PAKU

Assalamualaikum kepada pembaca setia Fiksyen Shasha dan kepada admin. Nama aku Dredd salah seorang pembaca FS dan ini merupakan kali pertama aku menulis kisah serami  bagi aku agak seramla sebab aku jarang kene kacau dengan benda-benda pelik ni dan benar-benar berlaku pada aku. Kalau kisah aku ni dapat di publishkan aku memang berterima kasih sangat-sangat. Mungkin ayat-ayat yang aku gunakan tak berapa kemas dan cantik sebagai penulis tapi segalanya boleh diasah kalau rajin.

Kisah ni dah lama berlaku dan aku dah tak ingat bila tapi yang aku tau terjadi ketika aku berada di kampung yang terletak di Pahang. Walaupun kami saudara-mara tinggal berjauhan, tapi tetap berhubung antara satu sama lain. Terutama pulak sekarang dah ada aplikasi whatsapp. Lagi senang nak berkongsi cerita-cerita menarik dan terkini serta gosip untuk tambah dosa..haha. Kami sekeluarga dan saudara-mara sudah memutuskan untuk balik dan berkumpul di kampung sebab nak menyambut hari raya. Masa dalam perjalanan ke kampung, aku naik satu kereta dengan family aku. Seperti biasa, ayah aku yang akan membawa kereta dan kadang-kadang mak atau abang aku akan jadi driver kalau ayah aku dah penat. Tapi kebiasaannya, ayah aku boleh bawa kereta sampai ke kampung tanpa perlu ganti kerana perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam dari rumah aku pada masa tu.

Adik beradik aku ada 6 orang termasuk aku. Jadi korang boleh bayangkan macam mana sempitnya keadaan dalam kereta dengan beg pakaian lagi. Waktu tu kami pakai kereta citra. Tapi aku tak berapa kisah sangat sebab adik-beradik aku kurus-kurus belaka dan perjalanan selama 2 jam tu bagi aku tak berapa lama. Sampai ke kampung, aku nampak sudah ada beberapa buah kereta saudara-mara aku yang dah sampai jadi kami sekeluarga teruja dan gembira kerana dapat berkumpul. Bukan senang nak berkumpul sekali ramai-ramai dengan saudara-mara memeriahkan suasana kampung cuma waktu raya jela boleh jumpa dan bila ada urusan penting.

Kami sekeluarga bercadang nak bercuti di kampung dalam 3 hari sahaja sebab ada urusan penting yang perlu diselesaikn lepas tu. Tapi aku dan adik aku kene tinggal lebih sehari sebab kene tolong mak cik aku untuk kemaskan rumah dia. Mak cik aku baru berpindah rumah dekat Seri Kembangan. Sebelum ni, dia tinggal dengan family aku sebab tempat kerja dekat dan masih belum dapat rumah lagi masa tu. Dalam ramai-ramai saudara aku, mak cik akulah yg paling rapat sekali dengan family aku sebab rumah kami tak berapa jauh dan selalu jumpa antara satu sama lain. Jadi, kami beradik akan balik dengan kereta mak cik aku. Pada hari ketiga berhari raya di kampung, ramai saudara mara aku yang dah kemas barang sebab masing-masing tak cuti lama kerana urusan kerja. Di kampung, cuma tinggal nenek dan Pak Su aku sahaja selepas peninggalan arwah atok aku.

Pada malam terakhir hanya tinggal aku, adik, mak cik, nenek dan pak su aku sahaja di rumah kampung yang agak besar dan mempunyai dua tingkat itu. Keadaan sekeliling rumah terasa amat sunyi selepas semua saudara-mara sudah pulang ke rumah masing-masing. Semua yang ada waktu tu tak cakap banyak, semua buat hal masing-masing. Sekitar rumah kampung tu memang gelap walaupun ada lampu jalan. Di sebabkan kebosanan pada malam itu, kami berlima tidur awal. Aku dan adik serta mak cik aku tidur di tingkat 2 ruang tamu dan nenek serta pak su aku akan tidur di bilik masing-masing. Sekitar pukul 3 pagi, aku terjaga sebab nak ke tandas. Keadaan masa tu sejuk sangat sampai ke tulang boleh rasa. Dah la aku ni kurus memang mengigil tak pasal-pasal. Lepas selesai ke tandas, adik dan mak cik aku pun terbangun sebab nak ke tandas juga.

Selepas semua selesai ke tandas, kami pun nak ambil mood untuk tidur semula sebab masih awal. Tetapi, secara tiba-tiba terasa angin sejuk datang entah dari mana padahal semua tingkap dan pintu dah tertutup. Beberapa minit lepas tu, kami bertiga terdengar seperti orang sedang mengetuk paku di dinding. Memang terkejut la semua yang dengar masa tu, entah dari mana ketukan tu datang. Tapi kami bertiga buat tak tau je. Ketukan tu agak lama lebih kurang 5 ke 10 minit. Waktu tu boleh dengar bunyi nya dekat sangat. MACAM DALAM RUMAH.

Aku pun cuba la tengok-tengok sekitar dalam rumah mana la tau ada orang tengah memaku pagi-pagi buta ni tapi takde. Pukul 3 pagi kot, sape yang nak memaku waktu tu. Kalau ada pun memang kene maki la jawap nya. Yang paling seram, bunyi tu macam bertukar-tukar tempat. Sekejap dengar macam kat dapur, pastu ada dengar kat bawah rumah. Macam aku cakap tadi rumah ni ade 2 tingkat. Dan biasanya rumah kampung yang ada dua tingkat akan ada ruang kosong kat bawah rumah. Tapi kami buat tak tau je dengan bunyi-bunyi pelik tu dan semua lelapkan mata semula. Pagi tu kami tanya la pada nenek dan pak su kot2 la diorang ada dengar tapi tak dengar mungkin diorang tidur m**i. Pastu nenek aku boleh buat gurau dia cakap bagus jugak kalau ada orang yang nak teman nenek dalam rumah ni takde lah nenek bosan tinggal sorang-sorang…haha. Walaupun pak su tinggal dengan nenek, tapi dia selalu kerja keluar pagi balik petang kadang-kadang sampai ke malam.

Jadi takpe lah kami pun dah cuba nak lupakan peristiwa tu dan mula berkemas untuk balik ke rumah mak cik aku. Pagi tu, lepas kemas, aku ke dapur sebab lapar. Masa aku nak buka tudung saji kat atas meja makan, aku tersentak dan membisu sekejap apabila aku ternampak paku yang bertaburan di atas lantai dapur berdekatan dengan meja makan tu. Aku pun mula teringat kembali ketukan malam tu yang membuatkan aku tak boleh nak tidur nyenyak. Aku tunjuk paku tu kat mak cik dengan adik aku. Naik bulu roma diorang..haha. Sebab diorang pun dengar ada orang ketuk paku malam tu(Orang ke?) tapi tak sangka ketukan tu berlaku di dalam rumah.

Persoalannya, sapa yang mengetuk malam tu?.Macam mana ada paku berterabur kat atas lantai dapur DALAM RUMAH sedangkan aku dah cek malam tu memang takde sape pun orang dalam rumah yang mengetuk paku?.Adakah ini satu kebetulan?.Fikir-fikir kan lah..WAHAHAHAHAHAHAHAH..

-TAMAT-

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

dredd

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

15 thoughts on “PAKU”

  1. ok je utk first time mengarang…mungkin xkde idea atau cerita yg btul2 seram utk penulis karang..btw gud job..bak kata penulis #segalanya boleh diasah kalau rajin..

    Reply
  2. Aku bukan penulis juga bukan pembaca tegar..cuma satu je,kalau bercerita jangan tulis (haha) kalau nak intro diri pada cerita.. sebab buatkan pandangan pembaca macam bukan keperluan dalam penulisan.menyampah pun ada..sory tapi reality

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.