#OCIK : SERANGAN BERTUBI-TUBI DI KEM PLKN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca di FS. Terima kasih kepada admin FS kerana sudi mem’publish’kan cerita aku untuk kali ini. Perkenalkan nama aku Ocik ( bukan nama sebenar ). Ini adalah pengalaman aku sendiri semasa aku menjadi salah sorang pelatih di Kem PLKN yang terletak di Johor sekitar tahun 2013.

Menjadi rutin harian kepada semua pelatih yang beragama islam untuk bangun lebih awal bagi menunaikan solat subuh, tapi yang menghairankan aku pada pagi itu apabila aku tak nampak langsung kelibat pelatih wira di surau. Jadi kami pelatih wirawati tidak fikir apa terus solat subuh berjemaah seperti biasa dalam otak hanya fikir katil maklumlah hari ahad selalunye lepas solat terus balik dorm sambung tidur semula. Mungkin pelatih wira solat di dorm gamaknya hari cuti jadi lepas solat boleh terus tidur.

Selesai saja solat subuh, jurulatih meminta semua pelatih wirawati untuk berkumpul di padang kawad. Aku dengan perasaan pelik bin aneh terus bergegas masuk dalam barisan, mana tak nya hari ahad selalunya selepas solat subuh terus kami ke dorm dan berehat. Hari dimana nak topup balik tidur yang tak cukup selama seminggu tu. Apa yang buat aku lebih pelik apabila sepanjang perjalanan ke padang kawad aku terdengar suara orang tengah azan di belah dorm lelaki, bukan satu suara tapi seperti ramai dan mereka azan tanpa henti. Aku mula rasa tak sedap hati.

Sampai saja dekat padang, aku melihat perlatih wirawati non-muslim sudah ada di padang kawad. Semua tertanya-tanya kenapa kami kena berkumpul sedangkan hari ahad dan ramai jurulatih yang balik ke rumah masing-masing. Yang tinggal hanya empat orang sahaja jurulatih yang bertugas pada hari tersebut, jurulatih Yati, Akma, Malik dan Izat. Jurulatih Yati memintak semua wirawati duduk dalam bulatan, kami diasingkan satu bulatan yang beragama islam dan satu bulatan untuk non-muslim.

Tak lama kemudian, muncul sekumpulan pelatih wira bersama seorang jurulatih Malik menuju ke padang. Aku fokus pada botol-botol kaca yang dibawa oleh mereka dan ditutup dengan kain kuning. Apa yang ada dalam botol tu aku tak pasti tapi yang penting bulu roma aku memang berdiri habis masa tu, rasa nak terkucil pun ada dengan suasana yang tegang pagi tu. Tapi kenapa bilangan pelatih wira sedikit? Mana yang lain? Aku mula tertanya-tanya di dalam hati.

Ada di kalangan mereka yang tak henti-henti melaungkan azan. Perhatian aku fokus kepada pelatih wira yang berada paling hadapan sekali aku gelarkan dia wan ( bukan nama sebenar ). Diatas kepala wan ada
kain kuning yang di ikat seperti lagak seorang pahlawan , sambil mulut terkumat-kamit membaca apa pun aku tak pasti sambil menunjukkan aksi seperti sedang bertarung dengan sesuatu. Setibanya pelatih wira di hadapan kami, mereka azan di sekeliling bulatan yang aku duduk tu. Wan memintak pelatih wirawati yang rasa mereka ada mewarisi atau membela makhluk halus tampil kehadapan masa ni baru aku dapat tangkap apa yang terjadi sebenarnya *hahaha, lambat tak otak aku berfungsi* rupa-rupanya ini ada kena-mengena dengan makluk alam ghaib.

Masa ni memang tak duduk diam semua pelatih wirawati, ada yang nak menangis, ada yang gelabah. Aku? masih nak hadam apa yang wan cuba sampaikan, kenapa tiba-tiba wan mengajurkan soalan seperti itu, kenapa mereka seperti menangkap sesuatu?

Tiba-tiba, seorang wirawati menjerit di kalangan kami, aku perhati rupa-rupanya Zila yang tengah menjerit seperti kena histeria. Badan zila kelihatan tegang, mata hitam tak kelihatan semua mata putih yang tinggal. Zila keluar daripada bulatan tersebut, sambil merangkak zila kelihatan begitu marah. Aku nampak muka zila berubah seperti bersisik berwarna ungu, mulut zila pucat, dan yang paling menakutkan lidah zila panjang dan bercabang.

Wan terus menuju kehadapan Zila untuk meminta benda yang masuk dalam badan Zila keluar.

Wan: “Siapa kau, berambus kau keluar daripada dalam badan perempuan ini sebelum aku paksa kau keluar” berkata dengan tegas

Zila: “Aku tak akan keluar, dia milik aku! Manusia tak guna” suara garau dalam keadaan amarah.

Belum selesai dengan makhluk yang menguasai zila, tiba-tiba seorang wirawati ( Zana) keluar dari bulatan dan berlari menuju ke dorm di ikuti oleh seorang lagi wirawati ( Anie) di belakang Zana. Pelatih wira ( Zaki) yang nampak kejadian tersebut terus mengekori Zana dan Anie dari belakang bersama dua orang pelatih wira yang lain. Akhirnya mereka hilang dari pandangan.

MENURUT CERITA ZAKI SEMASA MEREKA MENGEJAR ZANA DAN ANIE ( AKU SEBAGAI ZAKI)

Aku sempat kejar Zana dan Anie sebelum mereka sampai ke dorm. Zana bertukar kelakuan seperti seekor monyet dan memanjat pokok. Si Anie pulak rampas botol kaca kuning dari tangan aku dan pecahkan botol tersebut. Anie ambil serpihan daripada kaca tersebut dan masukkan kedalam mulut sambil berkata “Aku lapar” dengan nada seperti nenek tua.

Aku tepis tangan Anie daripada terus-terus makan kaca yang bersepai diatas jalan tar tersebut. Anie kelihatan marah, mata Anie bertukar kelihatan merah dan terbeliak. Anie berlari semula menuju ke dorm di ikuti Zana.

Tapi aku sempat berlawan dengan Zana dan Anie sebelum mereka sampai ke dorm mereka akhirnya kedua-dua mereka pengsan.

—Habis cerita daripada Zaki

Zaki berlawan macam mana tu aku tak pasti, tapi masa kami di minta untuk menuju ke dewan makan berkumpul dekat sana, aku nampak Zana dan Anie rebah di atas jalan tar.
Mesti korang tertanya-tanya kenapa Zana dan Anie berlari nak masuk dorm kan? Nanti aku cerita, “sabar sat na hahaha”

SAMBUNG CERITA DI PADANG KAWAD

Wan yang masih berusaha mengawal Zila yang semakin teruk dikuasai. Yang tak boleh nak diterima dek akal bila tiba-tiba Zila terapung, masa ni ramai beb yang kena histeria ada dalam enam orang pelatih wirawati yang muslim, lepas sorang menjerit, sorang lagi menjerit sambung menyambung.

Keadaan masatu memang tak terkawal dengan angin yang sangat kuat tiba-tiba datang dari gunung belakang kem. Aku? tak payah cakap lah mengeletak satu badan tak pernah-pernah berada dalam situasi macam ni. Cuma masatu aku fokus, aku fokus dengan diri aku sendiri. Sebab aku teringat ustaz masa sekolah aku cakap kalau benda macam ni berlaku kita jangan layan, jangan biarkan diri kita kosong baca ayat suci al-quran sebagai pendinding, walauapapun yang terjadi jangan sesekali tutup mata dan terlinga sebab benda tu senang nak masuk lagi-lagi kalau kita dalam keadaan takut.

Jadi bila keadaan dah semakin teruk jurulatih Yati mintak semua pelatih wirawati ke dewan makan. Pelatih-pelatih wirawati yang kena histeria tu pelatih wira yang handle. Semasa perjalan ke dewan makan aku masih fokus dengan diri aku walaupun rasa sakit tangan kiri aku yang digenggam kuat oleh kawan baik aku masatu Lina, berkesan beb memang takut habis si Lina masa tu mengalahkan aku jadi aku redha dengan kesan yang di tinggalkan oleh si Lina *hahaha*. Masa aku menuju ke dewan makan lah aku ternampak Zana dan Anie terbaring atas jalan yang berada di pintu masuk dorm.

Kami berjalan dalam kelompok sambil membaca ayat kursi beramai-ramai. Terasa angin yang sangat kuat ikut kami berarak dengan pokok yang bergoyang kencang. Takala ada antara kami yang masih di ganggu dan menjerit kami biarkan sampailah ke dewan makan. Di dewan makan semua kembali reda. Aku rasa seperti baru keluar daripada satu alam yang lain.

Telinga aku tak lepas daripada dengar jeritan yang berada di kawasan padang malah jeritan di tepi-tepi jalan yang berdekatan di kantin. Suara-suara azan yang masih lagi tak putus-putus oleh pelatih wira. Apa yang jadi di luar aku tak ambil pusing, aku cuma mampu fokus dengan diri aku sendiri supaya aku tak diganggu oleh makhluk seperti apakah pun aku tak tahu.

Jam masa ni menunjukkan pukul 10pagi sudah tidak kedengaran jeritan-jeritan daripada pelatih wirawati di laur sana. Yang kedengaran hanya ayat-ayat suci yang dipasang dan kedengaran di dalam kem mengunakan pembesar suara di setiap sudut. Berbekalkan teh o suam yang dibuat oleh mak cik kantin, sambil temenung duduk diam macam terkenangkan dosa-dosa yang lepas, ya itulah aku. Sebenarnya aku tahu semua pelatih rasa benda yang sama masih terkejut dengan apa yang terjadi. Masih cuba nak hadam dan tertanya-tanya apa yang sudah jadi dekat pelatih-pelatih yang kena histeria tadi? Macam mana keadaan Zana, Anie dan Zila?

Setelah keadaan semakin pulih, jurulatih Yati meminta kami membantu angkat pelatih yang kena histeria masuk ke dalam dorm, alangkah terkejutnya bila aku keluar sahaja daripada dewan makan kelihatan kem aku
Seperti kena bencana, daun-daun kering berselerakan dengan ada pokok tumbang di tepi jalan, ada meja terbalik di bahagian jalan luar kelas, tingkap kelas pecah dan macam-macam lagi. Tapi yang paling teruk bila tengok susuk tubuh yang terbaring bersepah-sepah, ada yang tudung tercabut dan tak berkasut tapi ada juga yang masih sedar sambil menangis-nangis.

Aku dan yang lain terus angkat bawak yang terbaring masuk ke dalam dorm. Tapi yang paling teruk Zana dan Anie sampai berdarah-d***h kaki dan mulut. Menurut cerita Zaki, Zana dan Anie cuba cederakan diri mereka sendiri. Untuk pengetahuan pembaca Zana dan Anie ni kawan baik dan mereka sukarelawan untuk masuk kem PLKN.

CERITA ZANA DAN ANIE

( AKU SEBAGAI ZANA )

Masa di padang kawad aku terdengar seperti bisikan seseorang di telinga aku, suara itu mintak aku pergi ke dorm ambil sesuatu di dalam beg. Suara seakan mendesak, tiba-tiba badan aku jadi panas sebab tu aku keluar dari bulatan dan berlari ke dorm seperti yang suara itu arahkan.

( AKU SEBAGAI ANIE )

Masa aku duduk belakang Zana di padang kawad aku nampak ade nenek tua di sebelah dia nenek tua tu mintak aku ikut Zana lari ke dorm, sebabtu bila Zana lari ke dorm tangan aku ditarik oleh nenek tua tu. Selepas itu aku tak sedar apa yang berlaku.

Zila pula diambil oleh emak ayah zila pergi berubat. Menurut mak Zila, Zila ada mewarisi saka ular daripada moyang dia macam mana saka tu boleh diwarisi Zila mak dia tak bagitahu. Mak Zila cuma bagitahu saka Zila marah bila ada benda cuba melawan dia sebab itu dia munculkan diri.

Seramai-ramai orang yang kena histeria, ada sorang ni ke yang paling teruk iaitu Intan. Intan pun diambil oleh mak ayahnya pulang ke rumah untuk berubat menurut cerita daripada Wan, ada nenek yang sukakan Intan dan ajak Intan ikutnya ke gunung belakang kem. Disebabkan keadaan dia yang sangat teruk budak-budak lelaki terpaksa angkat dia ke surau tuk bacakan ayat suci al-quran. Sekejap sahaja Intan sedar lepastu benda tu menguasai dirinya semula seperti nak mengambil nyawa Intan. Nenek tu tetap berkeras nak bawak Intan bersama. Masa ni keadaan Intan sangat lemah menurut cerita Wan.

Aku tak sempat nak jenguk Intan sebelum dia di bawak balik oleh Mak bapak dia pulang sebab dia hanya berada di surau bersama pelatih lelaki.

———————————-

Kejadian ini bersambung sehingga ke sebelah malam.
Nanti aku sambung cerita lagi.
Banyak nak kena huraikan terutama sekali macam mana tiba-tiba kem aku kena serang
Kena serang dengan makhluk seperti apa?
Apa yang ada dalam beg Zana?
Siapa nenek yang tarik tangan Anie?
Balik semulakah Intan dan Zila ke kem?
Bila semuanya akan berakhir?
Yang pasti serangan lebih hebat di sebelah malamnya pula. Sekian.

OCIK

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

9 thoughts on “#OCIK : SERANGAN BERTUBI-TUBI DI KEM PLKN”

  1. Adakah penulis akan menyambung cerita?
    Jika ya, bilakah penulis akan menyambung cerita?
    Saka ular apakah yg diwarisi Zila?
    Berapakah umur nenek tua yg nenarik tangan Zana?
    Apakah hubungan jurulatih Yati, Akma, Malik dan Izat?
    Bagaimana Zana berkenalan dgn Zila?
    Dan yg paling misteri, apakah warna seluar dalam penulis ketika kejadian tersebut?
    Amacam? Suspend tak?
    Yang pasti, saksikan sambungan drama seram suam2 kuku #OCIK : SERANGAN BERTUBI-TUBI DI KEM PLKN 2 dlm rancangan Fiksyan Shasha pada Hari Raya kelima nanti!!!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.