Officemate Hantar Pocong

Hai pembaca-pembaca FS. Ni first time aku nak kongsikan cerita seram dan psiko pasal sorang officemate aku. FYI aku ni lelaki dan kalau kat ofis akulah konon-kononnya yang paling kental. So, diorang panggil aku Roy sebab ada dialog dalam filem lama bunyinya macam ni “hati kau keras, Roy!” hahaha.

Aku jenis yang x layan sangat cerita-cerita seram sebab bagi aku macam x logik. Yes! Aku ni logik punya orang. So harga minyak naik, aku anggap x logik la..hahahaha.. Sorry!

Okay, aku ni memang susah nak percaya benda-benda tahyul walaupun dah beberapa kali aku “kena”. Aku akan ambil jalan selidik benda tu secara LOGIK sampai aku dapat jawapan yang sebenarnya benda tu berlaku disebabkan persekitaran. Ah, susah la aku nak explain. But, ada satu kes ni memang aku tak dapat jawapan yang logik.

Lets begin.
Aku ada sorang colleague yang sama position macam aku, programmer. Nama dia Badi. Tapi dia suruh panggil Bad je. Korang faham la, macam x sedap kalau panggil penuh kan. Hahaha. Badi ni, eh Bad ni memang workahorlicks punye orang. Eh, aku ada sebuat horlicks ke? Maaf, I mean workaholic.

Boleh dikatakan setiap hari dia overtime dan kerja dia tak la banyak mana pun. Dia bahagian game, so kerja dia cipta game je. Berbanding kerja aku yang kena buat HTML coding bagai. Biar aku describe Bad ni. Dia tinggi, putih, rambut dia panjang sikit dan agak “curly” ecehhhhhh.

Kalau dia tunduk, rambut dia akan tutup sebahagian muka dia. Bad ni ada hobi pelik, dia suka kumpul kuku dia dalam bekas kecik. Sebab tu aku cakap dia psiko! Ko gila ape simpan kuku. Orang lain simpan duit syiling, ko simpan kuku. Kedudukan kubikel Bad selang dua kubikel dari aku dan dia menghadap aku. Kira aku akan nampak sikit bahagian atas kepala dia.

Okay, bulan lepas, aku dengan Bad dan ada sorang lagi programmer diberikan task baru. Kitorg kena cipta satu web perdagangan untuk satu company ni. So, Bad pun kena join sekali. Kitorang terpaksa overtime sampai lewat malam bertiga je. But not really “three” of us… maybe more than that.

Bad memang tak kisah sebab dia selalu OT. Tiga hari pertama, everything was fine. Tak ada apa yang kacau dan Bad pun relax je aku tengok. Masuk hari keempat, benda ni dah mula buat hal. Mula-mula aku kena dekat pantry. Dalam pantry tu ada kabinet, sinki, dan peti ais. Sinki bertentangan dengan pintu. Kalau ko berdiri kat sinki, orang yang masuk akan nampak belakang ko je.

Faham kan? Okay aku masuk pantry dalam pukul 9.30 malam sebab mengantuk dan nak buat kopi. Bad dan sorang lagi member kat kubikel masing-masing. Waktu aku tengah basuh cawan, aku dapat rasa air sinki tu panas sampai tangan aku rasa nak melecur beb! Aku terus campak cawan sambil pegang tangan aku. Berkecai cawan kat lantai.

Member aku datang kat aku sebab dia dengar bunyi cawan pecah. Bad x datang mealawat aku pun kat pantry. Aku cuma cakap tangan aku cramped. Lepas aku okay sikit, aku keluar pantry dengan member aku tu. Guess what? Aku nampak Bad tengah minum kopi panas! Celah mana die dapat sumber air panas. Hish panasss je aku tengok dia. Time ni aku tak jumpa logik. Sebab kat ofis ada satu je pantry then situ la kau nak dapat air panas. Macam mana Bad boleh dapat air panas. Then aku terfikir, dia bawak termos. Yes, logik!

Aku sambung kerja sampai pukul 10.45 malam. Tiba-tiba Bad bangun dan cakap “aku nak hisap rokok kat luar”. Aku pun balas “okay”. Dah dekat sejam Bad tak masuk-masuk. Aik, terus kena kanser paru-paru ke mamat ni. Tak boleh jadi. Aku pun pergi luar tengok. Aku nampak Bad masih ada kat luar sambil bercakap-cakap dengan angin. Aku tahu la dia memang psiko tapi malam-malam macam ni tak payah la buat hal. Aku tepuk bahu dia sampai dia terkejut dan cakap “celaka”. Eh, aku pulak dicelakan. Celaka!

Bad masuk ofis balik dan aku ikut dari belakang. Tiba-tiba Bad tanya “tangan yang melecur tu dah okay ke?” aku jadi pelik sebab macam mana dia tahu tangan aku melecur sedangkan dia tak datang pantry melawat aku tadi. Dan seingat aku, dekat member aku lagi sorang tu pun aku tak cakap tangan aku melecur. Okay, Bad cuba nak “game” aku.

Aku cakap dengan dia tangan aku okay. Dia balas “hmmmm”. Waktu aku dekat belakang Bad, aku nampak satu tanda dekat badan dia macam tatu tapi takkan la sebab dia muslim. Elok je Bad bukak pintu ofis, Ya Allah aku nampak dekat cermin depan tu ada lembaga hitam merah-merah macam terbakar. Kepala botak dan nampak hangus sangat.

Lutut aku dah lemah gila masa tu dan semua ayat aku tak dapat baca. Mata aku still pandang benda tu sampai Bad tepuk kepala aku barulah aku tersedar. Tangan aku menggigil sebab ni first time aku nampak yang real! Aku tanya Bad nampak tak benda tu, dia cakap “selalu nampak”. Aku terkedu.

Esoknya aku decide aku taknak OT. Aku habiskan kerja awal dan aku balik. Malangnya, benda tu kacau jugak aku kat rumah. Waktu aku tengah menaip, aku rasa ada benda rapat kat belakang aku. Sangat rapat sampai bulu roma aku meremang. Aku baca apa yang patut dan rasa tu hilang. Sama macam benda yang aku taip kat laptop.

Semua hilang! Aku dah rasa lain macam, tapi aku masih fikir logik mungkin masa aku baca-baca tu aku terdelete. Boleh jadi juga. Aku berenti buat kerja dan baring. Korang tau apa aku nampak? Aku nampak kat atas siling bilik aku ada tanda hitam besar macam bilik aku pernah terbakar. Lepas tu aku tengok sebelah kiri dekat penjuru bilik aku ada pocong beb!

Pocong hangus terbakar. Aku terus terkulai dan rasa ada benda masuk dalam badan aku. Aku meronta-ronta tapi tak berdaya. Lemas gila masa tu. Aku cuba juga baca-baca dalam hati dan aku menjerit sekuat hati. Dalam 6 minit bertarung dengan benda tu, aku terlepas. Berpeluh-peluh jantan mak nyah semua ada masa tu. aku terus bangun ambil wuduk mengaji kuat-kuat sambil aku tak sedar aku terlelap.

Muka pocong tu, serius aku masih terbayang beb. Hangus, rentung, terpacak pandang aku.
Dekat ofis aku tak buat banyak kerja. Aku banyak termenung dan fikir apa yang berlaku semalam. Waktu aku masuk toilet, aku kena lagi. aku nampak dekat lubang aircond macam ada kain putih tapi lusuh sikit dan terjuntai.

Kain tu sebijik macam kain pocong yang aku nampak malam tadi. Aku terus keluar dan kepala aku rasa pening. Sedar-sedar, aku dekat rumah dengan member aku. Dia cakap aku pengsan dekat ofis. Aku mintak member aku temankan aku malam tu sebab aku takut sangat. Dia bantai gelakkan aku sebab aku cakap aku takut. Kau tak kena boleh la cakap. Malam tu aku tidur awal sebab aku takut kena kacau lagi. tapi dalam pukul 2 pagi aku terjaga.

Aku tengok member aku tengah tidur depan tv. Aku pergi dapur nak minum air. Tiba-tiba aku dengar bunyi humming. Melodi slow dan buat bulu roma aku meremang. Makin lama makin sayup je. Aku dengar betul-betul arah bunyi tu. sah, dari bilik air.

Waktu aku pegang tombol pintu bilik air, ada tangan yang pegang tangan aku dan tolong tolak pintu tu. kuat gila macam nak runtuh. Apa yang aku nampak, kain putih lagi. kain tu. aku kenal wei kain pocong tu! aku mula serabut tak tentu arah. Emmber aku datang dia cakap xda pun kain putih. Sah aku kene “game” lagi. aku bukak cerita dekat member aku pasal semua benda yang jadi kat aku lately, dia bawak aku jumpa ustaz. Uztaz kata ada orang hantar pocong belaan kacau aku. Bad, Bad yang hantar.

Aku sedih bila dapat tahu Bad buat aku macam tu. aku jumpa Bad personally, dia mengaku dia hantar sebab aku suka cakap besar dan sebenarnya Bad memang jelous dengan position aku kat company tu. sebenarnya, waktu aku tulis ni, aku dekat company baru. Aku dah quit dari ofis sama dengan Bad. Thanks Bro!

Sorry panjang sangat dan bahasa aku agak kasar. Kalau boleh mencarut, aku dah mencarutkan si Bad ni. BADI lah kau ni!

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

21 thoughts on “Officemate Hantar Pocong”

  1. ape la masalah si badi ni. Memang keja dekat mana-mana opis ade je la yang mendengki daki ni huhu. Yang pasal type dekat laptop tu aku penah kena. elok2 type tengok balik dah hilang. Tak tau camna dan lagi best bila ayat2 yang kte dah type jadi berubah macam sengaja diubah. haha misteri betulkan nak jugak menaip gamaknye.

    Reply
  2. scary nyela haii,
    tapi bab simpan kuku lam bekas tu, biasa la wehh, aku pon buat jugak dulu, dah banyak, baru tanam.
    rambut p****g pon mintak bawak balik, tanam.
    tapi tu dulu lahh, skrg malas dahh, buang teros dlam tong sampah. aahhaha

    Reply
    • Btol btol btol…
      Kaum lain yg satu tuuu lg ler…
      Diorg boss2 akan psycho terang-terangan smpi subordinate tu give up fedap dan kesudahannye benti…
      Sbb sng nnt deme nk naikkan org2 deme plak…

      Reply
  3. hi roy! best! santai! ada lagi tak story yang kau nak share? seronok baca.. lagi lagi cara kau kena kacau tu berbeza sikit dari penulis yang lain.. sekarang ni macam mana? kau dah ok ke??

    Reply
  4. astaga…teruknya office mate nama Roy tu…tp ofis aku lagi hebat…tak yah hantar pocong belaan…staff ramai berhenti dengan sendiri aje gara2 seorang atasan yg bermuka2/penipu dgn Boss…orang atasan ni akan fitnah dan burukkan staf yg dia benci (walau staf tegakkan kebenaran) sampai Bos benci dan meluat kat staf tu….huuu

    p/s: Aku pun akan berhenti jugakkk…

    Reply
    • Aiikkk…
      Bkn Roy tu mangsa keadaan ke…???

      Kesah dpt boss pepelik ni adik akk smpi benti keje sbb x tahan dgn boss baru plus polisi company yg byk menyebelahi satu puak kaum tu…
      Kesian…

      Reply
  5. sebenanye aku rase ko xsalag psl kawan ko dengki dgn position ko tp aku rase ko salah tang suke ckp besar tu.. jgn wehhhh jangannn…kte xtau org cmne. member aku pon ramai tekena sbb tu lahhh…suke ckp besar. hati2 bile bebicara.. aku rase bad tu takkan kaco ko kalo ko jenis xckp besa wlpn position ko beso dr die. tp sbb ko suke ckp beso..haaaa..die bg la kot pengajaran kat ko.. hoho.. betabah lahhhh

    Reply
  6. suka cakap besar memang mendapatlah. tapi sampai hantar pocong bagai tu tak nice ah. kau dah berhenti cakap besar ke lepas mendapat dengan pocong tu? huhu

    Reply
  7. baru minggu lepas aku nampak pocong dalam rumah aku,dua kali dia munculkan diri..Dah lah muka tu hitam legam,terkejut aku.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.