Buuuukkkkk
Terbuka mata Ija yang sedang lena. Terhoyong-hayang dia diatas katil itu. Dirasakannya seolah-olah bagaikan gempa bumi melanda. Entah mengapa diwaktu dia sedang terlena itu, dia seolah –olah terlihat satu benda hitam yang sedang terbang laju menuju keperutnya. Setelah gempa bumi itu reda Ija pun terus bangun mencari-cari benda hitam yang terlanggar perutnya itu namun tiada. Tiada diatas katil. Tiada dibawah katil. Tiada dimana-mana.Sangkanya itu hanya mimpi lalu dia pun menyambung tidurnya kembali.
Beberapa bulan kemudian.
Ija mula merasakan yang perutnya seakan lama semakin mengembung. Seolah-olah dia sedang mengandungkan janin didalam perutnya. Perutnya mula terasa segah. Jua mula terasa cekang dan perit akan kulit diperutnya. Perutnya semakin hari semakin parah. Beberapa lama dia menderita seperti itu. Akhirnya dia membawa perutnya bagaikan ibu yang sarat mengandung menunggu saat-saat untuk melahirkan. Menitis airmata Ija hampir setiap saat. Disebabkan kesakitan yang dia tiada berdaya lagi. Namun terpaksa diredahi kerana itu adalah ketentuan Ilahi. Dalam keadaan itulah dia kesana dan kesini menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Ija memang sentiasa menyembunyikan kesedihan dirinya dengan senyum dan tawanya.
Tiada siapa yang menyangka disebalik tawa riangnya dan kepala gila-gilanya. Dia menyimpan sejuta duka didalam hati. Disebabkan itulah berita perceraiannya mengejutkan semua yang mengenalinya. Kerana mereka tidak nampak sebarang masaalah didalam rumahtangganya. Walaupun semua mereka menyedari yang bekas suaminya itu sudah bertahun-tahun tidak bekerja tetap. Sekejap kerja sekejap berhenti. Sekejap dibuang sekejap membuang. Namun Ija tidak pernah menyuarakan suara hatinya. Menyebabkan mereka sentiasa melihat.
Keluarganya adalah sebuah keluarga yang bahagia. Ija juga tidak pernah menjawab akan tohmahan, fitnah dan umpat caci yang menggila yang dilemparkan kepadanya oleh mereka yang tidak mengenalinya. Kata mereka Ija isteri nusyuz. Ija isteri derhaka kerana melangkahkan kakinya keluar dari rumahnya tanpa pengetahuan suaminya. Apatah lagi diheretnya semua anaknya sekali. Kata mereka itu kelakuan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang isteri. Apatah lagi dilakukan oleh seorang ustazah. Apakah Ija tidak memahami hukum ?
Hukum ? Kerana hukum itulah aku disini. Hukum mentaati ALLAH TAALA lebih dari suami. Walaupun untuk mentaati hukum ini Ija kehilangan kereta unsernya. Ija kehilangan perusahaannya yang sedang meningkat naik itu. Perusahaan yang dimulakannya dari zero yang akhirnya mula menjadi sebutan masyarakat. Ija tetap redha.
‘’ALLAAAHH… ‘’ Melayang kenangan silam Ija apabila dia tiba-tiba bagaikan ibu yang sedang bersalin lagaknya. Ija yang sedang duduk saja diruang tamu itu, tiba-tiba terus terbaring disitu juga. Dengan kedua belah tangannya memegang apa sahaja yang berada berhampiran dengannya dan kemudian digenggamnya erat dan kedua-dua belah kaki yang naik sendiri seperti kaki seorang ibu yang sedang berada dihadapan doctor tanpa dapat dikawalnya itu, maka bermulalah proses melahirkan persis seorang ibu yang sedang berjuang melahirkan anaknya didalam labour room. Dan seperti biasa Ija cuma mampu menitiskan airmatanya. Begitulah hidupnya sejak perceraiannya. Hanya tersiksa ditubuh dan dijiwa dan disulami airmata. Kadang-kadang dia tertanya-tanya adakah sesiapa diluar sana yang bisa mengerti akan suara hatinya.
‘’ALLAAAAHHHU AKBAAARR… Ija menjerit lagi. Malah lebih lantang dan sayu.
‘’Astaghfirullahal ‘AZHIIIMMM… Ibu Ija mula menjerit pula. Dimatanya kelihatan perut Ija mula naik mengembung dan mengembung sepertimana belon yang ditiup sehingga pecah. Begitulah perut Ija kelihatan. Terlalu cekang dan peritnya perutnya itu. Membuatkan Ija rasa maut semakin hampir dengannya.
Apabila perut Ija tidak berjaya diletupkan akhirnya perutnya mula turun menyusut semula sebelum mula naik kembali untuk memulakan proses meletupkan dan menghancurkan seluruh isi perutnya. Dan ia berulang berkali-kali. Ya…. Itulah tujuan penyihir itu. Menamatkan hidup Ija itulah matlamatnya. Begitulah kehidupan yang perlu Ija lalui selama beberapa tahun ini. Serangan meletupkan perut Ija yang datang secara berkala itu, Alhamdulillah belum lagi berjaya. Last serangan kalau tak silap Ija dalam sebulan yang lalu. Dalam masa yang sama Ija menanggung azab dikafankan dan dicucuk jarum itu, Ija juga menanggung berbagai-bagai siksaan lain secara serentak. Termasuklah serangan yang ingin meletupkan perutnya itu. Hanya ALLAH yang lebih tahu kenapa dan mengapa semua ini tertulis didalam suratan hidup Ija.
Akhirnya Ija nekad. Memandangkan masaalahnya tidak dapat diselesaikan oleh ramai perawat. Ija isytiharkan perang terhadap penyerang sihir dan pengupahnya. Dikutipnya amalan amalan pendinding yang diberi oleh setiap perawat yang ditemuinya. Lalu digabungkannya menjadi satu.Dan ditambah pula apa yang telah menjadi kelaziman dirinya. Akhirnya Ija sembuh dari derita yang bertahun itu. Dia juga telah berdoa supaya ALLAH menunjukkan apa sebenarnya yang ‘ syaitan-syaitan’ itu lakukan kepada dirinya.
Beberapa waktu selepas itu.
‘ooonnggg… ooonnngggg’
Tiba-tiba terdengar suara katak berbunyi didalam rumah disebelum subuh hari. Ibu Ija yang meluru keluar dari bilik untuk mencari suara katak itu terus terpempan. Kelihatan diruang tamu Ija sedang melompat-lompat seperti katak. Sebelum Ija akhirnya terlentang bagaikan katak yang sedang diterbalikkan. Tidak lama kemudian ija pun berbunyi
Oooonnnggg… ooonnngg gedek gedek gedek… dan menggeleparlah Ija dikala itu bagaikan katak yang sedang dilapah perutnya hidup-hidup . Sebelum Ija akhirnya terkulai layu tidak terkutik.
Tidak lama kemudian Ija bangun seolah-olah tiada apa yang terjadi. Dalam keaadaan lemah dan longlai Ija terus melangkah kebilik air mengambil wudhuk. Selepas disudahinya salam dua rakaat subuhnya itu Ija pun mula menadahkan tangannya berdoa.
‘’Ya ALLAH terima kasih. Kerana kau memperkenankan doaku semalam. Terima kasih kerana menunjukkan apakah puncanya dan siapakah yang melakukannya. Terima kasih jua kerana menyembuhkan diriku ini.’’
Dan benarlah doa orang yang teraniaya dan doa diwaktu berbuka adalah mustajab.
# KISAH BENAR YANG DIOLAH SEMULA
# NURY IRFAN
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Hmm sakit pla ati kita cerita mcm ni.
Ni bukan novel tau. Xperlu bahasa sastera..asalkan faham jalan cerita dan ksudahan. Tp apa kesudahannya????????
Bila ada post dari nury je mmg aku skip baca
Same!!
Ade nury kesah??
Ko ingat aku pn kesah ke?
Aku xde hal pn penulisan dia cmne..cuma aku skip sbb cite dia bkn kisah benar
Nury ni blum level A. Samad Said lg..hatta Ramle Awang Mursyid… Xla terlalu sastera.. Style writting nury..agak mudah dan biasa utk difahami oleh layman..cuma xterlalu direct…which is good for fiction style…sesuailah dgn nm page pon fiksyen shasha
P/s: Klu nk penulisan yg direct lebih sesuai cr kat iium cofession kot..ataupun crla page yg berunsurkan “dicelah2 kehidupan”
Sbb ni cerita fiksyen rekaan..
Adoi..yg skip tu diam2 jela..dh la x baca..pastu comment sesuatu yg menyakitkan hati..amende ah org skrg..otak kt lutut ke?
Berdiam kan lebih bagus dari melemparkan kata yg menyakitkan hati.
Keep it up Nury.
Setuju tu..tau nk kondem jer..yg dh skip tu snyap2 dah la.. ade org suke baca.. ade yg xsuke.. pd yg xsuke baca tu..berdiam diri lebih baik.. dr beri kata2 mnyakitkan hati.. kalau skdr beri teguran tuk jln cerita nye kn bgus.. sekurang2 nye si penulis boleh perbaiki jalan cerita dorang..
Last ending ape? hmm
Tak Pernah aku baca cerita Nury ni..
Sebab banyak sangat. Kurang berminat cerita bersambung-sambung/ada kaitan ni..
Baik tengok drama melayu
Kalau baca perenggan terakhir tu maknanya ija dh sembuh. Kelainan cerita ni nury x bincang secara terperinci proses berubat. Si pelaku pun tidak didedahkan. Psl gaya penulisan tu biasalah – lain org lain cara. Ada yg guna dwibahasa, ada yg byk hahaha. Penulisan Nury plk ala2 sastera. Wallahu ‘alam.
x fhm la…ermmmmm
Next cerita la apa yg Ija nampak, please.
Yang penting pengajaran ada. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Keep it up, writer!
best