Patung Beruang Berhantu

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pembaca FS. Pengalaman seram yang aku nak ceritakan ni berlaku dalam tahun 2006 yang mana masa ni aku adalah pelajar sebuah kolej universiti di pantai timur. Zaman belajar dulu aku pun taktau kenapa obses sangat dengan patung beruang yang saiz orang dewasa tu. So masa harijadi aku yang ke 20 aku mintak patung beruang besar bila boyfriend aku tanya nak hadiah apa. (Bila fikir2 semula rugi pulak tak mintak emas 916. Hahaha)

Ok lah berbalik kepada cerita tadi, lepas sambut harijadi aku kat bandar, aku pun balik ke hostel bersama2 dengan patung beruang warna coklat gelap yang besar gedabak itu. Bangga pulak rasanya orang duk usha2 aku bawak benda tu. Selama aku letak atas katil kat bilik aku tu, tak pernah sekali pun aku lenyek2 patung beruang tu. (Katil double decker & katil aku belah atas). Mesti la sayang kan sebab boyfriend yang bagi. So eloklah dia terletak macam patung berhala kat situ. Untuk pengetahuan semua, aku ada satu lagi patung beruang warna pink saiz orang dewasa tapi agak leper dan tak segebu gebas macam yang aku dapat untuk hadiah harijadi tu.

Setiap hujung minggu, aku memang akan balik ke rumah mak ayah aku sebab rumah dekat dengan kolej. Jadi apa2 yang jadi kat hostel aku cuma tau bila dah balik dari cuti. Masuk je dalam bilik aku pelik kenapa patung beruang aku tu dah beralih tempat. Daripada atas katil ke kerusi study kat hujung katil. Rupa-rupanya roommate aku ada tumpangkan budak yang histeria tidur kat bilik kitorang hari sabtu malam dan part yang paling menakutkan bila roommate aku cerita budak yang histeria tu nampak patung beruang aku bertukar jadi perempuan berambut panjan,g pakai pakaian putih yang kotor bersalut tanah tengah duduk dalam posisi memeluk lutut.

Seram sejuk bila dengar cerita roommate aku. Nak2 pulak aku pun kena kacau malam tu bila tertidur. Telinga aku dapat dengar bacaan al-quran yang roommate aku pasang kat laptop tapi dalam masa yang sama, ada suara lelaki yang garau marah aku dalam bahasa yang aku tak dapat nak agak bahasa apa. Bila aku paksa diri nak bangun dari tidur, aku dapat dengar dia cakap, “kau jangan bangun, kau jangan bangun!!” Seram gila wehh. Sampai sekarang aku ingat dia marah aku dengan ayat tu. Berdesing telinga nak lawan.

Bila aku cerita kat roommate aku apa yang jadi, diorang nasihatkan aku bawak dua2 patung beruang tu balik rumah mak ayah aku supaya takde gangguan2 yang lagi dahsyat berlaku. Aku pun ok jela. Sebab aku fikir takkan benda tu nak ikut balik kan. Silap besar rupanya. Malam aku bawak balik patung beruang tu, aku baru lepas gaduh dengan boyfriend aku. Dalam pukul 12 tengah malam tengah tersedu nangis sorang2, aku terdengar ada suara orang ikut nangis. “Uuu..uuu..uuu..”. Terhenti terus sedu sedan aku. Bila aku nak tangkap dari mana arah tangisan tu, dah takde la pulak. Aku memang tak suspect langsung bunyi tangisan tu datang daripada patung beruang yang aku bawak balik.

Balik lagi ke rumah mak ayah aku hujung minggu seterusnya, patung beruang aku dah takde dalam bilik. Mak aku dah bungkus dalam plastik sampah letak kat luar rumah. Bila aku tanya, mak aku bukak cerita yang sepanjang dia sorang2 duduk kat rumah tu dia selalu terdengar suara 2 orang lelaki tengah berbual2. Tapi mak aku tak dapat tangkap apa yang diorang bualkan.

Kejadian ni berlaku di siang hari pulak tu dan mula2 mak aku ingatkan suara tu suara orang2 yang lalu lalang kat lorong pejalan kaki sebelah rumah. Rupa-ruopanyanya bukan sebab suara tu memang datang dari dalam rumah. Mak aku tak sedap hati so dia bungkus dua2 patung beruang aku tu dalam plastik sampah & letak kat loteng. Tapi lepas tu dia dengar suara 2 lelaki berbual tu kat loteng pulak. Itulah sebabnya kenapa dua2 patung beruang aku ada kat luar rumah.

Kesian mak aku sebab dia yang jadi mangsa patung beruang aku yang berhantu. Nasib baik dia tak tunjuk muka dalam rumah tu. Lama jugak la patung beruang tu bertapa kat luar rumah. Sampai last semester aku offer kat roommate aku kalau dia berani, datang la ambik patung beruang aku dua2 ekor tu daripada aku buang dalam tong sampah.

So bertukar tangan la 2 ekor patung beruang tu. And guess what, roommate aku tu pun kena pengalaman yang sama macam aku. Patung beruang tu ajuk cara dia menangis sama macam aku kena. Tapi selepas2 tu Alhamdulillah dah takde gangguan daripada patung beruang. Mungkin sebab roommate aku ni bagi anak2 buah dia lenyek2 sampai penyek. So hantu pun tak tahan kot. Hahaha.

Sejak kes patung beruang tu, aku dah trauma nak beli patung beruang besar2 gedabak ni. Lagi besar lagi aku takut nak simpan dalam rumah. Hahaha. Kalau anak2 aku mintak nak beli patung beruang, aku akan pastikan patung beruang tu dilenyek2 macam lempeng. Jangan sesekali jadikan perhiasan dalam almari atau biarkan patung2 tu terpacak tak diusik oleh sesiapa dalam jangka masa yang lama. Sebab yang menyerupai patung berhala tu la paling disukai makhluk2 halus.

 

nurelina

Leave a Reply

14 Comments on "Patung Beruang Berhantu"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
syaairafira

nasib baik lah dulu dh pernah buang patung besar ex bf kasi..huhu

rozzy

masa birthday aku ke 20 bf belilan rantai emas 916…1992 kami kawin…2001 bercerai…tak ingin aku tgk rantai tu lagi..heee..mmg tak minat anak patung sebab jin/setan suka tumpang…

AnneNazri

seram…. pernah ada patung beruang yg besar org dewasa ,pemberian arwah abah dlu, tp skrg patung tu trbiar kat store rmh sbb da berabuk / kotor sgt… menarik cerita ni

moon

huh…dlm almari sy ade tweety & patrick la…elok x berusik pun

miss fiza

tak salah kalau kita ada teddy bear, yang salah bila kita jadikan dia perhiasan….. maka terjadi laaa peristiwa mcm penulis….. kalau nk ada simpanan teddy bear, jangan sesekali jadikan dia sebagai perhiasan….. nak tido peluk laaa dia, bg laa anak menakan main ke…. asalkan jangan jadikan perhiasan…. jin dan syaitan akan duduk di kepala patung…..

mama anis

ada yang bagitahu saya Kalo nak belie patung lepastu jangan bagi ia sempurna sangatDan buat hiasan. sebaikknya rosakkan sikit supaya tak dipuji sempurna. gunting ka sikit.pastu jangan Jadi kan hiasan. buatlah bantal ke

feeqa

yup betol kata mama anis…saya ade teddy bear saiz besar jgk tp sy cacatkn mulut teddy bear tu supaya dye xsempurna…pastu lanyak dye ari2 smpai da penyek skrg nie…

AkmalZuhairi

tuu la jangan beli patung lagi

Nasya(nama potongan)

Saya pernah dapat hadiah beruang teddy bear besar juga la medium tak sebesar orang*faham kan??*teddy bear saya tu ada anak sekali kat dia so satu set la camtu,bear saya tu sempurna dan tak penyek,cuma agak kotor sikit sebab warna peach pink terang camtu,bear saya tu pernah koyak tapi saya jahit balik sampai sempurna lagi dan simpan jadikan hiasan,kadang2 bawa peluk tapi nenek tak kasi sebab takut bulu dia termasuk hidung so saya jadikan hiasan….setelah dengar cerita ni saya takut juga sebab bear saya tu kat dalam bilik pakcik saya dia simpan sebagai hiasan,so nanti nak minta balik la sebab nak penyek kan dan koyak kan sikit biar tak da gangguan..terima kasih berkat cerita ni saya tahu bear beruang pun boleh ada tumpangan selai patung barbie….

AA

saya pun ada teddy bear besar saya tapi saya jadikan dia bantal peluk. mula mula beli comel gebu gebas tapi dah sebulan habes leper dia jadi mangsa kena peluk time tidur. tapi cerita macamni buat saya takut pulak. tapi memang takda niat nak jadikan hiasan pun. beli memang untuk buat bantal peluk.

rururu

teringat arwah mak sedara ak. dia ada simpan anak patung pompuan dalam lemari. anak patung tu mata dia besau. comel, tapi seram. byk pulak dia simpan anak2 patung tu. teddy bear saiz org pun ada. rumah dia 2 tingkat, teddy bear tu kt tingkat atas dlm bilik. ak klo balik rumah dia tu memang takut nak main2 kt atas tu sorang2. lagi takut klo dia suruh tido dlm bilik yg ada teddy bear gebu tu. tapi tingkat atas tu ktorg guna untuk tido je. pasal pe tah takut sangat hahaha XDD klo teddy bear ak kt rumah ni pulak mmg dah lunyai ak buat peluk time tido. anak sedara nak main pun ak x bagi. teddy bear busukku ^_^

Azza Ahsani

Dulu masa bercinta boleh la nk peluk² teddy bear pemberian bf.. bila dh putus terus jd tmpt lap kaki… hahahah

zila

kalau sy selalu beli patung minni mouse n teddy utk anak sy. tak perlu d penyek kan. anak sy sendiri dah kotor kan n penyekkan haha. kalau patung dia elok terduduk. sy akan baringkan. seram jugak tengok muka dia.

Gabancute

Malaikat x masuk rumah kalau ade patung dan Gambar orang dlm rumah.

wpDiscuz