Pancaindera ke 6 Part 3

🍭Pancaindera ke 6 ( bahagian 3)🍭

Assalammualaikum masih ingat kisah ara pada coretan sebelum ini.. Ada yg kata ara ni dukun, ada yang kata ara ni buat ritual untuk dapatkan pancaindera ke 6… Ara masih tahu halal dan haram… Ara takkan buat apa-apa yang boleh mensyirikkan Allah… Lagi satu nak bagitahu ara bukan bangga dapat pancaindera ke 6 ini ara cuma bersyukur dengan pemberian Allah… Maaf kepada sesiapa yang tidak suka dengan apa yang ara coretkan selama ini ara tidak mampu nak puaskan hati semua orang.. Dan ada yang tanya ara pasal adam dan perkampungan adam tetapi awal2 ara minta ya adam tidak setuju ara bercerita pasal dia dekat sini… Ara pegang amanah dia ara haraf semua kawan2 dalam ni faham ya… Panjang pula mukadimah ara hari ni… Ok kita mulakan…

-Ara nak cerita zaman ara sekolah..ara ni dalam kelas suka duduk belakang.. Tak suka duduk depan sebab ada seorang cikgu ni kalau bercakap macam hujan menyembur.. Tengah ralit belajar datang seorang guru bagitahu sekolah akan buat perkhemahan di sekolah untuk budak-budak p.m.r… Ara ni memang suka aktiviti lasak dan mencabar fizikal dan mental ni.. Balik rumah buat muka seposen minta kebenaran mak dan abah untuk sign borang pelesapan untuk pergi perkhemahan.. Alhamdullillah mak ngan abah setuju bagi ara pergi.. Kat hati ni tak sabar nak tunggu hari jumaat..

Hari yang di nanti pun tiba.. Selepas selesai dirikan khemah kami semua berkumpul dipadang untuk dengar taklimat… Selesai itu semua kami diarahkan bersihkn diri dan makan.. Selepas solat isyak kami semua duduk didepan unggun api.. Tengah syok tengok kawan2 buat persembahan ada kawan cuit ara suruh tgk dekat belakang sekolah… Ara lihat ara cakap kain kot takkan manusia berdiri dekat situ sorang-sorng… Tapi ara sebenarnya dah nampak jelas dah siapa yang ada dekat situ.. Berambut panjang dekat baju dia ada d***h bertompok… Muka dia buruk sangat.. Tapi mata tak ada… Mulut tak ada.. Lepas ara cakap dengan kawan-kawan jangan pandang.. Sorang-sorang budak perempuan kena histeria… Cikgu mula panik… Bila sorang-sorang kena.. Dekat 12 atau 14 orang kalau tak silap ara yang kena histeria..

Bila keadaan jadi kelam kabut ada uztad mula buat ruqyah. . Akhirnya semua selamat… Cuma mereka lemah lps sedar tu. Dan perkhemahan itu dibatalkan.. Uztad tu jumpa ara dia tanya awak nampak apa sebenarnya… Ara cerita lah apa ara nampak.. Uztad tu cakap sebenarnya dia nampak awal lagi masa kelas tambahan malam .. Keadaan yang sama ara nampak.. Cuma uztad tu nampak benda tu pegang kucing…. Tapi memang pun tukang kebun selalu cakap tanam bangkai Kucing.. Seminggu mesti ada seekor kucing yang m**i.. Sampai sekarang pun ara tak tahu motif benda tu…

– Kejadian ni berlaku di Kuantan… Masa ni ara ikut geng club kereta ara untuk konvoi ke Kuantan . Kami semua dari johor bharu… Kami bertolak dalam pukul 11 malam.. Semasa nak bergerak tu ara dah tak sedap hati dah.. Rasa macam ada benda tak baik nak berlaku… Tapi kami teruskan perjalanan sebab kami dah janji dengan budak club yang berada di kuantan yang kami akan samapai selewat nya pukul 8 pagi… Sebelum mulakan perjalanan kami baca doa dan bagi taklimat sedikit … Dengan lafaz bismillah kami mulakan perjalanan.. Sampai di jalan Jemaluang kota tinggi kereta budak ara katanya terlanggar kucing hitam dekat dengan kubu zaman jepun tu… Bumper kereta memangg rebeh dan jatuh tapi yang pelik kucing dan d***h atau kesan melanggar apa-apa tak ada. Cuma bumper depan tu rebeh .. Lepas repair kereta lebih kurang kami teruskan perjalanan.. Sampai di Kuantan pukul 9 pagi.. Kami check in hotel dekat bandar kuantan tu.. Tapi hotel tu seram…. Hotel tu kusam… Macam tak ceria…

Kisahnya berlaku dekat sini.. Sampai-sampai ara dah nampak orang berbulu besar tinggi dekat dalam bilik hotel.. Ara buat tak nampak sebab tak nak kawan-kawan perempuan yang lain rasa takut . Dipendekkan cerita. Masa maghrib ara nak panggil owner club ni dia duduk tingkat atas ara duduk tingkat bawah.. Ara dengan sally naik lif… Tapi masa dalam lif tu ara pelik biasanya kalau bunyi ting lif akan terbuka kan.. Ini tak.. Bunyi ting tapi lif tak terbuka… Ara ambil keputusan baca ayatul kursi.. Masa baca tu dengar suara orang gelek kecil kat tepi telinga… Ara buat tak tahu lagi… Habis baca baru lif tu tebuka.. Depan lif tu ada perempuan jalan. Rambut panjang…pakai baju macam gaun putih tu…. Ara ngan sally ni nak cepat jadi kami lintasi dia masa lintasi dia tu memang nampak dia bawa baby tapi berdarah dan baju dia berdarah.. Dan yg tak best nya dia siap mengilai… Ara ngan sally lari bersungguh sampai salah ketuk bilik orang… Kesian bro tu tengah nak sampai penamat agaknya buka pintu ngan pakai tuala tanya kau nak apa… Kau tak nampak ke aku dah gantung ni “JANGAN GANGGU” Ara masa tu punya lah malu seabb salah ketuk bilik orang… Hahaahaaa… Sorry bro tak senggaja… Malam tu lepas makan si sally tu kena rasuk cekik ara masa tengah tidur nasib baik ada orang perasan kalau tak arwah dah ara ni… Nasib baik dalam yang pergi tu ada yang pandai bab2 perawatan ni.. Syukur semua selamat..

Ok nanti ada masa ara sambung lagi ya.. Doakan ara cepat sihat ya … Selamat membaca.. Dan terima kasih kepada anda semua sbb sudi baca pengalaman ara ni… Tq korang… ♥U all…

#Masa konvoi tu banyak benda yang berlaku sebenarnya ara tak cerita habis sebab kesihatan ara tak mengizinkan … sorry

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]
Tarabas tyang sara

4 thoughts on “Pancaindera ke 6 Part 3”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.