Office, Rumah dan Mimpi

Assalamualaikum and Hi.

Aku penulis bagi kisah-kisah seram biasa macam Sunan Andika, Puaka Kilang Usang & 2, Tolong Buka Pintu dan etc. Boleh lah search dalam ruangan cari tu. Gittew. Tapi ampun lah siap-siap. Kisah kisah aku tu ala kadar je lah kekdahnya.

Untuk kisah kali ni, aku nak cerita pasal dua tiga kejadian yang terjadi kat office, rumah dan juga aku selitkan mimpi latest aku yang Nauzubillah, bagi aku sangat mencemaskan. Moh lah kita start.

OFFICE

Siapa yang pernah baca kisah Puaka Kilang Usang, engkorang tahu lah jenis kerja dan situasi semasa pejabat dan company aku ni. Jadi bulan 7 hari tu, kami pindah sepenuhnya dari office kilang ke office bangunan kedai di area pekan Kuala Selangor tu betul. Jadi meriah lah pemandangan. Malangnya, penghuni dalam office tu hanya aku je pada hari-hari biasa. Sebab boss aku, Kian Yoong, akan datang pada hari Rabu sahaja. Yang si ah soh tu, datang bila perlu. Manksudnya, kalau aku suruh datang buat kerja, dia mai. Itu pun sekejap benar.

Office ni office baru. Shoplot ni pun baru je lagi. Kira kami ni 1st batch yang menyewa ruangan tersebut. Walaupun aku sorang je selalu dalam office, tapi aku tak pernah sunyi. Nak tahu sebab apa? Sebab ada entity yang sama-sama workaholic macam aku juga kat situ. Selalunya gangguan ni ada bila aku sorang lah. Kalau ada Soh or Kian Yoong, dorang membisu seribu bahasa. Malu-malu kucing kali.

Ada masanya dorang akan main air kat sinki luar toilet. Aku tak boleh nampak tembus ke situ sebab ada partition yang dah kami tegakkan antara ruang office dan ruangan toilet yang dua tu. Jadi kalau nak tengok situ, aku kena menapak lah. Tapi maaf lah, tak kosser. Mujur lah jenis pandai tutup balik. Tak payah aku susah-susah nak tutupkan.

Office ni penuh kotak berisi documents company. Jadi kotak-kotak ni berat. Tapi dorang sangat rajin main alih-alih dan main seret-seret kotak tu. Kalau nak tolong susun, aku on je. Tapi masalahnya, begitu juga lah keadaan kotak-kotak tu ha. Bunyi je lebih, habuk tarak.

Paling selalu kedengaran, bunyi tapak kaki berjalan berseret kat lantai. Aku ni pantang lah orang jenis jalan kaki menyeret. Cara dia berjalan tu macam busy sangat. Sekejap bilik air, sekejap area pantry sekecil alam tu, sekejap ke kawasan computer yang memang aku tak guna. Tak reti penat langsung. Nak kata orang tingkat bawah, mustahil sangat lah. Sebab tak logic lah pula orang tingkat bawah aku berjalan kat siling dia kan.

Jadi gangguan kat office tu memang buat aku lali lah. Lantak lah kau sana. Asalkan tak porak perandakan office tu sudah. Nanti aku yang kena marah dengan boss.

RUMAH

Sebenarnya dah lama tak ada gangguan kat rumah aku ni. Maksud aku gangguan yang melampau lah. Setakat periuk belanga jatuh, pinggan mangkuk berlaga tu, benda biasa. Sebab kejadian tu selalunya tengah malam. Aku terbangun sebab terdengar bunyi bising, lepastu aku membuta balik buat tak tahu. Kang dilayan lain pula kan.

Kisah 1 : Bukan Kami, Auntie

Dulu aku pernah cerita rasanya pasal jiran yang suka alih-alih perabot malam-malam dan bunyi ketukan dinding. Jadi benda tu berlarutan sebenarnya. Memang aku fikir jiran aku ni main rebut kerusi lah tiap malam. Jadi nak ruang yang luas kekdahnya. Haha.

Sampai lah satu malam ni, aktiviti tu lama sangat. Dalam 15 minit tak berhenti henti. Padahal Deepavali lambat lagi. Anak-anak aku dah lah tidur. Bising kang terbangun, terbantut lah aktiviti ber-movie marathon aku. Aku ketuk dinding sebagai syarat suruh diam. Memang dorang stop tau, tapi dorang balas dengan ketukan juga. Aku gelak je lah.

Pagi esoknya tu, aku nampak jiran aku ni, Sathi nama dia. Aku tanya dia buat apa malam tadi? Bising sangat. Beli perabot baru ke? Dah dia buat muka pelik. Dia tanya kenapa cakap macam tu. Aku pun cerita lah dari A to Z. Nak tahu apa respond dia? Dia kata selama ni dorang dengar kat rumah aku lah yang bising. Bunyi kerusi meja kena seret, bunyi ketuk dinding tiap malam. Paling tak boleh tahan, dia cakap dalam pukul 8-10 am setiap hari, aku menukul bilik air dan toilet. Pejadah lah pula. Masa tu kami laki bini kerja kot. Mana ada orang kat rumah.

Jadimakanya aku and Sathi berhuhuhu di tepian pagar masing-masing.

Kisah 2 : Mama, Papa Dah Balik

Kejadian ni baru lagi, 21 November 2018 tarikhnya. Masa kejadian, remang-remang senja sudah. Aku dan anak-anak duduk depan tv, macam biasa. Sunan dan Don baring menyusu. Aku tengah siapkan kerja office yang aku bawa balik.

Tiba-tiba Sunan bangun, dan cakap macam ni kat aku;

“Mama, papa dah balik tu. Dia suruh buka pintu dapur.”

Laki aku ni kerja bawa lori pasir. Paling awal dia balik pun, pukul 9pm. Mustahil dia dah balik masa tu. Plus aku memang tak dengar bunyi orang bagi salam ke apa. jadi aku buat tak tahu je. Aku suruh Sunan sambung menyusu. Tapi dia tak puas hati. Dia tetap tegakkan pendirian dia tu.

“Mama ni, papa dah marah tu. Buka lah pintu tu. Tengok, dia dah ketuk kuat-kuat.”

Serius, memang aku tak dengar apa-apa pun. Aku cakap kat Sunan, tak ada apa pun kat situ. Tolong lah jangan buat drama tak berbayar. Aku dah cuak sebenarnya tapi depan anak-anak, aku buat gagah je lah. Sekali si Sunan ni melangkah ke pintu dapur sambil bebel.

“Mama ni kenapa ya? Papa panggil pun mama buat tak tahu. Dia marah tu. Biar abang lah yang buka. Mama ni malas kan?”

Sampai hati dia kata aku malas guys. Nak aje aku cilikan mulut dia. Tapi memang muka dia muka tak puas hati lah pandang aku. Terus aku grab dia dan tarik pi jauh dari pintu. Aku cakap mana ada papa. Hantu Katik je kat luar tu yang panggil. Terus dia insofff dan sambung menyusu. Payah nau nak faham.

Kisah 3 : Anim! (Ketukan bertalu-talu)

Yang ni paling fresh. Baru lagi, around 2 am, 1 December 2018. Aku terbangun sebab dengar ada orang ketuk pintu dan panggil nama aku, Anim. Pintu depan rumah aku ni jenis kaca yang sliding tu. So aku bangun nak buka lah kononnya. Sebab fikir laki aku balik ke apa kan. Aku memang tak fikir orang lain dah sebab dia je panggil aku Anim. Tapi aku tak nampak bayang orang kat luar. Sebab kat luar tu terang dengan lampu jalan kuning tu. Fikir logic, memang akan ada bayang kat langsir. Jadi aku blah dari situ terus ke dapur.

Nak ke dapur tu, aku kena lalu toilet. Aku nampak lampu toilet on, pintu berkunci dari dalam. Aku ketuk dan panggil laki aku. Dia jawab. Sah dia memang dah ada kat rumah masa tu. SJadi siapa kat luar?

Aku sambung baring. Mata memang tak lalu nak lelap dah. Aku terkebil-kebil dalam gelap. Sekali ketukan tu bunyi lagi. And memang jelas dia panggil nama aku. Kalau tadi aku assumed yang aku mamai, kali ni confirm tak. Memang dengar terang. Aku terus selubung and pura-pura tidur. Kau panggil lah banyak kali pun. Aku buat-buat pekak je. Jiwa rapuh guys.

MIMPI

Aku pernah shared pasal aku bermimpikan Nabi Isa berperang dengan Dajjal. Guess what? Aku mimpikan Dajjal lagi sekali bulan lepas.

*PERINGATAN : AKU TAK MINTA KORANG PERCAYA. DAN MIMPI NI, AKU TAK BOLEH NAK KAWAL. SENDIRI DATANG DAN SENDIRI PERGI.

Dalam mimpi aku tu, kami ada kat satu kawasan yang macam tengah dilanda perang. Bangunan runtuh kiri kanan. Dajjal kejar kami ke mana-mana. Dipaksa tunduk sembah dia. Kami lari menyorok. Takut tu terasa sampai aku bangun guys.

Ada yang dapat ditangkap. Dorang dipaksa mengaku Dajjal tu paling berkuasa. Mana yang mengaku, dia ditempatkan di barisan hadapan di dalam istana milik Dajjal tu. Istimewa kononnya.

Mana yang menolak, dia d*****h. Badan disiat dan dicampak macam bangkai. Kami yang menyorok ni memang nampak jelas. D***h mengalir macam sungai dah. Dalam sungai tu ada seorang perempuan. Dia mandi dan minum d***h-d***h tu dengan sangat senang hati. Sumpah jijik and ngeri.

Aku lari sekuat hati. Sampai lah kat kawasan askar Malaysia buat rondaan and kubu. Dorang ni pun tengah berperang. Dengan tentera yang berpakaian macam tentera Israel. So aku dengan tercungap-cungap tu, bagitahu yang Dajjal nak b***h aku, b***h semua muslim. Jadinya aku disuruh menyorok dalam ban (tali air) yang ada kat kawasan tu. Dalam ban tu ada semak samun, so memang tersorok lah.

Kat dalam tu juga ada sorang lagi perempuan. Dia pun menyorok. Sekali dia dapat ditangkap oleh ketua tentera penjahat yang merupakan orang kanan Dajjal ni tadi. Depan mata aku, perempuan tu diperkosa. Sampai saat ni, aku terbayang muka perempuan tu minta simpati. Aku memang trauma. Terasa-rasa berdebar tu sampai lah aku bangun tidur and kemurungan almost sehari suntuk. Hahaha.

Okay, habis hikayat sang Fara. Ni semua benaran, tiada rekaan. Engkorang nak percaya or tidak, up to u lah. Free je pendapat korang tu. And yes, nak kecam ke nak apa, silakan lah. Jiwa ku even rapuh, tetap berlagak tenang. Kah!

See you soon guys kalau ada kisah lagi.
Assalamualaikum.

Regards,
FarnimKamdin…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submbit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]
FarnimKamdin

9 thoughts on “Office, Rumah dan Mimpi”

  1. Badan dia tegap. Rambut ikal. Suara garau. Muka bengis. Tak gelap tak cerah.

    Ini yang saya nampak dalam mimpi. Rupa sebenar, entah lah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.