Nuzi: Trip ke Cameron Highlands

Hai!! Pertama sekali hendak ucap terima kasih setinggi gunung Kinabalu dekat Fiksyen Shasha sebab tak pernah jemu publish kisah coretan aku. Muahh ciked~!

Kedua ni reply untuk komen cik Aurelia Faye Hillary Bajau – Dah puas meda. Nyau baka ke meda mensia nyak meh penyadi ya. Huhuhu…. Kepada yang tanya apa nama FB aku tu.. nanti aku beritahu ek?

Ketiga, aku perkenalkan diri bagi pembaca yang baru ikuti coretan aku ni. Nama aku Rin, berumur 28 tahun berasal dari Sarawak dan menetap di Kuala Lumpur. Seorang pelajar yang hampir hendak gila sebab tesis asyik ada bahagian yang kena reject dengan supervisor.

Okay, memandangkan ada permintaan untuk cerita trip ke Cameron Highlands tu. Jadi aku akan mencoret untuk kalian semua.

Kisah Cameron Highlands ni terjadi pada Mac 2016. Trip ni bukan trip yang dirancang. Nuzi beritahu aku yang geng dia hendak ke Cameron Highlands pun pada petang 2 Mac tu. Kira macam main terjah je lah hendak pergi Cameron Highlands tu. Disebabkan aku tengah buat tesis jadi aku memang tak ada kelas, aku bebas hendak mengular ke mana saja. Hendak dijadikan kisah, Nuzi ni pula tak hendak pergi seorang diri dengan geng dia. Dia pujuk aku teman dia. Aku rasa malas sangat hendak ikut sekali sebab malam sebelum tu dia dah ajak aku pergi karaoke balik pukul 3 pagi. Burung hantu pun balik lagi awal tau! Kalau mak bapak aku tau aku balik lewat macam tu, bazooka bapak aku bawa untuk tembak aku mampos. T^T

Malam bertolak ke Cameron Highlands tu, Nuzi dan geng dia habis kerja dalam pukul 10:30 malam lepas tu dia orang kena kira duit dulu baru boleh balik. Biasalahkan kerja minimarts. Dia orang habis kira duit dalam pukul 11 malam. Lepas tu tunggu pula seorang-seorang balik rumah ambil pakaian semua. Kumpul balik dalam pukul 11:30 malam. Dia orang melepak pula dekat warung makan, sampai 12:30 tengah malam. Okay, aku dah bengang. Selamba kerbau aku cakap “Bila hendak bertolak ni? Tunggu siang ke nak tidur sini?” Lepas tu baru lah semua gelabah lipas pergi gerak. Kita orang naik dua kereta. Seorang kawan Nuzi ni naik dengan pasangan dia. Nama kawan Nuzi ni, Shahairah. Panggil dia Aira je. Aku naik kereta kawan Nuzi, Mio. Kita orang ada 3 orang naik sekali dengan Mio. Aku, Nuzi dan Luff.

Masa gerak tu dan masuk highway jam dah pukul 1 lebih. Hendak naik ke Cameron Highlands tu pula Mio ambik jalan kampung. Nama tempat tu aku dah lupa. Aku cuma ingat dekat jalan tu ada satu sekolah rendah. Aku tak biasa dengan Mio dan Luff ni jadi aku tak borak dengan dia orang. Nuzi pula dah buat air liur dia baring dekat paha aku. Katanya dia letih kerja. Apa-apa je lah. Semasa melalui highway, tak ada apa-apa yang pelik walaupun ramai yang kata Duke Highway tu keras.

Tetapi…semasa kereta Mio masuk jalan kampung tu, tiba-tiba ada dua buah kereta berkejaran. Satu kereta Proton Wira dan satu lagi kereta Waja. Dah la guna high beam. Dua buah kereta tu overtake kereta Mio, walaupun jalan kampung tu bengkang-bengkok kedua-dua kereta tu laju gila! Seolah-olah tak kisah kalau dia orang tu eksiden. Masa kereta-kereta tu overtake aku pandang dekat kereta tu sebab bengang asyik kena high beam sebelum ni. Kereta-kereta tu tak ada pemandu. Dalam kereta kosong. Macam mana aku tahu kereta tu kosong? Lampu dalam kereta tu ON. Dua-dua kereta sama je. Aku senyap tak hendak beritahu Mio dan Luff.

Selepas tu perjalanan seperti biasa. Sehinggalah kami mula masuk ke jalan naik ke Cameron Highlands. Semasa naik tu, Mio turunkan cermin tingkap kereta dia sebab dia dengan Luff tu merokok macam pusat pembakaran sampah dekat Pelupusan Sampah Kemuyang. Sabar jelah. Dua orang tu enjoy lah sedut rokok dia orang sebelum kereta Wira dan Waja tadi muncul balik. Sekali lagi overtake kita orang. Kali ni dia overtake betul-betul dekat selekoh tajam naik bukit. Masa ni lah Luff cakap “Kereta dua biji ni lepas terbalik tergolek gaung baru tau menyesal”. Mio pula kata “Siapa hendak kutip sisa dia orang kalau jatuh gaung?” Lepas tu dia orang gelak. Gelak tak ingat dunia.

Kemudian, kita orang sampai dekat satu tempat ni ada jambatan..mula-mula selekoh lepas tu ada jambatan kecil. Semasa selekoh tu ada pondok kecil tepi tu tempat orang asli letak hasil hutan untuk dijual. Kita orang lalu situ malam, mana ada orang asli dekat situ kan. Semasa lalu situ, aku syok la tengok bulan purnama. Dekat KL mana boleh tengok bulan cantik macam tu. Sebelum selekoh tu, aku perasan ada dahan kayu sebesar lengan bayi terjuntai ke jalan sebab tanah kat situ macam tergelonsor sikit. Lepas dahan tu, pondok kecil lepas tu baru jambatan kecil. Betul-betul sebelah jambatan tu ada papan tanda besar yang menunjukkan berapa kilometer lagi Cameron Highlands, Berinchang, Lata Iskandar dan sekutunya.

Aku ingat semua benda yang aku lalu sebab aku ni jenis kaki sesat. Di mana-mana aku akan sesat. Berjaya Times Square pun aku sesat berapa kali, tak payah cakap Midvalley. Ni kan pula Cameron Highlands. Tapi okay lah sebab bukan aku yang drive. Hahaha…

Sambung balik cerita, pertama kali lalu jambatan kecil tu. Aku dapat tengok air sungai kecil yang mengalir dekat bawah. Cantik. Masalahnya, dekat situ gelap macam mana aku boleh nampak air sungai? Cahaya bulan pun tak masuk kot. Aku pun tak tau. Kau orang fikir-fikirkanlah. Kita orang dah lepas jambatan tu, kita orang lalu satu tempat berkabus kemudian sekali lagi naik selekoh dan sekali lagi aku nampak dahan tadi dan pondok tadi dan jambatan tadi. Kali ketiga lalu lagi dekat situ. Kali keempat aku nekad hendak tengok papan tanda yang besar tu. Sah! Memang kita orang dah berpusing-pusing dekat situ banyak kali. Kali kelima aku cakap dekat Mio, “Dik, bukan kita dah lalu dekat tempat ni lima kali ke?” Budak Mio ni pula macam baru bangun dari tidur. Dia tersentak. Dia terus tanya Luff “Betul ke Luff?”. Luff jawab tak tau. Masa ni lah pula Mio ni baru hendak tanya aku, “akak nama apa ye?” Aku dah buat muka anime tak puas hati dah. Jawab pendek je “Rin”. Lepas tu dia tanya lagi “Hendak panggil Rin ke camne?” “Panggil Rin je lah ikut suka hati kau lah”. Dia tanya aku “Rin macam mana Rin tau kita dah lalu sini 5 kali?” Aku cakap dekat dia “kau tengok papan tanda tu, kau tengok jambatan dan pondok tu, kau tengok juga bulan dan dahan tu, lepas tu kau hadamlah sendiri”. Masa ni barulah Luff bersuara “yelah, papan tanda tu aku nampak tadi masa mula-mula kita lalu ikut jambatan”. Aku cakap dekat Mio, “Kita dah dekat sini nak sejam”. Mio pandang aku dari rear mirror dia macam dia tengok aku ni hantu tumpang kereta dia malam-malam. Aku sambung balik “tadi aku mesej abah aku beritahu naik Cameron malam ni. Masa dekat send mesej pukul 2:15 pagi, sekarang dah 2:50 pagi”. Mio senyap je, dia ambil handphone dia terus call Aira. Aira cakap yang dia dengan pasangan dia follow kereta Mio dari tadi dan tak perasan pun pasal tempat tu macam mana. Kepada para pembaca, sila alert dengan sekeliling kau orang kalau pergi mana-mana tempat.

Berbalik kepada kisah kita orang, selepas semua manusia dalam kereta tu seolah-olah terbangun dari mimpi kecuali Nuzi yang tak tau dah sampai dunia mana. Kita orang lalu jambatan tu dan anehnya, kabus tadi dah tak ada. Tak lama selepas tu kita orang pun lalu dekat deretan kedai depan air terjun Lata Iskandar. Masa ni Nuzi bangun sebab aku gerak banyak. Paha lenguh sebab kepala dia berat. Dia bangun je dia bebel dekat aku sebab bergerak banyak. Aku cakap dekat dia, “kau ni membebel je macam budak kecil bangun tidur minta susu gantung”. Sekali dia gelak menggilai. Mio terus cuak. Dia tanya dekat aku Nuzi okay ke? Ke Nuzi mengigau? Aku cakap Nuzi okay je jangan risau. Lepas Nuzi senyap dari gelak dia dan sambung tidur. Sengaja buat orang cuak. Mio tu dah fikir yang Nuzi tu kerasukkan dah. Kalau Nuzi kerasukkan masa tu memang aku campak dia dari tingkap kereta tu. Spontaneous act.

Selepas lalu Lata Iskandar, kita orang lalu lagi satu selekoh. Jalan ke Cameron kan selekoh sana sini, jalan bukit..siapa pernah pergi tau lah jalan dia macam mana. Semasa dekat selekoh ni tiba-tiba pula muncul Hilux bagi high beam dia hendak overtake. Overtake dekat selekoh tajam pula tu. Mio tak bagi mula-mula sampailah kita orang sampai dekat satu jambatan ni barulah Mio bagi Hilux tu overtake. Semasa dia overtake tu, aku tak pandang. Serik. Lepas dia overtake tu baru pandang depan. Okay, masa itu kita orang terkedu. Selepas Hilux tu overtake, kita orang pelik kenapa tak nampak cahaya dari Hilux tu dekat satu selekoh yang mana depan sikit je dari kita orang. Sebab sebelum Hilux tu overtake, kita orang ada nampak cahaya kereta turun selekoh tu. Kira kalau Hilux tu lalu situ mesti nampak juga kan? Kereta tu berselisih dengan kita orang selepas tu. Mio pula dengan acah berani dia stop kereta tadi tu dan tanya abang yang drive kereta tu ada tak dia nampak Hilux pecut dekat atas. Abang tu cakap tak ada. Okay. Dia call pula Aira, minah tu pun tanya balik “mana ada Hilux overtake kau orang? Kau ngigau ke Mio?”

Semua orang senyap dalam kereta. Kita orang teruskan perjalanan dan tiba-tiba Luff melawak cakap Hilux tu dah melingkup masuk gaung. Tapi Mio senyap je dengan muka risau dia. 10 minit kemudian Luff pula mula pening dan muntah. Tersembur habis dekat kereta. Sampaikan aku yang duduk dekat seat belakang pun kena. Huhuhu.. Lepas bagi dia minyak angin, dia masih lagi mual. Mio sempat usik dia sambil cakap “berapa bulan dah Luff? Bila due?” Luff hendak menyumpah Mio pun tak larat. Kelat dah muka dia.

Perjalanan diteruskan lagi dan kita orang pun sampai di kawasan pekan dekat Cameron tu. Kita orang berhenti depan Hotel Miko ke apa entah nama hotel tu. Dekat situ aku pergi bersihkan bekas muntah Luff yang terkena dekat jeans dan jaket aku. Sambil-sambil Mio membazirkan air mineral dalam kereta dia untuk bersihkan bekas muntah Luff yang menyaluti kereta kesayangan dia tu. Bila dah berhenti dan berkumpul dengan Aira dan pasangan dia, rupanya kereta dia orang pun kena tempias muntah si Luff. Haru malam tu. Masa tu dah pukul 3:30 pagi. Masa ni pula Nuzi asyik cakap “Bisinglah tempat ni berdesing. Panas!” Dah lah dia cakap kuat. Selepas tu kita orang dengar bunyi macam dahan pokok depan kita orang tu ada orang goyangkan. Pandang-pandang je, ada benda putih tapi tak tahu benda apa sebab masing-masing dah gelabah rimau masuk dalam kereta.

Mio start kereta dia parking dekat tempat lain sebelum dia bercadang gerak naik ke kawasan atas lagi. Sampailah dekat tempat yang ada banyak kedai makan dan hotel. Masa ni dia cadangkan kita orang cari tempat menginap sebab hendak mandi dan rehat sekejap. Dia drive lagi naik atas lagi sampai lalu depan Cameron Highlands Resort dan seterusnya dia masuk satu simpang. Depan simpang tu ada papan tanda kecil tertulis “For Private Use Only”. Naik bukit dan masuk kawasan yang sebelah-sebelahnya jalan denai. Aku cakap dekat dia supaya patah balik sebab dekat hujung tu mesti jalan mati. Dia tak percaya dan terus drive sehinggalah kami sampai dekat hujung jalan dan hujung jalan tu betul-betul dekat satu pokok besar yang pangkal pokok tu macam kehitaman sebab lumut rasanya. Malam mana nampak jelas, harapkan cahaya dari lampu kereta saja. Lama juga kereta Mio berhenti betul-betul depan pokok tu. Aku cakap dekat dia “tempat ni seram. Mesti Aira marah nanti. Baik kita cepat keluar dari sini.”

Dalam masa tu Aira tiba-tiba call dekat Mio dan marah-marah. Luff pula asyik suruh Mio berhentikan kereta masa kita orang cari jalan keluar sebab dia hendak muntah. Mio tak hendak berhenti. Dia u-turn dekat 1 tempat yang ada pondok kecil dan drive keluar dari tempat tu lepak depan Sunbird Hotel. Lepak dalam kereta je. Masa lepak dalam kereta tu kita orang memang dengar dengan jelas ada bunyi orang mengheret rantai besi yang besar. Bunyi dia bingit sangat-sangat. Mio dah tak senang duduk manakala Nuzi dan Luff dah ke alam lain awal lagi.

Mio tanya aku okay ke dekat belakang. Aku cakap aku okay. Kita orang borak-borak sikit sebelum dikejutkan dekat bunyi hentakan kuat atas bumbung kereta. Kita orang empat orang bergegas keluar dari kereta sebab hendak tengok apa yang terjadi. Bila keluar je tak ada nampak apa-apa pun. Mio cepat-cepat ajak masuk balik dalam kereta. Selepas kita orang masuk balik dalam kereta tu, memang dengarlah bunyi ada orang mengheret besi dekat atas tar jalan. Bunyi tu lenyap bila dah pukul 6 pagi. Aku pun tak tau apa benda yang mengusik kita orang malam tu.

Pagi tu kita orang check-in dua bilik, 1 untuk geng laki 1 lagi untuk geng perempuan dan berehat kejap. Tengah hari jalan-jalan sekejap dan balik KL.

Tetapi semasa dalam bilik hotel tu Nuzi bising-bising suruh aku cepat-cepat mandi. Aku ingatkan dia hendak mandi. Aku keluar lepas habis mandi dia duduk dekat hujung katil pandang dekat satu sudut. Senyap je. Aku buat tak tau je lah dengan dia. Masa tu Aira yang mandi. Tiba-tiba Nuzi bangun dia tarik tangan aku ajak keluar dari bilik hotel. Aku terpinga-pinga tak tau sebab dia macam tu. Dia ajak turun ke lobi. Dekat lobi dia cerita dekat aku dia nampak lembaga besar duduk sebelah Aira masa Aira tidur. Lembaga tu pandang dekat dia sebelum ghaib bila aku keluar bilik air.

Setengah jam lepas tu aku ajak Nuzi naik balik ke bilik kita orang. Dia mula-mula tak hendak tapi sebab aku cakap aku sejuk hendak tukar seluar dia ikutkan juga. Ye lah masa dia tarik aku keluar tu aku pakai short pant je kot. Semasa kita orang masuk dalam bilik Aira dah tak ada, dia keluar dengan pasangan dia. Dia WhatsApp Nuzi yang dia keluar hendak cari sarapan. Aku suruh Nuzi mandi dan aku tidur. Sedap-sedap aku tidur Nuzi goncang badan aku macam ada gempa bumi 10 skala richter je. Dia suruh aku bangun sebab dia cakap lepas dia keluar bilik air dia nampak lembaga hitam baring sebelah aku. Aku memang mengantuk sangat dan malas layan dia. Aku beralih tempat tidur dan sambung balik tidur. Pukul 11 pagi dia kejut aku lagi sebab geng lain ajak makan. Aku tau memang ada benda atas katil tu sebab Cameron Highlands tu sejuk dan semasa kita orang masuk tu bilik tu sejuk. Tapi masa aku baring tidur tu katil tu panas bagai kena panggang dekat sebelah tempat yang Aira baring sebelum ni. Aku dengar bunyi berkeruh je dekat sebelah aku dan pasti bukan Nuzi berkeruh sebab dia tak tidur tapi aku tak nampak apa-apa. Nuzi je yang pucat lesi bagaikan tak berdarah.

Kita orang makan tengah hari dekat satu warung. Selepas makan kita orang jalan-jalan dekat kawasan berdekatan je. Kemudian geng dia orang suggest lepak Lata Iskandar. Semasa perjalanan turun ke Lata Iskandar ni banyak sangat kejadian mulut celopar. Dan tempiasnya aku yang kena teruk.

Kisah Lata Iskandar macam ni.. Kami turun selepas jalan-jalan dekat Ladang Teh dan sampai di Lata Iskandar dalam pukul 4 petang macam tu. Aku ingat lagi handphone si Nuzi tu bunyi azan tanya dah masuk waktu Asar. Sampai dekat Lata Iskandar dia orang hendak lepak dekat air terjun. Aku malas sebab aku memang seram-seram sikit kalau air terjun ni. Nuzi ajak Aira teman dia tapi Aira tak hendak sebab Aira hendak pergi jalan berdua dengan pasangan dia. Akhirnya aku juga perlu teman Nuzi.

Nasib aku tak baik sangat hari tu sebab aku kena tegur dengan penghuni dekat situ. Semasa aku ikut Nuzi menuju ke kawasan air terjun, baru je pijak jambatan dekat air terjun tu telinga aku berdesing panas sebelah kanan. Nuzi cakap telinga aku merah macam kena piat kuat-kuat. Masa tu aku rasa aku nampak kelibat perempuan pakai kebaya biru dan dia cakap “kenapa kau orang datang sini masa ni? Tak tengok ke dah pukul berapa?”. Lepas tu dia ghaib.

Okay. Lepas tu dia orang main dekat air terjun dan aku duduk dekat batu dekat situ. Nuzi tiba-tiba pergi ke tengah air terjun sebab dia hendak duduk dekat atas satu batu tunggal dekat situ. Sesiapa pernah ke Air Terjun Lata Iskandar tau lanskap dia macam mana. Aku jerit dekat dia jangan pergi. Dia degil. Aku malas dah hendak layan dia. Tak sampai 10 minit dia dah ada dekat sebelah aku sambil gesa aku turun dari kawasan tu. Aku panggil Luff dan Mio turun sekali dia orang tak hendak. Aku cakap ada kepala air hendak datang baru dia orang terkocoh-kocoh keluar dari dalam air. Aku tak tau lah kalau betul kepala air datang ke tak sebab yang aku tengok tu buih-buih air macam ada orang bernafas je dalam satu lekuk batu dekat dengan air terjun tu.

Kita orang pergi makan dekat kedai makan depan kawasan tu. Aku seorang je tak makan. Loya tekak. Dalam pukul 6 petang kita orang bergerak balik ke KL. Masa tu dalam kereta yang air-cond dia full, aku peluh lecun sebab panas membahang. Mio pula menggomel kereta berat. Apabila hendak sampai hentian R&R Tapah tiba-tiba kereta pasangan Aira berasap. Kita orang semua dah panik. Bila berhenti dekat hentian rupanya tangki air bocor sebab tu kereta tu berasap. Lama juga kita orang berhenti dekat situ.

Sampai ke KL kereta Mio masih lagi berat dan panas. Air-cond dia tak rasa langsung. Dia hantar aku dan Nuzi sampai rumah kita orang. Aku balik terus mandi dan tidur. Esoknya aku demam panas. Sebulan aku kena demam panas. Bawa pergi klinik pergi hospital doktor cakap demam biasa. Makan antibiotics macam makan nasi tapi tak sembuh juga. Akhirnya mak aku panggil aku balik kampung. Lepas tu jumpa orang yang pandai berubat. Okaylah lepas tu.

Semasa berubat tu, orang yang merawat tu kata ada benda marah dengan gurauan dia orang tu tapi aku yang kena sebab aku yang boleh rasa dan nampak dia orang tambah lagi badan aku lemah masa tu sebab stress dan tak cukup tidur. Aku kalau tak cukup tidur memang senang kena kacau dan demam.

Gurauan yang buat benda tu marah sebenarnya semasa kita orang turun dari Cameron Highland ke Lata Iskandar tu kita orang ada lalu satu tempat perkuburan. Tempat tu dekat sebelah kiri kalau kita turun dari atas. Masa tu Nuzi dia kata tempat tu mesti ada hantu ada penunggu. Disebabkan aku yang nampak dulu jadi hantu tu akan kacau aku dia kata. Masa tu lah aku rasa kereta Mio tu panas dan lain macam. Aku cakap dekat Nuzi jangan celupar sangat ni tempat orang. Luff pula menokok tambah kalau bunian yang ikut balik kan bagus boleh buat bini. Dia orang gelak-gelak. Benda yang mengacau tu memang jenis yang suka menyakitkan orang tak kisah orang buat salah ke tak dengan dia.

Dekat sini aku hendak pesan dekat semua, janganlah celupar dan bergurau tak kena tempat. Jangan asyik hendak cari bunian.

Okay, tu je kisah kali ni. Aku tak rasa apa yang aku tulis ni seram. Jangan kecam aku ye. Lepas ni mungkin aku akan submit pasal Mesej yang Terakhir.. Ini kisah yang aku lalui sendiri lama sudah. Hehe.. Have a nice day!!!

 

Leave a Reply

12 Comments on "Nuzi: Trip ke Cameron Highlands"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
#nismilan

Awal2 pagi dah bace fs ni . Bangun pagi tak cari sarapan tapi cari fs nak tengok ade update baru x . Hahahaah

Kak Yulie
G cameron lalu jalan lame tu mmg akk akn tingat2 memori seram… Satu, mase sek men rombongan nak panjat Berinchang… Di saat pkl 2-3pagi semua org sedap tdo, akk terbeliak bijik mata cuak… Bapak ar laju driver bas tu bawak, dahlar jln bengkang bengkok gelap gelita camtu kan, pastu dok selisih2 ngan lori sayur plak… Adoooiii…ngucap panjang jelah akk mase tu… Dua, yg ni paling terpahat di ingatan… Tahap SERAM SAKET HATI… Kesahnye, family day estet asben g Cameron… Sume naik bas yg disediakan, tp ktorg laki bini nk bwk keta sdri sbb nnt blk nk singgah umah mak… Tup2 boss asben (lelaki+berumur) bersungguh nk naik ngan ktorg… Mmg awal2 dh spoil mood bercintan cintun… Udahler keje membuta jer, xde inisiatif nk gilir2 drive… Jauh tu Desaru-Cameron… Pastu die xnak dok seat blkg, cemane akk nk drive camtu, seganler… Dahlar akk alergi sepi sket dok seat blkg ni, sepjg pegi dan blk akk migrain non stop… Belom lg mkn mnm die sume ktorg yg tanggung… Segala jajan akk ko kebas… Itu mmg THE WORST HOLIDAY TRIP EVER…!!! Lg horror dr segala kisah seram yg ade…… Read more »
SS

😀 :D. Sabo kak Yulie. .

Kak Yulie

Hahahahahhaa…
Bertabah ko yer dik bace komen akk yg panjang berjela out of topic tu…

Peah

Hahahaha. Asal akak x tngl kn je dia kt tepi Lata Iskandar tu. Ckp la kete berat. Kalau dia ckp dia x perasan pn berat, kabo ke dia berat nanang mung nih. Hehe.
#SayaYangBacaPunSakitHati
#GeramMembacaGeramLagiYangMengalami

Kak Yulie

Cemane nk tinggal…
Singgah ka Lata Iskandar tu pon die x turun…
Dok berdengkuuuurrr jer kojenye…
Akk trn pon sensorg jer sbb asben kepenatan drive sorg2…
Akk nk gilir drive x boleh…
Nak berborak beria pon mcm x kena sbb ade org lain kan, kena plak akk dok blkg…
Ko bace pon dh saket ati kan…
Akk yg mengalami menghadapi ni lagi arrrr mcm nk meraung tang tang tu gak…

Tatie

Haha… seyes seram kak! Kalau saya pn msty sampai kejung otak pk mcm ne nak halau benda y zleh halau pakai ayt kursi pn…

Kak Yulie

Haaaa kaaannn…
Kering otak mikir dik…
Gamaknye kena bace tahlil+talkin sebelah telinga die baru nk dtg kesedaran kooottt…

Twelve

tempat yg penulis ni cakap asyik lalu tempat sama je, itu dah memang port dia. konvoi kete kawan saya lepas 3 kali baru perasan lalu jambatan yang sama. lepas dia tanya kawan “eh, bukan kita dah 3 kali ke lalu sini” baru la diorang jumpa jalan balik. konvoi dalam 5 kete kalau tak silap. masing2 ada cerita yang diorang alami masa berpusing2 kat tempat sama tu.

kisah diorang ni pun pernah keluar dalam buku Variasari.

Akak kiut

Owkey seram.masa akak naik llu ikut tapah.bila turun ikut simlang pulai.jln siang2.mlm2 mmg xlaa😂

Jerangkung

kompom tipu cite ni… bnyk sngt ‘happening’nye… dr proton, hilux, jln pusing2, mengilai, muntah2, lembaga hitam etc… kalo diteruskan ceta, mesti keluar ‘werewolf n vampire’ ni… mcm nk promo ‘ghost tourism’ je..

kiika

baru je balik dari cameron sabtu lepas.
sehari sebelum naik cameron x bukak pon page FS ni.
sebab taknak terbawa2 cita dalam ni. hahahaha..

Alhamdulillah 3 hari kat sana,
masa pergi n masa balik takde pape.
syiok gila berjalan sakan .

wpDiscuz