Pejabatku Berpenunggu

Assalamualaikum. Yang pertama aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada admin kalau kisah tak berapa seram aku ni berjaya di’post’kan. Kalau nak diikutkan kisah seram memang banyak tetapi atas ianya bergantung atas individu tertentu samada mampu untuk nampak atau tidak. Macam kisah yang aku nak kongsikan ni, aku sendiri pun tak tahu sam aada kisah ni seram atau tak. Yelah pendapat orang lain-lain, jadi tak semua rasa sama dengan apa yang kita rasa. Ok, sebelum cerita jauh aku intro sedikit pasal diri aku. Aku merupakan seorang penjawat awam di negeri X iaitu bahagian timur tanah air.

Dan aku telah berkhidmat selama 6 tahun masuk tahun ni. Mentah lagi orang tua tua cakap. Rumah aku dengan pejabat boleh la dikategorikan dekat. Kalau naik motor dalam 5 minit dah sampai. Aku tinggal dengan keluarga aku. Jadi memang untung sangat dapat kerja duduk pulak dengan keluarga. Tak perlu nak tempuh rumah sewa berhantu, tempat berhantu. Tambahan pulak tak perlu keluarkan belanja untuk makan minum, sewa rumah, bil air elektrik. Cuma kadang-kadang tu kena la topup kan apa yang patut. Takkan nak free sampai mati.

Ok tutup cerita pasal diri aku. Kalau nak berkenalan sangat boleh pm tepi. Huhuhu. Oh ya, aku masih bujang lagi. Ok, sekarang kita sambung cerita. Cerita aku bermula di mana pejabat yang aku bekerja ni dilaporkan berhantu. Pada mulanya memang aku tak ambil peduli pun tambahan pulak cerita mistik hantu ni. Memang kadang-kadang ada kena kacau jugak kalau balik main futsal, balik lepak minum tapi aku jenis memang kental. Bak kata orang (kata-kata kasar) “pergi mam***”. Jadi betul la orang cakap, jangan tunjuk berani sangat nanti kena. Nak dijadikan cerita satu hari lepas waktu bekerja, lebih kurang pukul 5.30 petang aku kemas barang atas meja sebab nak balik. Buat kerja sampai tak sedar dah pukul 5.30 petang. Penjawat awam ni yang kebanyakan nya kerja ‘office hour’ dan aku diklasifikasikan dalam golongan itu. Pukul 5.30 tu kira dah lewat la nak balik. Tambahan pulak staf lain dah ramai yang balik ke rumah.

Kemas punya kemas, aku pun berlalu dari ruangan pejabat aku tu. Sampai kat tempat motor, aku pun sms kawan aku cakap yang dekat pejabat dah takde orang dan bolehlah nak kunci pejabat tu. Dia pun cakap ok. Kawan aku nama dia P. Kunci pejabat memang dia pegang. Tak sampai 5 minit sebelum aku nak balik tu, P pun sampai. P mintak aku tunggu sampai dia selesai kunci pejabat. Aku pun tunggu la dekat ruangan motor. Sambil main handset, mata aku terpandang dekat ruangan stor pejabat yang agak-agak usang tu. Ternampaklah satu kerusi lama disandarkan ke dinding dan ada satu tanda 0 pada kerusi tersebut. Aku pun mengabaikan kerusi tersebut sambil mata aku terus menumpukan pada skrin handset.

Tak lama kemudian P pun keluar dari bangunan pejabat. Sambil buat muka tak tahu P melangkah ke arah aku. “Wei, kita lepak minum air dulu boleh…? Aku nak tunggu bini aku balik kerja pukul 7 nanti, malas pulak nak balik”, kata P. Tanpa cakap banyak aku pun angguk je kepala aku. Kami pun bergerak menaiki motor masing-masing ke arah warung berhampiran pejabat kami. Di situ memang ada satu warung yang mana waktu pagi, tengahari dan petang akan ada saja penjawat awam yang singgah makan minum di situ.

Kami pun tiba di situ dan melangkah ke meja berdekatan. Selesai memesan minuman kami bersembang mengenai pejabat, staf kerja, bola sepak, dunia politik dan hantu kat pejabat kami. Macam mana mulut aku gatal la sangat pergi tanya pasal hantu yang orang selalu cerita kat pejabat tu ntah. P pun tak cerita banyak sebab dia tak tahu sangat pasal cerita tu. Jam pun berdetik sampai la pukul 6.50 petang, dan P pun mintak diri sebab nak ambil orang rumah dia. Aku pun start motor dan menuju ke rumah.

Kisah seram aku pun bermula malam tu. Lebih kurang pukul 10 malam, aku baru perasan aku terlupa charger handset aku tertinggal di pejabat. Dah la bahagian charger handset aku tu tak sama dengan handset ahli keluarga aku ni. Kalau tak, boleh pinjam charger dengan adik aku je. Aku pun sms P mintak dia temankan aku ke pejabat sebab nak ambil charger. Mulanya P menolak sebab dah malas nak keluar, tapi atas desakan aku yang dah janji nak belanja dia makan pagi besok dekat McD, maka dia pun terus setuju. Dalam pukul 10.15 malam, aku sampai ke rumah P naik kereta. Lepas ambil P, kami pun bergerak ke pejabat kami. Jalan dari rumah aku dan rumah P ke pejabat kami ni, memang sehala je. Jadi takde masalah la aku nak ambil P dekat rumah.

Dah sampai ke pejabat, dari pintu pagar hadapan kami mintak izin dengan pakcik pengawal dekat post pengawal. Mulanya pakcik pengawal tu berat nak bagi masuk, yelah sebab dah malam takut apa-apa jadi tapi aku reka cerita cakap nak siapkan laporan kerja. Dia pun benarkan kami masuk. Laluan ke bangunan pejabat aku tu memang gelap sikit. Lampu jalan ada tapi berkelip kelip je. Lagi la nampak seram laluan tu. Sampai je depan pintu bangunan tu, P pun buka kunci pejabat. Aku dan P pun terus ke meja aku kat bahagian belakang ruangan pejabat. Dah jadi kebiasaan P akan biarkan lampu dekat meja aku je terbukak. Jadi, memang nampak dari pintu depan tu yang ruangan meja aku terang.

Mata aku memerhatikan sekeliling ruangan. Yelah mana tahu nampak benda bukan-bukan. P pulak jalan mengekori aku sambil main handset dia. Alang-alang dah sampai pejabat sempat lagi P online facebook. Sampai je dekat meja aku tu, aku pun cari la charger kat bahagian laci bawah meja. “Aik takde? Mana pulak letaknya benda alah ni…?”, rengekku dalam hati. Mataku kemudiannya beralih ke arah plug-plug di bahagian dinding. Dan mataku terhenti di satu tiang dimana terdapat 2 plug. Charger kepunyaan aku tergantung dekat situ. “Rasanya tadi aku dah letak atas meja sebelum balik kenapa pulak ada dekat sini? Ahhh peduli la semua tu. Janji ada charger ni”, hati aku berbicara sendirian.

P duduk di kerusi hadapan meja aku. Dia masih hanyut dalam dunia online nya. Aku pun melangkah ke arah tiang tersebut dan terus mencabut charger ku dari plug. “Woi, jum balik. Aku dah dapat charger aku”, jerit ku pada P yang masih lagi online. P memandang ke arahku dan dia pun mula beredar dari mejaku. Kami pun menuju ke arah pintu hadapan. Selang beberapa langkah, kami kedengaran bunyi seperti kerusi diseret dari arah belakang. Ahh sudah siapa pulak main tarik kerusi ni. Aku dan P berpaling. Tiada kerusi yang bergerak. Mata P dan aku tertumpu ke arah satu kerusi lebih kurang 5 meter dari bahagian kiri kami. Terdapat tanda 0 di kerusi itu.

“Aik bukan ke kerusi ni, dekat stor bawah pejabat?”, soal ku kepada P. P memandang aku dengan wajah pucat. Kami berpandangan. Dan disaat itu jugak kedengaran bunyi pintu bahagian hadapan sekali seperti dikunci dari luar. Sekali lagi mata kami meluru memandang ke arah pintu hadapan. “Ahh sudah. Benda ni nak main pulak malam-malam ni”, hati aku mula tak tentu arah. Sepanjang hidup aku ini yang kedua terjadi selepas insiden dekat asrama politeknik dahulu.

Memang aku kental, tapi kalau kena macam ni, salah-salah pak imam pun pengsan. Aku dan P mula berlari mendapatkan pintu hadapan. Memang terkunci dari luar. P menggelabah mengeluarkan kunci dari beg sandangnya. Beberapa kali kunci terjatuh ke lantai. Dan bunyi kerusi bertanda tadi kelihatan bergerak ke kami secara perlahan-lahan. Lebih kurang 5 meter dari kami, kerusi tersebut berhenti (ruangan pejabat aku memanjang, jadi jarak antara meja aku dengan pintu hadapan dalam 20 meter). Kemudian dari sudut bucu belah kanan ruangan itu kelihatan samar-samar satu lembaga hitam mula muncul. Mataku masih tertumpu kepada kelibat lembaga itu. Wajah lembaga tersebut tidak kami nampak sebab jauh dari kami.

P kemudiannya dapat membuka pintu hadapan. Dengan badan menggigil kami pun berlari menuju ke arah kereta yang aku parking lebih kurang 10 meter dari bangunan pejabat. Tangan ku menggeletar mencari kunci kereta dari dalam poket seluar. Terus aku tekan butang kekunci kereta dan kami pun meluru masuk ke dalam kereta. Mungkin terlalu panik, pintu hadapan pejabat P terlupa untuk kunci semula. Aku memandang ke arah P. Mukanya pucat. Kalau toreh pakai pisau memang tak keluar darah. Aku pulak masih menggigil lagi. Lembaga hitam tu mula bermain diminda. “Apa benda tu?”, hati aku menyoal tiada jawapan. Tiba-tiba cermin kereta di sebelah P diketuk dari luar. Sekali lagi kami terkejut. Kelihatan pakcik pengawal dari luar meminta kami menurunkan tingkap. P kemudiannya munurunkan tingkap di sebelahnya.

“Hangpa dah siap kerja ka? Kalau dah siap pakcik nak kunci pintu pagaq depan”, pakcik pengawal menyoal kami dalam loghat utara. P hanya terdiam mungkin terkejut lagi. “Dah nak siap dah kerja. Kami pun nak balik dah pakcik”, aku hanya menjawab perlahan. Muka P masih pucat. Dan badanku masih lagi menggigil. Kemudian pakcik pengawal berlalu pergi meninggalkan kami. Aku cuba menenangkan diri. Kereta dihidupkan dan aku memecut keretaku keluar dari bahagian pejabat aku. P masih lagi diam. Setibanya di post pengawal, aku menurunkan tingkap kereta untuk mengucapkan terima kasih kepada pakcik pengawal tadi. Tetapi tiada kelibatnya. Mungkin pergi meronda fikirku. Kelihatan seorang pengawal muda keluar dari pondok kecil di tepi kanan kereta ku. Pengawal itu menghampiri kereta ku.

“Terima kasih ye bang”, ucapku kepada pengawal muda tersebut. “Sama-sama encik”, jawab pengawal itu. “Bang, tumpang tanya sikit. Mana pakcik yang tua-tua cakap loghat utara tadi?”, soalku. “Pakcik tua? Hmm rasanya pengawal yang lama kot. Dia dah berhenti seminggu yang lepas dan balik ke utara”, jawabnya dengan jujur. “Dah berhenti seminggu? Habis tu mula-mula nak masuk pejabat dengan yang tegur tadi tu siapa?”, aku kebingungan. “Mungkin rezeki encik dapat jumpa dengan benda tu”, pengawal muda itu menambahkan lagi seram di minda kami. Aku dan P berpandang kebingungan. Sekali lagi kami pucat. “Takpe la bang, kami balik dulu”, aku terus memecut meninggalkan kawasan perkarangan pejabat.

P kemudiannya dilaporkan demam selama seminggu selepas insiden itu. Dan aku masih lagi bingung dengan apa yang jadi. Mungkin ada hikmah dan ketentuan yang ditetapkan Allah ke atas kejadian yang menimpa diriku. Akhir kata apa yang aku nak bagitahu, janganlah rasa terlalu berani dan janganlah rasa terlalu takut. Sebab makhluk halus ni suka mengacau kita disaat kita terlampau berani dan terlalu takut. Sekian, terima kasih sebab sudi membaca.

11 thoughts on “Pejabatku Berpenunggu”

  1. brader nie lebih kurang aku jea, rumah aku ngan tempat kerja pon amek masa 2 – 3 minit jea sampai , aku pon duduk ngan family.. hahahaha and tempat kerja aku pon ada hantuuuuu !!!!! hahahaha matilanakkkkkkkk..

    Reply
  2. Fuhhhh serammmmm..mati akal kalo xjumpe kunci tu..disakatnye smpai ke pagi ooiii..awal lg plak tu, nk tggu subuh jenoh le pengsan bangun pengsan bangun..hahahahhaa ececeh guard muda tu kemain lagi kabo rezeki jumpe bende tu yek..lastik post jaga tu tgh2 malam bru tau..hahahaha

    Reply
  3. Hmm…kalo sy lah kan..biar la hanset tu abis bateri…..terdesak sgt charge je lam keta ..hanset pn sy penah tertinggal….nk pegi opis blk malam2 huhu..mmg x la……benda tak de pn kita jadi terbayang2…

    Reply

Leave a Comment