Pakcik Atau Bukan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pertama sekali terima kasih dekat admin sebab sudi membaca. Kalau sudi publishkan lah sekali. Okay aku nak cerita pasal pakcik aku. Pakcik aku nama dia Murad. Nak di jadikan cerita ni. Pakcik aku ni pada awalnya berkerjaya. Dia ada satu syarikat printing, buat bunting banner tu dan lain-lain yang melibatkan graphic design.

Dia ada seorang isteri nama Mira( bukan nama sebenar ) dan sorang anak lelaki. Tapi beberapa tahun lepas isteri dgn anak dia meninggal sebab satu tragedi kebakaran. Sejak dari haritu di sebabkan tekanan jiwa yang melampau dia pun jadi gila. Dan akhirnya tinggal bersama nenek aku dekat kampung. Jadi itulah serba sedikit pengenalan cerita aku.

Aku seorang student dan masih belajar lagi. Masa tingkatan 5 lepas habis SPM mak aku suruh balik kampung teman nenek. Nenek aku duduk berdua je dengan pakcik aku ni. Mulanya aku taknak, sebab aki sebenarnya dah plan nak kerja kedai makan. Tapi terpaksa cancel. Minggu depan tu terus mak aku hantar duduk sana. Masa aku sampai tu, nenek aku dekat dapur. Yang sambut kami, pakcik aku. “Woiiii, janganlah parking situ, anak bini aku nak duduk dekat situ, alihlah woi!! Jerit pakcik aku bila mak aku parking depan halaman rumah. Mak aku pun mengalah dan alih kereta belakang sikit.

Aku pun bagi salam, pakcik aku jawab then ajak masuk. Pakcik aku ni ada masa dia nampak normal ada masanya gila. Kadang2 aku rasa macam pakcik aku ni main main. Seminggu aku duduk situ takde apa. Setakat tolong nenek aku. Dan pusing satu kampung cuba mengurat makwe. Sampailah minggu ketiga. Waktu tu malam, aku tengah duduk tengok tv dekat ruang tamu. Nenek aku dah tidur. Pakcik aku pula dia dekat bilik dia tengah jerit2. Nyanyi dan baling2 barang.

Pada aku selagi dia tak buat benda bahaya dan cederakan nenek, maknanya dia bukan lah gila seterusnya. Tengah sedap aku tengok tv ni. Pakcik aku sergah dari belakang. “Tengok apa tu???? Hihihihi.” Terperanjat aku. Rasa macam nak kena asthma. Aku diamkan je lah. Dia pun duduk sebelah aku. Then tiba tiba.

Aku nampak pakcik aku keluar dari pintu bilik dia. Btw bilik pakcik aku dengan ruang tamu dalam satu ruang. Jadi kalau pintu tu bukak aku mmg akan terus nampak. “Astaga!” Waktu tu aku dah hilang cool. Tapi aku tak pandang tepi pun. Pakcik aku dia tiba tiba tegur. “Dia bosan tu kau layan lah dia.” Aku telan air liur sambil bermonolog kejap. Dia tu siapa? Layan macam mana?

Aku keluarkan telefon aku. Geram juga line boleh buat hal malam tu. Sempat juga aku menyumpah seranah maxis masa tu. Aku kuatkan tv. Then pakcik aku ni dia datang dekat aku. Dia rampas remote tv.

Dia cakap bini dia nak tengok drama. Lepastu aku cakap, ini drama juga lah ni. Dia seboleh boleh taknak dia cari drama lain. “Yang ni kan sayang? Sayang minat kan pelakon ni?” Pakcik aku tiba tiba bersuara.

Aku diamkan je sebab benda ni dah biasa. Sampailah dia tanya aku nak air tak. Aku jawab nak lah. Dia cakap kejap makcik kamu tengah buat tu. Habis je dia cakap serta merta ada cawan pecah dekat dapur. Aku lari laju tengok. Allahu. Aku tengok ada air kopi dalam teko kaca tu. Dan serpihan kaca dalam sinki basuh pinggan. Pakcik aku ni pula tiba2 menangis.

Aku lari balik pergi ruang tamu tanya dia kenapa. Dia gelakkan aku. Dia cakap yang makcik aku iaitu isteri dia nak suruh aku minum air yang dia buat kalau tak nanti dia pecahkan cawan lagi. Aku terus cakap nantilah minum. Terus bunyi cawan pecah lagi satu. Pakcik aku ni pula gelak makin kuat sambil desak aku.

Dia cakap cepat minum kalau tak makcik kamu pecahkan lagi tu. Aku diam je tak cakap apa apa. Dan bunyi cawan pecah lagi satu. Aku dah tak tahan aku pergi dapur. Then aku tengok sekeliling takde cawan pecah pun. Sebab dah takut aku ambik wudhu dan nak masuk tidur. Waktu aku lalu depan pakcik aku dia gelak sini. “Takut lah tu kan? Hihihi” aku dalam hati nak mencarut tapi aku tahan haha.

Esoknya pula, nenek aku membebel dia tanya aku. Kenapa banyak sangat gelas pecah ni sampai berbiji biji gelas pecah. Aku terperanjat. Aku cakaplah mana ada semalam satu je pecah nek. Nenek aku pun tunjuk satu plastik warna hitam tu then aku check banyak juga. Mungkin dalam 6-7 gelas gitu.

Aku pun terus cerita dekat nenek aku pasal semalam. Mengucap panjang nenek aku. Dia cakap lain kali kalau dah nampak benda macamtu atau pakcik aku dah start cakap dengan bini dia ke apa. Diam sahaja jangan cakap apa-apa. Nenek aku cakap dia pun selalu kena juga. Tapi dia tak cerita dekat aku.

Dan malam tu pula aku sakit perut. Aku pergi lah dekat tandas tu. Then tengah nak keluar dari tandas aku dengar bunyi air dekat sebelah. Aku fikir nenek atau pakcik aku. Then aku keluar dan terus masuk rumah. Lepastu baru aku perasan pintu yang bilik air sebelah tak tutup rapat tapi still bunyi air.

“Kau jangan nak mengintai bini aku. Aku tampar kau nanti.” Pakcik aku menjerit dari dalam rumah. Pintu bilik air tadi pun terus tutup rapat. Aku dalam hati dah takut. Lepastu masuk rumah pakcik aku jeling dia tanya aku ngintai tak. Aku cakap tak. Then nenek aku dari tingkat atas pun turun. Dia tanya kenapa jerit jerit ni.

Tiba2 pakcik aku selamba cakap aku nak skodeng bini dia. Mengucap panjang nenek aku. Then dia suruh aku masuk bilik tidur. Pakcik aku ni pula dia pergi keluar then pergi dekat bilik air tu. Dia ketuk bilik air tu. Aku masa tu sempat juga ikut dia then skodeng kejap. Aku nampak pintu tu slow2 terbuka yang pakcik aku ni pun masuk. Aku takut punya pasal lari terus nak masuk bilik. Waktu nak naik tangga menjerit aku nampak pakcik aku keluar dari bilik dia. “Allahu Akbar” waktu tu aku jerit. Pakcik aku senyum menyeringai je.

Aku nak tidur pun takut malam tu. Aku mesej mak aku. Aku cakap aku nak balik. Dia cakap dia tak boleh ambik aku minggu tu. Lagi 2 minggu baru boleh. Aku apa lagi terus fikir masa depan 2 minggu kena ngadap perangai pelik pakcik aku ni. Malam tu aku tak boleh tidur. Aku skroll telefon je then aku keluarkan telefon nokia lama.

Aku main game bounce tu mengguna cheat 2777 berapa entah aku lupa. Dalam pukul 3 ada org ketuk tingkap bilik aku. Aku masa tu entah sebab mamai ke leka. Aku tak perasan yang ada org ketuk tu rupanya tingkap. Aku pun pergi tingkap tu. Aku buka je tiba2 angin kuat sambil ada suara budak nangis bawah rumah aku. Kaku kejap aku then toleh belakang sambil perlahan lahan tutup tingkap tu tadi.

Then sampi subuh tu aku kena kacau. Dengar budak nangis, budak gelak. Bunyi orang ketuk tingkap. Then bunyi orang ketuk pintu sambil bagi salam “kum kum” aku memang nekad taknak tidur. Aku takut kalau tidur nanti terjaga benda tu sebelah aku. Nak keluar turun bawa aku takut pula depan pintu tu.

Jadi aku baring pandang siling sambil berpeluh takut dalam bilik sorang2. Mulut aku dah terkumat kamit baca ayat alQuran. Sampai mengigil. Esoknya aku cerita dekat nenek aku. Nenek aku call mak aku suruh ambik.

Nenek aku risau takut kena lagi teruk. Jadi malam tu mak aku ambik. Dan esok pagi kita org balik. Waktu nak balik aku salam pakcik aku ni. Then pakcik aku dia slow slow bisik. “Kau lari jauh pun aku boleh ikut” Sambil gelak besar. Terperanjat aku. Dan Alhamdulilah balik rumah aku tak kena ganggu. Dan sekarang pakcik aku still sama.

Kadang kadang kalau aku balik kampung dia tepuk tangan. Sambil jerit engkau datang balik ke. Then gelak. Aku tak tahu kenapa aku je kena. Aku tanya sepupu aku sedara mara yang lain katanya diorang tak ada apa. Waktu aku je pakcik aku jadi seram gitu. thank u for reading!

7 comments

  1. haha. ini memang seramm. haha..
    tapi bawa la pakcik pergi berubat. tak pun minta ustaz2 pantau rumah tu.. kot la boleh tolong. kesian juga pkcik kau tu.. punca kemurungan boleh berlaku schizophrenia . Bila berlaku macam ni.. memang mudah benda2 tu kacau dan jadikan pakcik tu kawan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *