#nury : Deritaku Bahagiamu 2

March 2017

“Nurul ada rasa apa-apa lagi dak?” Tanya ustaz sebaik sahaja abdullah berlalu.
“Ada ustaz, kat ari-ari ni dok berdenyut lagi.” Jawab angah yang sudah pun duduk berlunjur. Ustazah yang baru saja pulih, diberi isyarat oleh ustaz. Mendekatilah ustazah kehadapan angah. Dipegang-pegangnya disitu sambil membuat isyarat seolah-olah memulas dan mencabut sesuatu. Tidak seperti tadi kali ini ustaz dan ustazah membaca ruqyah bersama-sama.
“Ada rasa apa-apa lagi?”
“Kat belakang belikat kiri ni ustaz.” Jawab angah. Ustazah pun beransurlah pula kesisi angah. Dihulurkan tangannya dari sisi kanan angah memegang urat belikat kiri angah. Sedang dia menekan-nekan tangannya mencari. Sekali lagi dia terdiam sendiri. Akhirnya tanganya pun terkulai layu. Namun genggamanditangan kirinya kukuh tidak terlerai.

“Kamu siapa?”
………….
“Kenapa kamu tak bercakap. Kamu tak ada mulutkah? Kamu tahukah apa yang ada disana tadi?” Tanya ustaz sambil menunjukkan jarinya keari-ari angah.
“Itu induknya. Jarum yang berhulu emas.”
“Apa yang telah dilakukan pada pada tubuh perempuan ini?”
Ustazah pun menggerakkan tangannya seperti melipat kain. Kemudian membunjut dikedua-kedua belah hujung. Bergerak lagi tangannya seperti melilit-lilit dari hujung kehujung dan akhirnya menikam-nikam keseluruh tempat.
“Apa tu ustaz?”
“Tu dia kafankan patung lepas tu dia cucuk dengan jarum. Jarum tu dia cucuk-cucuk waktu baca mantera.
“Siapa tuan kamu?”
……….
“Kamu takutkah?”
Diam cuma mengangguk
“Pada siapa?”
Perlahan-lahan dia mengangkatkan tangannya, menunjuk kesatu arah. Namun lekas-lekas dia meletakkannya kembali. Tertunduk-tunduk dia ketakutan.
“Ahmad?”
Dia mengganggukkan kepalanya lagi.
“Kenapa dengan ahmad? Ada yang mengawasi kamu kah dari dalam tubuh ahmad?”
Dia terangguk-angguk lagi. Lekas-lekas ustaz membaca sesuatu lalu dihembuskanya kepada ahmad. Ahmad yang akalnya cuma akal anak kecil, hanya terkebil-kebil memandang.
“Sekarang kau sudah dilindungi. Dia tidak boleh mengganggu lagi. Siapakah tuan kamu?”
“Mamat.”
Sudah berapa lama kamu bersamanya?”
3 tahun.
“Bagaimana kamu kemari?”
Ustazah mengangkat tangan kanannya lalu menghembus tapak tangannya.
“Dari mana kamu dihantar?”
“Dari bilik mamat.”
Baru-baru ini kami ada bakar bata. Apa yang terjadi kepada tuanmu. Adakah dia sakit?”
“Sedikit.”
“Sedikit?”
“Ya kerana dia telah memperkuatkannya kembali. Kata ustazah sambil mengangkat tangan kirinya lalu dibukanya genggaman ditapak tangannya, terus dihembuskan kearah angah. Berhamburanlah angah maju kehadapan. Ketakutan melihat jin itu yang beraninya memperlakukan dia sebegitu, terang-terangan dihadapan ustaz.
“Apa yang kamu buat?”
……..
“Bagaimana tuan kamu menguatkan dirinya?”
Perlahan ustazah mengangkat tangan kirinya. Dibukanya dua jari. Kemudian diangkatkan tangan kanannya lalu diletakkan satu jari kanannya keatas satu jari kiri tadi dan dengan keras dia menyebut “mamat” kemudian dia meletakkan jari tangan kanannya keatas jari kiri yang satu lagi lalu menyebut dengan keras juga “batin.”

Ustaz yang kemudian telah mengislamkan jin yg berbahasa melayu itu pun berkata “aku akan membaca ruqyah dan aku akan niatkannya kepada tuan kamu dan juga batin. Kamu lihat apa yang terjadi.
Setelah ustaz menyelesaikan bacaannya, ustaz pun bertanya “apa yang kamu lihat?”
Aku lihat panah panah berapi meluncur laju kearah mamat dan batin juga bekas-bekas upacara ditempat batin.”
“Apa mereka sakit.”
“Ya.. sedikit?”
“Sedikit?”
Terangguk-angguk kepala ustazah menjawab.
Tergeleng-geleng pula kepala ustaz.
“Tinggi ilmu mamat ni.” Suara ustaz memandang tok abah.
“Cuba kamu lihat selain yang ditubuh ahmad tadi. Adakah kawan-kawan kamu yang lain disini.”
“Ada diluar sana, sedang terhendap-hendap mencari-cari dari mana panah berapi tadi.”
Sekali lagi ustaz yang telah pun nampak kelelahan mula terkumat-kamit lagi.

Setelah semuanya selesai, mereka pun ingin beransur pulang tiba-tiba ustazah dirasuk lagi. Ustaz yang sudah pun lelah memandangkan jam sudah menunjukkan hampir dua pagi semakin lelah mengubati istrinya lagi. Kerana itu lah angah tidak kembali lagi kesitu kerana mengingatkan ini adalah derita dirinya, mengapa ustazah pula harus dikorbankan.

“umie..!! Abi mai. Kata anak-anak angah. Bersalamlah mereka dengan angah lalu dengan gembiranya mereka berlari keluar kerana mereka tahu mamat pasti membawa mereka berjalan-jalan dan diberi makan yang sedap-sedap.
“Eh..!! Dah azanlah.” Kata mamat kepada isteri barunya yang berada didalam kereta. Dengan cepat-cepat mamat yang sentiasa memakai kopiah dikepala menutup pintu kereta. Meluncurlah kereta mamat kesurau bersama-sama anak-anak angah dan isterinya yang berniqab itu.

Disebalik jendela didalam rumah kelihatan seorang wanita disitu. Perlahan dia lepaskan langsir yang diselaknya sedikit. Sebelum mengesat airmata yang berjuraian dipipi.

nury irfan

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

14 thoughts on “#nury : Deritaku Bahagiamu 2”

  1. Dalam kisah-kisah di fiksyenshasha ni, ada sebahagiannya korang kena carik one by one episod.
    Kisah atau cerita kebanyakkannya berangkai-rangkai. Barulah boleh dikaitkan dengan posting terbaru.
    Dalam kehidupan penulisan ni, sebelum kita mengutarakan apa-apa komen, tolonglah fikir adakah kisah yang ada berkait dengan posting sebelum ni. Kalau nak faham, kena usaha sikit, cari mana hujung mana pangkal.
    Dah tau semuanya, masa tu nak komen negatif ke, positif ke, terpulang.
    Nak sedap syok, create cerita sendiri.

    Reply
    • Cote ‘Dor, ni kau punya story eh? lain kali kpd penulis letakla tajuk tu 1 2 3 xpon… xdela pembaca pening nk faham cerita. Penulis bagi faham jln cerita, bukan suruh pembaca fikir jln ceritanya mcm mna… apelaaa… tgokla contoh posting dari penulis lain. Ditegur ad kekurangan xnk terima. Siap suruh create cerita sendiri.. Hape punya orangla xnk terima teguran orang.

      Reply
      • setuju cik kak,,harap owner letak ler turutan mcm cite lain…tak rugi pun buat tu,,lagi bertambah follower ade la…positifkan sikit diri tu,,,,org tegur untuk kebaikan,bukan cacian.

        Reply
    • Sombong nauu lah penulis ni.. hang pun satu..tulis lah nombor episode 1 2 3 baru lah senang teman nk baca. Mentang cite hang best nk sombong kemain bila org komen.

      Reply
  2. Cerita dah best cuma keliru nak baca yg mana dulu. Maybe boleh letak episod 1, 2, 3 dekat tajuk tu senang sikit nak cari.

    Reply
  3. Cita nury ni best..dia tak terburu2 nak tulis..sapa yg tak paham tu maybe cita ni bukan “stail” korang..tp bab tajuk tu kena susun sikit..blh cuba letak no episod..memandangkan cita ni panjang buatla trubek sikit kt awal episod.

    Reply
  4. Cerita ini best. Bacalah la dulu tajuk Aku Tuan Ihsan 1 n 2. Publish 16 Mei ari tu. saya pun mula2 keliru, tp bila baca Aku Tuan Ihsan sekali ngan Bahagiamu Deritaku (16 Mei jugak) bru la phm.. org yg sama tulis 2 cerita ni sbb style sama,n watak2 cerita pun sama. Plot cerita pun berkesinambungan..

    Reply
    • so kesimpulan nya – sequal ni datang dr tuan ihsan ke?? keliru sungguh
      awat laa tk catit 1 2 3 4 5 6 7 8 9
      tq to perempuan politikus

      Reply
    • perempuan politikus- sorry la sbb sy nk tanya awak – hak ni mcm tergantung jak
      awak taw tak hak mana sambung dia … tq perempuan politikus

      Reply
  5. FS ni bukan cerita sebenar yang diceritakan dalam bentuk penulisan ke? kenapa suruh create cerita sendiri? lain org kan lain pengalamannya.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.