Hai Fiksyen Shasha! Apabila terbaca kisah-kisah benar misteri orang alami dengan alam mistik ni, aku teringat jugak tentang dulu aku ada seorang kawan ni, dia suka menakutkan orang lain dengan gambar-gambar seram, video seram, dia main ketuk-ketuk pintu bilik lepas tu lari masuk bilik dia. Bilik dia sebelah bilik aku je. Dia ni memang suka menyakat orang la.
Pernah dia takutkan kawan seorang lagi dengan pop-up video seram sampai terketar-ketar budak tu. Nasib baik tak pengsan keras kat situ. Kira berlarut dalam beberapa bulan la perangai gila dia tu suka pedajal orang. Kejadian aneh berlaku dalam rumah kita orang bermula lepas kejadian dia hantar pop-up video tu. Aku perkenalkan diri sebagai Rin, berumur 28 tahun dan obses dengan kisah seram. Terima kasih banyak-banyak Fiksyen Shasha kalau publish cerita ni.
Okay, sambung balik cerita. Selepas kejadian pop-up video hantu menjerit tu rumah kita orang macam lain sikit aura dia. Kejadian pertama terjadi dekat aku masa aku seorang dekat rumah. Masa tu aku baru balik rumah lepas habis exam Sains Forensik pagi tu. Sampai kat rumah ada la dalam pukul 12 tengah hari macam tu. Tengah siap2 nak tukar pakaian tiba2 ada org ketuk pintu bilik aku bagai nak roboh kot. Aku ingatkan kawan aku tu balik lunch atau ambik barang. Dia selalu balik kejap masa lunch hour.
Kalau dia balik tu memang dia suka benar la ketuk pintu bilik aku lepas tu dia lari masuk bilik dia. Tapi hari tu bunyi ketukan macam urgent je. Aku cepat2 salin pakaian dan apabila aku buka je pintu bilik, senyap je tak ada orang dekat rumah. Lepas tu aku tutup balik pintu bilik, dia ketuk lagi kuat. Aku buat tak tau je. Lama-lama dia berhenti la mengetuk. Malam tu aku ada juga tanya kawan aku ni, “Nuzi, ko ada balik ke tengah hari tadi? Ada ketuk pintu bilik aku tak?”. Dia jawab tak ada. Seram.
Kejadian kedua terjadi dekat kawan aku, si Nuzi yang suka sakat orang tu sendiri. Masa dia balik kerja petang masa tu bulan puasa tau. Dia cakap dia nampak aku berdiri dekat sinki dapur. Dia panggil tak menjawab. Dia masuk bilik dia salin pakaian dan solat, dia pergi dapur tapi tak ada orang dekat dapur. Aku keluar bilik pukul 8 malam tu dia cakap la aku ni kenapa tak menjawab masa dia panggil petang tadi. Jadi aku cakap la dekat dia yang aku tengah tidur masa tu sebab migraine. Memang tak ada keluar ke dapur pun. Muka dia dah pucat dah tengok aku. Dia cakap nasib baik dia tak pergi peluk “aku” yang dia nampak tu macam dia selalu buat kat aku bila dia balik kerja. Kalau dia pergi peluk, korang rasa apa yang dia nampak??
Kejadian ketiga pun dialami oleh si Nuzi. Malam tu dia bosan tahap gaban ke apa tak tau. Dia pergi hantar pop-up video pontianak menjerit dekat aku. Tapi aku tak buka video tu malam tu sebab sibuk main game TorchLight dan Whatsapp Apps aku tengah update. Masa aku main game malam tu aku tak guna headphone dan mute bunyi laptop aku. Aku nampak mesej si Nuzi ni masuk tapi aku buat tak tau je. Masa tu aku dengar dia gelak kuat sangat. Aku ingatkan dia tengok cerita lawak, jadi teruskan la main game. Lepas dia mandi malam tu dia ketuk pintu bilik aku.
Aku buka pintu je terus dia cakap, “Rin, kenapa ko tak balas mesej aku? Ingatkan dah tidur.” Aku cakap aku main game dan tak tengok lagi mesej dia sebab apps tengah update. Terpinga-pinga budak tu. Dia tanya aku lagi, “habis tu siapa yang menjerit tadi?”. Aku cakap tak tau dan tak ada dengar. Dengar dia yang gelak ada la. Aku tanya dia kenapa dia gelak kuat sangat. Dia cakap dekat aku dia ingat aku yang menjerit sebab tengok video yang dia hantar, sebab tu dia gelak dekat aku. Tapi aku cakap aku memang tak tengok lagi dan siap tunjuk dekat dia handphone aku tengah update apps Whatsapp.
Muka dia dah lain dah masa tu. Aku tutup balik pintu bilik. Beberapa minit lepas tu bagai nak pecah pintu bilik aku dia ketuk. Aku buka je dia serbu masuk bilik aku. Aku tanya “kenapa?”. Dia cakap masa dia dalam bilik, dia ada dengar suara perempuan ketawa. Tu dia lari ketuk pintu bilik aku. Seminggu jugak lah dia tidur bilik aku. Kesian tengok dia masa tu.
Kejadian keempat berlaku lepas si Nuzi ni mengaku dia taubat tak buat lagi perangai sakat-menyakat dia tu. Tapi benda tu masih lagi nak menyakat dia. Dia nampak macam roommate berdiri dekat pintu pandang dia masa dia sembahyang Isyak. Lepas tu dia rasa ada orang langkah dia masa dia sembahyang. Dia ingatkan roommate dia langkah dia. Lepas tu dia rasa badan dia panas. Sejak tu dia selalu kena ganggu masa solat. Banyak kali jugak aku kena teman dia time dia solat dalam bilik dia. Kadang-kadang aku pun ada rasa panas semacam kat sebelah tapi abaikan je lah. (p/s: Aku Kristian, housemates aku semua Islam).
Kejadian kelima berlaku dekat aku sendiri. Kejadian ni lepas kawan yang seorang lagi pindah keluar. Aku tinggal seorang kat rumah malam tu sebab kawan2 lain semua kerja malam. Masa tu seronok nak tengok cerita Elektra dekat NTV7, aku dengar bunyi orang menyental pakaian dalam bilik air kakak housemate. Aku buat tak tau je. Lepas tu bunyi orang ketuk2 kuali dekat dapur. Aku buat dek lagi. Apabila aku terhidu bau petrol dalam rumah, aku dah mula cuak. Lepas bau petrol, bau softener Daia semerbak kuat dalam rumah. Aku off TV lari masuk bilik. Dah masuk bilik, aku dengar bunyi orang ketuk2 pintu, bunyi cakar2 pintu, bunyi sudu berlaga dekat meja makan dan macam2 bunyi lain lagi. Lagi seronok bunyi orang flush tandas sepanjang malam.
Banyak lagi kejadian pelik yang lain berlaku dekat kawan aku, si Nuzi tu. Kami pun tak tau sebab apa, mungkin sebagai pengajaran kot supaya jangan sakat sangat orang lain dengan benda-benda seram macam tu. Banyak lagi kisah seram berwatakkan si Nuzi tu, aku cerita lain kali lah ye? Have a nice day semua!!
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Sonok benda tu sbb ade geng wakil dr manusia yg suke mengusik…
Sng sket keje aku katenye, hehehehehe…
nuzu kau yg terakhir
Cara penulisan mcm org melayu
BEST! TERUSKAN BERKARYA! 😀
.