🍭Pancaindera ke 6 ( bahagian 2)🍭
Assalammualaikum saya mulai dengan bismillah…kawan2 dalam ni dah bacakan pengalaman saya yang saya coretkan dalam ni sebelum ni… Saya tunaikan janji saya.. Saya sambung kembali penulisan saya…
-Semasa saya berumur dalam linkungan 16 tahun saya didatangi oleh seorang entiti yang bernama Adam… Kalau lihat dari rupa dia sama saja macam kita cuma tutur katanya lembut dan berlagu bila berbicara.. Orangnya baik dan kacak..dia hadir mula2 dalam mimpi saya.. 3 hari dapat mimpi yang sama.. Kehadiran dia hanya untuk berkawan dengan saya.
Hari pertama saya mimpi saya cuma abaikan saya anggap mainan tidur.. Hari kedua saya sudah rasa pelik…. Hari ketiga saya cabar dia kalau benar dia wujud jumpa saya secara nyata… Hari ke 4 dia hadir ke rumah family saya.. Cara perwatakan sama dalam mimpi saya… Orangnya putih kuning.. Badan sasa berbaju bangsawan… Adam ni kata dia kenal saya dari saya kecil mula2 nampak saya di kaki gunung ledang semasa saya dengan keluarga beriadah disana..
Dipendekkan cerita selepas perjumpaan yang pertama tu saya jadi rapat dengan dia… Saya selesa berkawan dengan dia.. Senang cerita dia macam bestfriend saya.. Pada bulan disember tahun 2000 masa tu saya baru habis paper spm adam datang bersama nenek nya melamar saya… Satu rumah saya bau wangi dalam rumah automatik jadi sejuk macam duduk dekat cameron highland..( Bila ada bunian yang singgah atau duduk dalam rumah kita aura sejuk itu akan dirasai) saya terpaksa menolak lamaran adam lagipun difikirkan kembali tidak logik kan manusia dan entiti perlu hidup bersama..
Mula2 menjadi ribut kerna pernolakkan dari saya.. Tetapi bila saya slowtalk dan bagitahu dunia kita berbeza dan tak mungkin saya akan terima dia lagipun saya tidak mahu berpisah dengan family saya…. Alhamdullillah adam terima keputusan saya… Samapai sekarang saya masih jaga hubungan sesama makhluk dengan dia.. Andai ada musibah atau ada orang nak buat tidak baik dekat saya dan family dia akan datang utk bagi amaran supaya saya berwaspada…
– Saya ni selalu dimasukkan hospital kerana ada masalah tulang belakang… Semua orang yang dapat melihat alam sebelah sana kalau boleh diaorang nak elakkan diri dari mendatangi hospital… Seperti yang kita tahu dekat hospital ini kerap ada kematian.. Ada satu hari tu saya di masukkan ke wad wanita saya minta duduk dekat wad second class sebab saya tidak suka dengar pesakit2 lain bising… Hari kedua saya duduk wad selepas waktu makan tengahari…suasana mula riuh sebab pelawat dibenarkan masuk…. Saya masa tu satu bilik ada dua katil.. Tapi katil sebelah saya tu kosong tak ada penghuni.. Lepas makan saya solat dan saya tidur… Bangun tidur dalam pukul 4 petang macam tu.. Bila saya pusing kekanan tengok katil sebelah dah berpenghuni.. Saya ni kan ramah orang nya jadi tanya lah siapa nama? Bila masuk? Sakit apa? Orang tu jawab sepatah2 pastu dia diam… Bila nurse masuk nak bagi makan petang pukul 1745 tu saya pelik kenapa nurse tak bagi makanan kat katil sebelah..
Tapi masa tu saya husnuzon je saya fikir mungkin dia ni kena puasa esok nak ambik d***h.. Bila malam menjelma katil sebelah saya ni bising.. Cuba lah kauorang bayang perempuan pakai baju wad yang warna hijau tu duduk bersila menghadap dinding sambal pegang katil dan menghenjut ke kiri kekanan kekiri kekanan sambil baca something yang tak berapa nak jelas didengar.. Saya mula2 cakap diam lah aku nak tidur ni.. Makin kuat dia baca dan merengus2 masa ni saya dah nak mula naik angin… Saya cakap diam lah aku nak tidur apahal kau ni tak faham bahasa aku cakap diam aku nak tidur… Benda tu ketawa mengilai2 masa ni saya dah mula fikir dah yang perempuan tu bukan manusia… Bila saya menjerit diam sekuat hati.. Dia tenung saya dalam masa yang sama nurse pun datang. Nurse tu tanya kenapa lagi tadi cakap sorang2 awak ni saya tengok makin teruk ni takkan awak khayal dengan dos ubat yang doktor suruh bagi…. Saya cakap dengan nurse tu nurse nak tanya katil sebelah ni ada tak orang meninggal dalam masa satu minggu sebelum saya masuk sini..
Nurse tu cakap esok saya cerita saya tak berani nak cerita dekat awak dah malam ni.. Saya ni makin jadi tak sabar nak tunggu nurse tu masuk syif petang esok nya… Nurse tu sampai saya terus tanya.. Dia kata dah seminggu tak ada orang ditempatkan kat bilik ni sebab ada seorang pasakit ditempatkan kat sini meracau2 menjerit cakap ada pesakit rambut panjang mata terkeluar datang minta air dengan dia… Saya tanya nurse tu sebanarnya siapa yang m**i dekat katil sebelah saya ni.. Nurse tu cakap ada pesakit perempuan yang m**i tetapi tiada waris tuntut lagi jenazah dia.. Dia m**i sebab kemurungan.. Tapi malam ke4 saya duk situ bendatu datang minta tolong cari waris dia.. Dia cakap dia sakit selagi semuanya tak selesai…. Alhamdullillah jumpa waris keluarga tu dan semuanya selesai….
– Ada satu hari tu kawan saya dimasukkan ke wad.. Hajat dihati nak datang melawat kawan yang sakit….. Kawan saya ni ditempatkan dia wad baru..maksudnya hospital baru siap dan baru digunakan… Masa tu dalam pukul 1800 petang… Berborak2 tak perasan jam dekat pukul 2000 … Saya cakap dengan kawan nak beredar dulu sebab dah malam.. Lagipun masa tu saya A.B.C .. Kawan saya cakap sebelum nak balik tu tolong tutupkan langsir dan tingkap…. Tadi dia buka sikit tingkap sebab nak bagi angin luar masuk.. Masa kawan tengah cakap macam tu saya perhati tingkap tu.. Nampak satu susuk tubuh berdiri menghadap tingkap tu melambai lambai saya… Saya ni boleh jadi dungu pi lambai 2 balik siap cakap bye bye sambil senyum2..
Kawan saya pelik tanya kau lambai sapa beb.. Kau ni jangan macam2 kau buat aku seram lah.. Saya jawab.. Kau tak nampak ke ada budak perempuan rambut panjang lambai2 kat tingkap tu kesian dia beb baju dia kotor… Kawan saya cakap siapa yang boleh berdiri dekat tingkat dua beb.. Dia berdiri pakai apa..? Saya cakap eh kau kat tingkat dua eh… Bkn tingkat satu eh.. Eh yang tu sapa..? Yang masih lambai2 tu… Kawan saya toleh kat tingkap tu terus menjerit2 datang nurse ngan doktor bg ubat penenang 1 minit terus tido… Saya terus balik umah.. Lat dua hari lepas kejadian tu kawan saya wahatsapp saya bagitahu masa saya tanya eh dah tu siapa yang lambai2 tu dia pergi tengok dekat tingkap tu dia nampak perempuan rambut panjang tengah pegang kepala dia sendr tu yang dia menjerit tu… Saya cuma minta maaf dekat dia sebab kerna saya dia dapat pengalaman pahit.. Hahhhaaahaa
Ok saya stop dulu ya… Lenguh plak tangan saya ni menaip…nanti ada masa saya sambung lagi.. Korang blh bg cadangan korang korang nak kisah apa.. Kalau kisah tu ara ada. Ara akan kongsikan di penulisan yang akan datang… Sebelum apa apa pun ara ucapkan terima kasih kat semua yg sudi baca bahagian pertama pancaindera ke 6..
Maaf sekali lagi andai anda semua tidak berapa faham apa yang ara tulis.. Dan sorry juga ya kalau kali ni tak berapa seram cerita nya…bila tulis dalam keadaan sakit mood seram tu tak muncul.. Terima lah seadanya kekurangan ara…. Wassalam…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Sambung la lagii..best sgttt
Nanti kalau ade mase citee lagi Tau..hehehe😆😊
Assalamualaikum Ara, sakit tulang blkg tu mslh apa scoliocis or slip disc atau sbb lain? Sy ada mslh scoliocis n mungkin slip disc. Tp sbnrnya mslh tulang sy nielinatoan mslh mistik. Sy dah umur 25 tahun br tahu mslh tulang sy ni berkait alam lain. Pdhl sy detect sakit scoliocis dr umur 14 tahun. Bila dah teruk, ustaz smpai geleng kepala sbb dah sebati dlm diri. Sy cerita kt awk kut awk pun nk usaha dgn rwtn Islam juga, keturunan sy mmg ramai ada mslh yg sama. Cuma kami x sedar sblum ni.
Nk tau psl bunian tu lagi boleh tk!?!?
Cerita yang paling aku minat pasal bunian sebab menarik betul depa ni. Kalau ada lagi pasal depa kongsi lah huhu.
Untung dapat kebolehan gitu, kalau lah ade hehehe