Orentasi dan Selfie Kak Ponti

Hi assalamualaikum kepada peminat setia FS, ade kisah yang tak berapa nak seram yang aku nak kongsikan. Maaf kalau tak seram, sekadar perkongsian pengalaman je. Hehe.
Ok ni kisah pertama aku. Ceritanya bermula semasa minggu orentasi di salah sebuah universiti di Sabah sekitar 6 tahun lepas. Disebabkan ini kali pertama aku berpisah dgn parents so aku demam sebaik sj dorang balik. So, sepanjang minggu orentasi berlangsung tu la aku diberi cuti sakit selama 3 hari. Ok, sepanjang 3 hari tu la aku dok sesorang dalam blok tu memandangkan para senior masih lagi bercuti. Roomate pun balik masa dekat nak maghrib dan lepas tu terus kena sambung pergi program kat dewan. Ade jugak la akak AJK orentasi ni yang hantar makanan tu kata nak teman, tapi aku ni acah2 berani.

 
Hari pertama takde pulak benda pelik mungkin effect ubat, so banyak ke tidor je. Hari kedua, badan dah rasa ok sikit dan start la jalan2 sekitar blok tu, peliknya takde la pulak nak rasa takot ke ape. Tapi kekadang tu ade je rasa macam ade org lain stay dalam blok tu, sebab kejap2 ade bunyi org bercakap2, kadang tu dengar bunyi org alih2 barang. Tapi bila tanya AJK orentasi yang hantar makanan tu, dia cakap memang takde orang lain dah kat sini. So aku buat bodoh je la maklum lah nak cover takut. Ok, disebabkn kawan2 bergegas nak balik ke dewan selepas maghrib, so aku bagi la chance diorang mandi dulu. Kononnya mengalah la kan, bajet baik plak tetiba. Sekitar jam 7malam, dah la kena tiggal sorang2 dalam blok yg takde org. Untuk pengetahuan korang, sebelah tandas kitorg ade bilik stor kosong. Masa syok2 tengah mandi tetiba pulak terdengar bunyi orang mengemas bunyi almari bagai dalam bilik tu tp aku buat bodoh je la sebab kepala ni dok positif je konon mungkin ada orang nak tinggal kot2 tak cukup kuota bilik.

 

Siap je mandi aku terus berlari ke bilik, dah la toilet tu kat hujung, bilik aku pulak kat hujung sana. Masuk je ke bilik dah rasa lain macam, tengah syok aku dok main henfon kat katil boleh je ade bunyi org dok tuang air masuk dalam botol. Dah tu hati ni gatai sangat nak duduk depan botol tu nak tunggu bunyi lagi ke tak, nak pastikan la kononnya. Tiba2 bunyi tu memang sah2 kat botol tu tapi air langsung takdak. Meremang bulu oii mana tak nye botol depan mata air dok bunyi. Tak cukup lepas tu bunyi kat katil plak, aku pon dok jenguk kat katil, tapi tak nampak ape2 kelibat cuma angin menderu masuk je dari tingkap. Seram jugak lah rase. So aku baring je kat katil sambil layan SMS pakwe sampai tetido, tak sedar pon roomate dah balik.

 

Keesokan hari, aku dah sihat n decide nak join kawan2 berorentasi sebab bosan sangat kat bilik dah la intrnet takdak,bosan aih. Balik je nak dekat maghrib, nak iron baju tapi aras 3 dah blackout suis tapi lampu menyala pulak. So kena la turun aras 2 cari bilik yg tak berkunci kebetulan ade 1 bilik ni kosong, so aku pon masuk la nak tumpang iron baju. Rasa tak sedap hati sangat time tu sbb macam ade yang tengah dok perhati aku weii. Siap je iron baju aku terus naik je kat aras 3 kawan bilik sbelah dah bising2 rupanya ade kawan yang kene rasuk. Ntah kenapa la ttiba plak rase nak kencing mintak la roomate teman, tapi kitorang terpaksa la lalu depan bilik yg kena rasuk tu. Dah la pintu bilik tu terbukak, sampai je kat pntu tu tetiba budak tu melompat nak lari ke pintu. Mak aihh mmg tanjat giler..dah la aku nk tekencing nasib baek tak basah weii.. Aku ingat lagi mata budak tu bersinar2 dan tajam je. Tak sempat tunggu ustaz datang, budak tu dah mlompat lari ke hutan belakang blok kitorang ni, dengar2 sampai ke malam diorang dok cri. Kitorang ape lg sesi pagar bilik, semua takot benda tu masuk tapi roomate aku taktau yang dalam bilik ktorg tu pon ade benda dok ngacau. Malaslah nak citer kat dorang, nanti kecoh je.

 

Kisah kedua, masa aku di semester kedua arwah atok aku meninggal dunia. So disebabkan aku tengah exam, so aku tak dapat nak balik la sedih je rase. Seminggu lepas tu dpt jgk la aku flight balik. Ingat lagi masa tu hari khamis kitorang berkumpul keluarga buat bacaan yassin dan tahlil. Seusai majlis, hampir semua family dah balik rumah masing2, tiggallah aku, mak aku dan tuan rumah anak branak je. Mak sibuk mengemas dan aku ditugaskan jaga budak2. Aku ni dah la baru dapat henfon baru so kerja2 snap tu memang wajib la. Aku pun najak la bebudak tu bergambar sekali. Untuk pengetahuan korang, kat dinding tu ade cermin besar dan sebelah cermin besar tu pulak ade tingkap, so aku pon dengan syoknye ajak dorg ber’wefie kat cermin besar tu.Tetiba aku tersnap la pulak akak ponti. Haduhaii punya la nak terkeluar jantung ni weii. Terus berlari ke dapur tak hirau dah berbudak semua tu. Berkepit je dengan mak, sempat jgak aku bukak balik gambar tu, tengok balik memang sah aku terrrSnap akak ponti dari tepi! Rambut panjang serabut hidung mancung jugak muka merah2 kebiruan de jgak dan selebihnya tertutup dengan rambut serabai dia, haa part yang paling seram ade gigi taring weii. Balik rumah aku terus angkat bantal tidor dalam bilik parents. Sebelum tidor, sempat jugak aku dok belek2 gambar yg lain. Rupa2nya ade lg yg lebih jelas weii siap ade yang menepek kat dinding bawah tingkap! Mata besar hitam, muka biru, kening mcm opera cina, bergigi taring dan mulut muncung macam mulut nyamuk pon ado.hahaa. At last aku tidor sambil dgr surah yassin da.

Ok itu saja pengalaman yang tan berapa nak seram ni, sekadar perkongsian dan semoga dijadikan pengajaran supaya kita sedar yg selain manusia ade lg makhluk Allah swt di sekeliling kita. Dan yg pntg, jgn dok gatal nak selfie2 memalam lebih2 lg d Majlis kematian k.TQVM.

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *