#nury : Aku Mayyit

28.12.2016
Rabu

Terdengar handfone mak tok berbunyi nyaring. Menjerit-jerit tanpa henti. Seolah-olah tiada lagi esok hari. Bergegas mak tok mengambil handfonenya. Tanpa sempat menanggalkan kain solatnya. Seolah-olah bagaikan petanda. Sebuah malapetaka kan bakal menghampiri.
“Akak.” Panggil adik lelaki mak tok yang tinggal dikuala lumpur.
“Awat.”
“Ni ahmad ada rumah aku ni. Dia nak tidur sini. Esok dia balik dengan cik afiq.”
“Oooo.. kalau camtu tak pa lah. Nanti akak bagitau angah.” Kata mak tok lalu ingin memutuskan panggilan itu.
“Akak.” Tok cik bersuara lagi.
“Hang ni awatnya.. aku nak bukak kain telekung aku pun tak dan lagi.”
“Dak aaiihh, ni kenapa ahmad ni.”
“Kenapa apa pula.”
“Aku tengok dia semacam ja.”
“Semacam apa pula, hang jangan macam-macam.”
“Aku tengok dia resah semacam ja. Lepas tu dia kata dia panas.”
“La kalau dah panas bukakla kipas. Takkan yang tu pun aku nak ajaq.”
“Dak ni, aku takut dia nampak apa-apa. Dia kan boleh nampak. Kawasan rumah aku ni keras sikit.”
“La hang tanya la dia, hang tanya aku buat apa.”

Bergenang airmata mak tok bila teringatkan ahmad yang seringkali ketakutan kerana melihat penampakan disana-sini. Kata ahmad hijabnya terbuka buat pertama kali semasa ahmad dibawa bersama ayahnya kerumah salah seorang penduduk dikampungnya. Semasa ayahnya sedang mengubati pesakitnya itulah ahmad ternampak seekor lembaga besar berbulu hitam dan bermata merah melintas laju keluar dari jendela menuju kebumbung. Pernah juga sewaktu angah diruqyah tok ayah, ahmad ternampak wajah syaitan yang bertanduk dan bermata merah sedang meronta-ronta dimuka angah. Yang paling ahmad takut sekali bila ahmad terlihat mamat dan pocong berdua bersatu bagaikan 2 in 1

29.12.2016
Khamis

Telefon berdering lagi. Bukan lagi petanda. Tetapi telah menjadi nyata.
“Norzie.” Panggil tuk nek ibu kepada mak tok kecemasan.
“Ahmad tak ada. Tadi dia sampai ngan cik afiq. Afiq ingat nak hantar dia kat rumah hang satgi malam. Tapi ni tengok-tengok dia hilang. Kereta pun tak ada ni. Dia tahu ka bawa kereta?”
Kunci pun tak dak ni.” Suara tok nek penuh dengan kerisauan.
“Eh..!! Mak dia mana pernah bawak kereta.”

Kegemparan pun melanda. Keresahan jua terpahat disetiap jiwa. Yang sampai kepadanya akan berita. Angah mula rasa marah. Sudahlah baru pulang holiday diselatan tanah air. Belum menjejakkan kaki lagi dirumah. Sudah mula membuat onar. Namun angah terlupa pada saat dan ketika itu, anaknya adalah anak yang mendengar kata. Seringkali mengutamakan keluarga lebih dari diri. Maka setialah angah menunggu. Akan anaknya itu dimuka pintu. Supaya dapat dia lunyaikan dengan kata-kata.

Suara enjin kereta berhenti betul-betul dimuka pintu. Angah yang sedang menyinga mula menyinsing lengan. Namun sebaik pintu terkuak. Terkaku angah berdiri. Melintasi dihadapannya sekujur mayat yang amat dikenali. Bagaikan dipukau. Angah cuma memerhati. Akan sekujur mayat yang terus menuju kearah tok ayah diatas sofa diruang tamu.

“Huuu uuuuu huuuu uuuu
Tangisan sayu dari ahmad. Memukau semua yang berada disitu. Ahmad yang memakai jubah putih. Dilitupi pula serban putih 7 hasta. Menutup tubuh dan juga muka. Memeluk erat tok ayah lalu menangis teresak-esak penuh hiba dibahu tok ayah, tanpa diketahui kenapa dan mengapa. Maka tersiramlah api dan bara yang berada didalam hati mereka yang tua. Angah yang tersentak. Seakan terjaga dari lena. Mula melangkah mendapatkan anaknya. Namun sebaik angah menyentuh tapak tangan anaknya, terus dia merentap semula tangannya. Sakit yang dirasakan tapak tangannya bagaikan terkena renjatan lektrik bervoltan tinggi. Namun belum sempat angah mendapatkan tangannya semula, ahmad lebih pantas mencengkam lenganya. Dengan sekilas gerakkan angah terhumban keatas sofa. Tangkasnya ahmad bagaikan pahlawan dizaman silam. Terhempaslah angah diatas sofa,menahan rasa ditubuh dengan linangan airmata.

“Awat hang kacau mak aku?” Jerit ahmad lantang kepada angah yang sedang terpinga-pinga.
“Berapa lama lagi hang nak siksa dia. Dia dah terlalu sakit. Dia dah terlalu menderita. Apa lagi yang hang nak?” Soal ahmad bertalu-talu kepada angah dengan nada yang meninggi.

“Arrahmaann , ‘allamal quran. Qolaqol insan.’allamahul bayan.” Ahmad mula meruqyah angah tanpa henti. Bersilih ganti surah demi surah meniti dibibirnya. Sesekali kedengaran azan dilaungkan. Ditepuk-tepuknya tangannya keseluruh tubuh ibunya, dengan kekuatan seorang hero perkasa. Tanpa henti dan jemu dia disitu. Sebelum beredar sebentar mengambil kasturi putih miliknya yang baru saja dibawa pulang. Akhirnya berpindahlah serban putih 7 hasta itu, dari tubuh ahmad ke tubuh angah.

Menjelang tengah malam jumaat.

“Aku lihat syurgaaaaaa…” tiba-tiba ahmad yang sedang berbaring memekik.
“Aku lihat syurgaaaa. Betapa indahnya disanaaa. Air-air yang mengalir tenaaang. Pokok pokok hijau yang merimbun buahnyaaa. Aku ingin kesana.. umiee aku ingin kesana. Wahai manusia apa lagi yang kau tungguuu.. syurga itu terlalu indah. Umie… aku ingin kesanaaa…”

“Aku lihat nerakaa.. ahmad bertempik lagi.
“Aku lihat nerakaa.. aku takut umie.. aku takuuuutt
Banyak binatang bisa disanaa.. ada api yang menyalaa.. wahai manusia mengapa lagi berbuat dosa
Aku takut umie.. aku takuutt.”

Menjerit-jerit dan terpekik ahmad disepanjang malam itu. Ditemani air mata yang mencurah-curah sebelum terlelap diwaktu azan subuh menghampiri.

“Mak anak cheq gila isim ka?”
Tanya angah kepada mak tok sebelum rebah tubuhnya dek kerana menahan sebakan didada.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2]
nury irfan

13 thoughts on “#nury : Aku Mayyit”

  1. kenapa aku x boleh nak paham jalan cerita nie dgn yang lain2..peninga sgt2..tolonglah explain kat aku..aku dok bca ulang2 byk kali yg lepas2 ngan yg nie..tpi masih jugak x phm..aku kah yang bebal sgt nie..haish..x paham weiiii

    Reply
  2. Kisah dia berkait rapat antara Angah dan Ahmad.
    Kena teliti, baca, fahamkan dari kisah pertama sampai kisah yang ke-enam ni.
    Kalau baca selayang pandang, memang takkan faham.
    Menjiwai setiap watak yang ada, tu satu extra utk memahamkan apa situasi sebenar penulis cuba nak sampaikan kat pembaca.
    Jika faham dari awal kisahnya, cerita ni sangat-sangat sedih meruntun hati.
    Tolonglah baca dari awal, sampai akhir, fahamkan.
    Letakkan duduknya diri kita dalam diri Angah.
    Semoga keluarga Angah, Mak Tok, Tok Ayah, sabar dalam memperjuangkan yang hak dan bebas dari cengkaman syaitan.
    Usaha sedaya boleh. Jangan cepat tunduk dengan sang iblis.
    Semoga Allah SWT meredhai setiap usaha yang dibuat, aamiin, InsyaAllah.

    Reply
  3. cerita best..tp jalan cerita part by part..hurmmm…BERTERABUR
    pttnye penulis letakla episode ke..part ke..senangla pembaca nk phm..
    bila de yg ckp xbest (sbb xphm jln cerita)…x psl2 dpt kecaman free…

    Reply
  4. Sedey oo…memang dahsyat dugaan yang keluarga nih dapat. Harap2 la diorang dapat bertahan dengan dugaan dahsyat macam nih. Insyaallah hikmah bersabar, pada pengakhirannya tersangatlah manis. Allah takkan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya. Kira diorang nih memang jiwa kental dan tahap kesabaran diorang memang tinggi sebab tu ujian pun tahap yang tinggi ‘kalau kena kat aku memang aku tak mampu nak hadap’. Aku doakan semoga keluarga ni cepat sembuh dan lepas dari cengkaman setan laknatullah tu. Teruskan berusaha berubat, sabar dan redha. Insyaallah hikmahnya teramatlah besar nanti.

    Reply
  5. aduhhh jalan cerita dah best..mak dengan anak yg diganggu oleh bekas suami dan ayah dorg..tapi citer ni terlalu byk flash back,agak keliru kdg2 angah,kdg2 ummie..kejap dekat wad,kejap dekat rumah..lambatt sgt citer ni dan terlalu pendek..hurmmm

    Reply
  6. Sambungan cita ni. Tapi tu la sepatutnya tajuk dia bagi hint smbungan. Ingt kisah lain bila tngk tajuk. Adeh. Haah apa mksd gila isim?

    Reply
  7. Cerite Ni sangat menarik…..Buat novel la…Senang sikit Akak nak baca…..X Sabar dah Ni nak Tunggu episode by episode….Nury letak la susunan Dari episode pertama hingga terkini….Jika orang baru baca kisah Ni dia akan keliru nak start Dari episode Mana satu….APA APA pun sangat best

    Reply
  8. Ko minum ketum ke ms tulis cerita ni?.ayat terabur xphm langsung..puiii
    Dah la cerita rekaan..karang pn xpndai..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.