#PAHNAKCERITA : Rumah Pusaka Pah 2

Assalamualaikum semua pembaca FS! Rindu Pah dak? Baik kali ni aku nak sambung cerita pasal rumah pusaka part 2.

Rumah Pusaka Pah

 

Sebab apa ada part 2? Nak habaq mai la banyak ja kejadian yang terjadi kat dalam rumah pusaka ni, takkan nak cerita semua kan? Jadi Pah nak cerita antara yang paling seram sahaja. Kepada sesiapa yang belum membaca coretan aku, boleh la type Rumah Pusaka Pah dan Pelawat Di Hopital.

KISAH 3.
Aku masuk ke sebuah sekolah menengah berasrama penuh berdekatan dengan rumah manakala kakak aku sekolah harian biasa. Sekolah aku akan membenarkan para pelajar pulang bercuti beberapa hari setiap bulan. Cuti ini sangat dinanti untuk melepaskan rindu kepada ahli keluarga tambah-tambah pelajar yang baru belajar duduk asrama macam aku ni. Homesick juga walaupun sekolah tu bak kata orang Kedah sekentut saja dari rumah.
Pada petang khamis setelah ayah mengambil aku dari asrama, kami tidak terus pulang ke rumah. Aku dan ayah singgah sebentar di rumah sepupunya yang sakit. Selepas isya’ baru kami sampai di rumah. Family aku memang jenis masuk tidur awal kalau tak ada rancangan tv yang best, tak pelik lah waktu kami pulang mak dan kakak tiada di ruang tamu dan rumah pusaka itu sunyi. Setelah aku mandi dan tutup lampu bahagian tingkat bawah, aku pun naik ke tingkat atas untuk masuk ke bilik tidur. Aku dan kakak masih berkongsi bilik ketika itu.

Aku berjalan menuju ke pintu bilik yang terbuka, terlihat kelambu sudah siap dipasang. Rajin pula kakak aku ni pasang kelambu sediri, mungkin dia lupa adiknya yang selalu disuruh ni nak balik.

β€œKakak, tidur dah ka?” aku bersuara untuk memastikan dia ada di dalam kelambu, tapi tiada sahutan. Aku pun menyalakan lampu suluh telefon Nokia 3310 dengan harapan tidak tersepak kaki kakak ku masa nak masuk kelambu. Dia tidur seperti biasa, menutup kepala dengan bantal kegemaran dan badan menghadap dinding. Diantara dia dan tempat aku berbaring ada satu bantal peluk extra besar sebab dia tidak suka diganggu ketika tidur. Aku pun tutup lampu suluh dan berbaring menghadap bumbung. Baru gaya nak terlelap, satu mesej masuk. Dari mak. Aik pelik tak pernah pulak mesej bila duduk dalam rumah, kalau tak dah boleh bergegar tiang kayu kalau nak panggil anak turun.
β€œHang sembang dengan sapa? Kakak takdak dia ada kem kat sekolah. Tidoq jangan lupa pasang kelambu, kakak hang tu rela bernyamuk kalau hang takdak, takut apa tah budak tu.”

Walaupun aku rasa nak tergelak bila mak sempat membebel, rasa kelakar tu terus hilang bila terfikir, aku tidur dengan siapa sekarang ni?!! Oh Tuhan, badan siapa yang aku tengok tadi? Serentak dengan itu bau wangi yang menyengat menusuk ke hidung. Aduhai jangan lah β€˜kakak’ ni bangun hai aku.
Dalam hati tak putus berdoa supaya tertidur dan makhluk di sebelah ni tak ganggu. Tapi aku tak tidur langsung sampai la terdengar isyarat dari speaker masjid kampung sebelum azan subuh.
β€œAssolahhh.. Assolahh.. Assolatuqairumminannaumm..” serentak itu la makhluk sebelah aku ni bangun tanpa memandang aku, mengesot keluar dari pintu kelambu dan lesap dari pandangan. Susuk badan dan gaya bangun sebijik macam kakak aku. Nasib la dia tak tunjuk muka, maunya aku fobia tengok kakak aku yang real nanti.
KISAH 4.
Ini kisah terakhir aku nak cerita pasal rumah pusaka ini. Peristiwa mengusik adik beradik tapi usikan jadi tragedi.

Disebabkan tandas rumah pusaka ni di luar rumah, aku selalu rasa nak angkut semua orang dalam rumah untuk teman aku ke tandas waktu malam. Tetapi bila usia meningkat, aku cuba beranikan diri pergi seorang diri. Aku dan kakak selalu mengusik sesama sendiri, tetapi dia untung sebab tak nampak dunia yang aku nampak ketika itu.
Ada suatu hari di mana aku dan kakak tak henti mengusik dari pagi hingga ke petang sampai kena marah dengan mak. Pagi aku usik dia kunci pintu bilik mandi, mak yang kena buka. Petang dia usik aku hilangkan kain tuala ketika mandi, mak yang tolong ambilkan. Waktu maghrib aku usik dia yang tengah basuh pinggan di dapur dengan tutup lampu dapur dan mak juga yang kena sambung kerja dia. Nakal kami memang layak dimarahi.

Malam itu aku sakit perut ketika kira-kira jam 10 malam, jadi aku pergi ke tandas seorang diri. Tak jangka kakak nak usik lagi waktu itu. Mak dan ayah tengah menonton tv di ruang tamu paling hadapan. Kakak aku usik dengan menutup lampu tandas, aku gelabah la sudahkan β€˜hajat’ cepat-cepat nak buka pintu. Terkunci! Aku dengar suara kakak bergelak ketawa dia hadapan pintu.

Dengan tak semena-mena, bunyi kuat berdentum di atas bumbung zink tandas. Aku ketuk pintu minta di buka dan kami berdua berlari ke pintu dapur. Kunci juga!
β€œAku tak kunci pun pintu dapur ni tadi!” baru tahu nak cemas kakak aku ni. Aku minta telefon bimbit dia untuk suluh apa yang jatuh di atas bumbung tandas tadi. Astagah apa lagi ni… Lembaga seperti beruk yang bersaiz lelaki dewasa sedang berdiri tegak di atas bumbung itu. Rupanya tak kelihatan sebab bulunya yang hitam dan malam yang tiada bulan, hanya mata merah jelas seperti merenung kami berdua. Aku melihat kakak, dia masih cemas seperti tadi, sah dia tak nampak apa yang aku nampak. Dia mula menjerit memanggil mak dan ayah untuk buka pintu.

β€œKakak, aku kira sampai tiga kita lari ke pintu depan.” Dia telan air liur dan terus berlari tanpa sempat aku kira. Tak guna! Aku pun segera berlari mengekori dia ke pintu utama rumah pusaka ini. Ayah membuka pintu dan bertanya apa yang kami buat di luar dengan berpeluh-peluh.

β€œAyah kenapa kunci pintu dapur? Kakak nak usik Pah ni. Tak pasal-pasal pula terkena balik.”

β€œMana ada ayah kunci, mak dengan ayah tak bangun pun dari tadi”
β€œPah dengan kakak jerit tadi pun ayah tak dengar?” Gelengan ayah membuat kami terkedu, habis siapa yang kunci pintu dapur tadi? Kami berdua serik mengusik tutup lampu atau kunci pintu tandas selepas itu.
Baiklah itu saja yang Pah nak cerita kali ni. Komen di bawah pendapat dan cadangan para pembaca sekalian. Juataan terima kasih pihak FS sudi memuat naik cerita yang mungkin agak hambar ini.
Sekian, lot of love from me, Pah.

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]
Pah

37 thoughts on “#PAHNAKCERITA : Rumah Pusaka Pah 2”

  1. kau dgn kakak kau beza berapa tahun dik?
    mesra benor cara gurauan nya.
    harap2 la anak aku pun mesra cam gitu jugak besar nanti.
    kecik – kecik ni gaduh je kerja nya.

    mak kau dah cakap kakak kau takde nape la kau tak lari keluar bilik dik.

    Reply
  2. mmg seram klu umah jamban kt luar. teringat umah arwah atok aku dulu. umah kayu. nk naik atas umah pun kena merangkak naik tangga sbb x pandai imbang bdn.

    Reply
  3. Giler la ko pah. Bleh plak lepak2 baring ngan jelmaan kakak ko smpai pagi. Kalau aku dah pecut keluar ke blk mak dah. Mak ko pn rilek je hntr mesej kt ko. Bkn nk jenguk ank die yg ckp sorg2… Huhuhu….
    Keep it up pah. Cerita la lagi. Cerita ko best!!!

    Reply
  4. Giler la ko pah. Bleh plak lepak2 baring ngan jelmaan kakak ko smpai pagi. Kalau aku dah pecut keluar ke blk mak dah. Mak ko pn rilek je hntr mesej kt ko. Bkn nk jenguk ank die yg ckp sorg2… Huhuhu….
    Keep it up pah. Cerita la lagi. Cerita ko best!!!

    Reply
  5. Giler ko pah! Da tau sbelah Tu bukan kakak ko. Bolekoi layan lg sampai subuh?? Kalau Aku dah jerit panggil mak aku dah. Tapi masalah jugak kalau telinga mak Aku dah dihijab Kan. Tak pasal2 makhluk sebelah Tu sedar yg Aku dah tau identity sebenar die..lagi haru!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.