PEGAWAI POLIS MISTERI DI RnR

Afifah memecut keretanya dengan laju di lebuhraya. Panggilan kecemasan dari ibunya mengganggu fikirannya. Puan Munah memberitahu dengan menangis teresak-esak; ayahnya Haji Mat Diah dalam keadaan nazak. 2 hari lepas, Afifah rasa berat hati untuk meninggalkan ayahnya, dan ayahnya menatapnya dengan mata yang berkaca-kaca seolah-olah berkongsi perasaan yang serupa.

Afifah bergegas dari rumahnya pada malam itu. Perjalanan dari Taman Universiti, Johor Bahru ke Seremban perlu diharungi segera. Dia tidak mahu kehilangan ayah kesayanganya, dan dia berharap, sekiranya Haji Mat Diah dijemput Illahi, biarlah dia dapat menatap wajah ayahnya sebelum pergi.

Asalnya pada jam 10 malam tadi Afifah mahu berdating dan makan ‘supper’ bersama Amirul tunangnya, seketika di meja makan di Kedai Mamak Baharom, dia mendapat panggilan ayahnya dalam keadaan nazak dan telah dikejarkan ke hospital, mujur Amirul seorang lelaki yang bertimbang rasa dan baik hati, dia sanggup membatalkan makan ‘supper’ dan menyuruh Afifah supaya pulang segera ke kampong.

Myvi kuning special edition terus meluncur laju memotong kenderaan lain dilebuh raya, dengan kelajuan 140km/ jam. Afifah tidak pernah memecut keretanya selaju ini kerana dia sayangkan kereta tersebut; hadiah dari Haji Mat Diah kerana dapat bekerja di UTM untuk memudahkannya perrgi kerja dan balik ke kampong. Hujan mulai turun rintik-rintik dan sekali sekala Afifah menghidupkan wipernya apabila pandangannya mula terganggu. Kadangkala Afifah menyeka matanya yang mulai bergenang air mata.

Sebuah kereta Honda Civic EG memotong keretanya dengan laju dan gayanya seolah-olah mengajaknya berlumba, Afifah tidak mengendahkan kereta tersebut. Kereta itu memecut laju semakin sayup meninggalkan keretanya dibelakang. Aku bukannya minah racing; getus hati Afifah. Lagu-lagu silih berganti berkumandang dari speaker keretanya; sengaja dikuatkan untuk mengelakkannya mengantuk sepanjang perjalanan.

Perutnya mulai memulas, agaknya makan chicken chop dekat kedai Baharom tadi; bisik hati kecilnya. Kalau nak diikutkan hati memang dia tidak mahu makan disitu, tetapi Amirul bersungguh-sungguh mengajaknya, dia turutkan juga kerana tidak mahu Amirul berkecil hati. Semakin lama perutnya semakin sakit dan pedih. Mujur Hentian sebelah Tangkak 1 km di hadapan dan hatinya terasa sungguh lega sekali melihat papan tanda hentian tersebut.

Myvi kuning itu memasuki kawasan hentian, dan terus ke kawasan tempat meletak kenderaan. Afifah bergegas keluar dan terus menuju ke tandas wanita untuk menunaikan hajatnya.

Seketika keluar dari tandas, Afifah terkejut melihatkan kereta Honda yang memotongnya tadi diparkir tidak jauh dari keretanya, kelihatan seorang wanita muda sedang membuka bonetnya dan berkepul-kepul asap keluar dari engine bay kereta tersebut. Wanita itu melambai-lambai kearah Afifah seolah-olah meminta pertolongan, Afifah berasa kaget tetapi atas rasa ingin tahu, dia memberanikan diri mendekati kereta tersebut.

“Kak boleh minta tolong tak? Kereta saya rosak, saya nak balik IPK Seremban sebab ada kes dekat IPD Batu Pahat……..” Afifah terpinga-pinga, teragak-agak untuk menolong wanita itu.

“Saya Rosni” Wanita itu menghulurkan tangannya dan bersalam dengan Afifah. Sejuk betul tangan dia!; bisik hati Afifah, mungkin pasal aircond kereta kuat sangat kut.

“Saya Afifah…”

Wanita itu seolah-olah tahu isi hati Afifah dan dia membuka zip sweaternya. Memang polis pun: bisik hati Afifah apabila melihat uniform polis dan kad matriksnya disebalik sweater tersebut.

“Saya bertugas di IPK Seremban, rumah kat Desa Beringin, saya memang nak cepat balik ke rumah sebab tu saya bawak kereta laju tadi. Tak sangka boleh meragam pulak…teruklah abang saya ni, pandai pakai kereta, pandai solek kereta tapi tak pandai jaga” Celoteh Rosni

“ Saya memang nak balik Seremban, nak ziarah ayah kat Hospital Seremban, ayah sakit kuat…bolehlah awak tumpang sekali ye…” pelawa Afifah, timbul rasa kasihan pada si Rosni, takkan nak tinggalkan dia di RnR yang sunyi ni berseorangan, walaupun dia seorang polis tetapi dia seorang wanita sepertinya yang memerlukan bantuan di kala kesusahan begini.

“Okey…” Rosni membuka sweaternya dan menyimpannya di dalam kereta. Baru Afifah tahu Rosni adalah seorang anggota polis berpangkat Sarjan, mungkin fresh graduate diploma kut; bisik hati kecil Afifah, dan Afifah mengetahui pangkat Rosni kerana Afifah di Sekolah Menengah lamanya pernah menyertai kadet Polis.

Setelah siap, mereka berangkat meninggalkan Hentian tersebut, kereta Rosni terpaksa ditinggalkan disitu dan Rosni telah menelefon abangnya untuk memaklumkan hal tersebut.

Sepanjang perjalanan, mereka berceloteh mengenai diri masing-masing. Afifah dan Rosni berbual seperti seorang rakan yang lama dikenali. Afifah berasa takjub melihatkan keramahan Rosni seperti tidak ada rasa kekok dalam berbual. Sekali-sekala mereka terkekeh ketawa apabila menceritakan kisah-kisah yang menggelikan hati.

Persimpangan tol Ayer Keroh baru dilepasi. Punya seronok berbual sampai tidak terasa jauhnya perjalanan dan kali ini Afifah memandu dengan lebih perlahan dari sebelumnya.

“Awak percaya hantu tak?” Rosni memulakan topik baru. Affah terpana.

“Entahlah, saya tak pernah jumpa pun sepanjang umur saya” jawab Afifah tidak acuh.

Rosni terus bercerita mengenai kisah-kisah mistik sepanjang dia bertugas menguruskan kes-kes terutamanya pembunuhan. Afifah merasa semakin seram dan kesejukan aircond kereta semakin menambahkan rasa seram tersebut.

“Jom kita pergi makan, kita singgah dekat RnR Jejantas Ayer Keroh…tak pe, saya belanja.” Afifah memperlahankan keretanya apabila melihat papan tanda RnR dihadapan yang jaraknya kira-kira 2 km.

“Agak-agak, kalau hantu tu muka macam saya, awak takut tak” Rosni berseloroh.

“Mana ada….takkanlah muka awak flawless macam ni ada rupa hantu” Afifah menjawab sambil tergelak, lawak jugak si Rosni ni, cabul-cabul mulut dia pun kelakar juga.

Afifah menoleh ke sebelah penumpang, dia terkejut besar, nafas dan degup jantungnya seolah-olah terhenti. Rosni yang ditumpangkannya itu bukanlah Rosni; wajahnya yang ayu dan flawless telah bertukar hodoh, penuh kesan luka yang mengalir d***h segar dan ada serpihan kaca dan besi tertusuk di dahi dan pipinya. Sebelah matanya terjuntai dipipi kirinya dan Rosni menyeringai dengan menayangkan gigi tajamnya.

“Ya Allah!” jerit Afifah. Kereta yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh dengan kuat tiang papan tanda RnR. Mujur kereta tidak dipandu laju dan Afifah pengsan apabila ditujah oleh tujahan airbag.

Afifah membuka matanya, dia berada di hospital dengan dikelilingi Mak Munah, Amirul dan abangnya Zulkarnain. Afifah mengalami kecederaan patah kaki kiri dan rusuk kiri akibat kemalangan itu.

“Fifah kenapa bawak kereta laju-laju nak? Kan emak dah pesan memandulah dengan cara berhemah.”

Afifah menceritakan apa yang berlaku ke atas dirinya dan dia berasa apa yang berlaku seolah-olah mimpi yang dialaminya sendiri.

“Along dah agak dah, kat tempat Fifah accident tu, memang ada pegawai polis wanita yang m**i kemalangan dekat situ, along tahu ceritanya…dia bergegas nak balik ke Seremban dari Batu Pahat, sampai situ keretanya hilang kawalan dan melanggar tiang papan tanda RnR sampai putus dua keretanya tu. Kes ni berlaku tahun 2005 dulu dan ada masuk surat khabar. Pegawai tu tunang kawan Along kat Kem Sunggala tu” jelas Zulkarnain.

“Ayah macamana mak?” Afifah menarik dan memegang tangan ibunya. Air matanya mulai mengalr apabila teringatkan ayahnya.

“Ayah selamat dah, mujur emak sempat panggil ambulans dan hantar dia ke hospital, sekarang ayah stabil dan doctor kata kalua taka da apa-apa mungkin minggu depan sudah boleh keluar hospital….”

“Alhamdulillah……..” Afifah menghembuskan nafas tanda lega dan dan hatinya sungguh gembira apabila mengetahui keadaan ayahnya; Haji Mat Diah yang semakin pulih dari penyakitnya.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Khadim Sufi Ba'Alawi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 4.3]

9 thoughts on “PEGAWAI POLIS MISTERI DI RnR”

  1. gangguan dan godaan nak memesongkan aqidah umat Islam.
    Bacalah doa selepas solat dan amalkan setiap waktu..

    Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah kami dari perbuatan jahat,azab,khianat jin,syaitan,iblis dan manusia serta sihir2nya, segala mudarat dilaut,langit dan bumi serta azabMu di akhirat kelak..

    Reply
  2. Sanggup plak tunang si afifah tu biarkan dia bwk keta sorang². dh la pompuan, tgh² mlm lak tu. lgsg x pk keselamatan tunang sndirik.

    Reply
  3. Mana salam dan intro entah kemana ni? Terus masuk buat cerita ni 😂. Biasa kalau admin publishes cite, mesti ada intro kan. Hehehe

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.