#shizu Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Okay sebelum nak mulakan kisah keempat yang bakal aku ceritakan ni, aku nak berterima kasih kepada admin sebab sudi publish semua cerita aku. Aku juga nak minta maaf jika penulisan aku tak menepati selera segelintir pembaca. Suka diingatkan bahawa kisah kisah yang diceritakan oleh aku bukan sepenuhnya kisah benar. Terdapat pengolahan supaya cerita jadi lebih lancar dan tersusun. Sebelum baca cerita ni aku syorkan untuk baca dulu “Nurin Kau Yang Terakhir Part 1” dan “Nurin Kau Yang Terakhir Part 2” bagi yang belum baca. Berikut merupakan sambungan last yakni Part 3.
Setelah pulang ke Kuala Lumpur, rutin aku seperti biasa. Pergi kerja, balik, makan tido. Ulang. Nak dijadikan cerita, tiga bulan lepas tu pada hari Jumaat aku turun ‘site’ untuk pantau kerja contractor. Aku pergi berdua dengan Wan. Dia kerja satu office dengan aku. Company tempat aku kerja ni lebih kepada ‘property’. Beli rumah lelong bank, ubah suai dan jual balik.
Dalam sehari kami kena pergi sekurang kurangnya 5 buah rumah. Kalau nak pergi semua, sampai malam pun tak habis. Kawasan, biarlah rahsia. Pada masa tu ada sebuah saja yang tengah renovate. Jadi, rumah lain yang kami kena tengok semua yang belum di renovate lagi. Kebanyakannya terbiar. Semak samun dan jadi tempat pembuangan sampah. Sesudah sembahyang jumaat kami pergi ke sebuah kedai makan. ZamBeriyani nama kedai tu. Depan masjid. Memang jadi kebiasaan bila turun site kami akan makan tengahari disitu. Tengah asyik menghirup kopi panas yang baru sampai Wan mulakan cerita dia.
“Aku sebenarnya ada cerita nak bagitahu hang ni. Aku ada pengalaman buruk masa study dulu. Kena kacau. Sebelum aku dengan kawan kawan aku sewa rumah tu memang kami dah takda pilihan. Rumah tu ja yang ada. Dekat pun dekat. Murah. Rumah corner lot kami dapat 300 ja sebulan. Fully furnished habaq hang. Nak apa lagi” katanya. Aku nampak dia semangat bercerita sambil mematuk nasi beriyani lauk kambing.
“Kak nasi tambah satu” Selera besar. Hmm. Berikut merupakan sambungan cerita Wan pada aku.
“Ni Ju dengaq elok elok. Pada mulanya aku(wan), ayep dan dayat takmau pun sewa rumah tu. Senior sebelum aku dah bagitau rumah tu memang murah tapi agak keras. Tapi nak buat macam mana kami terpaksa. Mula mula okay ja. Sampai satu hari tu aku nak pegi kelas petang, aku bangun dari katil capai tuala terus ke bilik air. Bilik air aku atas dia ada tangki air. Tengah best layan air dari shower sambil menyanyi tiba tiba aku dengar benda jatuh sebelah aku. Bunyi sedikit percikan air. Masa tu mata aku masuk shampoo jadi aku tak nampak benda apa yang jatuh. Aku cuci muka. Tengok tepi kaki aku, atas lantai bilik air ada tuala wanita berdarahhh. Darah tu mengalir je ikut air. Terkejut aku. Masa bila pulak ada perempuan dalam rumah aku tu. Mustahil. Disebabkan aku meremang masa tu aku tarik pintu nak keluar. Tapi tak boleh. Macam ada orang tarik dari luar. Aku ingatkan kawan aku tapi depa semua pi kelas. Tinggal aku sorang je. Lepas tu aku jerit. Aku nak pegi kelas la bang*ng. Elok je pintu aku boleh bukak pulak ”
“Huishh meremang aku. Dah dah jom lewat dah ni banyak lagi benda nak kena buat.” aku tambah.
Seraya melangkah ke kereta, hujan mula turun dengan lebat. Hujan pun kerja mesti jalan. Kami terus menuju ke rumah yang terakhir untuk kami pada hari tu. Setibanya kami disitu, hujan masih tak berhenti. Petir sabung menyabung. Kelihatan di tiang pagar rumah tersebut masih terdapat nombor rumah. “133”. Rumah corner lot dua tingkat. Dari luar pun boleh nampak yang tinggal hanya semata mata dinding dan bumbung. Biasalah rumah terbiar lama. Hujan masih tak berhenti. Wan keluarkan payung dan terus berlari ke rumah tu. Semasa Wan berlari ke situ aku masih di dalam kereta. Masa tu aku nampak macam ada sorang lelaki dari tingkat atas tengah perhatikan Wan. Aku pun bergegas keluar dari kereta. Pada fikiran aku masa tu mungkin ada orang buat perkara tak elok kat rumah tu. Biasanya penagih dadah. Hari makin gelap bukan kerana waktu, mungkin sebab hujan terlalu lebat. Masa tu lebih kurang pukul 5 petang. Tapi suasana macam 7 malam. Kami masuk je dalam rumah tu periksa dari bawah sampai atas tak ada pun orang.
Aku dah rasa tak sedap hati masa tu. Selesai ambil gambar dan periksa keadaan rumah tu kami balik menuju ke pejabat. Dalam perjalanan kami banyak habiskan masa dengan berdiam diri.
“Aku nak balik Perak harini Wan. Ada hal sikit.”
Wan senyap, geleng kepala. “Aku ikut sekali, aku pun lama tak balik kampung”
“Tak boleh la, aku dah ambik cuti sampai selasa. Kang Isnin dengan Selasa hang takda kat Office macam mana?” Aku cuba yakinkan Wan.
“Takpa aku ambik emergency, pandai pandai lah aku cakap dengan bos nanti”
Aku turutkan saja. Sampai di rumah lepas balik kerja kami terus kemas barang. Aku langsung tak bagitahu Wan yang aku nak singgah rumah Pakcik Man. Aku banyak berdiam diri. Seusai berkemas kami pun gerak pulang ke Perak. Jam lebih kurang pukul 9 malam. Macam biasa aku singgah di sebuah kedai serbaneka. Kalau nak balik kampung atau jalan jauh aku mesti teguk kopi dulu. Dah jadi habit, sampai kadang kadang teguk kopi pun mengantuk jugak.
“Aku rasa nak ikut jalan lama lah, ataupun kita keluar exit Simpang Pulai. Amacam?”
“Hang buat pala gila apa nak balik Gerik nak exit Simpang Pulai? Macam tak besa balik pulak dah hang ni” Wan tanya sambil tepuk dahi. Pung pang pung pang dia sekolahkan aku pasal jalan. Sedangkan dia tak tahu tujuan utama aku.
Aku pun bagitahu yang sebenarnya aku nak singgah rumah Pakcik Man. Nak taknak dia terpaksa ikut. Bertubi tubi soalan aku dapat.
“Siapa Pakcik Man? Kenapa tak pernah bagitahu?”
“Ada anak perempuan tak?”
Soalan ni je yang aku dapat tangkap dari Wan. Keluar saja dari persimpangan lebuhraya kami meneruskan perjalanan ke Kampung Kepayang. Sebelum tiba di sana aku ternampak sebuah kedai makan di lereng bukit. Meriah lampu warna warni. Tapi yang pelik tak ada orang mungkin disebabkan kawasan sekitar yang sunyi. Kami pun singgah. Perut dah meronta ronta ni. Duduk sahaja di kerusi bahagian luar, datang sorang perempuan ber’apron’.
“Bang order?”
“aaa nasi goreng ayam dik, minum kopi ais dua eh” pantas aku bersuara dah lapar sangat. Lepas saja perempuan tu beredar aku ada terhidu seakan akan bau busuk menusuk.
Dari meja kami yang lebih kurang sepuluh meter nak ke dapur kedai tu aku perasan yang perempuan tu sorang saja di kedai makan tu. Dia lah yang bancuh air, dia juga yang masak. Bahkan ambil order pun dia. Boleh nampak gelagat dia sebab ada tingkap berbentuk separuh bulat. Kadang kadang dia pandang kami, tersenyum sambil menunduk. Meremang aku dibuatnya.
“Hang perasan tak Wan, semua keja kat kedai ni aku tengok dia buat sorang, takkan takda pekerja? Aku rasa kita bertiga ja kat sini” aku beranikan diri tanya Wan.
“Watlek sudah (buat relax), yang penting kita isi perut dulu. Pekerja dia dah balik kot. Hang tengok la jam pukul berapa”
Jam menunjukkan pukul 12.15 malam. Suasana sejuk kat situ menambahkan rasa curiga aku. Tapi aku cuba bersangka baik mungkin mereka tutup awal. Termenung aku scroll fb masa tu, 20 minit lepas tu makanan kami order sampai ke meja. Terus hilang rasa curiga dan lantas kami pun menjamah. Perhhh memang sedap. Berbaloi la tunggu lama pun. Tengah sedap menyuap aku terpandang perempuan tu, senyum senyum dari jauh. Aku letak sudu, sedut air. Buat macam tak ada apa walaupun jantung dah macam nak gugur. Aku tengok Wan berselera betul.
Aku tunggu dia habis makan baru ajak sambung perjalanan. Aku pergi dekat kaunter.
“Berapa ya? Kira sekali.”
“Takpela bang. Abang berdua saya belanja. Kedai nak tutup dah ni.” Senyum.
“Terima kasih banyak banyak semoga murah rezeki”
Aku pun berlalu pergi dengan Wan. Masuk saja kereta aku minta Wan drive. Aku tunjuk arah jalan ke rumah Pakcik Man. Baru saja kereta bergerak aku turunkan tingkap dan pandang cermin sisi. Dari situ nampak perempuan tadi berdiri depan kedai makan tu pandang kami. Tapi lampu yang meriah tadi dah tak ada. Gelap. Lampu jalan saja menerangi. Aku abaikan walaupun gelagat dia agak menakutkan aku. Wan memang tak perasan langsung.
Setibanya kami di rumah Pakcik Man lebih kurang pukul 1 pagi, dari jauh aku nampak dah Pakcik Man tunggu dekat luar. Macam biasa dengan pelikat di bahu. Dengan lagaknya segulung rokok daun di bibir walaupun tak pernah cucuh.
“Assalamualaikum Cikman ! Halahh lama tak jumpa rindu, Ila mana?” dari jauh aku jerit. Aku nampak dia tersengih.
“Ada dalam rumah, tidur gamaknya. Tadi katanya nak nunggu kamu sampai” jawab Pakcik Man.
“Haa ni kawan saya, Wan nama dia. Sekampung dengan saya ni. Kerja pun sekali”
Kemudian Pakcik Man jemput kami masuk ke rumah. Aku letak barang semua dalam bilik. Dan sambung berborak di ruang tamu.
“Ni kamu berdua dah makan ke?” tanya Pakcik Man.
“Sudah tadi dekat lereng bukit tu kami singgah, ada satu kedai makan. Tapi kedai tu pelik la acik. Sorang je kat situ perempuan pulak tu, dia lah ambik order, dia lah masak. Lepas tu nak balik dia cakap tak payah bayar.” Aku cuba terangkan apa yang jadi persoalan dalam diri aku sejak tadi.
“Hahhh, sah kamu dah salah makan.” Pakcik Man geleng kepala.
Kami berdua terdiam. Wan yang tadi sibuk main handphone terus letak atas meja depan dia. Pakcik Man seakan tahu apa yang terjadi.
“Macam ni lah, dari apa yang pakcik nampak sebenarnya benda tu bukan dari kalangan manusia. Dia memang ada niat jahat pada kamu berdua. Tapi kamu dah makan umpan dia. Tak ada cara lain melainkan kita kena buang malam ni jugak. Bagi pakcik solat sunat dulu. ”
Lebih kurang 10 minit kemudian Pakcik Man keluar dari bilik. Disuruhnya kami berdua tunduk melutut. Kami ikut saja duduk bersebelahan. Aku dengar Pakcik Man ada baca baca dari belakang sambil hembus ke arah kami berdua.Tiba tiba Wan memuntahkan darah yang banyak. Bau dia memang busuk ya amat. Satu rumah bau. Macam ada bulu bulu binatang. Mungkin kami dah makan bangkai. Ah aku terpaksa sebut. Tapi mungkin lah. Aku tengok Wan tersengih, kadang kadang ketawa kecil. Dan makin kuat berdekah lalu mendongak, dia alihkan muka ke arah aku. Dengan mulut berdarah. Terkejut aku dibuatnya. Tersandar aku ke dinding. Sah dia kena rasuk. Mata merah. Urat urat di leher dia menegang. Agak mustahil sebab dia badan berisi.
“Siapa kau ? Kau nak apa dari dia?” soal Pakcik Man. Masa tu aku hanya tercengang di bucu ruang tamu. Wan mula berdiri.
“Kau tak ingat aku? Kau ganggu tuan aku. Aku nak hak aku balik ! Hahaha ! Aku tahu kau manusia semua lemah. Kau kagum dengan aku? Kau semua bodoh! Aku sudah buat perjanjian dengan nenek moyang dia lah bodoh!”
Tiba tiba aku teringat Nurin. Mungkin benda tu nak datang balas dendam. Wan pusing ke arah aku.
“Kau jangan cuba nak bawak dia datang sini lagi !” sambil dia tunjuk ke arah aku. Menggigil lutut aku di buatnya.
Kelihatan dari satu sudut Pakcik Man mula buka langkah dia. Ila menerjah keluar dari bilik dengan muka bingung. Pakcik Man mula bersuara;
“Kau tak layak nak ganggu cucu adam. Kau juga tak layak nak buat perjanjian dengan keturunan adam. Kau lagi hina dari kami. Kau musuh kami sekalian umat” Lebih kurang macam tu la Pakcik Man berseloroh.
“Hahahahah !” ketawa besar makhluk yang rasuk Wan. Tingkap kayu rumah Pakcik Man terbuka luas dengan sendirinya. Kedengaran juga bunyi bumbung seakan di pijak. Dinding kayu di ketuk.
“Kau manusia dengar semua tu? Itu semua sekutu aku! Hahahaha ! Aku kesini atas arahan tuan aku. Tuan aku nak kau semua mati ! Kau faham? Itu kerja mudah. Kau semua lemah.”
“Dengar sini Ju, kamu jangan percaya apa yang dia cakap. Pakcik mintak kamu berzikir atau baca ayat ayat yang kamu tahu dari situ.”
Kemudian Pakcik Man melibas belakang Wan dengan pelikat dia. Rebah Wan tak sedarkan diri. Aku menarik nafas lega. Ingatkan dah habis. Tiba tiba aku dengar orang berjalan dari luar pijak tangga kayu rumah tu. Dari muka pintu.
“Ju, jom balik” lembut suara Nurin.
Aku yang menggigil tadi bingkas bangun. Menuju ke pintu. Aku nampak Nurin berdiri di tangga tersenyum. Dia hulurkan tangan sambil berulang kali ajak aku balik. Aku seolah olah dipukau. Aku sambut tangan dia dan menuruni tangga.
Kedengaran suara Pakcik Man panggil aku tapi rasa macam jauh kebelakang. Aku tak pedulikan. Aku cuma dengar suara Nurin ketawa macam kebiasaan sambil tarik aku turun. Aku perasan dia cuba ajak aku ke arah jalan raya. Aku rentap tangan aku dan cuba berlari patah balik ke rumah. Masa tu aku pandang ke belakang tengok Nurin hanya berdiri dan pandang ke arah aku. Pakcik Man yang baru turun dari tangga paksa aku masuk rumah. Katanya dia cuba nak bunuh aku (mungkin nak biar aku dilanggar) dan tu makhluk yang rasuk Wan tadi. Aku masuk saja rumah aku nampak Ila tengah bercakap menerusi telefon. Macam tengah mintak bantuan. Mungkin dari kenalan Pakcik Man yang pandai juga berubat. Sementara tu macam macam benda aku dengar dari dalam rumah. Bunyi pasir atas bumbung, tingkap dibuka tutup. Pintu dapur diketuk kuat.
Aku jenguk dari tingkap, sesekali aku tengok Pakcik Man berinteraksi dengan makhluk tu. Kemudian, muncul sorang lelaki dari seberang jalan umur lingkungan 60-an berkopiah juga terdapat pelikat dibahu dia. Bawa lampu suluh dan bercermin mata. Ila cakap tu kawan Pakcik Man. Rakan seguru. Dia datang nak bantu. Sampai saja dia ke halaman rumah aku dengar dia mula baca ayat kursi. Sesudah kursi terus dia buka langkah sambil mulut terkumat kamit. Lagak mereka dengar jelas sampai ke dalam rumah. Aku cuba sedarkan Wan. Tepuk tepuk pipi dia.
“Jangan kacau aku nak tidur. Kalau tak boleh tidur jangan kacau orang tidur.” Wan mula sedar. Tak semena mena aku kena marah. Aku tarik dia ke tingkap. Terkejut dia dengan muka diselubungi tanda tanya. Seolah olah dia tak sedar langsung apa yang berlaku pada dia.
Tak lama lepas tu aku dengar Pakcik Man panggil aku. Katanya makhluk tu dah dia tangkap dan dikurung dalam satu botol. Dia angkat botol kaca tu dan tunjuk kat aku. Penuh asap hitam dalam botol tu. Katanya dia akan buang ke bukit atau dihanyutkan saja ke sungai di kemudian hari.
Tegasnya lagi esok aku kena jumpa Nurin dan minta dia serahkan kepada Pakcik Man gelang perak yang diwariskan oleh keturunan dia. Memang aku sedar dia ada pakai tapi tak tahu benda tu ada kena mengena dengan makhluk yang jaga dia selama ni.
“Hai cikman berpeluh malam ni, sampai kena panggil backup” kata aku sambil naik ke rumah.
“udoh tua gini la yop. Mujur la ada bantuan. Kalau tak, tak tau la apa jadi tadi”.
Bangun saja aku keesokan harinya, aku minta izin untuk terus pulang ke kampung dan berterima kasih kepada keluarga Pakcik Man sebab bantu aku. Dalam cerita mungkin tiga kali, tapi sebenarnya lebih.
“Nanti datang lagi ya jumpa abah” Ila kata sambil melambai dari jauh.
Keluar saja aku dari halaman rumah Pakcik Man, aku dan Wan lalu dekat tempat yang kami singgah makan semalam. Terdiam kami. Tak ada langsung rupa kedai makan. Hanya pokok pokok besar saja. Dalam perjalanan aku singgah di rumah sewa Nurin. Dia dah sedia maklum aku cuma nak singgah ambil gelang tu saja. Aku akan serahkan gelang tu sebaik aku gerak pulang ke Kuala Lumpur dan singgah dahulu di rumah Pakcik Man.
Dia buka pintu sambil tersenyum. Tangan kiri diletakkan atas kening menghalang cahaya matahari pagi. Dia hulurkan bungkusan kain hitam.
“Nahh . Terima kasih.”. Aku ambil.
“Sama sama. Assalamualaikum. Jumpa lagi.” Itu saja yang mampu aku cakap. Aku beredar pulang ke kampung. Sampai saja rumah aku terbaring. Terbayangkan apa yang terjadi. Yang penting gangguan tu dah tak ada. Tamat.
Sekian. #shizu
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Persoalan yg belum abis.. Lepas tu awak ngn nurin ke ngan ila..sy rasa bnde ni lagi seram dari antu yg kacau awak..hahahahab…
Si Ila tu nampak mcm dh terpaut hati jer tu kaannn…
Yg penulis pon sampai2 jer trs lajuuuu je tanye ILA MANA…
Gituuu…
Tp ghase ngan Nurin kot sbb ending semua selesai…
Nurin pon berkerjasama baik bg gelang perak tu utk serah kt Pak Man…
Tangan kiri diletakkan atas kening menghalang cahaya matahari pagi. Dia hulurkan bungkusan kain hitam.
“Nahh . Terima kasih.”. Aku ambil.
“Sama sama. Assalamualaikum. Jumpa lagi.” Itu saja yang mampu aku cakap. Aku beredar pulang ke kampung.
Kalau dr statement ni mcm prasaan tu dh xda kak.. Haha..ko saje nk buat aku tafsir banyok weh
Eeerrrrrkkkk…
Kirenye Nurin Awek Yang Terakhir, Ila Isteri Yang Pertama plak ke??????
Nice ?
hahahahahahahaha mampu gelak je
Alhamdulillah rezeki awk utk berjumpa dgn pakcik man yg blh tolong awk..
“Urat urat di leher dia menegang. Agak mustahil sebab dia badan berisi.”
Hahahahhaha…
Mustahil ekk???
Wan muntah darah+bangkai semua…
Yg ko plak xde muntah pape ke???
Eeiiii jijiknye klu kena muntah kuor cmtu…
Seksa kot nk hadap…
Rase nyer Wan jer yg mkn Ju x mkn
“Bang order?”
“aaa nasi goreng ayam dik, minum kopi ais dua eh”
“20 minit lepas tu makanan kami order sampai ke meja. Terus hilang rasa curiga dan lantas kami pun menjamah. Perhhh memang sedap. Berbaloi la tunggu lama pun. Tengah sedap menyuap aku terpandang perempuan tu, senyum senyum dari jauh. Aku letak sudu, sedut air.”
Die makanlah ni…
Rasenye ns grg ayam ngan air 2gelas tu Ju punye sorg kot, hahahahaaaa…
Jeng jeng jeng ?
aku ras ni 3 episod cite shizu…jeng jeng jeng ni paling seram
Haaa…
Iyeler tuuuuu portion tu die punye sorg…
Ju kan antu kopi tp tetap mengantuk…
wan mkn x baca bismillah kot…ju baca..tu yg selamat tu..
ye kan 2 makan 1yg kena ciss INI x adil…..
Shizu xjwp soalan.. 🙁 dgn nurin ke ila..
Nurin ?
Jawapan ko mcm ade unsur kesalan jer dik…
Ko jgn macam-macam dik…
Haaaa…
Hahaha. Takdak dengan sapa sapa kak. ?
Kalau takdak sapa2, boleh la masuk line. eh!
Shizu, lepas dapat gelang tu, jumpa balik tak Pakcik Man? Sambunglah lagi, bahagian yang terakhir…. please….. dan boleh dapatkan contact Pakcik Man? Saya pun nak berubat….
Asalamualaikum. Encik shizu boleh ke sy dptkn details mcm address or number fon pakcik man tu utk tujuan nk ikhtiar berubat…please reply
Please shizu reply me…
jwp la shizu happy ending dgn sape?haha
tertanya2 jugak nih..nurin ke ila..haha
Hahah pembaca lbh curious dgn love story penulis ???
Haha
seram… kiranya Nurin ad saka la ni?
and benda tu tuntut nk berdamping ngan Nurin?
hek eleh.. ape ler cite ney…xseram langsung..