Padah Spirit of The Coins

Assalamualaikum semua. Kisah ini berlaku sekitar 2010 sewaktu aku berumur 16 tahun. And fyi, berlaku di salah sebuah sekolah berasrama penuh di sekitar kuantan jeng jeng jeng.

Kisahnya bermula apabila warden aspura ternampak kelibat memasuki kawasan aspuri ketika dia sedang buat rondaan. Biasalah kena ronda ronda, nanti ada budak fly.

Bermula episod seram satu persatu.

Kisah 1:
Sebut lah mana mana sekolah asrama mesti dah faham sangat ada waktu prep. Prep bermula selepas isyak sampai pukul 11. Pada satu hari, bilik prep aspuri tiba tiba blackout. And bila dah tak blackout, salah sorang daripada aspuri ternampak ada lembaga seakan gajah duduk atas bahu kawan dia. Dia terkejut lalu pengsan. And bila dia dah sedar, dia macam mengacau gacau. Macam something masuk dalam badan dia. Ganas semacam. Keadaan dia jadi mcm tu sampai ustaz datang berubat. Pihak sekolah beri dia cuti untuk pulihkan smgt dia. Dia demam teruk.

Kisah 2:
Benda ni jadi dekat diri aku sendiri. Maybe salah aku dengan kawan aku jugak. Warden cakap jangan keluar pergi mana mana selepas pukul 11. Aku teman kawan aku bercakap telefon dengan boyfriend dia. And public phone tu menghadap belah hutan. Aku menghadap hutan dan tiba tiba aku ternampak kelibat putih jatuh. Sepantas kilat. Aku tergamam. Tak sangka. Aku terus tarik tangan kawan aku balik bilik. Semua barang aku tgl dekat public phone! Keesokkan harinya baru aku berani cerita dekat kawan aku. Kenapa aku lari. Sebab terlalu fikir, takut. Aku demam dan diberi cuti. Nasib baik aku tak mengacau.

Kisah 3:
Satu persatu benda terjadi dekat sekolah aku. Blok aspura pun dah ada yang nampak. Ada yang nampak DIA berdiri dekat hujung katil. Ada yang kena kacau ketika tidur. DIA main lampu. Nampak dia berkeliaran di tingkap. Tapi mungkin lelaki kan, dia jenis kuat sikit. So takde pulak dengar yang kena rasuk.

Last not least, bila aku dah balik selepas diberi cuti khas. Barulah aku tahu cerita sebenarnya. Rupanya ada 5 orang pelajar perempuan bermain spirit of the coins. Tapi dia main tak habis. Dia cakap sebab DIA tak penat. Tapi sebabkan ada kena check attendance sebelum masuk bilik, dia cakap dia terus tgl je benda tu. Maybe DIA marah sebab main tak habis. Sebab tu dia kacau kacau orang. Yang aku pelik, sampai sekarang pelik. Benda tu tak kacau pun 5 orang budak yang main tu.

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Cyra

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3.8]

8 thoughts on “Padah Spirit of The Coins”

  1. Meracau dik, bukan mengacau…
    Last not least tu prkataan ‘but’ kau tu mana?
    Last but not least laaaaaaaa……….
    Adoi budak SBP kata diaaaa

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.