Seha. Selamatkan isteri kami dulu,” pintas Pak Syahriyan. Orang-orang kampung yang tadi berusaha membuka pintu sudah bersurai dan memberi ruang kaki lima rumah Tok Kandek kepada ketiga-tiga orang tua Kampung Pagung itu.

β€œAku cuba. Ingat. Aku ni dah tua. Kudrat tak sama macam dulu. Kamu berdua pergi ke bawah. Baca apa-apa yang patut. Aku malas nak ulang. Pastikan Hafizul sampai dengan segera,” ujar Mak Seha tegas. Dengan pantas Tok Kandek dan Pak Syahriyan menuruni tangga rumah. Mak Seha mengetatkan simpulan rambutnya yang sudah memutih itu. Zikir Basmalah digunakan sebagai pembuka bunga langkahnya. Terketar-ketar lutut wanita tua itu cuba mengagahkan tubuh kedingnya. Dia menghela nafas panjang lalu dihembuskan ke daun pintu.

β€œKandek! Arahkan orang kampung baca Isti’adha! Kuat!” jerit Mak Seha tanpa menoleh ke belakang.

Mak Seha segera menyarungkan selendang yang dililit dilehernya ke kepala. Dia tawakkal kepada Allah. Langkah seterusnya, dia mulakan dengan membaca ayat keempat dari Surah Al-Anbiyaa’.

β€œTuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan (perbuatan) di langit dan di bumi dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Orang kampung sedang membaca Isti’adha dengan lantang. Pada saat itu, suara hilai tawa mula menerawang dengan kuat di sekeliling mereka. Langit yang tadinya sedikit cerah mulai mendung. Tiupan angin semakin mengganas. Tetapi, pintu dan jendela-jendela rumah Tok Kandek masih kejap walaupun dipukul-pukul angin bertalu-talu. Dari dalam rumah, kedengaran suara tangisan dan jeritan Mak Kandik semakin kuat. Hanya suara Mak Kandik. Mana suara anak saudaranya? Mak Seha menutup mata lalu duduk bersila. Rasa sakit dilutut tuanya diabaikan. Dia cuba mengumpulkan kembali kekuatan dalaman yang pernah diajarkan almarhum suaminya dahulu. Terkumat-kamit bibir tuanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan memuji keesaan Allah. Terasa tubuhnya seperti ditolak-tolak ke belakang. Mak Seha segera menepukkan tangannya pada lantai. Kedengaran sedikit suara ghaib meraung. Mak Seha melanjutkan bacaaanya dengan melagukan doa yang pernah diajar oleh Malaikat Jibril kepada Rasulullah dahulu ketika peristiwa Israk Mikraj. Doa Ta’awudz.

β€œAku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada β€œmelampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang hari dan dari kejahatan jalan-jalan di malam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang.”

Doa Ta’awudz yang pernah digunakan oleh Rasulullah untuk menewaskan Ifrit itu dibaca sebanyak tujuh kali. Sedang kusyuk membaca, suara jeritan Mak Kandik yang sudah tidak kedengaran mewujudkan kegalauan di hati Mak Seha dan juga orang kampung. Dengan pantas Mak Seha menghentakkan telapak tangan kirinya ke atas lantai.

β€œAllahu’akbar!” tangan dihentakkan. Seiringan dengan itu, d***h merah mengalir keluar dari hidung kiri Mak Seha. Dibiarkannya. Jantungnya terasa sakit seperti direntap-rentap. Mak Seha cuba bertahan dan berusaha menewaskan jin terkutuk yang dia yakini menjadi rakan sekutu Pak Benayat. Doa Ta’awudz dibaca dengan kuat kali ini.

Suasana di hadapan rumah Tok Kandek terlihat tegang. Orang kampung masih gigih membacakan kalimah isti’adha secara berjemaah. Hujan mencurah-curah namun diabaikan oleh orang kampung. Mata Mak Seha masih dipejamkan rapat. Dengan menggunakan mata batinnya, dia dapat melihat tubuh Mak Kandik dan anak saudara sedang terkujur lintang di sebalik pintu tersebut. Mak Kandik sudah mula sekarat. Kaki kedua-duanya berlumuran d***h. Anak saudaranya, Umairah nampak kojol dengan wajah pucat. Dicelah-celah kakinya, tampak lembaga yang pernah menyerangnya dulu sedang menghisap d***h yang mengalir. Air mata Mak Seha menitik. Tahulah dia bahawa anak saudaranya itu sudah menemui ajal. Pertahanan Mak Seha semakin longgar. Hatinya tidak dapat menahan sebak. Seluruh temulangnya terasa bergoyang. Lelehan d***h di hidungnya semakin deras.

Suara hilai tawa semakin kuat kedengaran. Mak Seha dapat melihat Mak Kandik sedang cuba mengesot ke belakang. Dia hanya mampu menangis teresak-esak. Tiba-tiba, Pak Benayat muncul dalam pandangannya lalu mengheret kaki Mak Kandik mendekati lembaga yang menghisap d***h Umairah. Dia terdengar suara tangisan bayi yang sedang merengek. Mak Seha membuka kedua matanya.

β€œCicit aku,” ujarnya. Mak Seha segera bangun. Berdiri menghadap pintu. Bibirnya terkumat-kamit membaca salah satu kalimat Isti’anah. Kedua tapak tangan dirapatkan antara satu dengan yang lain dengan hala jari disilangkan. Jari kanan dihalakan ke atas, manakala jari kiri dihalakan ke bawah. Mak Seha mengerahkan seluruh kudrat tuanya yang masih tersisa. Peluh dingin mulai membasahi segenap tubuh kedingnya itu. Dalam terketar-ketar, Mak Seha akhirnya berjaya berdiri tegak betul-betul berhadapan dengan pintu rumah. Mindanya sempat berdoa kepada Allah agar Hafizul segera sampai membantunya. Dia dapat rasakan kudrat tuanya semakin lemah. Namun, tekadnya kuat untuk menyelamatkan cucunya.

β€œLAHAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHIL ALIYIL ADZIM….”

β€œAllahu’akbar!” Mak Seha menghentakkan telapak tangan kanannya ke pintu rumah Tok Kandek. Seiring dengan itu, tubuh tuanya terpelanting ke belakang seperti ada kuasa yang menolaknya. Mak Seha tersungkur dan hampir terjatuh ke tangga. Mujurlah tangannya sempat berpaut pada sendi-sendi rumah. Mak Seha terbatuk-batuk. D***h tersembur keluar dari mulutnya. Mak Seha mengelap mulutnya dengan bajunya.

Bahu Mak Seha disentuh seseorang. Mak Seha mendongak memandang orang itu. Hafizul. Mak Seha tersenyum gembira sambil menahan kesakitan. Dia lega. Hafizul merupakan pewaris almarhum suaminya untuk menguruskan ilmu persilatan Kampung Pagung itu dan secara tidak langsung menjadi penjaga kepada seluruh penduduk kampung mereka. Dia? Zamannya sudah berlalu. Tubuhnya sudah dimamah usia. Hari ini dia hanya berusaha untuk menyelamatkan anak dan cucunya. Walaupun nampaknya dia kecundang. Mak Seha merebahkan dirinya di lantai rumah itu. Tubuhnya sangat lemah. Dia menutup mata sambil tersenyum. Dia dapat rasakan tubuh tuanya diangkat dan diusung turun daripada rumah Tok Kandek. Kemudian, segalanya terdengar senyap. Dia penat.

Hafizul membaca kalimat-kalimat Al-Fatihah lalu diiringkan dengan surah tigal Qul. Seraya kakinya dihalakan ke arah pintu dan ditahan tegak. Dia membaca ayat 1 sehingga 4 dari surah al-Fath. Surah yang menjanjikan kemenangan kepada Rasulullah dalam peristiwa Hudaibiyyah dulu. Dengan kuat kakinya menendang pintu rumah tersebut. Pintu terpelanting dan terbuka seiring dengan raungan kesakitan suara ghaib.

Di dalam rumah, tampak lembaga hodoh sedang membongkok memegang kepala Umairah. Lembaga itu meraung marah. Mulutnya terbuka luas. Anak matanya membuntang hitam. Rambutnya kusut-masai meliuk-lentuk seperti ular. Jarinya yang runcing dihalakan ke arah hadapan menunjuk Pak Hafizul yang sedang berdiri gagah di hadapan pintu. D***h memenuhi segenap ruang. Jasad Mak Kandik sudah terlihat kojol di atas tikar yang berlumuran d***h. Pak Benayat tidak kelihatan di mana-mana sudut. Pak Hafizul segera menerpa masuk mengambil kedua-dua bayi yang sedang menangis di sebelah Mak Kandek. Tali pusat bayi itu masih belum dikerat. Kedua-duanya hanya dibungkus menggunakan kain yang berwarna kuning. Pak Hafizul beristighfar di dalam hati melihat kesyirikan yang berlaku di hadapan matanya itu.

Pak Hafizul menapak keluar lalu melompak tinggi mendekati orang kampung yang sudah menjarakkan diri dari rumah Tok Kandek itu. Titisan hujan sudah mulai kebah. Namun, deruan angin masih menggila dan langit masih kelabu. Pokok-pokok kelapa yang sekeliling kampung mereka meliuk-lentuk ditiup angin menambahkan lagi suasana seram ketika itu. Halaman rumah Tok Kandek sudah dipenuhi ramai orang. Mak Seha telah dibaringkan di atas tanah sambil diribakan oleh Pak Syahriyan. Wanita tua itu kelihatan sangat tenat selepas memaksa seluruh kudratnya melawan kekufuran Pak Benayat.

β€œPegang bayi-bayi ini. Lindungi mereka!” Pak Hafizul menyerahkan bayi-bayi tersebut kepada Tok Kandek yang menapak ke hadapan.

β€œIsteri aku macam mana Izul?” tanya Tok Kandek. Risau jelas terpampang pada wajahnya. Pak Hafizul hanya mampu menepuk-nepuk pundak sahabatnya itu. Dia tidak tahu bagaimana hendak memaklumkan kebenaran kepada sahabatnya itu.

β€œKita perlu redha kepada ketentuan Allah,” ujar Pak Hafizul lalu memalingkan badannya semula menghadap rumah Tok Kandek. Pertarungan belum selesai.

β€œKurang ajar kau keparat…!” parau dan lantang kedengaran suara Pak Benayat mengaum dari dalam rumah. Suaranya bergema memenuhi segenap ruang. Angin mengelilingi rumah Tok Kandek sehingga membentuk satu pusaran kecil. Semakin lama semakin padat dan menghimpit rumah Tok Kandek. Rumah Tok Kandek akhirnya pecah. Papan-papan dan bumbung rumah berterbangan ke udara. Terpusar-pusar dalam pusaran beliung yang wujud di hadapan mereka. Pak Hafizul membaca isti’adha dan dilanjutkan dengan bacaan isti’anah. Kakinya dihentakkan ke bumi dengan iringan kalimah takbir. Hentakan kaki itu diikuti dengan bunyi deruman dan alur angin yang tajam menuju ke arah pusaran. Apabila angin hentakan kaki Pak Hafizul menyentuh pusaran angin itu, kedengaran suara raungan ghaib menjerit sakit. Terlerai pusaran angin itu diikuti dengan bilah-bilah papan yang bertaburan di udara jatuh ke bumi.

Di balik pusaran angin itu, tampak tubuh Pak Benayat sedang terapung. Mata hitamnya membulat gelap. Tangannya didepakan. Ada bulatan bebola putih di kedua-dua tangannya.

β€œTerkutuk kau Benayat!” jerit satu suara wanita dari kelompok orang kampung. Sakinah. Isteri Pak Hafizul.

Pak Benayat merengus marah. Dengan menggunakan kekuatan sakti hasil bantuan jin, bilah kayu yang tajam dihumbankan ke arah Sakinah. Tujuannya agar wanita berlidah lancang itu m**i tertusuk kayu. Namun, ketangkasan Pak Hafizul berjaya menyelamatkan isterinya. Kakinya segera dilayangkan menyepak bilah kayu itu. Menepisnya ke kanan. Pak Benayat menjerit marah. Kali ini tubuhnya bertukar menjadi kepul-kepul asap hitam. Bau busuk mula menyengat hidung. Meloyakan dan menyebabkan Pak Hafizul terasa mual hampir termuntah. Pak Hafizul hanya mengeluarkan ludah. Pandangan matanya dihalakan tajam melihat perubahan Pak Benayat. Tubuh manusia terkutuk itu berubah menjadi sosok wanita tua yang menyeramkan. Berkurudung hitam dan gaun hitam panjang. Bibir wanita itu berwarna hitam. Matanya tajam seperti disolek. Wanita itu tersenyum. Menyeringai.

β€œAdakah kalian merindukan aku?!” ujarnya dengan suara yang kuat. Kemudian dia tertawa kuat. Apung badannya diturunkan menyentuh lantai rumah yang masih belum hancur. Di kakinya, mayat Umairah dan Mak Kandik bergelimpangan.

Niyang Ropek. Wanita terkutuk yang menjadi punca kekacauan di kampungnya beberapa tahun dulu. Wanita terkutuk yang menjadi punca kematian tok gurunya. Penyembah Syaitan dan hamba Jin Laknaktullah! Terlalu banyak kejahatan yang dia lakukan sehingga akhirnya tersebar luas hampir ke seluruh nusantara.

β€œNiyang Ropek??” Orang kampung tercengang kehairanan melihat wujud wanita di hadapan mereka ini. Tok Kandek menapak ke hadapan. Berdiri di samping sahabatnya.

β€œBagaimana kamu boleh terlepas?!” marah Tok Kandek. Hatinya terasa panas. Dia masih ingat lagi. Dia membantu Pak Ediris memenjarakan wanita terkutuk ini dan menghantar kurungannya jauh ke Tanah Emas. Dikurung di satu lokasi yang tidak diketahui oleh sesiapa kecuali dia, Pak Syahriyan dan Mak Seha.

Niyang Ropek tergelak mendengar soalan yang diajukan oleh Tok Kandek. Hilai tawanya sangat menyeramkan sehingga boleh menyebabkan sesiapa yang mendengarnya merinding seluruh tubuh.

β€œApa kau ingat aku terlalu lemah untuk kau tangkap sesuka hati?” ujar Niyang Ropek lalu tertawa lagi seperti orang gila.

β€œIsterimu sudah ku b***h. Darahnya habis ku hisap!” sambung Niyang Ropek. Mayat-mayat Mak Kandik dan Umairah ditendang dengan kasar sehingga jatuh tergolek betul-betul di hadapan Pak Hafizul dan Tok Kandek. Pak Syahriyan hanya mampu memandang mayat anaknya dari jauh. Air mata jantannya menitis perlahan-lahan. Bayi-bayi dalam dukungannya dikecup perlahan-lahan. Hatinya sayu. Farihah yang berada di sampingnya hanya memandang kosong. Wajah mungilnya kelihatan tidak ikhlas bersedih. Mungkin kerana dia masih belum mengerti peristiwa yang berlaku ketika itu.

β€œKeparat kau Niyang!” bertempik marah Tok Kandek lalu berlari meluru Niyang. Pak Hafizul segera menahan langkah sahabatnya itu.

β€œLepaskan aku Izul. Biarku b***h orang tua kutuk ini!” ujarnya.

β€œSabar Dek.. Sabar.. Ingat Allah. Sollu alan Nabi,” Pak Hafizul menyapu-nyapu dada sahabatnya itu.

β€œBiar aku yang uruskan. Kamu jaga orang kampung kita. Bawa semua berlindung di rumah Allah,” arah Pak Hafizul. Dia tahu, jika Tok Kandek mengikut rasa marahnya, dengan mudah sahabat Iblis di hadapan mereka ini akan membunuhnya. Tambahan pula, ilmu persilatan Tok Kandek masih mentah jika dibandingkan dengan kesaktian yang Niyang Ropek miliki.

Niyang Ropek mendapat peluang yang dinantikan, segera melayang terbang melepaskan satu tumbukan padu ke arah rusuk Pak Hafizul. Kepantasan pukulan Niyang Ropek itu tidak dijangka oleh Pak Hafizul kerana kawalannya terleka ketika cuba menenangkan Tok Kandek. Orang kampung berbondong-bondong meninggalkan halaman rumah Tok Kandek lalu menuju ke masjid…. Dbuuuk!!! Pak Hafizul menyerang balas. Tumbukan ghaib kuat dan tepat mengenai sasaran. Bergema kuat jeritan Niyang Ropek kesakitan lalu terlambung 10 depa kebelakang dan terjelopok ke tangga rumah Tok Kandek yang masih belum musnah dek pusaran jelmaan Niyang Ropek sebentar tadi. Tangga itu patah tertolak tubuh Niyang Ropek.

Niyang Ropek memegang dada kanannya. Ada d***h pekat mengalir. Hitam likat. Rupanya, Pak Hafizul telah membenamkan belati perak di situ. D***h tersembur keluar dari mulut Niyang Ropek. Dia terbatuk-batuk kasar.

β€œKeparat kamu Hafizul!” sumpah Niyang Ropek. Pak Hafizul tidak mempedulikannya. Dia segera mengatur bunga silat. Kalimat-kalimat Kursi kali ini disulangkan dengan setiap gerak yang dia lakukan. Seraya jurus angin dikeluarkan. Dihalakan ke arah Niyang Ropek yang semakin lemah. Bertubi-tubi pukulan angin dilayangkan. Peliknya, Niyang Ropek hanya mampu tersenyum Tubuhnya renyuk dan kemek seperti tin yang dipukul-pukul sehingga senyuman di bibirnya membiut.

β€œAku akan kembali. Tanah ini tidak akan pernah aman tanpa aku…” ujar Niyang Ropek sebelum tubuhnya bertukar menjadi api. Bilah-bilah kayu dikelilingnya terbakar dijilat api.

Pak Hafizul menarik nafas lega. Dia memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah. Matahari mulai menampakkan dirinya. Deruan angin yang tadinya ganas mula bertukar lembut. Suasana yang tadinya suram mula bertukar tenang. Pak Hafizul mengukir senyuman. Puas hati dan berterima kasih atas bantuan yang dihulurkan. Dia rasa tenang apabila menyedari keyakinan kepada Allah berjaya menewaskan kebatilan yang dipentaskan oleh syaitan dan sekutu-sekutunya di muka bumi ini.

Melihat kepada perubahan cuaca, tahulah bahawa Pak Hafizul berjaya menewaskan Niyang Ropek. Terasa pantas sangat Pak Hafizul menewaskan musuh Islam yang nyata itu. Mereka kembali ke halaman rumah Tok Kandek yang telah musnah dalam pertarungan tadi. Pak Hafizul sedang mengumpulkan mayat Mak Kandik dan Umairah di kawasan lapang hadapan tangga yang hangus dijilat api. Dia menoleh memandang rombongan orang kampung menujunya. Terlihat indah apabila Jemaah seramai itu keluar dari masjid. Terserlah kebergantungan mereka kepada ALLAH agar mereka sentiasa dipelihara. Subhanallah. Semoga penduduk Kampung Pagung ini akan terus-menerus meyakini Allah. Cukuplah hanya Pak Benayat yang akhirnya berpaling tadah menyekutukan Allah. Termakan hasutan Niyang Ropek. Pak Hafizul melambaikan tangannya ke arah penduduk kampung sambil mengukir senyuman sebagai simbolik kedamaian. Walaupun mungkin damai itu hanya sementara. Tiba-tiba, isterinya meluru lari dengan reaksi wajah yang takut.

β€œAbangggggg!” jerit isterinya. Isterinya hanya beberapa tapak lagi hampir dengannya.

β€œAwas, belakang!” sambung isterinya. Belum sempat Pak Hafizul menoleh ke belakang, lehernya d*****r menggunakan pisau tajam. Perlahan-lahan, tubuhnya terjatuh menyembah bumi. Badannya dilentangkan memandang langit yang membiru. Terpancut d***h merah dari lehernya. Terasa perit, dan nafasnya rasa tersekat. Tahulah dia bahawa ajalnya sudah tiba. Dia melihat, Pak Benayat sedang berdiri di sebelahnya. Tersenyum puas. Pak Benayat membaling pisau yang tajam ke hadapan. Arah isterinya yang berlari. Pak Hafizul pasrah. Jika hari ini adalah hari dia dan isterinya dijemput Allah. Perlahan-lahan dia mengucap syahadah dan kesaksian bahawa hanya Allah yang layak disembah. Matanya ditutup perlahan.

β€œLindungi kampungku, Ya Allah…”

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

dhaifullahazzayyani

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

91 thoughts on “Niyang Ropek (Penulisan Berkualiti – Editor)”

  1. Suggestion la, better ko letak ESTODANIA – NIYANG ROPEK. Supaya aku tahu tu story engko..hahaha..so takde la aku buat donno je tiap kali keluar notification dari admin. Kalo tahu tu story ko, awal2 lagi aku jadi org 1st yg baca.

    Reply
  2. Aku suka ayat ko β€œJangan bazirkan duit kamu untuk penulisan buku yang merosakkan Bahasa Melayu.”

    Aku setuju dgn ayat ko tu. kalo aku nk beli buku, aku akan pilih buku yg bahasa melayunya cantik dan sedap di baca. Bukan ayat2 pasar yg dibukukan. Berharga dgn bayaran yg dibuat. Tapi serius ckp, dgn gaya penulisan ko, aku berminat nak beli kalo ko keluarkan buku nanti. Apa2 pun, anggap FS ni medan utk kau mencuba/belajar/mencari pengalaman. Mana tahu 1 hari nanti kau setanding dgn penulis2 yg hebat.

    Reply
  3. Wah! πŸ™ŒPenulisan awak memang berkualiti..Mantap..Jauh betul beza dengan penulisan saya..Macam langit dengan bumi.Jeles saya. . πŸ˜…πŸ˜‚
    Keep Writing Bro! I will wait for the next story! πŸ˜†
    Saya dah macam baca buku dah ni.πŸ˜‰

    Reply
  4. Please nak lagi sambungan nye…pleaseeeee…sama minat macam tengok cite drama puaka niyang rapik tv3 dulu..xtahu la sama @ x…tpi terbaekkkk…nak nak nak lagiii..pleaseeeeeee

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.