Orentasi

Assalamualaikum admin dan para pembaca FS sekalian. Sebenarnya aku dah lama tertarik nak ceritakan kejadian aku masa aku belajar dekat satu kolej di Melaka. Al maklum laa Melaka ni banyak sangat tempat belajar, dan macam-macam cerita laa yang korang akan dengar pasal tempat belajar dekat Melaka ni. Hahaha. Yang pasti setiap orang akan ada cerita mereka tersendiri.

Okelah ceritanya bermula macam ni, biasanya sem 1 mesti akan ada orentasi kan ? Aku salah sorang yang masuk selepas seminggu orentasi, aku ingat aku tak kena laa orentasi tuu. Tapi kena juga ! (cehh) tapi time orentasi yang aku wajib pegi tuu takde laa teruk mcm yang first intake punyaa. Hahaha (selamat aku)

Mulanya semua berjalan dengan lancar dan takde apa sangat laa yang berlaku selama dua hari tuu. Then masuk hari ketiga, setelah abes solat maghrib dan isyak, kami diminta untuk berkumpul di dewan utama semula. Masing-masing time tuu pun dah penat, yelaa seharian kott takde rehat sangat (tidur pun tak cukup) Oke malam tuu kami kena brainwash dengan akak-akak dan abang-abang fasi. Abes berjurai air mata, keluar air hingus semua huhu. Aku ni duk dekat bahagian belakang skali dengan sorang membe aku ni yang boleh nampak dan rasa benda alah nii.

Nak dijadikan cerita, dekat fakulti aku ni limit dia sampai kul 10 jee. Yelaa lepas pukul 10 apa-apa aktiviti kena stop laa sebabnya takut apa-apa terjadi. Tapi time tuu dah pukul 11 kott tak silap aku. Aktiviti masih juga diteruskan dengan kitorang semua dah abes berjurai air mata bagai, dengan fasi buka video tentang azab kubur. Kotang pernah tengok kan video azab kubur suara dia terjerit-jerit minta tolong tuu ? Haa time tuu laa, aku sakit kepala sebab dah banyak sangat menangis, kepala otak pun dah penat.

Tiba-tiba aku dengar ada orang jatuh dekat belakang aku, yelaa aku ni suka dok belakang, sebab senang nak keluar bila dah abes program (hahaha time tuu nak buat jahat takut-takut lagi, stay jelaa sampai program abes) rupa-rupanya akak fasi yang jatuh. Aku ni dah rasa lain macam, membe aku ni dia macam ada firasat sikit, dia kata ada benda tak kena. (wehh jangan laa bagitahu akuuuu. aku takut laa) lepastu akak fasi ni dibawa ke bilik sebelah kononnya untuk tenangkan keadaan laa. Time tuuu video yang azab kubur tuu masih lagi ditayangkan.

Sebelum tuu ada orang dah cuba call ketua fasi tuu supaya stopkan program sebab dah lebih kul 10 kott. Tapi henpon abg fasi tuu tertinggal kat dalam kereta (orang tengah bagi motivasi, mana boleh main henpon. yee tak ?) Lepastu aku dengar akak fasi tuu menjerit dekat sebelah, aku yang rasa tak sedap hati ni kata “sah histeria” akak fasi tuu macam ngamuk-ngamuk baling kerusi. Nahhhhhhh, time tuu laa kejadian yang adventure berlaku.

Korang nak tahu ? Ada sorang budak ni dia duduk depan, nak kata depan juga laa sebab dia orang kedua yang kena, sebabnya masa akak fasi tuu menjerit dia ada tercakap benda buruk laa macam marah benda tuu datang last-last dia kena, lepastu berjangkit dekat kawan sebelah dia tuu, kawan sebelah dia tuu memang lemah semangat sikit. Ahhh sudahh abes satu dewan plak nak kena. Aku ngn membe aku tuu apa lagi, bangun kluar dari dewan tuu (kasut aku tertinggal dalam dewan tuu wehh hahaha) takkan laa aku nak jalan kaki ayam. Aku suruh kawan aku ni pegi amek kasut aku tuu semula.

Lepas tuu abang-abang fasi ni suruh kitorang turun dekat lobi utama, kuarantin laa sape yang rasa macam lemah sangat tuu duduk dekat tempat khas. Aku dengan membe aku ni pun turun laa duduk dalam bulatan then baca ayat kursi kuat-kuat (sepenuh hati tau supaya benda tuu tak kacau aku plak) mata aku ni dah tak boleh nak buka, sebab dah banyak sangat menangis masa dalam dewan tadi (kalau tak insaf taktahu laa huhu) aku pun duduk bersila dalam group yang ramai-ramai yang masih kuat semangat tadi.

Tiba-tiba aku dengar mek yang dok sebelah aku ni, dia macam menangis+mengilai yee juga. Aku cakap dalam hati, kenapa budak sebelah aku ni, meremang bulu aku dengar dia ketawa macam tuu, kau ingat lawak ke ? orang tengah kecoh-kecoh cmni kau bantai gelak buat ape. Rupanya-rupanya budak tuu dah kena rasukk. Makk aii, masa tuu dia dah laa duduk sebelah aku. Aku apa lagi mengesot laa ketepi sikit. Mahu tak takutttttt.

Lepas mek tuu kena camtuu, kitorang kena naik bilik mesyuarat plak sebab takut berjangkit lagi ramai nanti. Oke time tuu aku taktahu macam mana keadaan dekat luar, dan aku tak nak tahu pun buat masa tuu dan aku kuatkan semangat aku. Aku cakap dalam hati aku tak boleh nangis, aku kena kuat, aku baca laa ayat kursi semua bagi pedinding. Dalam bilik mesyuarat tuu laa rasa macam tenang sikit, tak macam tadi huru hara. Aku pun rehatkan laa diri dengan kawan-kawan lain yang tak kena tuu.

Ada abang fasi sorang ni dia buat pedinding dalam bilik tuu supaya benda luar tak boleh masuk, direnjisnya air yang dibaca ayat quran tuu ke muka kita org hahaha rasa macam segar sikit. Abang tuu pun tanya laa dekat orang yang ada dalam bilik ni, dia tanya siapa yang boleh nampak ? Membe aku cakap dia boleh nampak, tapi dia kata dalam bilik ni takde cuma ada dekat luar dia tengah duduk atas pokok. Benda tuu berbulu hitam macam beruk tuu. Alahaiiii dalam hati aku, jangan lah benda tuu kacau kita orang dalam ni.

Tak lama tuu keadaaan kembali reda. Dan kami pun dibenarkan pulang ke rumsis, diiringi abang-abang dan kakak-kakak fasi. Time nak balik tuu aku rasa macam ada angin jee lalu atas kepala, sejukkk. Tapi aku buat bodo jelaa, aku anggap angin malam kott huhu. Lepas jee balik tuu, aku mandi, akak aku bilik tunggu dekat depan pintu bilik air. Akak bilik aku tanya laa kenapa jadi camtuu ? Aku jawab lah, sepatutnya pukul 10 dah abes limit tapi dorang teruskan juga. Tuu yang benda tuu marah tuu. Dengar cerita lebih 20 orang kena malam tuu. Alhamdulillah aku tak kena apa-apa. Lepas jee aku mandi tuu, akak bilik aku tuu dia suruh tidur dengan dia ramai-ramai takut aku jadi apa-apa. Aku pun tertidur kepenatan disebabkan macam-macam kejadian berlaku tadi. Akhirnya orentasi yang berbaki lagi dua hari tuu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan. Nanti ada masa aku ceritakan lagi pasal rumsis aku ni. Banyak juga cerita seram masa aku belajar dekat sini. Tapi alhamduillah aku nyaris-nyaris nak kena tapi membe aku sorang ni dia pandai bab-bab ubat orang ni. Tuu yang aku selamat sikit bila duduk dengan dia hahaha. Terima kaseh kerana membaca. Hope you guyss enjoy ! Sekian, assalamualaikum

 

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

Admin2

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 12 Average: 4.9]

3 thoughts on “Orentasi”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.