Pejabat Peribadi: Aunty Cleaner

Salam sejahtera. Aku Mona. Bukan Mona Fendi. Kelmarin lepas aku tengok second story aku kena publish, aku lebih bersemangat nak share cerita. Tambah-tambah ada jugak yang request nak dengar cerita selanjutnya.

Cerita pasal Hazim, lepas Hazim dah resign, aku pun dah lama tak dengar cerita pasal dia. Bukan aku taknak ambil tahu, tapi yelah.. kira macam lost contact jugaklah. So, aku memang tak ada kesinambungan cerita tentang Hazim. Aku pun berdoa Hazim dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Kali ni aku nak sambung cerita pasal kisah Aunty Cleaner kat tempat keja aku ni. Aunty ni orang India. Dia ni dah lama kerja dekat ofis ni. Lebih kurang 10-15 tahun. Waktu kerja aunty untuk membersihkan ofis sekitar jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Setelah habis membersihkan pejabat peribadi tempat aku bekerja ni, dia kemudiannya akan menyambung tugas di ofis syarikat milik majikan aku yang lain iaitu di 3 lorong berhadapan ofis aku bekerja. Yelah, macam aku cakap, aku Cuma kerja dekat pejabat peribadi. Bukan pejabat syarikat. So, bos aku ni kira ada dua pejabat. Satu pejabat untuk uruskan syarikat dia, satu lagi pejabat untuk uruskan hal peribadi dia termasuk hal kekeluargaan macam payment kereta anak-anak bini, pengurusan akaun peribadi, bil-bil utility, maintainance pejabat, claim anak bini, claim gundik-gundik, kad kredit, dan sebagainya.

So, nak dijadikan cerita, ada satu hari tu aku diuji Allah SWT. Satu badan aku sakit disebabkan terkena jangkitan selsema dan demam panas. Allahu, rasa nak bangun daripada perbaringan pun tak mampu. Jadi aku ambil keputusan untuk MC saja hari tu dan akan masuk kerja keesokan harinya.

Macam biasa, kalau bukan aku seorang yang bekerja dekat ofis, maksudnya tak ada sesiapa yang akan bekerja dekat ofis kecuali aunty cleaner. Aunty masuk pejabat dan membersihkan pejabat macam biasa.

Keesokan harinya masa aku rasa badan lebih sihat, aku pun masuk kerja. Buka grill, pintu dan on semua switch lampu. Aku macam pelik sikit sebab Nampak penyapu dan penyeduk sampah diletakkan macam tu je atas lantai. Lantai pun masih penuh habuk yang hasil sapuan tidak diselesaikan. Tapi aku buat tak tahu dan terus buat kerja aku. Aku kemaskan meja bos aku dan buang sampah-sampah yang tak perlu. Usai sahaja kemas aku turun ke ofis aku dibahagian bawah.

Masa itulah aku terserempak dengan aunty yang baru saja naik tangga untuk ke ofis. Aunty bebel-bebel dekat aku sebab aku tak masuk kerja. Dalam hati aku rasa geram jugak kenapa dia nak peduli aku cuti ke tak, masing-masing buat kerja masing-masing kan?
Rupa-rupanya ada cerita yang aunty rahsiakan daripada aku.

Cerita aunty, kelmarin masa aku cuti, aunty yang ambil tugas aku buka pintu ofis dan on switch semua lampu. Dia dah rasa tak sedap hati masa masuk mula-mula. Yelah, hati siapa rasa sedap masuk kawasan ofis yang gelap gulita, siap nak kena bukak semua lampu. Kata aunty pada awalnya dia Cuma rasa tak sedap hati. Jadi, dia kemaskan je ofis macam biasa.

Dia buang semua sampah lama, dia lap meja, bersihkan habuk-habuk. Kemudian yang terakhir sekali dia bersihkan lantai guna penyapu. Semasa dia tengah menyapu, dia ternampak ada satu kelibat melalui rakaman cctv.

Aunty bagitahu dia agak rabun so dia perati kelibat tu agak lama. Dia ingat bos aku dah masuk, so dia ready nak tekan butang buka pintu. Tapi belum sempat tekan, melalui cctv tu, aunty ternampak kelibat tu makin lama makin membesar bersaiz lembu jantan. Rupa pulak seakan-akan burung yang terbang sangat-sangat laju menembusi pintu yang terkunci.

Aunty cakap jantung dia macam nak tercabut tengok cctv tu selama 30 saat. D***h berderau, kaki dah rasa tak pijak lantai kata dia. Dia cakap masa dia keluar dan tengok ke arah pintu, tak ada sesiapa pun disana. Aunty kata untung dia ada bawa gambar tuhan dia kemana-mana. Lepas saja insiden tu berlaku, aunty terus cabut lari tinggalkan penyapu dengan penyodok atas lantai macam tu jer.

Aku tak sure nak gelak atau nak takut. Berderau jugak d***h tiap kali tengok cctv. Harap sangat benda tu tak kacau aku ke apa ke. Aku dah banyak kali jugak diusik, tapi setakat ni Alhamdulillah, aku rasa jiwa aku dan rohani aku masih utuh. Berserah pada Allah Taala. Lagipun aku dah try apply banyak tempat untuk pindah kerja, masih belum ada rezeki. Kalau dapat kerja pun jauh, makan masa perjalanan dari rumah aku sekitar 1 jam lebih. Belum tambah dengan sesak lalu lintas.

Jadi, aku buat keputusan untuk kerja sementara dulu. Kalau ada tawaran kerja lain aku pergi. Ni pembaca kalau ada kekosongan jawatan dalam bidang admin, hr atau kesetiausahaan, tolonglah share jugak. Aku prefer area Shah Alam sempadan USJ tu. Dekat sikit dengan rumah aku. Aku tak berkira gaji. Hahah! Promote diri pulak. Tak pasal duduk ofis main toy blast ! By the way aku level 600++ dah. Cewah!

Ok, sambung balik cerita. Lepas aunty cerita pengalaman dia, aku jadi serba tak kena juga. Aku jadi terlalu ambil peduli tentang hal tu sampai terlalu takut.


Pada hari yang sama, ada seorang pemandu baru bos aku yang ganti Hazim, namanya Saiful. Saiful naik ofis aku untuk hantar punch card dan ambil punch card baru. So, aku ada lah borak-borak sikit tentang perangai bos aku, yelah.. memandangkan dia pemandu baru, kena jugak briefing mana yang boleh, mana yang tak boleh.

Di tengah-tengah perbualan kami, tiba-tiba ada bunyi barang terjatuh. Terhempas kuat menyebabkan perbualan kami tergendala. Saiful muka dah cuak dan tanya, siapa lagi ada dekat ofis?

Aku cakap dekat dia, buat masa sekarang ada saya seorang je, kenapa?

Memek muka Saiful Nampak sangat tak puas hati dengan jawapan aku. Saiful belek-belek dinding mana tahu ada tingkap tersembunyi ke, ada angina ke atau ada apa-apa punca yang boleh sebabkan apa-apa barang terjatuh. Untuk pengetahuan pembaca, pejabat aku memang takde sumber angin sebab tak ada langsung tingkap. Yang ada Cuma pejabat bos aku jer.
Dengan muka cuak, Saiful teliti setiap penjuru dan tempat bunyi barang jatuh tu. Hairan, barang yang jatuh tu tak ada. Tapi bunyi tu memang dia dengar. Saiful naik ke ofis bos dan tengok kalau ada apa-apa atau siapa-siapa. Malangnya memang dekat ofis tu ada aku dan dia saja.
Aku lihat Saiful turun dari ofis bos dan melepaskan nafas berat. Kemudian Saiful pandang aku lama.

“Memang ada kan?” soalnya penuh misteri.

Aku senyum. Senyum yang penuh tanda tanya bagi Saiful.

Sebelum Saiful menapak keluar, dia ada bagitahu aku yang dia yakin benda tu ada. Dan dia agak kagum dengan aku yang kuat semangat. Sesungguhnya wahai Saiful, kekuatanku semua datangnya dari Allah Taala.

Sorry tau, aku ingat nak story panjang lagi, tapi dua tiga minggu ni aku quite busy sikit sebab aku rajin keluar ofis nak pergi interview kat tempat lain. Kahkahkah!

Nanti aku sambung, benda apa yang aunty jumpa masa mengemas pejabat ni dua tahun lepas.
Terbongkar..

Bersambung…

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4]
Mona

16 thoughts on “Pejabat Peribadi: Aunty Cleaner”

  1. jd klu anak beranak bos nk duit kena bagi resit ke?omg mcm2 ragam manusia. ramai ke gundik dia?kaya giler la bos kau ye…tetiba tertarik nk dgr kisah bos kau…

    Reply
    • Jadi jangan hairan la bila ada budak2 muda pakai kereta mahal2, acik2 bergaya sakan.
      kebanyakkannya guna duit syarikat, manipulate akaun syarikat, lari cukai etc.

      Reply
  2. Weh, ofis tak ada tingkap? Tak rasa lemas ke? :O Mana tahu tiba-tiba penyaman udara tu ada bau hapak ke… aku tunggu kisah seterusnya!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.