Parang Hiasan Bernyawa

Saya ada sedikit cerita mistik yang ingin dikongsikan bersama, ianya tiada kena mengena dengan individu, agama dan sebagainya. Mungkin tuhan ingin menguji saya untuk mengalami gangguan mistik ini sendiri.

Kisahnya bermula di Melaka, di mana saya bertugas pada ketika itu. Oleh kerana saya tiada kediaman tetap, saya memohon untuk tinggal di kediaman yang disediakan. Kediaman tersebut merupakan kediaman 4 tingkat. Tiada lif yang dan hanya menggunakan tangga. Oleh kerana itu, tingkat atas yang mempunyai 4 buah rumah kosong tidak berpenghuni dan saya ditempatkan di kediaman yang kosong tersebut.

Saya bukan dikategorikan sebagai pemberani, tetapi saya jenis yang lebih suka memikirkan asas logik, dari mengaitkan sesuatu dengan alam mistik, ghaib dan sebagainya.

Setelah berpindah ke rumah baru, serta membeli kelengkapan rumah dan sebagainya, secara tiba-tiba hati ini ingin menghias rumah dengan hiasan berunsurkan seni. Setelah membayangkan unsur seni untuk hiasan dinding rumah dan secara kebetulan ada rakan yang ingin pulang ke Sarawak, saya mengambil keputusan untuk menghias dengan parang hiasan berukiran dari sana.

Akhirnya parang hiasan tersebut sampai, dengan sarung berukiran serta hulu yang mempunyai rerambut dihujungnya dan bermulanya hidup saya yang diselubungi misteri.

Parang tersebut kelihatan biasa sahaja, ringan dan besinya tidaklah tajam. Kayunya pun biasa sahaja, bukan jenis kayu bermutu tinggi yang kebiasaan digunakan untuk membuat sarung parang, sebab lama kelamaan ianya mula dimakan asai atau bubuk, ianya mula berlubang dan berabuk. Oleh sebab itu saya mengambil keputusan untuk menyimpan sahaja disebabkan ia telah rosak.

Setiap hari seperti biasa, saya akan menyapu di ruang tamu dan apa yang menghairankan, hampir setiap hari saya menyapu, akan ada helaian rambut yang panjang sedangkan saya adalah lelaki yang berambut pendek. Lain-lain gangguan juga saya alami seperti bunyi guli jatuh serta bunyi kerusi ditarik, mimpi menakutkan hampir setiap hari.

Tetapi seperti yang saya katakan, saya bukanlah jenis yang suka mengaitkan perkara yang dialami dengan alam mistik, meskipun ada terdetik disudut hati yang mengatakan ianya bukan kebetulan. Paling tidak saya hanya berkata, “aku duduk sini, ini rumah aku, ko nak duduk, pergi duduk sebelah atau depan, sana kosong,” jika merasakan sesuatu seolah-olah diperhatikan atau perasaan yang saya tidak dapat jelaskan.

Gangguan ini tidak dapat saya kaitkan dengan parang hiasan yang saya beli tetapi ianya berlaku setelah saya berpindah.

Setelah memohon untuk berpindah dan diluluskan oleh majikan, barang-barang saya, saya hantar ke rumah ibu saya di kampung termasuk parang hiasan tadi untuk sementara dan bermulalah episod misteri yang baru terhadap keluarga saya.

Gangguan misteri itu seperti ibu saya yang sering nampak bapa saya pergi ke bilik air, tetapi sebenarnya bapa saya berada di bilik. Begitu juga dengan bapa saya, melihat kelibat ibu saya, tetapi sebenarnya tidak. Tetapi, alhamdulillah tuhan tidak mengizinkan saya barangkali untuk mengalami perkara misteri tersebut, walaupun kadangkala saya menyidai pakaian di luar rumah lewat malam, di lokasi yang sering terlihatnya lembaga hitam tinggi oleh kakak saya.

Oleh kerana merasakan adanya gangguan mistik, ibu saya memanggil seorang pengamal perubatan Islam untuk mengesan punca gangguan itu. Pada hari yang ditetapkan, pengamal perubatan islam itu menjalankan tugasnya dengan berjalan disekeliling kawasan rumah untuk mengesan punca gangguan.

Setibanya di stor rumah ibu saya, pengamal perubatan Islam itu berhenti dan bertanyakan jika ada sesuatu yang disimpan di situ yang mempunyai aura negatif, yang berkaitan ilmu hitam dan sebagainya. Ibu saya mengatakan tiada apa yang melibatkan unsur-unsur begitu dan sememangnya keluarga kami memang tiada bela-belaan, saka dan sebagainya yang diketahui melainkan yang tidak kami ketahui.

Pengamal perubatan itu pun memasuki ruang stor sambil membaca ayat-ayat suci. Apabila keluar dari stor, beliau memegang parang tersebut dan bertanya, milik siapakah parang ini dan saya menjawab ianya milik saya yang saya beli untuk tujuan hiasan saja,bukan untuk tujuan lain yabg berkaitan dengan perkara pemujaan mistik dan sebagainya. Beliau berkata, parang tersebut yang mempunyai rerambut di hulunya itu adalah rambut asli manusia dan pemiliknya adalah pembuat parang itu sendiri, bukan beragama Islam dan telah pun meninggal dunia. Saya amat terkejut, kerana menyangka ianya hanya rambut atau bulu sintetik sahaja, bukan asli rambut manusia dan yang lebih menghairankan parang yang asalnya ringan dan dimakan asai dan bubuk, kini menjadi berat seolah-olah parang asli, tiada kesan langsung dimakan bubuk, nampak baru dan tegap, saya mcm tidak percaya apabila melihatnya.

Setelah dikunci oleh pengamal perubatan Islam tersebut, beliau meminta izin untuk mengambil parang tersebut untuk dibuang ke laut dan saya izinkan. Selepas itu tiada lagi gangguan misteri berlaku setelah parang tersebut di buang ke laut. Saya tidak menuduh pembuat parang itu mengamalkan ilmu hitam, membela saka dan tidak juga menuduh agama serta bangsa pembuat parang tersebut mempunyai kaitan dengan gangguan yang dialami, tetapi saya berpendapat, mungkin ada makluk halus atau syaitan yang menumpang sahaja, cuma pesanan saya jika ingin membeli parang yang serupa, mungkin lebih baik bertanyakan jika rerambut yang digunakan itu adakah asli atau tiruan, mungkin pemiliknya sudah m**i, tetapi secebis dari anggota badannya walaupun rambut tidak disemadikan bersama.

Saya juga tidak dapat mengaitkan kejadian di kuarters dengan misteri parang hiasan tersebut. Waallahualam.

Hrrymh

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

8 thoughts on “Parang Hiasan Bernyawa”

  1. Niat nak hias umah tapi jdi cmni..hermmm…kene lebih berwaspada membeli atau menerima brg…bkn nk tuduh tpi pndai2 lah nak idup…😬😬😬

    Reply
  2. Klau nak beli parang dari sarawak or sabah mmg kena hati-hati.yalah sbab kmi golongan head hunter.rambut yg berada pada hujung parang merupakan rambut kepada musuh yang kmi sudah p*****l kepalanya.tapi kini walaupun golongan ini boleh dikatakan tiada lagi parang tersebut masih ada dan diwarisi secara turun temurun.memandangkan kmi semuanya sudah beragama Kristian kmi tidak lagi mengamalkan perkara mistik mcm asapkan parang dan bagi makan

    Reply
  3. Alhamdulillah. Berani la kiranya berani halau-halau suruh duduk rumah lain tu. 😊. Bagaimanapun, teknik penulisan baik. Syabas. Terima kasih.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.