Assalamualaikum and Hi.
Aku penulis bagi kisah-kisah seram biasa macam Sunan Andika, Puaka Kilang Usang & 2, Tolong Buka Pintu and etc. Boleh lah search dalam ruangan cari tu. Gittew. Tapi ampun lah siap-siap. Kisah kisah aku tu ala kadar je lah kekdahnya.
Untuk kisah kali ni, aku nak cerita pasal dua tiga kejadian yang terjadi kat office, rumah and also aku selitkan mimpi latest aku yang Nauzubillah, bagi aku sangat mencemaskan. Moh lah kita start.
OFFICE
Siapa yang pernah baca kisah Puaka Kilang Usang, engkorang tahu lah jenis kerja and situasi semasa pejabat and company aku ni. So bulan 7 hari tu, kami pindah sepenuhnya dari office kilang ke office bangunan kedai di area pekan Kuala Selangor tu betul. So meriah lah pemandangan. Malangnya, penghuni dalam office tu hanya aku je pada hari-hari biasa. Sebab boss aku, Kian Yoong, akan datang pada hari Rabu sahaja. Yang si ah so tu, datang bila perlu. Means, kalau aku suruh datang buat kerja, dia mai. Itu pun sekejap benar.
Office ni office baru. Shoplot ni pun baru je lagi. Kira kami ni 1st batch yang menyewa ruangan tersebut. Even aku sorang je selalu dalam office, tapi aku tak pernah sunyi. Nak tahu sebab apa? Sebab ada entity yang sama-sama workaholic macam aku juga kat situ. Selalunya gangguan ni ada bila aku sorang lah. Kalau ada Soh or Kian Yoong, dorang membisu seribu bahasa. Shy shy cat kali.
Ada masanya dorang akan main air kat sinki luar toilet. Aku tak boleh nampak tembus ke situ sebab ada partition yang dah kami tegakkan antara ruang office and ruangan toilet yang dua tu. So kalau nak tengok situ, aku kena menapak lah. Tapi sorry lah, tak kosser. Mujur lah jenis pandai tutup balik. Tak payah aku susah-susah nak tutupkan.
Office ni penuh kotak berisi documents company. So kotak-kotak ni berat. Tapi dorang sangat rajin main alih-alih and main seret-seret kotak tu. Kalau nak tolong susun, aku on je. Tapi masalahnya, begitu juga lah keadaan kotak-kotak tu ha. Bunyi je lebih, habuk tarak.
Paling selalu kedengaran, bunyi tapak kaki berjalan berseret kat lantai. Aku ni pantang lah orang jenis jalan kaki menyeret. Cara dia berjalan tu macam busy sangat. Sekejap bilik air, sekejap area pantry sekecil alam tu, sekejap ke kawasan computer yang memang aku tak guna. Tak reti penat langsung. Nak kata orang tingkat bawah, mustahil sangat lah. Sebab tak logic lah pula orang tingkat bawah aku berjalan kat siling dia kan.
So gangguan kat office tu memang buat aku lali lah. Lantak lah kau sana. Asalkan tak porak perandakan office tu sudah. Nanti aku yang kena marah dengan boss.
RUMAH
Sebenarnya dah lama tak ada gangguan kat rumah aku ni. Maksud aku gangguan yang melampau lah. Setakat periuk belanga jatuh, pinggan mangkuk berlaga tu, benda biasa. Sebab kejadian tu selalunya tengah malam. Aku terbangun sebab terdengar bunyi bising, then aku membuta balik buat tak tahu. Kang dilayan lain pula kan.
Kisah 1 : Bukan Kami, Auntie
Dulu aku pernah cerita rasanya pasal jiran yang suka alih-alih perabot malam-malam and bunyi ketukan dinding. So benda tu berlarutan sebenarnya. Memang aku fikir jiran aku ni main rebut kerusi lah tiap malam. Jadi nak ruang yang luas kekdahnya. Haha.
Sampai lah satu malam ni, aktiviti tu lama sangat. Dalam 15 minit tak berhenti henti. Padahal Deepavali lambat lagi. Anak-anak aku dah lah tidur. Bising kang terbangun, terbantut lah aktiviti ber-movie marathon aku. Aku ketuk dinding sebagai syarat suruh diam. Memang dorang stop tau, tapi dorang balas dengan ketukan juga. Aku gelak je lah.
Pagi esoknya tu, aku nampak jiran aku ni, Sathi nama dia. Aku tanya dia buat apa malam tadi? Bising sangat. Beli perabot baru ke? Dah dia buat muka pelik. Dia tanya kenapa cakap macam tu. Aku pun cerita lah dari A to Z. Nak tahu apa respond dia? Dia kata selama ni dorang dengar kat rumah aku lah yang bising. Bunyi kerusi meja kena seret, bunyi ketuk dinding tiap malam. Paling tak boleh tahan, dia cakap dalam pukul 8-10 am setiap hari, aku menukul bilik air and toilet. Pejadah lah pula. Time tu kami laki bini kerja kot. Mana ada orang kat rumah.
So makanya aku and Sathi berhuhuhu di tepian pagar masing-masing.
Kisah 2 : Mama, Papa Dah Balik
Kejadian ni baru lagi, 21 November 2018 tarikhnya. Time kejadian, remang-remang senja sudah. Aku and anak-anak duduk depan tv, macam biasa. Sunan and Don baring menyusu. Aku tengah siapkan kerja office yang aku bawa balik.
Tiba-tiba Sunan bangun, and cakap macam ni kat aku;
“Mama, papa dah balik tu. Dia suruh buka pintu dapur.”
Laki aku ni kerja bawa lori pasir. Paling awal dia balik pun, pukul 9pm. Mustahil dia dah balik time tu. Plus aku memang tak dengar bunyi orang bagi salam ke apa. So aku buat tak tahu je. Aku suruh Sunan sambung menyusu. Tapi dia tak puas hati. Dia tetap tegakkan pendirian dia tu.
“Mama ni, papa dah marah tu. Buka lah pintu tu. Tengok, dia dah ketuk kuat-kuat.”
Serius, memang aku tak dengar apa-apa pun. Aku cakap kat Sunan, tak ada apa pun kat situ. Tolong lah jangan buat drama tak berbayar. Aku dah cuak sebenarnya tapi depan anak-anak, aku buat gagah je lah. Sekali si Sunan ni melangkah ke pintu dapur sambil bebel.
“Mama ni kenapa ya? Papa panggil pun mama buat tak tahu. Dia marah tu. Biar abang lah yang buka. Mama ni malas kan?”
Sampai hati dia kata aku malas guys. Nak aje aku cilikan mulut dia. Tapi memang muka dia muka tak puas hati lah pandang aku. Terus aku grab dia and tarik pi jauh dari pintu. Aku cakap mana ada papa. Hantu Katik je kat luar tu yang panggil. Terus dia insofff and sambung menyusu. Payah nau nak faham.
Kisah 3 : Anim! (Ketukan bertalu-talu)
Yang ni paling fresh. Baru lagi, around 2 am, 1 December 2018. Aku terbangun sebab dengar ada orang ketuk pintu and panggil nama aku, Anim. Pintu depan rumah aku ni jenis kaca yang sliding tu. So aku bangun nak buka lah kononnya. Sebab fikir laki aku balik ke apa kan. Aku memang tak fikir orang lain dah sebab dia je panggil aku Anim. Tapi aku tak nampak bayang orang kat luar. Sebab kat luar tu terang dengan lampu jalan kuning tu. Fikir logic, memang akan ada bayang kat langsir. Jadi aku blah dari situ then ke dapur.
Nak ke dapur tu, aku kena lalu toilet. Aku nampak lampu toilet on, pintu berkunci dari dalam. Aku ketuk and panggil laki aku. Dia jawab. Sah dia memang dah ada kat rumah time tu. So siapa kat luar?
Aku sambung baring. Mata memang tak lalu nak lelap dah. Aku terkebil-kebil dalam gelap. Sekali ketukan tu bunyi lagi. And memang jelas dia panggil nama aku. Kalau tadi aku assumed yang aku mamai, kali ni confirm tak. Memang dengar terang. Aku terus selubung and pura-pura tidur. Kau panggil lah banyak kali pun. Aku buat-buat pekak je. Jiwa rapuh guys.
MIMPI
Aku pernah shared pasal aku bermimpikan Nabi Isa berperang dengan Dajjal. Guess what? Aku mimpikan Dajjal lagi sekali bulan lepas.
*PERINGATAN : AKU TAK MINTA KORANG PERCAYA. AND MIMPI NI, AKU TAK BOLEH NAK KAWAL. SENDIRI DATANG DAN SENDIRI PERGI.
Dalam mimpi aku tu, kami ada kat satu kawasan yang macam tengah dilanda perang. Bangunan runtuh kiri kanan. Dajjal kejar kami ke mana-mana. Dipaksa tunduk sembah dia. Kami lari menyorok. Takut tu terasa sampai aku bangun guys.
Ada yang dapat ditangkap. Dorang dipaksa mengaku Dajjal tu paling berkuasa. Mana yang mengaku, dia ditempatkan di barisan hadapan di dalam istana milik Dajjal tu. Istimewa kononnya.
Mana yang menolak, dia d*****h. Badan disiat dan dicampak macam bangkai. Kami yang menyorok ni memang nampak jelas. D***h mengalir macam sungai dah. Dalam sungai tu ada seorang perempuan. Dia mandi dan minum d***h-d***h tu dengan sangat senang hati. Sumpah jijik and ngeri.
Aku lari sekuat hati. Sampai lah kat kawasan askar Malaysia buat rondaan and kubu. Dorang ni pun tengah berperang. Dengan tentera yang berpakaian macam tentera Israel. So aku dengan tercungap-cungap tu, bagitahu yang Dajjal nak b***h aku, b***h semua muslim. Jadinya aku disuruh menyorok dalam ban (tali air) yang ada kat kawasan tu. Dalam ban tu ada semak samun, so memang tersorok lah.
Kat dalam tu juga ada sorang lagi perempuan. Dia pun menyorok. Sekali dia dapat ditangkap oleh ketua tentera penjahat yang merupakan orang kanan Dajjal ni tadi. Depan mata aku, perempuan tu diperkosa. Sampai saat ni, aku terbayang muka perempuan tu minta simpati. Aku memang trauma. Terasa-rasa berdebar tu sampai lah aku bangun tidur and kemurungan almost sehari suntuk. Hahaha.
Okay, habis hikayat sang Fara. Ni semua benaran, tiada rekaan. Engkorang nak percaya or tidak, up to u lah. Free je pendapat korang tu. And yes, nak kecam ke nak apa, silakan lah. Jiwa ku even rapuh, tetap berlagak tenang. Kah!
See you soon guys kalau ada kisah lagi.
Assalamualaikum.
Regards,
FarnimKamdin
best..best…nanti sambung lg yer….
InsyaAllah. Ada je lagi tapi banyak shared kat twitter.
#ayatacahtwitfamousmintakaki
Apa username twitter? hehe
@farnimkamdin
Dah follow kasitau ha
yang kisah dajjal tu menarik… ada link dye tak utk mimpi ttg dajjal tu
Aku kerap mimpi dia. Tak tahu lah kenapa. Macam jahat sangat rasanya diri ini. Haha. Latest aku mimpi dia juga. Siap dia pecahkan kepala budak perempuan depan mata penduduk kampung and suruh semua orang tunduk kat dia and serahkan harta benda yang ada. Rasa takut sampai terbawa-bawa alam nyata.
Nah link yang lepas : https://fiksyenshasha.com/mimpi-2/
saya pun pernah bermimpi yg mana perasaan takut tu terbawa bawa ke real life. bgtau husband. dia kata mainan tdo..tp serius bila mimpi yg menakutkan ni automatik jdik teringat2 smpai luar mimpi..
harap ini pun mainan tidur. hahahaa
jalan cerita mudah faham. Seram dan best cerita awak . Semoga awak dan keluarga sentiasa dalam lindungan-Nya. Nanti sambung lagi ya
InsyaAllah, amin. Mudah-mudahan. Semoga awak dan keluarga awak juga dilindungi sentiasa.
Anim. … salute laaa.. sgt berani! ! Cerita bagus. . Teruskan. Semoga sentiasa di Lindungi
Jangan salute sangat mama. Jiwa rapuh juga kadang-kadang. Hahaha.
Thanks. Semoga mama juga dilindungi sentiasa.
Aku nampak kau bukan orang biasa-biasa Fara.. Jangan sampai kelebihan kau hilang macam tu saja. Cuba tingkatkan lagi ibadah. Semoga mimpi kau jadi inspirasi pada aku dan pembaca sekalian.
Aku tahu payah nak bagitahu macam mana kita boleh kenal seseorang itu melalui mimpi. Sebab itu ilham yang Allah SWT turunkan dalam mimpi tersebut. And, aku pernah bermimpi pegang rambut Rasulullah SAW dan barangan peribadi Baginda seperti serbannya. Aku peluk terharu bercampur rindu padanya. Indahnya mimpi itu ingin aku ulangi tapi semuanya atas keizinan Allah SWT..
Aku tak pernah rasa aku ada kelebihan apa pun. Tapi insyaAllah, bab ibadah, aku masih struggle untuk istiqamah.
Kan. Payah nak terangkan macam mana kita tahu sekian sekian dalam mimpi tu. Allahu.. Bestnya dapat mimpi macam tu
mana ko tau tu rambut Rasulullah…x yah syok sendiri la…setan dah main kan ko..
Takpe la kata kita syok sendiri. Cuma aku kesian kat kau. Mengaji banyak ye malaun.. Selalu la dengar ceramah. Semoga Allah bukankan hati malaun ye.. Suka nama kau.
gaya penceritaan best. cerita lettops.. ohon sambung cerita kalau ada
InsyaAllah. Thanks 🙂
Kental kau jah… cerita best ringkas mudah hadam…xde kbat sgt…
Kental tak kental lah add. Nak hidup punya pasal. Hahahaha
Cerita lagi pasal mimpi tu please!!! Camana rupa dajjal tu? Istana dia askar dia etc???
Aku dah 3 kali mimpikan dia. Rupa dia macam tak tetap di setiap mimpi. Tapi pengikut dia mengakui dia lah Dajjal.
Mimpi 1 : Badan besar dan tegap, rambut ikal hampir kepada kerinting. Iras-iras Maui dalam Moana pun ada.
Mimpi 2 : Sama, badan besar tegap. Yang ni muka dia tak berapa jelas. Istana dia mewah, tapi suram. Macam istana Rom purba. Gah tapi tak ada seri. Orang kanan dia, ketua askar, berkulit gelap. Botak, badan besar. Sama bengis macam dia.
Mimpi 3 : Aku tak nampak juga jelas muka dia. Tapi bentuk badan still sama. Gagah. Begis.
Yang pasti, bila dia bertempik, macam suara petir. Bingit.
Itu je lah gambaran dia dalam mimpi-mimpi aku.
Smoga kite sume, para muslimin n muslimat slamat drp fitnah2 dajjal…slamat drp sihir2 dajjar….amin
InsyaAllah amin
laki ko keje bawak lori kan…elok la tu…dah bole start suruh laki ko sarung kondom je la pasni…budak2 bwk lori, sape yg x kenal ngan perangai kaki kongkek pompuan tepi jalan
Apa kena mengena bawa lori dengan ini cerita?
Pernah ada pengalaman sedemikian rupa ke dengan pemandu lori?
Jangan bitter sangat brader. Nak luahkan amarah, sila ke page Kisah Rumah Tangga. Sana ramai tukang sorak. Sini nak cerita hal hantu ja.
Gambaran kau mengenai dajjal tu..ada persamaan dengan ceramah ustaz wadi. Aku ada dgr ceramah tu..and sebijik gambaran gagah, bengis, rambutnya.. hish.. meremang segala jenis bulu di badan aku. And lillahi taala, aku cemburu dengan kau. But then, aku seronok baca cerita² kau. Like you said, susah org nak faham apa yg kau sndr lalui. Aku sendiri pernah bermimpi buka al quran, tapi seluruh surah al-baqarah hilang. Kosong..takde dalam al quran tu. Tapi surah² lain ada. Kejadian tu, waktu aku mula² mengubatkan diri dan anak² menggunakan perubatan islam. Dia punya ketakutan tu, Masha ALLAH. Tak terluah. Tapi aku masih sedang memaksa diri untuk istiqomah untuk berubah. Aku doakan kau juga di beri kekuatan dan sentiasa istiqomah. Doakan aku dan anak² juga ya…
Share lagi tau pasal mimpi kau. Aku suka baca..walaupun scary. Its like satu therapy untuk aku motivasikan diri untuk mencari redha Allah.
Aku dapat mimpi pelik since aku 12 tahun, dah akil baligh. First mimpi yang aku dapat, yang sentiasa datang tak berubah bentuk, is ‘abang mimpi’. Dulu, nak dikatakan selang sehari mesti dia jenguk. And now, datang bila aku tengah struggle untuk sesuatu benda.
Since then, selalu dapat mimpi yang ngeri, teringat-ingat.
Ya. Masih struggle untuk istiqamah dalah ibadah. Masih belajar nak topup mana yang kurang.
Semoga kau and anak-anak sentiasa dalam lindungan Allah sentiasa.